Thursday, February 25, 2010

Sempena Maulidur Rasul.

Assalamualauikum.

Sempena Maulidur Rasul yang akan tiba pada esok hari mari sama-sama kita renungi kembali diri kita. Adakah benar-benar kita mencintai Allah dan Rasul-Nya cukup dengan kita menyertai perarakan sempena sambutam Maulidur Rasul? Adakah boleh dikatakan kita benar-benar mencintai Allah dan Rasul-Nya dengan hanya kita berdemonstrasi membantah isu penggunaan kalimah Allah dan juga membantah penghinaan terhadap Nabi. Sedangkan kehidupan harian kita tidak mengamalkan sunah Rasulullah SAW.

Dan adakah benar-benar kita ini mencintai Allah dan Rasul-Nya dengan kita mengisi borang sebagai ahli Parti Islam Se-Malaysia atau mana-mana pertubuhan atau jemaah yang dasarnya Islam di Negara ini tetapi kita tidak mengikut adab-adab berjemaah dan tidak mengikuti usrah atau program berbentuk tarbiah yang diadakan malahan kehidupan harian kita tidak seperti apa yang diperjuangkan.

Oleh itu sempena Maulidur Rasul ini marilah sama-sama kita mengamalkan sepenuhnya apa yang diajar oleh nabi junjungan kita SAW. Bukan kerana sambutan Maulidur Rasul tetapi kerana kita adalah umat Nabi Muhammad SAW. Semoga kita termasuk golongan yang mendapat Syafaat daripada Baginda SAW di akhirat kelak.

posted by Lidah Penghunus @ 9:22 AM   0 comments

Friday, February 19, 2010

Lebih baik berarak membantah tindakan menghina Nabi Muhammad SAW.

Assalamualaikum.

Maulidur Rasul: Tiada perarakan di Johor, Pahang, Perlis.
Johor, Pahang dan Perlis tidak akan mengadakan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini, umumnya kerana ia tidak dituntut oleh Islam.
Di Pahang, negeri itu hanya akan mengadakan satu ceramah di auditorium RTM Kuantan, tanpa perarakan besar seperti yang diadakan beberapa tahun lalu, kata pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, Datuk Abdul Manan Abdul Rahman.
"Kita tidak buat perarakan, tapi sambutan dalam bentuk ceramah sahaja. Seingat saya kita cuma pernah adakan perarakan sekali saja pada tahun 2008, yang lain lebih banyak kita adakan ceramah," kata Abdul Manan ketika dihubungi.
Jelasnya, keputusan untuk tidak mengadakan perarakan Maulidur Rasul tahun ini diambil setelah mengambil kira keselesaan orang ramai yang akan hadir dan tidak melibatkan hukum ke atas penganjuran perarakan.
"Kita tidak anjurkan perarakan tahun ini bukan sebab hukum tetapi kerana mengutamakan keselesaan orang ramai yang akan hadir kerana ia dibuat waktu malam.
"Kita takut nanti akan hujan, dan perlu juga ambil kira masalah kesesakan," katanya dan menjelaskan belum ada lagi fatwa yang dikeluarkan berhubung penganjuran perarakan seperti itu. http://www.malaysiakini.com - 18 Febuari 2010

Jalan raya bukan untuk upacara agama.
Rentetan daripada isu perarakan Maulidur Rasul yang timbul baru-baru ini, maka saya dengan ini mencadangkan agar semua agama tidak benarkan menggunakan jalanraya untuk sebarang upacara keagamaan sehingga mengganggu pengguna jalanraya yang lain.
Semua agama bererti bukan sahaja orang Islam, tetapi juga Hindu, Buddha, Kristian dan lain-lain. Berikut adalah alasan-alasan kepada cadangan ini;

a) Jalanraya tidak diwujudkan untuk upacara keagamaan. Sebaliknya untuk kemudahan penggunanya yang ingin menuju ke destinasi masing-masing. Juga di Malaysia rakyat membayar cukai jalan untuk tujuan itu, bukan untuk upacara keagamaan.

