Thursday, June 30, 2011

BERSIH 2.0 - Kenapa SPR nak risau tentang tsunami politik pula?.

Assalamualaikum.

SPR: BERSIH alat Pakatan untuk tawan Putrajaya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini membidas Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) dan mendakwa perhimpunan anjurannya pada 9 Julai ini bertujuan membina momentum Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya.
Menurut timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar, ini kerana pada perhimpunan pertama BERSIH pada 2007, ia berjaya menyebabkan tsunami politik pada pilihan raya umum 2008.
“Terdapat demonstrasi (pada 2007) dan hasilnya, momentum dibina dan pada pilihan raya 2008 (pembangkang) menang besar... sekarang spekulasi bahawa pilihan raya umum akan diadakan bila-bila masa dan sejarah akan berulang. http://malaysiakini.com - 30 Jun 2011.


Kenapa pula SPR hendak risau tentang tsunami politik yang melanda BN? Itu urusan antara parti-parti politik yang bertanding dalam pilihanraya. Parti yang berjaya ke Putrajaya juga tiada kena-mengena dengan SPR. Adakah SPR ini diwujudkan untuk mengekalkan kemenangan BN dalam pilihanraya? Sepatutnya apa yang SPR perlu fikirkan sekarang ini adalah bagaimana untuk menyediakan suatu pilihanraya yang adil dan bersih agar parti-parti politik dapat bertanding secara adil dan selesa.

posted by Lidah Penghunus @ 1:43 PM   0 comments

Lebih dua juta orang terima taraf warganegara sehingga April?.?.?

Assalamualaikum.

Lebih dua juta orang terima taraf warganegara sehingga April.
KUALA LUMPUR: Seramai 2,033,857 orang penduduk dianugerahkan Taraf Kewarganegaraan Malaysia sejak negara mencapai kemerdekaan sehingga April tahun ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, bilangan Pemastautin Tetap di dalam negara adalah seramai 289,705 orang.
Beliau berkata sedemikian dalam jawapan bertulis kepada Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) yang ingin tahu bilangan Pemastautin Tetap di dalam negara dan bilangan mereka yang diberikan kewarganegaraan selepas merdeka. http://www.bharian.com.my - 29 Jun 2011.

Jika dikira secara purata umur kemerdekaan negara kita iaitu 54 tahun, purata setiap tahun negara kita dapat rakyat baru adalah lebih kurang 37000. Fikir-fikirkanlah.

posted by Lidah Penghunus @ 1:05 AM   0 comments

BERSIH 2.0 - Sabotaj terhadap himpunan 9 Julai.

Assalamualaikum.

Polis nasihatkan rakyat jauhi KL 9 Julai ini.
Orang ramai dinasihatkan supaya menjauhkan diri daripada Kuala Lumpur menjelang 9 Julai ini, kata pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh.
Menurut beliau dengan ibu negara pada hari berkenaan dijadikan lokasi bagi tiga perhimpunan besar, beliau menjangkakan kesesakan lalu lintas yang teruk.
“Sya ingin nasihatkan orang ramai supaya jauhkan diri dari Kuala Lumpur. Cuma untuk sehari. Pergilah mana-mana.
“Akan terdapat kesesakan lalu lintas,” katanya.
Namun, beliau enggan mengesahkan atau juga menafikan bahawa seluruh ibu negara akan lumpuh menjelang 9 Julai kerana perhimpunan berkenaan. http://www.malaysiakini.com - 29 Jun 2011.

Ini adalah antara usaha jahat kerajaan BN melalui haiwan politik mereka untuk sabotaj serta menimbulkan imej yang buruk kepada himpunan BERSIH 9 Julai nanti. Mereka nasihatkan orang ramai agar tidak ke Kuala Lumpur pada tarikh berkenaan dengan alasan akan berlaku kesesakan lalu lintas yang teruk.

