Saturday, April 30, 2011

Kempen Anti ISA kerana tidak mahu rakyat dianiaya.

Assalamualaikum.

PKR Selangor dibidas guna duit rakyat berkempen mansuh ISA.
KUALA LUMPUR 29 April - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) membidas keputusan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menggunakan wang rakyat bagi melaksanakan kempen memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan kerajaan negeri itu adalah membazir dan hanya permainan politik bagi menarik sentimen rakyat sekali gus cuba mengalih pandangan mereka terhadap pelbagai isu di Selangor. Beliau berkata, wang itu seharusnya digunakan untuk kebajikan rakyat terutama anak-anak yatim, ibu tunggal dan warga emas di negeri itu.

"Walaupun golongan ini sudah dibantu, ramai lagi yang masih belum mendapat pembelaan. Kerajaan negeri perlu melipatgandakan bantuan kepada mereka. "Tentu Allah akan merahmati kerja-kerja mulia itu apatah lagi ia tidak membazir berbanding digunakan untuk meletak papan tanda bagi kempen mansuhkan ISA," katanya dalam satu
kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ibrahim berkata, Selangor seharusnya mempertahankan ISA kerana akta itu dapat menjamin keselamatan rakyat dan negara. Menurutnya, ia berikutan wujudnya politik perkauman, pertentangan isu-isu agama dan jenayah serta keganasan antarabangsa yang semakin menjadi-jadi ketika ini. Utusan Malaysia - 30 April 2011.

Kempen anti ISA tujuannya adalah untuk rakyat juga kerana peruntukan tahanan tanpa bicara dalam ISA inilah yang menyebabkan isteri-isteri menjadi seperti ibu tunggal dan anak-anak menjadi seperti anak yatim akibat kehilangan suami dan juga ayah yang dikurung dalam kem Kemunting tanpa melalui proses perbicaraan di mahkamah.

Sebelum itu saya ucapkan terima kasihlah kepada Ibrahim Ali kerana mengakui bahawa kerajaan negeri membela rakyat khususnya ibu tunggal, anak yatim dan warga emas. Dan saya percaya RM 600,000 yang diperuntukkan kepada kempen ISA ini adalah kecil berbanding peruntukkan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan negeri untuk kebajikan rakyat seperti air 20 meter padu percuma, Tabung Warisan Anak Selangor, Skim Mesra Usia Emas, hadiah masuk universiti dan pelbagai lagi program kebajikan yang turut melibatkan ibu tunggal dan anak yatim.

Memang benar Allah merahmati mereka yang membuat kerja-kerja kebajikan tetapi kerajaan negeri Selangor sebagai pemerintah juga bertanggungjawab untuk memberi penerangan kepada rakyat tentang Akta Keselamatan Dalam Negeri yang jelas zalim dan bertentangan dengan Islam itu agar tidak dipersoalkan dihadapan Allah tentang kepimpinan mereka di akhirat nanti. Kalau pun ISA ini bertujuan untuk mengekang keganasan dan jenayah, tahanan tanpa bicara bukanlah jalannya dan banyak cara lain lagi yang boleh digunakan termasuk menggunakan undang-undang Islam.

Sepatutnya Ibrahim menyokong kempen anti ISA ini kerana beliau sendiri mempunyai pengalaman yang berkaitan ISA ketika Demonstrasi Baling 1974 dahulu yang turut ditahan bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Dr Syed Husin Ali. Beliau yang menjadi mangsa ISA inilah yang sepatutnya turut berkempen menentang akta zalim ini agar ianya tidak kena kepada orang lain pada masa akan datang.

posted by Lidah Penghunus @ 9:58 AM   0 comments

Friday, April 29, 2011

Masjid tempat sumpah laknat sahaja ke?

Assalamualaikum.

Kumpulan bantah fitnah hadir sumpah laknat.
KUALA LUMPUR, 29 April: Majlis sumpah laknat oleh Datuk Shazryl Eskay Abdullah berhubung video seks di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul selepas solat Jumaat hari ini akan berdepan pihak yang menbantah tindakan itu.

Difahamkan kumpulan peguam syarie akan bertemu Eskey bagi mendesak beliau membatalkan niat bersumpah itu kerana ianya salah menurut hukum qazaf.

Selain itu mereka juga turut akan mengadakan sesi penerangan berhubung perkara itu menurut pandangan syarak kepada orang ramai yang datang menunaikan solat.

Selain itu, penyokong Pakatan Rakyat juga dijangka akan berada di sana bagi mengadakan solat hajat 'menolak fitnah jahat' berhubung video seks yang mengaitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. http://harakahdaily.net - 29 April 2011

Jangan permainkan sumpah laknat.
KUALA LUMPUR, 29 April: PAS mengingatkan semua pihak tidak mempermainkan sumpah laknat seperti yang mahu dibuat ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini berhubung video seks yang didedahkannya.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata dalam perundangan Islam, sumpah di hadapan hakim mahkamah syariah mempunyai nilai yang tinggi bagi menjaga martabat seseorang yang dituduh.

Bagaimanapun katanya, penuduh yang menggunakan kaedah sumpah laknat untuk membenarkan tuduhan, bukan sahaja akan merosakkan nilai sumpah itu sendiri, malah lari dari kaedah Islam. "Sumpah mesti di dalam mahkamah atas arahan hakim syarie. http://harakahdaily.net - 29 April 2011.

Sumpah laknat: AMK persoal kehadiran Jawi.
KUALA LUMPUR, 29 April: Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin mempersoal kehadiran Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali pada majlis sumpah laknat Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini.
Bercakap kepada media di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul hari ini, beliau berkata jabatan agama itu sepatutnya menghalang dan bukan merestui perbuatan itu.

Apatah lagi ujarnya, menurut undang-undang Islam, kes berkaitan fitnah jatuh dibawah hukum Qazaf dan ianya telahpun difailkan di Jawi.

"Saya hairan kenapa ada pengarah Jawi, kenapa beliau ada di sini. Kita sudah failkan kes ini di Jawi.

"Adakah beliau cuba membuat satu undang-undang baru dalam konteks syariah Islam yang telah jelas diperincikan dalam undang-undang," katanya. http://harakahdaily.net - 29 April 2011.

Upacara sumpah laknat Shazryl Eskay dibatalkan.
KUALA LUMPUR: Upacara melafazkan sumpah laknat oleh ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, berhubung rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang dibatalkan.
Perkara ini diumumkan pengerusi Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul, kepada jemaah sebentar tadi. Beliau juga meminta jemaah yang masih berkumpul dalam dewan solat supaya beredar. http://www.bharian.com.my - 29 April 2011.

Memandangkan keadaan kecoh tersebut, pengerusi masjid berkenaan, Abdul Razak Husin naik ke atas mimbar untuk menenangkan keadaan. http://www.malaysiakini.com - 29 April 2011.