b) Tiada teks mana-mana agama yang menyatakan disuruh menggunakan jalanraya untuk melakukan upacara agama. Upacara agama yang hanya membabitkan pengikut agama masing-masing sepatutnya dibuat di tempat ibadah agama masing-masing, atau tempat yang dimiliki atau disewa untuk upacara tersebut.

c) Menggunakan jalanraya untuk upacara keagamaan boleh menyebabkan kesesakan, atau ditutup laluan. Ini mengganggu, bahkan merampas hak pengguna lain yang tidak terlibat dengan upacara tersebut.

d) Kesesakan jalanraya yang disengajakan seperti ini boleh menyebabkan pembaziran minyak, waktu, menghalang rawatan orang sakit, menghalang urusan penting orang lain dan berbagai lagi. Islam tidak membenarkan penganutnya berbuat demikian, juga semua agama yang menghormati masyarakat awam tidak mungkin boleh membenarkan hal seperti ini.

e) Gangguan kepada pengguna jalanraya yang lain boleh menimbulkan perasaan tidak senang, atau kebencian terpendam antara penganut agama. Seorang muslim mungkin akan tidak puas hati apabila perjalanannya terhenti disebabkan upacara agama lain yang dibuat atas jalanraya raya. Demikian juga perasaan penganut agama-agama lain.

f) Sesetengah upacara keagamaan telah mengotor atau mencemari kebersihan jalanraya yang mengganggu pemandangan orang awam. Juga menyusahkan pihak majlis perbandaran untuk membersihkan upacara agama yang tidak kongsi oleh semua masyarakat itu.

g) Tenaga pihak Polis, Perbandaran, RELA dan berbagai lagi terpaksa digunakan untuk menjaga upacara keagamaan seperti ini. Sedangkan kita tahu bahawa bukan semua anggota-anggota yang bertugas itu seakidah, atau seagama dengan upacara tersebut. Ia boleh mengganggu perasaan dan rasa kurang senang dari masa ke masa.

Dengan alasan-alasan ini, juga beberapa rasional yang lain, saya berpendapat amat tidak wajar jalanraya dijadikan tempat perarakan keagamaan mana-mana agama. Jika perhatian ini cuba diberikan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, saya melihat Kerajaan Selangor patut memberikan perhatian yang sama terutama di Kawasan Batu Caves. Ini bukan kenyataan yang berat sebelah, tetapi terpakai untuk semua agama.
Dipetik daripada laman blog http://drmaza.com

Sentuh sedikit tentang isu perarakan sempena Maulidur Rasul, bagi saya adalah tidak wajar mengatakan perarakan Maulid ini tidak perlu diadakan atas sebab akan mendatangkan kesesakan kepada lalulintas dan sekaligus menyukarkan orang awam. Kerana jika kita mengatakan begitu maka demonstrasi juga tidak harus di adakan kerana akan meyulitkan orang awam. Tambahan lagi banyak sebenarnya acara-acara yang diadakan melibatkan jalanraya yang menyebabkan suatu jalan itu terpaksa ditutup dan sekaligus menyukarkan pengguna jalanraya yang lain.

Oleh itu tidak timbul soal kesulitan ekoran daripada acara-acara sambutan di jalanraya ini kerana ianya hanya diadakan sekali-sekala dan akan ada kawalan keselamatan serta lalulintas daripada pihak polis atau pihak penganjur itu sendiri.

Dan bagi saya adalah lebih baik perarakan membantah penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW umpamanya demonstrasi membantah karikatur nabi yang pernah diadakan daripada perarakan sempena Maulidur Rasul tetapi tiada usaha untuk mengikut apa yang Nabi junjungan kita anjurkan.

posted by Lidah Penghunus @ 12:09 PM   0 comments

Thursday, February 18, 2010

Bila Presiden Pas selamatkan mangsa lemas.

Assalamualaikum.