Apabila orang ramai tidak ke Kuala Lumpur maka para peniaga tidak akan ada pelanggan dan disitulah mereka akan salahkan himpunan BERSIH 2.0 kerana menyebabkan kerugian kepada peniaga. Sedangkan kesesakan jalan raya ini juga puncanya adalah daripada sekatan jalan raya yang dibuat oleh polis.

posted by Lidah Penghunus @ 12:03 AM   0 comments

Wednesday, June 29, 2011

BERSIH 2.0 - BN sedang giat bersandiwara.

Assalamualaikum.

Anasir asing meresap.
Penahanan dua warga luar negara di Johor disyaki cuba peralat kumpulan pengacau
PUTRAJAYA: Penahanan dua warga asing di Johor pada Sabtu lalu kerana disyaki ada kaitan dengan penganjur perhimpunan haram pada 9 Julai ini menunjukkan anasir asing sudah meresap masuk dalam kumpulan pengacau itu untuk kepentingan peribadi dan menyebarkan ideologi politik tertentu.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata selain mereka, siasatan polis mendapati ada lagi individu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) asing yang memperalatkan perhimpunan haram itu untuk kepentingan mereka, tetapi mungkin tidak disedari oleh penganjur perhimpunan itu sendiri.
“Saya rasa kumpulan pengacau itu sudah memulakan sesuatu yang mereka sendiri tidak dapat kawal dan jauh terpesong daripada matlamat asal kononnya mahu memastikan proses pilihan raya di negara ini benar-benar telus serta bebas daripada penyelewengan,” katanya pada sidang media selepas membentangkan kertas kerja pada Persidangan dan Pameran Kelengkapan Umum Polis (GPEC) Kedua Asia 2011 di sini, semalam. Berita Harian – 29 Jun 2011.

'Perhimpunan berbaur komunis'
KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini dinasihatkan supaya tidak menyertai perhimpunan haram pada 9 Julai ini kerana ia berbaur fahaman komunis yang nyata mendatangkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata komunisme bukanlah satu agama, malah pengikutnya juga langsung tidak mempercayai akan kewujudan tuhan.
“Sejarah kekejaman komunis sukar dilupakan penduduk di negara ini, terutama anggota keselamatan. Dalam mempertahankan keamanan negara dan agama, ramai anggota tentera dan polis meninggal dunia serta kudung kaki tangan mereka. Boleh dikatakan setiap kampung di negara ini, ada anggota keselamatan cacat kerana jerangkap samar yang dipasang komunis. Berita Harian – 29 Jun 2011.


Nampaknya kerajaan Barisan Nasional yang dibantu oleh haiwan politik mereka sedang giat mencipta sandiwara bertujuan untuk memburukkan dan seterusnya menggagalkan himpunan BERSIH 9 Julai ini. Himpunan BERSIH ini bertujuan untuk memulihkan demokrasi dan pilihanraya demi kesejahteraan rakyat negara ini. Oleh itu BERSIH tidak memerlukan bantuan pihak luar kerana tokoh-tokoh politik dan NGO negara ini sudah cukup mampu untuk menggerakkan himpunan menuntut pilihanraya adil dan BERSIH ini.

Tambahan lagi peserta himpunan 9 Julai ini nanti adalah mereka yang memiliki kesedaran untuk melihat proses pilihanraya di negara ini berjalan secara adil dan bersih oleh yang demikian mereka ini hadir secara sukarela dengan tenaga dan wang ringgit mereka sendiri tanpa minta dibayar. Oleh itu BERSIH 2.0 tidak memerlukan dana yang besar untuk menggerakkan himpunan besar-besaran ini. Apatah lagi untuk meminta dana daripada pihak luar.

Kita hairan mengapa Datuk Seri Jamil Khir boleh mengatakan himpunan BERSIH ini diresapi pengaruh komunis sedangkan tuntutan BERSIH ini hanya berkisar tentang proses pilihanraya, tidak sebut pun tentang menyamaratakan agihan pendapatan dan memiliknegarakan harta kekayaan. Malahan pilihanraya itu sendiri bertentangan dengan fahaman komunis.