Trio Datuk T buat sumpah laknat isu rakaman video di Bandar Baru Sentul .
KUALA LUMPUR: Trio Daruk T iaitu Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim hadir di Masjid Amru Ibni Al As, Bandar Baru Sentul bagi melakukan sumpah laknat berhubung isu rakaman video seks yang didakwa membabitkan individu mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan seorang wanita dipercayai warga asing.
Majlis itu dibuat bermula kira-kira jam 4.15 petang tadi dan tamat jam 4.25 petang. Shazryl buat sumpah laknat bagi pihak dua yang lain. http://www.bharian.com.my - 29 April 2011.


Kita kesal apabila masjid dijadikan tempat untuk melakukan sumpah laknat yang tidak mematuhi prosedur syariah itu. Kita juga kesal apabila Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan sebagai penguatkuasa undang-undang syariah seolah-olah merestui tindakan yang jelas melanggar hukum Qazaf itu.

Dan yang paling kita kesalkan pengerusi Masjid Amru al-As sanggup berbohong di atas mimbar dengan mengatakan bahawa majlis berkenaan telah dibatalkan, sedangkan ianya sebenarnya tidak dibatalkan tetapi ditunda ke pukul empat petang.

Semoga Allah sahaja akan memberi petunjuk kepada kita tentang kebenaran.

“Mereka (orang-orang munafik) menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan. “(Al-Munafiqun: 2).

posted by Lidah Penghunus @ 5:10 PM   1 comments

Thursday, April 28, 2011

Larangan terhadap artis yang terbabit aktiviti tidak bermoral di Selangor.

Assalamualaikum.

Tindakan haram artis tak wajar.
Kerajaan Selangor perlu keluar garis panduan, perjelas kegiatan tak bermoral.
KUALA LUMPUR: Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) meminta kerajaan Selangor membuat kajian lebih mendalam mengenai pelaksanaan larangan terhadap artis yang terbabit aktiviti tidak bermoral mengadakan persembahan terbuka di negeri berkenaan, bagi memastikan sebarang keputusan berkaitan tidak dilakukan secara melulu.
Selain itu, ada artis yang menyifatkan tindakan kerajaan negeri berkenaan sebagai tidak adil kerana menghukum tanpa memberi ruang kepada anak seni yang terbabit untuk berubah atau memperbaiki kelemahan diri.
Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Harun Salim Bachik, berkata walaupun moral adalah aspek penting yang harus diambil kira dalam undang-undang dan syariah Islam, kajian lebih mendalam mengenai tindakan terbaru itu perlu dilakukan.

Beliau berkata, ini kerana dikhuatiri seseorang artis dikenakan hukuman sedemikian hanya berdasarkan khabar angin atau spekulasi, sekali gus boleh menjejaskan sumber pendapatan mereka.
“Jika seseorang artis itu memang membuat pengakuan sendiri terbabit aktiviti tidak bermoral, ia boleh diterima sebagai suatu kes yang nyata. Namun sekiranya hanya berdasarkan khabar angin dan spekulasi, diharap pihak berkuasa berkaitan tidak mengambil tindakan melulu kerana ia membabitkan periuk nasi artis,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Sebuah akhbar harian semalam melaporkan Exco Hal-Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Hasan Mohamed Ali, berkata artis tempatan mahu pun luar negara yang terbabit aktiviti tidak bermoral tidak dibenar mengadakan persembahan terbuka di Selangor kerana ia akan memberi kesan negatif kepada masyarakat, terutama golongan muda di negeri itu. Berita Harian – 28 April 2011.


Artis wanita yang memakai pakai mencolok mata. Artis lelakinya memakai subang, anting-anting dan mewarna rambut. Mereka kelihatan bebas bercampur gaul lelaki dan wanita (walaupun bukan berzina). Semua ini kita boleh saksikan di akhbar, majalah dan televisyen. Adakah semua itu dikira sebagai bermoral? Rasanya jika kita baca berita-berita tidak kira majalah atau pun surat khabar berkenaan artis kita akan dengar tentang artis yang terlibat dengan kes dadah, pergaulan bebas, minuman keras dan pergaduhan dan pelbagai lagi salah laku. Adakah mereka itu dikira tidak terlibat dengan kegiatan tidak bermoral?

Datuk Dr Hasan Ali selaku Exco Hal Ehwal Islam apatah lagi mewakili parti Islam dalam kerajaan negeri bertanggungjawab untuk menjaga akhlak umat Islam khususnya di negeri Selangor ini. Beliau tidak akan sekali-sekali membenarkan artis yang terkenal dengan pakaian tidak senonoh dan salahlaku moral membuat persembahan dan dijadikan ikutan kepada remaja Islam di negeri Selangor ini apatah lagi mereka yang didapati melakukan kesalahan moral yang berat seperti dadah.

Ini bukan soal kita tidak memberi peluang kepada artis untuk berubah, malahan PAS sendiri melalui Dewan Pemuda sudah lama menyantuni dunia artis ini. Hasilnya orang-orang seperti Bob Lokman, Renggo Arrow, malahan Amy Search sendiri sudah mula mendekati kita. Hendak mengubah mereka tidak semestinya dengan memberikan peluang kepada mereka untuk membuat konsert dan mempamirkan akhlak buruk mereka kepada anak-anak muda. Banyak lagi cara lain untuk kita mendekati artis ini dan seterusnya mengubah mereka. Yang penting kita mahu mereka berubah dahulu barulah kita boleh beri peluang kepada mereka untuk membuat persembahan.

Jadi SENIMAN dan artis-artis berkenaan tidak perlu risaulah jika mereka tahu mereka tidak mempunyai salahlaku moral. Kita percaya masih ramai lagi artis-artis Malaysia yang bermoral.

posted by Lidah Penghunus @ 12:30 PM   0 comments

Kerajaan cuba bawa ISA dalam perkhidmatan awam?

Assalamualaikum.

Tak tunggu perbicaraan
Peguam Negara, JPA teliti pindaan pekeliling tatatertib garis tindakan terhadap penjawat awam tak amanah

PUTRAJAYA: Penjawat awam yang terbabit dalam kegiatan rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa berhadapan tindakan sama ada ditahan gaji, diturun pangkat atau dibuang kerja tanpa menunggu mereka dibicara atau disabitkan kesalahan oleh mahkamah.

Peruntukan untuk tindakan dalaman itu dicadangkan dalam pindaan Pekeliling Perkhidmatan Awam (Tatatertib) yang sedang diteliti Pejabat Peguam Negara dan Jabatan Perkhidmatan Awam sebagai ganti kepada hukuman ringan seperti amaran bertulis dan lisan sekarang. Berita Harian – 28 April 2010.

Adalah adil kakitangan awam yang belum dibicara dan disabitkan bersalah terus dikenakan hukuman seperti ditahan gaji, diturun pangkat atau dibuang kerja? Sedangkan mereka belum lagi dibuktikan bersalah oleh mahkamah. Bayangkan jika mereka sebenarnya tidak bersalah, tidak kah ini satu penganiayaan kepada mereka? Lebih-lebih yang telah dibuang kerja. Tidak kah ini satu kezaliman kepada keluarga mereka?