Penjual daging diselamatkan Presiden Pas.
MARANG 17 Feb. - Seorang peniaga daging tidak dapat melupakan detik-detik cemas dia dihanyutkan arus laut selama hampir setengah jam ketika mandi di Pantai Rusila di sini pada Ahad lalu.
Insiden hampir meragut nyawa warga emas itu, Ahamad Mat Zain, 60, bagaimanapun berakhir dengan kelegaan apabila dia diselamatkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang ketika itu sedang memancing di pantai tersebut.
"Saya cuba berenang ke darat tetapi gagal. Saya hampir putus asa apabila terminum banyak air lalu menjerit meminta tolong.
"Akhirnya saya lega dan bersyukur apabila tangan saya disambut orang selepas bertarung nyawa hampir setengah jam," kata Ahamad ketika menceritakan kejadian Ahad lalu itu kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, Ahamad yang tinggal kira-kira lima meter dari pantai tersebut lemas ketika mandi di laut sebelum diselamatkan Abdul Hadi dan anaknya, Abdul Rahman, 28.
Sewaktu kejadian, Ahli Parlimen Marang tersebut bersama beberapa ahli keluarganya sedang memancing di pantai berkenaan.
Menurut Ahamad, beberapa minit selepas dia berada dalam laut, kakinya tidak lagi memijak apa-apa menyebabkan dia menyedari dirinya ditarik ke tengah laut oleh arus laut yang kuat ketika itu.
Dia kemudian cuba berenang ke tepi pantai untuk menyelamat diri tetapi tidak berjaya.
"Setiap kali dekat dengan pantai, saya akan ditarik semula ke tengah laut. Saya akhirnya rasa letih dengan telinga rasa bengang (berdesing) selain tidak boleh bernafas kerana terminum banyak air laut apabila saya menjerit meminta tolong.
"Apabila saya cuba berenang ke tepi pantai sekali lagi, kali ini tangan saya disambut oleh Abdul Hadi dan anaknya," kata Ahamad.
Sementara itu, isteri Ahamad, Mandak Deraman, 52, berkata, dia dimaklumkan kejadian itu apabila seorang jiran memberitahu suaminya lemas.
"Apabila sampai di pantai, orang ramai sedang berkumpul. Mereka tidak berani untuk turun kerana ombak kuat.
"Jiran kami cuba menggunakan bot gentian kecil miliknya namun gagal. Ada yang cuba lemparkan pelampung kepada suami saya tetapi tidak berjaya," katanya.
Mandak berkata, dia berterima kasih kepada semua orang yang membantu menyelamatkan suaminya termasuk keluarga Abdul Hadi. Utusan Malaysia – 18 Febuari 2010.

Pertama kali saya terjumpa berita Tuan Guru Presiden menyelamatkan mangsa lemas ini ialah di Laman Web http://www.tranungkite.net pada hari semalam. Pagi tadi saya telah ternampak berita berkenaan Presiden Pas ini dalam akhbar Utusan Malaysia milik seorang rakan. Namun begitu kejadian yang terjadi pada hari ini 14 Febuari ini hanya diletakkan di bahagian belakang akhbar empat hari selepas kejadian.

Tidak mengapalah berkenaan dengan itu. Tetapi cuba jika Perdana Menteri, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyelamatkan mangsa lemas berkenaan. Tidak mustahil berita berkenaannya akan tersiar keesokan harinya di muka hadapan kesemua akhbar arus perdana.

Apapun tahniah kepada Tuan Guru Abdul Hadi kerana sebagai seorang Ulama' bukan sahaja sanggup terjun ke medan politik untuk berdakwah tetapi sanggup terjun ke lautan untuk menyelamatkan nyawa orang.

posted by Lidah Penghunus @ 12:59 PM   0 comments

Wednesday, February 17, 2010

Mustapa - Perbuatan liwat satu kesalahan di Malaysia.

Assalamualaikum.