Berkenaan dakwaan kononnya PAS bersekongkol dengan kumpulan yang menentang Islam. Bagi saya kerjasama ini sama juga dengan kerjasama PAS dengan Umno dalam menyuarakan nasib umat Islam Palestin tetapi tidak akan bekerjasama dari segi politik. Begitulah juga dengan NGO seperti Sister In Islam, PAS tidak berhak untuk menghalang mereka untuk menyokong BERSIH kerana itu adalah hak mereka. Malahan PAS sendiri mengalu-alukan jika Umno ingin menyertai himpunan BERSIH.

posted by Lidah Penghunus @ 11:22 AM   0 comments

Tuesday, June 28, 2011

PERKASA : Datangmu tidak diundang, pergimu tidak dihalang, BERSIH 2.0 tetap akan diteruskan.

Assalamualaikum.

Ambiga degil.
Pengacau tetap teruskan perhimpunan tanpa permit
KUALA LUMPUR: Penganjur perhimpunan haram yang dirancang diadakan di ibu negara pada 9 Julai ini berdegil untuk meneruskan perhimpunan walaupun Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan Pemuda UMNO bersedia membatalkan perhimpunan masing-masing jika kumpulan pengacau terbabit bersetuju tidak meneruskan hasrat itu.
Bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan, yang mengetuai kumpulan pengacau menganjurkan perhimpunan itu, berkata pihaknya akan meneruskan perhimpunan dan tidak akan memohon mendapatkan permit polis.
“(Perhimpunan) 9 Julai ini tetap jalan (diteruskan). Kita tidak akan memohon permit sebab polis sudah cakap tidak akan mengeluarkan (permit),” katanya kepada pemberita selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini semalam. Berita Harian - 28 Jun 2011.


Ibrahim Ali ini jika anda baca Novel Dua Wajah, Tahanan Tanpa Bicara karya Dr Syed Hussain Ali beliau sebenarnya adalah seorang yang penakut. Sebab itulah bila timbul pelbagai ancaman akhir-akhir ini terutamanya daripada polis, PERKASA yang dipimpin Ibrahim Ali sedia untuk membatalkan himpunan mereka dengan syarat BERSIH juga membatalkan himpunan.

Mengapa BERSIH perlu batalkan pula himpunan? Yang asalnya mahu berhimpun adalah BERSIH atas tujuan untuk pemulihan demokrasi. PERKASA yang mahu turut berhimpun atau sebenarnya mahu membuat kacau kita tidak undang dan kesediaan mereka untuk batalkan himpunan juga bukan kita yang suruh. Jadi tiada sebab untuk BERSIH batalkan himpunan aman ini selagi pilihanraya tidak dibersihkan.

posted by Lidah Penghunus @ 1:33 PM   0 comments

Monday, June 27, 2011

BERSIH 2.0 - Bola sepak di negara ini sampai tahap kenderaan polis dibakar.

Assalamualaikum.

Penganjur perhimpunan haram khuatir kebangkitan BN.
KUALA LUMPUR: Penganjur dan pihak yang menggerakkan perhimpunan haram pada 9 Julai ini diberi amaran keras bahawa mereka akan dipertanggungjawabkan jika negara menjadi huru-hara dan keselamatan rakyat terancam akibat perhimpunan itu.
Ini berikutan niat sebenar kumpulan pengacau itu bukan untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong atau berlaku kepincangan dalam sistem pilihan raya negara, sebaliknya untuk mencetuskan kejutan bagi memperoleh semula momentum politik kerana pembangkang semakin bimbang dengan peningkatan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN). Berita Harian - 27 Jun 2011.

Jika polis mengatakan bahawa demonstrasi dikhuatiri boleh membawa kepada rusuhan dan kekacauan, perlawanan bola sepak di negara ini seringkali kita dengar tentang insiden rusuhan dan hingga tahap kenderaan polis sendiri di bakar tetapi mengapa pihak polis tidak mengambil langkah awal untuk menghalang perlawanan bola sepak di negara ini?

Bercerita pula tentang tangkapan yang dibuat terhadap mereka yang memakai baju BERSIH akhir-akhir ini. Sekali lagi saya nak kaitkan dengan bola sepak. Adakah mereka yang memakai jersi pasukan atau kelab bola sepak tertentu bermakna mereka ini pernah bermain dalam pasukan atau kelab bola sepak yang tertentu?