Jadi kita tidak mahulah kerajaan membawa undang-undang zalim yang serupa dengan ISA ke dalam perkhidmatan awam. Mereka harus berpegang kepada prinsip seseorang itu tidak bersalah hinggalah dibuktikan bersalah selaras dengan prinsip keadilan dalam Islam.

posted by Lidah Penghunus @ 12:27 PM   0 comments

Wednesday, April 27, 2011

Penggal Parlimen sudah genap tiga tahun, PR 8 - BN 8.

Assalamualaikum.

Penggal Parlimen genap tiga tahun, tiada lagi pilihan raya kecil.
KUALA LUMPUR: Pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen tidak perlu diadakan selepas esok memandangkan penggal Parlimen ke-12 ini sudah mencapai tempoh mandat tiga tahunnya, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

"Selepas tarikh itu, sekiranya berlaku kekosongan kerusi yang disebabkan oleh kematian atau penyandangnya hilang kelayakan, maka pilihan raya kecil (PRK) tidak perlu diadakan," katanya kepada Bernama hari ini. http://www.bharian.com.my - 27 April 2011.

Dengan genapnya tiga tahun penggal parlimen pada kali ini maka berakhirlah sudah pertarungan pilihanraya kecil pasca Pilihanraya Umum ke-12. Sejak selesai PRU 12 pada 8 Mac 2008 hingga ke saat ini sudah 16 pilihanraya kecil telah di adakah iaitu yang terbanyak dalam sejarah.

Daripada 16 pilihanraya kecil yang dipertandingkan ini, kemenangan yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional adalah sama banyak iaitu Pakatan Rakyat 8 dan BN 8. Bilangan kerusi yang berjaya dirampas juga adalah sama banyak iaitu 2 bagi setiap parti.

Melihat kepada angka yang diperolehi ini kita optimis bahawa Pakatan Rakyat mempunyai peluang untuk menang pada pilihanraya umum yang akan datang. Lebih-lebih lagi jika pilihanraya yang akan datang ini dibuat secara adil maka tidak mustahil tsunami politik kedua akan berlaku pada Pilihanraya Umum ke-13. Insya-Allah.

posted by Lidah Penghunus @ 11:43 PM   0 comments

Akhirnya sama ekor dimansuhkan, pengalaman saya berkenaannya.

Assalamualaikum.

Beberapa hari sebelum saman ekor ini dimansuhkan oleh PDRM saya juga turut menjadi mangsa saman ekor dan yang paling menyakitkan hati ianya bukan kesalahan saya atau isteri saya kerana kami tiada di lokasi tersebut ketika tarikh dan masa yang dinyatakan hampir dua bulan lepas. Setelah semakan dibuat di sebuah balai polis maka terbukti ianya bukan kesalahan saya atau isteri kerana nombor cukai jalan berbeza.

Di sini saya mungkin bernasib baik kerana tarikh kesalahan yang dinyatakan dua bulan daripada tarikh kami terima saman ekor, jadi kami masih boleh ingat di mana kami pada masa itu. Tempat saya bekerja juga tidak jauh daripada balai polis, jadi memudahkan saya untuk menyelesaikan masalah ini dengan segera dan saman ekor ini sampai selepas saya memperbaharui cukai jalan.

Bayangkan jika perkara ini kena kepada orang kampung yang rumah dan tempat kerja mereka jauh daripada balai polis, mereka juga tidak berapa arif tentang urusan di pejabat kerajaan. Ini ditambah pula saman ini setahun baru mereka dapat tahu, itu pun kerana mereka tidak dapat memperbaharui cukai jalan. Maka ini semua akan menyulitkan orang-orang seperti mereka apatah lagi ianya bukan kesalahan mereka tetapi angkara kelalaian kakitangan berkenaan dalam menjalankan tugas.

Sebab itulah saya menyambut baik tindakan memansuhkan saman ekor oleh PDRM baru-baru ini. Ianya bukan kerana saya sudah terkena tetapi kerana ianya membebankan rakyat keseluruhannya. Sebenarnya banyak lagi cara yang lebih efektif yang boleh difikirkan untuk mendidik pengguna jalan raya selain daripada menggunakan kaedah saman ekor yang serupa dengan ISA ini.

posted by Lidah Penghunus @ 10:43 PM   0 comments

Halau sahaja kedutaan Israel daripada bumi Mesir.

Assalamualaikum.

Rakyat Mesir mahu perjanjian dengan Israel dimansuh.
KAHERAH: Lebih separuh daripada seluruh rakyat Mesir mahu melihat perjanjian damai 1979 dengan Israel dimansuhkan, berdasarkan keputusan satu kajian pendapat yang dijalankan pusat penyelidikan yang berpejabat di Amerika Syarikat.

Kajian pendapat berkenaan menggariskan ketidakpopularan perjanjian selama tiga dekad itu yang menyokong dasar Amerika di rantau itu dan kesetiaan kepada bekas Presiden Hosni Mubarak, sehingga penggulingan beliau pada 11 Februari.
Ia juga mendedahkan bahawa kebanyakan rakyat Mesir optimis mengenai arah tuju negara mereka berikutan kebangkitan popular selama 18 hari yang membawa kepada kejatuhan presiden dan mereka melihat ke arah demokrasi di negara berkenaan.
Kejatuhan pemimpin Mesir itu dan kebangkitan lebih banyak sistem demokratik bagaimanapun boleh mengancam hubungan dengan Israel.

Berdasarkan keputusan kajian pendapat berkenaan, hanya 36 peratus penduduk Mesir bersetuju dengan meneruskan perjanjian itu berbanding 54 peratus yang mahu melihat ia dimansuhkan.

Biarpun keamanan sejak berdekad dan perdagangan terbatas antara kedua negara, kebanyakan penduduk Mesir memandang serong negara Yahudi itu terutama persepsi bahawa mereka memberi layanan buruk kepada penduduk Palestin.

Pendapat berkenaan berbeza berdasarkan pendapatan di mana 60 peratus penduduk Mesir berpendapatan rendah menyokong pembatalan perjanjian manakala 45 peratus golongan kelas kaya berpendapat ia perlu diteruskan.
Hanya 40 peratus penduduk Mesir dengan pendidikan kolej berasakan perjanjian itu perlu dimansuhkan.

Kajian adalah berdasarkan temubual dengan 1,000 penduduk Mesir di seluruh negara itu, yang dijalankan antara 24 Mac dan 7 April sebagai sebahagian daripada kajian Spring 2011 Pew Global Attitudes yang diadakan di 22 negara.

Pergerakan pro demokrasi pimpinan golongan muda negara itu, yang menggegarkan Mesir dan mengubah persekitaran politik memberikan kesan dramatik kepada tingkah laku penduduk. Kajian berkenaan menunjukkan satu siri kebangkitan optimis dan perubahan sikap mengenai dasar yang lebih wajar diutamakan. Berita Harian – 27 April 2011.