KOTA BHARU 16 Feb. - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Muhamed menegaskan kepada masyarakat antarabangsa bahawa perbuatan liwat adalah bertentangan dengan agama Islam dan budaya timur Malaysia.
Beliau berkata, masyarakat antarabangsa harus memahami bahawa kepercayaan, budaya dan undang-undang yang wujud di negara ini dan tidak menerima perbuatan meliwat kerana ia merupakan satu kesalahan.
"Baru-baru ini sekumpulan 50 orang Senator dan Ahli Parlimen Australia menghantar surat protes meminta Malaysia tidak meneruskan dakwaan liwat ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan alasan ia akan merosakkan imej negara.
"Mereka tidak faham budaya, kepercayaan dan undang-undang di negara kita.
Mereka seharusnya menghormati kedaulatan negara Malaysia, memahami bahawa perbuatan itu (liwat) bertentangan dengan agama, kepercayaan dan undang-undang negara ini," katanya ketika berucap pada pertemuan beliau dengan pemimpin Barisan Nasional, di sini hari ini. Utusan Malaysia - 17 Febuari 2010


Persoalannya adakah perbicaraan kes liwat di negara ini benar-benar mengikut Islam?

posted by Lidah Penghunus @ 1:43 PM   0 comments

Wednesday, February 10, 2010

Zamri MB 'mahkamah', Nizar MB 'rakyat'.

Assalamualaikum.

Keputusan kita telah pun tahu. Yang pastinya mahkamah telah meng'halal'kan apa yang 'haram.' Maka bertukarlah Zamry Kadir daripada Menteri Besar Haram kepada Menteri Besar Mahkamah. Manakala Dato' Seri Nizar tetap menjadi Menteri Besar Rakyat sebagaimana pilihan yang telah dibuat oleh rakyat Perak tanggal 8 Mac 2008 yang lepas.

Walau bagaimanapun keputusan tetap keputusan. Sekarang adalah masanya untuk kita terus memperkukuhkan jentera parti dan jemaah ada dari sudut dalaman dan luaran. Biar rakyat sahaja yang akan menghukum mereka yang memperolehi kuasa melalui 'pintu belakang' pada Pilihanraya Umum ke-13 kelak.

posted by Lidah Penghunus @ 1:37 PM   1 comments

Wednesday, February 03, 2010

Mahathir sememangnya mudah lupa.

Assalamualaikum.

Ku Li tidak wajar guna platform Pas.
GOMBAK: Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan Tengku Razaleigh Hamzah tidak wajar menggunakan pentas pembangkang bagi menyuarakan isu royalti petroleum yang dituntut kerajaan Pas Kelantan.
Bekas Perdana Menteri berkata, Ahli Parlimen Gua Musang itu boleh mengadakan perjumpaan untuk membincangkan perkara itu secara langsung dengan Datuk Seri Najib Razak jika Perdana Menteri bersetuju.
Dr Mahathir berkata, beliau tidak berjumpa dan mengadakan sebarang perbincangan dengan Tengku Razaleigh sejak isu berkenaan tercetus, tetapi mengagak bahawa bekas Menteri Kewangan itu bertindak demikian kerana mahu Kelantan memperoleh wang royalti terbabit.
Bekas Perdana Menteri itu mengakui beliau juga menyuarakan pandangan yang kritikal terhadap kerajaan, tetapi menggunakan forum lain (bukan atas pentas pembangkang). Berita Harian - 3 Febuari 2010.

Nampaknya Tun Dr Mahathir Bin Mohamed lupa bahawa beliau pernah berucap di pentas Pas ketika beliau disingkirkan daripada pentadbiran almarhum Tun Abdul Rahman suatu ketika dahulu. Malahan hobi suka mengkritik kerajaannya itu diulang kembali ketika beliau bukan lagi Perdana Menteri. Itu pun Tun lupa di pentas mana beliau berucap.

Bezanya Tengku Razaleigh berucap di pentas Pas ketika beliau masih lagi Ahli Parlimen Barisan Nasional dan mempunyai jawatan sebagai Ketua Umno Bahagian Gua Musang. Namun begitu semua itu bukan penghalang untuk beliau bercakap tentang kebenaran dan rakyat Kelantan yang telah dinafikan hak mereka oleh kerajaan Barisan Nasional.

Mungkin selepas ini Ku-Li juga harus mengikut jejak langkah bekas Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim yang keluar Umno dan masuk PKR kerana tidak bersetuju dengan perlaksanaan ISA yang diamalkan oleh Barisan Nasional.

posted by Lidah Penghunus @ 1:00 PM   0 comments


Free Hit Counter