Sila-silap orang yang pakai jersi bola ini ,main bola pun tak pernah. Jadi kita kesallah dengan tindakan polis menangkap orang yang memakai baju BERSIH berwarna kuning sedangkan belum ada bukti bahawa mereka itu menyertai perhimpunan BERSIH.

Apapun tindakan polis ini ianya tidak akan mematahkan semangat kita untuk menyertai himpunan BERSIH 9 Julai nanti kerana kita tahu polis dipergunakan oleh BN yang takut tentang kebangkitan rakyat pada 9 Julai ini dan seterus Pilihanraya Umum ke-13 nanti.

posted by Lidah Penghunus @ 4:03 PM   0 comments

Wednesday, June 22, 2011

Mashitah Ibrahim pula komen tentang BERSIH 2.0.

Assalamualaikum.

Sanggup ketepikan perjuangan Islam.
SHAH ALAM – Tindakan Pas menyokong penuh penganjuran Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) walaupun mendapat tentangan pelbagai pihak membuktikan parti itu sanggup mengetepikan perjuangan Islam demi politik.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim (gambar) berkata, Pas sanggup menggadaikan prinsip keamanan dan kebajikan rakyat.

“Perhimpunan tidak mendapat permit daripada pihak berkuasa itu jelas tidak mengikut landasan ditetapkan agama. Ia bersifat mengikut hawa nafsu sehingga menyusahkan orang ramai dan menjejaskan rezeki peniaga.

“Kita tahu perhimpunan ini adalah haram dan sudah tentu tidak akan memberi kebaikan. Ia akan mengundangkan kekacauan dan mengganggu kestabilan negara,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, dalam Islam, jika bergaduh, perlu merujuk kepada al-Quran dan hadis, begitu juga dalam kerajaan, jika tidak puas hati, rujuk kepada kerajaan dan cari penyelesaian berlandaskan ajaran serta prinsip agama.

Menurutnya, Pas mahu negara kebajikan, tetapi adakah demonstrasi haram itu membawa kepada kebajikan atau hanya bermatlamat politik sempit. Sinar Harian – 22 Jun 2011.


Mashitah Ibrahim lupa bahawa hasil daripada demonstrasi besar-besaran di Mesir yang Berjaya menumbangkan rejim Hosni Mubarak kini umat Islam Palestin telah bebas daripada kepungan Rejim Zionis apabila pintu sempadan Mesir Palestin dibuka. Ruang demokrasi juga telah dibuka kepada gerakan Islam Ikhwanul Muslim yang akan menambahkan suara Islam di Parlimen Mesir.

Tetapi bukanlah bermaksud BERSIH nak buat seperti di Mesir. Kaedah yang digunakan memang sama iaitu demonstrasi tetapi demonstrasi BERSIH adalah aman dan kaedah untuk menumbangkan kerajaan sedia ada masih melalui saluran peti undi

posted by Lidah Penghunus @ 10:50 AM   3 comments

Tuesday, June 21, 2011

Antara Negara Berkebajikan PAS dengan Negara Islam Umno.

Assalamualaikum.

PAS sebutlah Negara Islam ke, Negara Berkebajikan ke, Hadharah Islamiah ke atau apa sahaja, namun hakikatnya parti Islam ini sudah pun bergerak ke arah cita-cita Islam. Yang pertamanya lihat pada parti itu sendiri, dasarnya adalah Islam, seruan PAS ialah Allahu akbar dan tujuan PAS dalam kurungan pertama ialah memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah (adakah kebajikan tidak termasuk dalam nilai-nilai hidup Islam?). Dalam organisasi kepimpinan pula PAS meletakkan Majlis Syura Ulama' dalam hierarki yang paling tinggi mengatasi Presiden dan Timbalan Presiden.