Sebenarnya bukan rakyat Mesir sahaja yang minta Mesir putuskan hubungan dengan negara haram Israel. Umat Islam negara lain di seluruh dunia terutamanya yang hati mereka dekat dengan Masjid al-Aqsa sebenarnya sudah lama berharap agar negara yang berjiran dengan Palestin ini memutuskan hubungan mereka dengan Israel. Apatah lagi umat Islam Palestin yang selama ini turut menerima kesan buruk akbibat dasar berbaik-baik kerajaan Mesir dan Israel itu.

Kerana perjanjian dengan Israel inilah yang menyebabkan Mesir selama ini bertindak zalim dengan menghalang bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui jalan darat yang menyebabkan rakyat Palestin khususnya di Gaza terus menderita akibat kepongan oleh rejim Zionis.

Sekarang ini Alhamdulillah rejim yang berbaik-baik dengan Israel telah tumbang. Maka besarlah harapan umat Islam di seluruh dunia yang cintakan bumi Baitul Maqdis dan al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam agar negara di bumi anbiya’ ini memutuskan hubungan dengan negara haram Yahudi dan menghalau mereka daripada bumi Mesir.

Bukan sahaja negara Mesir, harapan ini turut juga disandarkan kepada negara umat Islam lain yang masih mengadakan hubungan dengan Israel sudah termaktub bangsa Yahudi adalah bangsa yang tidak boleh dibuat perjanjian.

posted by Lidah Penghunus @ 4:33 PM   0 comments

Tuesday, April 26, 2011

Untuk perhatian PERKASA dan SPRM.

Assalamualaikum.

Iban serbu pejabat SUPP tuntut 'habuan'
Lebih 100 penduduk Iban menyerbu ibu pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di Sibu semalam dan menuntut baki RM400 setiap seorang yang dijanjikan bagi menyokong seorang calon pada pilihan raya negeri yang lalu, dakwa sebuah pemantau pilihan raya.

Dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan lewat petang semalam, Pemantau Pilihan Raya Sibu (SEW) mendakwa penduduk Iban berkenaan berang kerana tidak mendapat bayaran 'baki' tersebut meskipun telah dijanjikan oleh agen pilihan raya SUPP dan tua rumah panjang sebelum pilihan raya.

Sebaik menerima berita berkenaan, SEW menghantar dua perwakilannya ke ibu pejabat SUPP bagi memanatu keadaan.

Dalam siasatannya, SEW berkata pihaknya mendapati bahawa penduduk Iban dijanjikan bayaran RM100 sebelum hari mengundi 16 April lalu dan sekiranya calon SUPP menang, setiap seorang daripada mereka akan menerima RM400 lagi selepas pilihan raya.
http://malaysiakini.com - 26 April 2011.

Harap-harap PERKASA dan SPRM tidak tutup dua-dua belah matalah. Untuk PERKASA bersedia untuk berdemonstrasi di depan pejabat SPRM untuk memberikan sokongan moral kepada SPRM agar tidak gentar untuk menyiasat kes yang disebut di atas ini. Pastikan siasatan dibuat di aras bawah atau buat sahaja di rumah panjang.

posted by Lidah Penghunus @ 1:47 PM   0 comments

Tazkirah daripada MB yang jahil.

Assalamualaikum.

ADUN pembangkang terdiam kena tazkirah hampir 10 minit oleh MB.
SEREMBAN 25 April - Seorang wakil rakyat pembangkang terdiam selepas diberi tazkirah hampir 10 minit oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berhubung soal iman dan alam ghaib pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.
Mohamad (BN-Rantau) memberi tazkirah itu kerana kesal dengan soalan lisan Rashid Latif (PKR-Ampangan) yang bertanyakan mengenai relevannya sepotong ayat dalam bacaan talkin iaitu 'tanpa segan silu cacing membaham...' sedangkan dakwanya tanah perkuburan Islam tertentu didapati tiada cacing.
"Susah saya nak jawab soalan ADUN Ampangan ini sebab saya tidak pakai kopiah atau serban, tetapi saya hendak tegaskan hukum mempercayai perkara itu adalah wajib
"Bacaan talkin bukan untuk orang mati, tetapi orang seperti Yang Berhormat inilah, yang hidup, dengarlah elok-elok," jelasnya.
Mohamad berkata, janganlah kerana mahu menegakkan parti dan siasah yang dibawa, agama Islam dipermainkan.
"Contohnya, undi parti tertentu masuk syurga. Kalau begitu kasihan dengan ulama di Mekah dan Madinah sebab tiada parti itu di sana. Jangan ambil alih hak Allah dan hendak jadi Tuhan," tegas Mohamad. Utusan Malaysia – 26 April 2011.


Di sini saya terpanggil untuk mengulas ‘tazkirah’ Menteri Besar Negeri Sembilan tentang undi PAS masuk syurga yang dikaitkan dengan ulama’ di Mekah yang tidak berpeluang untuk masuk syurga kerana tiada parti khususnya parti Islam.

Bagi saya ini adalah kenyataan daripada orang yang jahil tetapi tidak mahu mengaji. Para ulama’ menasihatkan orang Islam untuk memilih pemimpin yang adil yang berusaha untuk laksanakan Islam dan sudah tentulah perbuatan baik mereka itu mendapat ganjaran pahala asalkan niat mereka kerana Allah.

Di Malaysia ini cara memilih pemimpin adalah melalui pilihanraya, jadi mahu tidak mahu umat Islam di negara ini perlu juga menyertai pilihanraya dalam usaha mereka untuk melaksanakan Islam.

Tetapi kenyataan ulama’ ini berikan kesimpulan mudah oleh pemimpin Umno sebagai undi PAS masuk syurga. Tidak cukup dengan itu mereka sempitkan skop tentang pemilihan pemimpin ini dengan membawa politik kepartian ke Mekah dan Madinah yang berbeza dengan Malaysia itu.

Sedangkan walaupu di Mekah dan Madinah walaupun sana tiada parti Islam Se-Mekah atau Madinah tetapi dalam soal kepimpinan Allah tetap berikan ganjaran pahala kepada mereka yang sentiasa berniat dan berusaha untuk menaikkan pemimpin yang adil dan melaksanakan Islam walaupun bukan melalui jalan pilihanraya. Lagipun di Mekah sendiri sudah tertegaknya hukum Allah iaitu Hukum Hudud.

posted by Lidah Penghunus @ 1:25 PM   0 comments

Monday, April 25, 2011

Siapa yang suburkan judi di Pulau Pinang?

Assalamuialaikum.

Pulau Pinang lubuk judi?
  • Aktiviti judi didapati semakin menjadi-jadi di Pulau Pinang apabila kian banyak tangkapan dilakukan, terbaru polis berjaya menumpaskan satu sindiket judi bola haram membabitkan taruhan sehingga jutaan ringgit.
  • Sindiket yang beroperasi di sebuah pangsapuri di Jelutong itu tumpas setelah polis berjaya menahan tujuh lelaki dan dua wanita ketika mereka leka mengambil pertaruhan dalam talian.
  • Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata, dalam serbuan awal pagi semalam, polis merampas tiga buah komputer riba, kerusi serta meja ala kasino.
  • Pada Khamis dan Jumaat lepas, polis berjaya menahan 50 orang yang sedang berjudi di Tokong Batu, Jelutong dan Tanjung Jaya, Jalan Raja Tun Uda, Pulau Pinang.
  • PULAU PINANG 24 April – Bermodalkan komputer riba dan talian Internet di sebuah pangsapuri sebagai pusat operasi judi bola haram, satu sindiket di Jelutong di sini mampu memperoleh nilai pertaruhan mencecah jutaan ringgit sehari.

    Namun, sindiket itu yang dipercayai beroperasi sejak tahun lalu tumpas apabila diserbu sepasukan anggota polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut awal tengah malam tadi.

    Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, pertaruhan dijalankan dengan pembelian cip melalui akaun bank penjudi.

    “Setiap pemain dibenarkan bertaruh hingga RM10,000 dalam setiap pertaruhan.

    “Pertaruhan boleh mencecah RM300,000 dalam satu permainan atau hampir RM1 juta apabila terdapat tiga permainan dalam sehari,” katanya di sini hari ini.

    Dalam serbuan kira-kira pukul 12.30 tengah malam, seramai tujuh lelaki dan dua wanita termasuk seorang wanita warga China berusia 30-an dan 48 tahun ditahan ketika leka mengambil pertaruhan dari dalam talian.

    Kesemua mereka dibawa ke IPD Timur Laut untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 6 (1) dan Seksyen 4 (1)(C) Akta Rumah Perjudian Terbuka serta Seksyen 6 (3) Akta Pertaruhan.

    Polis turut merampas tiga buah komputer riba dan kerusi serta meja ala kasino.

    Kong Meng juga melahirkan penghargaan kepada pihak yang membuat aduan mengenai sindiket berkenaan dan meminta orang ramai berbuat demikian jika mengesyaki kegiatan seperti itu berlaku di kawasan mereka.

    Pada Khamis dan Jumaat lepas, polis berjaya menahan 50 orang yang sedang berjudi di Tokong Batu, Jelutong dan Tanjung Jaya, Jalan Raja Tun Uda, Pulau Pinang. Utusan Malaysia - 25 April 2011.

    GEORGE TOWN: Several influential and powerful figures are behind illicit activities that include operating gambling dens in Penang, said state police chief Deputy Comm Datuk Wira Ayub Yaakob.He said these people with “high social status” were also believed to be involved in other illegal activities such as vice, running unlicensed entertainment outlets and selling pirated optical discs.

    DCP Ayub said police did not have the evidence to nail them yet.

    “The frontliners like the caretakers and sellers are always the ones nabbed.

    “But we know the real culprits. Some are holding high positions in society,” he said. The Star - 20 April 2011.

    Yang pasti bukan angkara DAP dan kerajaan negeri.

    posted by Lidah Penghunus @ 11:59 PM   0 comments

    Isu media perdana yang dikawal oleh kerajaan.

    Assalamualaikum.

    'Media perdana sekali-sekala kritik kerajaan'
    KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata media arus perdana harus sekali-sekala mengkritik kerajaan untuk menyampaikan pandangan sebenar orang ramai.
    Beliau berkata, ini berikutan media arus perdana enggan mengkritik kerajaan walaupun dibenarkan, malah mengamalkan penapisan kendiri kerana percaya mereka perlu sentiasa memberikan sokongan dan pujian kepada kerajaan.
    “Keadaan itu menyebabkan ada kalanya kerajaan mendapat pandangan berat sebelah mengenai apa yang difikirkan orang ramai. Media arus perdana fikir mereka harus melakukan penapisan kendiri, akibatnya ia memberi tanggapan salah kepada orang ramai. “Sebenarnya ia bukan kerajaan (menapis), ia adalah sikap mereka sendiri dari segi peranan sebagai media arus perdana. Mereka fikir bukan (peranan) mereka untuk mengkritik kerajaan. Ini berlaku bukan kerana kerajaan menahan mereka (media arus perdana), tetapi kerana mereka fikir mereka harus mencerminkan pandangan kerajaan,” katanya berucap pada Persidangan Blogger Malaysia-rantau ASEAN di sini, semalam. Berita Harian - 25 April 2011.


    Benarkah tindakan media-media yang mengampu kerajaan ini tidak dipengaruhi oleh kerajaan Barisan Nasioanl? Lihatlah sahaja Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan, Hata Wahari yang disabitkan bersalah oleh pengurusan Utusan kerana dianggap tidak sehaluan dengan mereka.

    Bagaimana mungkin wartawan-wartawan ini boleh mengkritik kerajaan yang memerintah jika tindakan seperti itu yang bakal dikenakan terhadap mereka? Kalau kita lihat akhbar-akhbar media perdana hari ini kandungannya banyak yang menghentam pembangkang dan kerajaan Pakatan Rakyat.

    Salah satunya kenyataan daripada Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali berkenaan isu kerjasama PAS dan PKR. Walaupun sebelum ini beliau menafikan perkara tersebut dan meminta akhbar-akhbar yang berkenaan memohon maaf tetapi hari ini mereka terus memainkan isu berkenaan. Tujuan jahat mereka ialah untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat khususnya PAS dan PKR dan semua ini adalah atas arahan bos mereka iaitu Umno dan Barisan Nasional.

    Sebenarnya bukan setakat yang Tun Mahathir sebutkan itu sahaja. Lebih daripada itu kita minta iaitu mendapatkan hak yang sama rata dalam berkempen di siaran televisyen seperti yang diperolehi oleh Umno dan Barisan Nasional setiap kali pilihanraya.

    posted by Lidah Penghunus @ 1:02 PM   0 comments

    Saturday, April 23, 2011

    As-Sudais suruh Najib laksanakan Islam.

    Assalamualaikum.

    Kunjungan Imam Besar Masjidil Haram Iktiraf Usaha Malaysia Tegakkan Islam - Najib.
    PUTRAJAYA, 22 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kunjungan Imam Besar Masjidil Haram Sheikh Dr Abdul Rahman Abdul Aziz As-Sudais ke Malaysia merupakan pengiktirafan terhadap usaha kerajaan bagi menegakkan Islam di negara ini.

    "Saya percaya kalau dia (Sheikh Abdul Rahman) melihat di sini ada banyak kepincangan dari segi kita mengamalkan Islam, saya percaya dia tidak akan datang ke Malaysia.

    "Keputusan dia datang itu dengan sendirinya merupakan satu pengiktirafan atas apa yang telah dilakukan oleh kita selama ini untuk umat Islam dan untuk menegakkan Islam di Malaysia," kata Najib ketika menerima kunjungan Sheikh Abdul Rahman di sini. http://www.bernama.com - 22 April 2011.


    KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Imam Besar Masjidil Haram Sheikh Dr Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz As-Sudais menggesa umat Islam agar berpegang teguh kepada Al-Quran dan As-Sunnah demi memastikan mereka kekal bersatu padu.

    Beliau berkata, perpecahan di kalangan umat Islam akan berlaku sekiranya mereka tidak menjadikan kedua-dua perkara itu sebagai sebahagian amalan kehidupan seharian.