Sebaik sahaja PAS mengambil alih negeri Kelantan daripada BN pada tahun 1990, parti Islam ini terus menghapuskan perkara-perkara yang bertentangan dengan Islam seperti judi, pusat hiburan dan mengawal penjualan minuman keras hanya untuk bukan beragama Islam dan ianya diikuti oleh negeri Terengganu sebaik sahaja diambil alih oleh PAS pada tahun 1999. Sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam PAS pernah merangka rang undang-undang Hudud di Kelantan tetapi ditentang oleh Umno yang menguasai Kerajaan Persekutuan. Dari segi ekonomi walaupun tidak semua, PAS tetap sedaya upaya untuk melaksanakan ekonomi Islam misalnya menghindari riba dalam urusan kewangan negeri.

Di negeri Pakatan Rakyat seperti Selangor walaupun PAS tidak dapat melaksanakan seperti di Kelantan tetapi sedikit sebanyak Islam tetap dapat dibawa oleh mereka yang memerintah bersama PKR dan DAP. Melalui surau dan masjid serta Program Menyemarakkan Islam Selangor (PROMISE) penerangan tentang Negara Islam, Hukum Hudud kepada masyarakat Islam telah diberi ruang yang seluas-luasnya agar masyarakat faham dan tidak takut dengan konsep negara Islam khususnya hukum hudud itu sendiri. Dengan adanya wakil rakyat PAS dalam exco agama dan exco pendidikan, pendidikan Islam telah diperkasakan dan sekolah-sekolah agama rakyat mendapat perhatian penuh daripada kerajaan negeri.

Dari segi amal maaruf nahi mungkar walaupun pusat-pusat maksiat tidak dapat ditutup tetapi dengan kuasa yang ada penguatkuasaan telah dipertingkatkan agar umat Islam negeri ini tidak terlibat dengan perkara yang melanggar syariat Islam ini. Tidak cukup dengan itu pasukan mencegah kemungkaran turut ditubuhkan di peringkat kampung-kampung dan masjid. Orang Islam di negeri Selangor juga tidak dibenarkan bekerja di tempat-tempat yang terdapat aktiviti yang bertentangan dengan Islam. Begitulah betapa PAS walaupun tidak disebut negara Islam sekalipun tetapi usaha ke arah cita-cita Islam itu sudah ada. Kita lihat sahajalah pimpinan tertinggi PAS bagaimana Islam itu dilaksanakan dalam diri dan keluarga mereka.

Ini berbeza dengan Umno. Parti Melayu ini bukan tidak pernah mengisytiharkan Malaysia sebagai negara Islam ketika zaman Tun Dr Mahathir dahulu. Namun daripada negara Islam beralih kepada Islam Hadhari dan kembali kepada negara Islam Najib, tiada tanda-tanda menunjukkan Umno bercita-cita untuk melaksanakan Islam. Lihat kepada isteri perdana-perdana Menteri Malaysia pun cukuplah sebagai gambaran. Ketika Umno memerintah Selangor bersama BN dahulu bukan kata hendak beri penerangan tentang Islam yang sebenar kepada rakyat, malahan ustaz-ustaz yang menyatakan kebenaran Islam mereka sekat dengan tuduhan ustaz-ustaz ini berpolitik. Masjid-masjid yang dikawal oleh mereka dibiarkan lesu tanpa pengajian agama, kalau ada pun hanya berkisar soal ibadah ritual semata-mata. Sekolah-sekolah agama rakyat dibiarkan tanpa pembelaan. Yang disuburkan hanyalah pusat hiburan dan perkara-perkara yang melalaikan.

PAS yang berkawan dengan DAP oleh kerana risalah dakwah yang disampaikan kepada mereka maka DAP tidak pernah meminta PAS membuang perjuangan Islam. Namun Umno yang berkawan dengan MCA tidak pernah pun cuba untuk berdakwah kepada mereka mengakibatkan parti ini meminta PAS membuang perjuangan Islam sebagai syarat untuk parti Islam itu menyertai BN. Kesimpulannya sudah 56 tahun Umno memerintah Malaysia tetapi kita tidak nampak usaha-usaha mereka ke arah mewujudkan sebuah pemerintahan Islam. Namun apabila disebut tentang ini mereka akan menyebut pembinaan masjid, bank Islam, Pusat Islam dan pajak gadai Islam sebagai bukti negara ini negara Islam.

posted by Lidah Penghunus @ 10:27 PM   1 comments

Hairan mengapa Ibrahim Ali sukakan 'KOTOR'?

Assalamualaikum.

Kita hairan mengapa Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali ini bencikan sangat himpunan bagi menuntut pilihanraya adil atau BERSIH ini, sedangkan tuntutan-tuntutan BERSIH ini juga yang akan memudahkan kepada beliau untuk bertanding pilihanraya nanti.

Andaikata Datuk Ibrahim Ali bercadang untuk mempertahankan kerusi Pasir Mas pada PRU 13 kelak tidak mungkin beliau akan bertanding sebagai calon BN. Mungkin beliau akan meneruskan sebagai calon bebas dan disitulah pilihanraya mesti adil dan bersih untuk berhadapan dengan parti pemerintah iaitu Umno dan Barisan Nasional.

Tetapi tak tahulah jika selepas ini beliau sedia untuk dipergunakan oleh Umno dan Barisan Nasional untuk berhadapan dengan PAS kerana selama ini pun perjuangan PERKASA hanya menguntungkan Umno bukan untuk memperjuangkan Melayu Islam sangat.

Kalau Ibrahim Ali kata kononnya himpunan BERSIH rugikan peniaga Melayu. Kenaikan harga petrol dan tarif elektrik sebenarnya yang merugikan peniaga. Mana dia suara bantahan daripada PERKASA. Lagi pun tidak ada bukti bahawa himpunan BERSIH boleh bawa kepada huru-hara seterusnya merugikan peniaga sebalik kenyataan-kenyataan berbaur hasutan daripada Ibrahim Ali sebenarnya yang boleh mengundang keresahan rakyat.

posted by Lidah Penghunus @ 4:50 PM   0 comments

SPR sedia jumpa BERSIH jika batal perhimpunan?

Assalamualaikum.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersedia mengadakan pertemuan dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) dengan syarat gabungan tersebut membatalkan perhimpunannya pada 9 Julai ini, kata pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

"Kita bincang tetapi dengan syarat begitulah, tetapi jika nak mengadakan demonstrasi dan jumpa kita hanya sebagai "rubber stamp" atau alasan sahaja, tidak ada maknalah.

"Pada saya, demonstrasi itu tidak menyelesaikan sebarang masalah. Pindaan undang-undang tidak akan terjadi dengan sendirinya kerana demonstrasi, atau permohonan mereka akan diterima, tidak mungkin," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Putrajaya hari ini. http://www.malaysiakini.com - 20 Jun 2011.

Mengapa perlu ada pertemuan? SPR pun sudah tentu maklum dan jelas tentang lapan tuntutan BERSIH itu. Tunaikan sahaja kesemua tuntutan mereka dan BERSIH batalkan demonstrasi.

posted by Lidah Penghunus @ 2:16 AM   1 comments

SPR kaji untuk guna kaedah biometrik.

Assalamualaikum.

Berita TV9 jam 8 malam tadi menyiarkan kenyataan SPR yang sedang mengkaji untuk menggunakan kaedah biometrik atau pengesanan cap jari secara elektronik kepada pengundi sebagai menggantikan sistem dakwat kekal iaitu salah satu daripada lapan tuntutan BERSIH 2.0. Saya tengok nada ucapan pengerusi SPR tadi seolah-olah 'dosa' beliau dan SPR dengan rakyat sudah pun bersih.

Tetapi ada tujuh lagi tuntutan yang perlu SPR tunaikan agar badan pengurus pilihanraya ini benar-benar bersih. Lagipun tidak ada gunanya sistem biometrik jika senarai daftar pemilih tidak dibersihkan dan ianya bukan setakat pengundi yang meninggal dunia tetapi berkaitan dengan pemindahan pengundi, penggunaan alamat dan status kerakyatan seperti yang dibantah oleh Pakatan Rakyat baru-baru ini.

posted by Lidah Penghunus @ 1:36 AM   0 comments

Saturday, June 18, 2011

Bukti Umno mahu berdamai dengan PAS semata-mata kepentingan politik.