    "Anda semua harus berpegang pada hadis Rasulullah S.A.W. mengenai pentingnya berpegang teguh dengan Al-Quran dan As-Sunnah, jika tidak inilah (perpecahan) jadinya kepada umat kita (Islam)," katanya dalam khutbah Jumaat yang diikuti oleh lebih 3,000 jemaah, di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, di sini. http://www.bernama.com - 22 April 2011.


    Datuk Seri Najib janganlah perasan kononnya Syeikh Abdul Rahman as-Sudais mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam. Imam Besar Mekah ini sendiri dalam Khutbahnya menyeru umat Islam negara ini agar mengamal al-Quran dan Sunnah jika tidak mahu berpecah. Dan sudah tentulah pemerintah sendiri yang dituntut dahulu untuk mengamalkan pemerintahan berdasar al-Quran dan Sunnah jika tidak mahu berlaku perpecahan dalam negara.

    Adalah amat malang apabila Kerajaan Malaysia yang sering dikunjungi oleh ulama' termahsyur seperti Syeikh Yusuf al-Qardhawi dan Syeikh Abdul Rahman Sudais tetapi masih lagi tidak melaksanakan Islam dalam pemerintahan sepenuhnya.

    posted by Lidah Penghunus @ 11:04 AM   0 comments

    Friday, April 22, 2011

    Tumbangnya Hosni Mubarak, tidak perlu lagi misi bantuan melalui jalan laut.

    Assalamualaikum.

    Negara mahu hantar kapal bantuan kedua ke Gaza
    KUALA LUMPUR: Malaysia akan menghantar kapal bantuan kedua ke Gaza, Spirit of Rachel Corrie pertengahan bulan depan dalam misinya untuk memecahkan sekatan tentera Israel di semenanjung Palestin itu.

    Kapal Spirit of Rachel Corrie itu adalah Rachel Corrie dan mengambil sempena namanya, iaitu kapal bantuan kemanusiaan pertama Malaysia yang diserang komando Israel kira-kira 35 kilometer dari Gaza pada Mei tahun lalu.
    Misi kali ini adalah bagi membantu penduduk Gaza seramai 1.5 juta orang mengatasi masalah mendapatkan bekalan air bersih dan membaiki sistem pembetungan yang musnah dalam serangan tentera Zionis itu pada penghujung 2008.
    Pelancaran misi itu akan dilakukan oleh Presiden Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF), Tun Dr Mahathir Mohamad di Kuala Lumpur hari ini.

    Wakil PGPF, Matthias Chang memberitahu Berita Harian, kapal Spirit of Rachel Corrie itu akan membawa muatan 1.5 juta botol air mineral 500 mililiter dan paip PVC sepanjang 15 kilometer sebagai simbol kepada penduduk Gaza dalam usaha mereka mengatasi masalah bekalan air dan pembetungan. Berita Harian – 22 April 2011.

    Mesir bersedia untuk benarkan bantuan ke Gaza
    Khamis, 21/04/2011 - Menteri Luar Negara Mesir, Nabil al-Arabi telah mengesahkan semasa menerima kunjungan Gabungan Mesir-Antarabangsa untuk Akhiri Sekatan Gaza, bahawa Mesir telah benar-benar bersedia untuk membantu proses membawa bantuan kemanusiaan dan bahan-bahan pembinaan masuk ke Gaza, kata jurucakap Kementerian Luar Negara Mesir, Manha Bakhoum.
    Menteri Luar Negara berkenaan telah membuat perjanjian politik dengan jelas bagi membawa barang-barang keperluan masuk ke Gaza melalui pintu sempadan Rafah selepas isu ini dibawa kepada Presiden Mesir dengan tujuan untuk mengambil tindakan yang perlu dan bersesuaian.
    Dalam perkembangan lain, diplomat-diplomat Mesir menafikan laporan yang mengatakan bahawa urusan untuk membawa Arabi melawat Gaza dalam masa terdekat sedang dilakukan. http://palestinkini.info/ - 21 April 2011.

    Di sini saya alu-alukanlah usaha untuk memberi bantuan kepada penduduk Gaza tidak kira daripada pihak mana pun kerana ketika ini penduduk Gaza yang dikepong oleh negara haram Zionis amat memerlukan bantuan dalam bentuk keperluan asas.

    Sebenarnya idea menggunakan jalan laut iaitu kapal untuk menghantar misi bantuan ke Gaza pertengahan tahun lalu ada ekoran daripada tindakan kerajaan Mesir yang ketika itu dipimpin oleh Hosni Mubarak yang menutup pintu masuk ke Gaza melalui sempadan Mesir.

    Sekarang ini Hosni Mubarak telah pun tumbang melalui Revolusi Mesir awal tahun ini dan baru-baru ini pentadbiran Mesir yang sekarang telah menyatakan kesediaan mereka membuka sempadan untuk kerja-kerja membantu rakyat Palestin yang sekian lama menderita oleh tindakana kejam Israeil dan juga Hosni Mubarak.

    Oleh itu bagi saya Malaysia khususnya Yayasan Keamanan Global Perdana tidak perlu lagi untuk menggunakan jalan laut untuk menghantar bantuan kerana sempedan Mesir telah terbuka luas untuk mereka. Ini lebih selamat daripada risiko diserang oleh ‘lanun’ Zionis seperti yang berlaku kepada Mavi Marmara tahun lalu.

    posted by Lidah Penghunus @ 10:59 AM   0 comments

    Thursday, April 21, 2011

    Umar al-Khattab tukar panglima perang ketika tentera Islam di ambang kemenangan.

    Assalamualaikum.

    Tukar pemimpin langgar syariat, bukan kalah p'raya
    KUALA LUMPUR, 21 April: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) menegaskan PAS tidak mengubah pemimpin termasuk presiden hanya kerana kekalahan dalam pilihan raya termasuk ekoran kegagalan memperoleh kerusi pada pilihan raya negeri Sarawak minggu lalu.
    Katanya, PAS mempunyai cara tersendiri menilai kepimpinan dan faktor kalah pilihan raya bukan satu alasan tepat untuk mengubah kepimpinan.“Pada saya, menukar pemimpin hanyalah apabila jika pemimpin tersebut melanggar syariat Allah SWT," katanya.Beliau berkata demikian semalam sebagai mengulas komen penganalisis politik Prof Abdul Aziz Bari, yang berpendapat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai liabiliti kepada PAS dan Pakatan Rakyat.
    Selain itu, kegagalan PAS memperoleh sebarang kerusi pada Pilihan Raya Sarawak lalu juga dakwanya adalah berpunca dari kelemahan Presiden PAS.“Menukar pemimpin semata-mata kerana kalah dalam pilihan raya adalah satu langkah kurang tepat. Ini kerana belum tentu jika individu lain dipilih, PAS boleh menang pilihan raya,” kata Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan.Pandangan Aziz Bari itu juga turut disanggah Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan yang mendakwa pensyarah undang-undang itu asyik mengulangi isu kekalahan PAS di Terengganu pada 2004 untuk memalukan Presiden PAS.Sementara itu, media hari ini melaporkan Abdul Hadi menyatakan kesediaan ditentang pada pemilihan pusat Jun ini.“Jika ada pencalonan diterima pemimpin lain untuk menentang (saya), saya sendiri amat mengalu-alukannya kerana saya bukan mahu menjadi pemimpin selamanya.“Saya sendiri sudah berumur dan memerlukan barisan pelapis,” kata beliau dipetik media.Tambahnya, PAS juga mengalu-alukan pertandingan sebarang jawatan untuk membuktikan keterbukaan parti dalam soal pemilihan pemimpin selain memantapkan kepimpinan parti.“Pertandingan digalakkan bukan sahaja bagi jawatan parti peringkat cawangan dan kawasan, tetapi meliputi kesemua jawatan termasuk peringkat tertinggi melibatkan jawatan presiden, timbalan dan naib,” kata beliau dipetik Sinar Harian hari ini.
    http://harakahdaily.net - 21 April 2011.