Assalamualaikum

Mohamad Sabu hadir pelancaran LL4G malam ini.
KUALA LUMPUR, 18 Jun: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengesahkan akan hadir dalam Majlis Pelancaran Pasukan Lifeline4Gaza (LL4G) Malaysia yang diadakan malam ini di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras, dekat sini.

Sebagai salah seorang pemidato dalam majlis itu, beliau akan berada sepentas dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang bakal melancarkan program itu bermula jam 8.00 malam.

"Ya, saya akan hadir dalam majlis itu," katanya.

Ketika ditanya harapannya kepada rakyat Malaysia, beliau berkata, semua anggota masyarakat perlu bangkit menentang kezaliman di mana sahaja ia berlaku termasuk dalam negara ini.

Terdapat tiga lagi ucapan selain dari beliau yang mewakili Pakatan Rakyat, Pengerusi LL4G, Noorazman, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin dan Najib. http://harakahdaily.net - 18 Jun 2011.

L4G: Najib arah batal pidato Mohamad Sabu?
KUALA LUMPUR, 18 Jun: Pihak penganjur Majlis Pelancaran Pasukan Lifeline4Gaza (L4G) Malaysia yang dijadual dilancarkan jam 9 malam ini oleh Perdana Menteri, membatalkan slot pidato yang sepatutnya menampilkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Selain Mohamad yang dijemput mewakili Pakatan Rakyat, pidato menyentuh isu Palestin yang diadakan di Stadium Badminton Cheras itu juga sepatutnya disampaikan oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin sebagai mewakili BN.

Tindakan itu difahamkan dibuat ekoran mereka mendapat tekanan dari Pejabat Perdana Menteri.
"Pihak JPM maklumkan kepada kita, Datuk Seri Najib tak nak Mohamad Sabu menyampaikan pidato.
"Kalau penganjur nak teruskan juga dengan Mohamad Sabu, PM pula tak mahu datang rasmi", kata salah seorang petugas ketika ditemui.
Malah, nama Mohamad dan Khairy di backdrop yang diletakkan di pentas juga turut ditutup.

Gambar: Nama Mohamad Sabu ditutup pada backdrop di pentas utama.

Khairy bagaimanapun dilihat hadir pada program malam ini.

Sehingga kini belum ada sebarang pengumuman dibuat penganjur kepada hadirin yang hadir berhubung pembatalan itu.

Bagaimanapun, tindakan penganjur menutup nama Mohamad dan Khairy pada backdrop di pentas, menimbulkan tanda tanya di kalangan mereka.
Ramai dikalangan mereka yang datang malam ini dipercayai mahu melihat Mohamad yang sebelum ini banyak menghentam Umno, duduk sepentas dengan Najib.
Bagaimanapun, sebahagiaannya dilihat mula pulang awal apabila mendapat tahu berhubung pembatalan itu.

Rasa dipermainkan

Mohamad ketika dihubungi Harakahdaily turut mengesahkan pembatalan itu.
Menurutnya, beliau hanya dimaklumkan berhubung perkara itu pagi tadi.
"Semalam penganjur kata saya dijemput berucap tentang isu Palestin selama 10 minit.
"Tiba-tiba hari ini kata tak boleh pula, sedangkan dalam media semua dah sebut saya akan berpidato malam ini.
"Saya rasa dipermainkan", katanya kecewa dan memaklumkan tidak akan hadir program malam ini.
Bagaimanapun, penjelasan lanjut berhubung perkara itu akan dibuat pada sidang media khas jam 10 pagi esok di restoran Haslam, Jalan Pahang. http://harakahdaily.net - 18 Jun 2011.

Sebaik sahaja diamanah sebagai Timbalan Presiden, Hj Mohd Sabu telah menegaskan bahawa PAS tidak akan sekali-kali bekerjasama dengan UMNO. Walau bagaimanapun kesediaan Hj Mohamad Sabu untuk hadir dan berpidato di majlis pelancaran Lifeline4Gaza (LL4G) yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuktikan bahawa PAS sentiasa bersedia bila-bila masa untuk bersama dengan Umno dan mana-mana pihak untuk memikirkan masalah ummah terutamanya di Palestin.