    Tujuan saya menulis tentang isu ini bukanlah untuk menyebelahi mana-mana pihak. Tetapi sebagai ahli kepada Parti Islam Se-Malaysia saya juga bertanggungjawab untuk sama-sama mengajak sahabat-sahabat sesama jemaah agar kita menghayati adab-adab dalam jemaah khususnya dalam PAS yang bukan sekadar parti politik tetapi sebuah jemaah atau gerakan Islam yang meletakkan Allah, rasul dan alim ulama' sebagai pemimpin.

    Dan bukan juga untuk menyanggah golongan intelek seperti Prof Abdul Aziz Bari. Beliau sebagai golongan intelek dan juga rakyat Malaysia berhak untuk mengeluar pandangan tentang parti-parti politik di Malaysia dengan syarat ianya adalah untuk kesejahteraan ummah, bukan untuk mengampu orang yang zalim.

    Di sini saya berasa lega dan bersyukur apabila keluarnya kenyataan dari Mursyidul Am sendiri, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat berkenaan polemik menukar pemimpin ini. Tok Guru Nik Aziz adalah Mursyidul Am bagi gerakan Islam PAS maka beliau adalah pemimpin kerohanian bagi semua ahli jemaah tidak kira apa juga latar belakang. Maka seharusnyalah pandangan Tok Guru ini diambil oleh semua ahli PAS sebagai panduan dalam kita hidup berjemaah.

    Di sini saya teringat dengan kisah panglima tentera yang termahsyur dalam sejarah Islam iaitu Khalid Ibnu al-Walid. Di bawah kepimpinan beliau sebagai penglima perang, tentera islam pada ketika itu telah mencipta banyak kemenangan yang bergaya. Hinggalah ke pertempuran terakhir beliau sebagai panglima perang iaitu Perang Yarmuk yang juga perperangan yang merekodkan kemenangan untuk tentera Islam. Pada saat akhir pertempuran tersebut datang utusan daripada Khalifah Umar al-Khattab RA mengarahkan agar panglima perang ditukar daripada Khalid al-Walid kepada Abu Ubaidah.

    Pertukaran dalam kepimpinan tentera ini dibuat bukan kerana tentera Islam kalah dalam perperangan tetapi lebih kepada untuk menjaga akidah umat Islam. Khalifah Umar al-Khattab tidak mahu orang Islam taksub kepada kehebatan Khalid al-Walid yang berjaya membawa kemenangan kepada tentera Islam dalam erti kata yang lain beliau tidak mahu orang menganggap tentera Islam menang kerana Khalid al-Walid, bukan kerana Allah. Ini samalah juga yang diletakkan oleh Tok Guru Nik Aziz dalam kita menukar kepimpinan. Kepimpinan itu ditukar bukan kerana menang atau kalahnya sesuatu organisasi itu tetapi adalah untuk menjaga Islam dan jemaah itu sendiri.

    Oleh itu diharapkan agar kita dapat menghayati adab-adab dalam berjemaah dan terus komited dalam perjuangan Islam walaupun siapa pun pemimpin kita kerana kita percaya siapa pun yang diangkat menjadi pemimpin khususnya Presiden mereka tetap tertakluk kepada al Quran, sunnah dan Ijmak Ulama'. Akhir sekali saya memetik kata Saidina Umar al Khattab yang bermaksud "Tiada Islam tanpa jemaah, tiada jemaah tanpa kepimpinan dan tiada kepimpinan tanpa wala'. Wallahu 'alam.

    posted by Lidah Penghunus @ 3:44 PM   0 comments

    PAS ditolak sepenuhnya di Serawak?

    Assalamualaikum.

    Pas ditolak sepenuhnya di Sarawak – Adenan.
    KUCHING 20 April - Kekalahan semua calon Pas pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10, Sabtu lalu, membuktikan parti itu bukan sahaja gagal mendapat sokongan malah ditolak sepenuhnya oleh rakyat negeri ini.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Datu, Tan Sri Adenan Satem berkata, kegagalan itu pastinya menjadi satu pengajaran kepada Pas bahawa rakyat khususnya bumiputera masih mempunyai keyakinan tinggi terhadap kerajaan BN.

    “Saya melahirkan keyakinan bahawa pengundi di kawasan Parlimen Santubong yang merangkumi DUN Tanjung Datu, Pantai Damai dan Demak Laut akan menolak parti pembangkang, sekali gus terus memberi sokongan kepada kerajaan BN pada pilihan raya akan datang.

    “Ini kerana kerajaan BN mampu membawa perubahan dan pembangunan untuk kesejahteraan negeri dan seluruh rakyat Sarawak,” katanya pada majlis Jamuan Makan Malam meraikan kemenangannya di Kelab Golf Sarawak, di sini malam tadi. Utusan Malaysia - 21 April 2011.

    Bagi saya kenyataan bahawa PAS ditolak sepenuhnya oleh rakyat Serawak adalah tidak tepat. Jika kita perhatikan dahulu jangankan hendak dapatkan undi, nak buka cawangan, nak bertanding pilihanraya pun susah. Tetapi kini PAS bukan sahaja dapat membuka banyak cawangan, malahan dalam pilihanraya yang sertai PAS menampakkan peningkatan dalam prestasi.

    Jika kita teliti keputusan Di DUN Beting Maro, PAS berjaya meningkatkan undi daripada 1901 kepada 2678 dan mengurangkan majoriti BN daripada 895 ke 391. Berbanding dengan BN peningkatan undi yang perolehi oleh PAS adalah lebih besar iaitu 777 berbanding 273. Malahan di DUN yang dimenangi oleh Adenan Satem sendiri PAS berjaya mengurangkan majoriti daripada 4136 kepada 3216. Undi yang diperolehi Adnan juga berkurangan daripada 4545 kepada 4218. Dan walaupun kalah PAS tidak hilang deposit di kelima-lima DUN yang mereka bertanding.