Namun kita sedih apabila menerima berita bahawa penyertaan Mat Sabu untuk memberikan pidato di majlis berkenaan pada malam ini dibatalkan atas arahan Perdana Menteri. Di sini kita sudah nampak apa sebenarnya niat Umno apabila menghulurkan perdamaian dengan PAS, tidak lain tidak bukan iaitu untuk kepentingan politik semata-mata.

PAS menolak untuk bekerja sama dengan Umno dari segi politik berdasarkan pengalaman pahit parti berkenaan dengan Umno dan Barisan Nasional ketika era tahun 70-an dahulu tetapi tidak menolak untuk satu pentas dengan Umno dalam membicarakan isu ummah. Inilah juga yang dilakukan oleh almarhum Ustaz Fadhil Noor yang berpidato sama pentas dengan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir dalam isu Palestin.

posted by Lidah Penghunus @ 10:19 PM   0 comments

BERSIH 2.0 - ATM tidak perlu campur tangan.

Assalamualaikum.

Bersih: ATM sedia bantu polis.
KUALA LUMPUR 17 Jun – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedia menggerakkan anggotanya di sekitar ibu kota bagi mengawal ketenteraman awam pada perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil Kedua (Bersih 2) yang dijadualkan pada 9 Julai ini.
Panglimanya, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, bagaimanapun tindakan itu akan dipertimbangkan sekiranya terdapat permintaan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Kita ada public order manual, yang menetapkan bahawa ATM adalah pihak berwajib untuk membantu apabila diminta oleh PDRM melalui saluran tertentu.
“Ada prosedurnya dan sudah tentunya kita sedia bekerjasama dengan PDRM apabila keadaan memerlukan sahaja,” katanya. Utusan Malaysia - 18 Jun 2011
.

Di sini saya ingin bertanya kepada Panglima ATM, pada Himpunan BERSIH yang pertama 10 November 2007 berapa banyak bangunan kedai yang terbakar? Berapa ramai orang awam yang tercedera dan berapa berapa banyak kerosakan harta awam yang dilaporkan? Adakah benar berlakunya huru-hara, pergaduhan dan bunuh-membunuh? Adakah terdapat peserta demontrasi menyerang pasukan keselamatan? Kesesakan jalan raya. Adakah KL pernah sunyi daripada kesesakan jalan raya selain daripada hari raya? Siapa yang membuat sekatan jalan raya hingga menyebabkan kesesakan yang teruk?

Jadi ATM tidak perlulah untuk campur tangan dalam isu BERSIH ini kerana ATM adalah sebuah pasukan keselamatan yang dipandang tinggi oleh masyarakat. Mereka yang bertanggungjawab terus kepada Yang di-Pertuan Agong ini diharapkan oleh rakyat untuk menjaga keselamatan negara bukannya menjadi alat kepada pemerintah yang zalim.

Dari awal lagi dinyatakan bahawa himpunan BERSIH 2.0 ini seperti juga himpunan yang lain akan dijalankan secara aman tanpa niat untuk menimbulkan huru-hara. Selalunya jika timbul kekacauan adalah kerana angkara pihak polis yang menyekat peserta yang berhimpun secara aman dengan menembak gas pemedih mata dan meriam air ke arah mereka. Kita boleh lihat demonstrasi yang membantah kerajaan Amerika dan Rejim Zionis sebagai contoh. Walaupun jumlahnya pesertanya agak besar tetapi kerana ianya tidak diganggu oleh pasukan polis dan FRU maka himpunan berjalan secara aman tanpa kekecohan dan peserta himpunan terus berarak tanpa mencetuskan kekacauan walau di kedutaan Amerika sekali pun

Apapun kita tetap akan sertai himpunan BERSIH 9 Julai ini tanpa rasa gentar terhadap ugutan dan provokasi daripada pelbagai pihak termasuk PERKASA dan Pemuda Umno kerana ini adalah selaras dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang memberikan hak kepada rakyat untuk berhimpun secara aman.

posted by Lidah Penghunus @ 10:43 AM   0 comments


Free Hit Counter