    Dengan angka-angka di atas ini maka jelaslah bahawa PAS tidak ditolak sepenuhnya di Serawak malahan makin diterima dan Pilihanraya Negeri Serawak pada kali ini adalah satu langkah yang baik dalam PAS meniti perjuangan di Bumi Kenyalang. Kenyataan daripada Adenan Satem ini sebenarnya adalah kenyataan yang angkuh daripada seorang pemimpin BN yang menang secara tidak bermaruah. Lihatlah kemenangannya juga diraikan di tempat eksklusif seperti kelab golf. Tidak seperti pemimpin Pakatan Rakyat yang meraikan kemenangan di tempat-tempat terbuka bersama rakyat.

    posted by Lidah Penghunus @ 1:08 PM   0 comments

    Wednesday, April 20, 2011

    E-mel 1Malaysia sebagai strategi politik BN di alam maya.

    Assalamualaikum.

    Akaun e-mel peribadi setiap rakyat.
    Wujud perhubungan langsung warga berusia 18 tahun ke atas dengan kerajaan
    PUTRAJAYA: Mulai Julai ini rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas akan diberikan akaun e-mel peribadi menerusi web portal E-mel 1Malaysia yang membolehkan mereka menerima kenyataan dan makluman daripada kerajaan sebagai langkah mewujudkan perhubungan langsung antara rakyat dengan semua agensi awam.
    Projek E-mel 1Malaysia (1MY) itu juga bagi mewujudkan perhubungan lebih telus dan selamat rakyat dengan kerajaan, di samping meningkatkan mutu perkhidmatan sektor awam kepada rakyat kerana ia berfungsi sebagai portal sehenti untuk perkhidmatan beberapa agensi kerajaan.
    “E-mel 1Malaysia akan menjadi e-mel peribadi rakyat untuk mendapatkan perkhidmatan berkaitan kerajaan. Kami sedang meninjau untuk meletakkan notis dan pengumuman penting daripada kerajaan dihantar terus dalam peti e-mel pengguna,” katanya.

    Ditanya mengenai perbezaan portal e-mel 1 Malaysia dengan MyEG, beliau berkata MyEG ditumpukan kepada perkhidmatan pembayaran bil, manakala E-mel 1Malaysia untuk menyampaikan notis dan maklumat kerajaan.

    Beliau menjelaskan, Tricubes kini sedang meninjau beberapa cara untuk menjadikan pendaftaran akaun e-mel berkenaan secara automatik kepada pemegang MyKad berusia 18 tahun ke atas. Berita Harian – 20 April 2011.

    Apa yang saya nampak idea e-mel peribadi 1Malaysia ini wujud ekoran kekalahan kerajaan Barisan Nasional di alam maya khususnya pada Pilihanraya Negeri Serawak tempoh hari. Ini diakui sendiri oleh Datuk Seri Najib bahawa kewujudan media internet menyukarkan BN untuk menang besar dalam pilihanraya.

    Sebagaimana yang kita maklum ketika ini kebanjiran teknologi maklumat banyak melanda di kawasan Bandar. Walau bagaimanapun apa yang harus kita sedar kebanjiran teknologi maklumat ini telah mula menular di kawasan-kawasan kampung atau desa. Ini kerana di setengah-setengah kampung telah ada pusat internet desa yang disediakan oleh pihak kerajaan yang secara tidak langsung melahirkan kesedaran dan celik IT di kalangan masyarakat luar Bandar. Ini ditambah pula dengan rancangan untuk mewujudkan zon wifi di kawasan Bandar.

    Oleh itu tidak mustahil pihak kerajaan Barisan Nasional telah nampak perkara ini dan sebagai persediaan untuk menghadapi ledakan teknologi maklumat di kawasan luar bandar maka diwujudkan akaun e-mel untuk semua rakyat Malaysia yang mencapai berumur 18 tahun agar segala propaganda BN dapat masuk dahulu ke skrin komputer rakyat sebelum masuknya maklumat daripada laman blog dan laman sosial yang lain.

    Cuma kita tidak pasti bagaimanakah bentuk e-mel itu nanti, adakah ianya berbentuk komunikasi dua hala atau satu hala sahaja iaitu pemilik e-mel hanya menerima emel masuk daripada kerajaan sahaja. Apapun yang pasti apabila wujudnya e-mel 1Malaysia ini nanti, hanya dengan satu klik sahaja kerajaan akan dapat menghantar maklumat kepada seluruh rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

    Memang benar kebaikan E-mel 1Malaysia ini sesebuah kerajaan dapat menyalurkan maklumat tentang dasar-dasar kerajaan terus kepada rakyat tetapi tidak mustahil ianya boleh disalahgunakan kerana sekarang ini majlis-majlis rasmi dan kemudahan kerajaan pun boleh disalahgunakan untuk kempen politik.

    posted by Lidah Penghunus @ 12:16 PM   0 comments

    Tuesday, April 19, 2011

    Kenyataan lawak daripada parti komponen BN, SPR.

    Assalamualaikum.

    Pembangkang kempen secara agresif – SPR
    KUALA LUMPUR 18 April – Pihak pembangkang telah menggunakan cara berkempen yang begitu agresif dengan menabur fitnah, hasutan dan provokasi dalam usaha menarik sokongan rakyat sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak minggu lalu.
    Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, hasil pemantauannya mendapati pendekatan yang disifatkan sebagai amat berbahaya itu menjadi modal utama pihak pembangkang mempengaruhi rakyat dan paling ketara berlaku sehari sebelum pengundian dijalankan.
    Katanya, sebagai contoh, ia didapati berlaku dalam satu rapat umum anjuran DAP yang diadakan di sebuah tempat awam di Miri sejam sebelum tempoh berkempen tamat.
    “Saya lihat dan dengar sendiri bagaimana di dalam rapat umum berkenaan penceramah membangkitkan semangat dengan kata-kata yang berbentuk provokasi walaupun saya tidak faham bahasa yang mereka gunakan,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Utusan Malaysia – 19 April 2011.

    Di atas ini adalah kenyataan lawak daripada salah satu parti komponen BN tentang Pilihanraya Negeri Serawak tempoh hari. Kata DAP mengeluarkan kata-kata berbentuk provokasi tetapi mengaku tidak faham bahasa yang mereka gunakan. Apa cerita ni?.?.?

    posted by Lidah Penghunus @ 2:34 PM   1 comments

    Sekali lagi BN mainkan isu perkauman apabila kalah.

    Assalamualaikum.

    Cina Sarawak dijangkiti virus perkauman
    KUALA LUMPUR 18 April - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (gambar) berkata, masyarakat Cina di Sarawak telah dijangkiti dengan virus perkauman Cina yang selama ini menjadi dasar perjuangan DAP.

    Beliau berkata, jika dahulu DAP ditolak mentah-mentah oleh masyarakat Cina Sarawak tetapi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak kali ini kedudukannya amat berbeza.

    Katanya, DAP berjaya menjadikan masyarakat Cina Sarawak tidak lagi percaya kepada konsep hidup rakyat pelbagai kaum seperti yang pernah dilalui oleh kaum itu sebelum ini.

    "Saya ucapkan tahniah kepada DAP kerana berjaya membawa masuk politik rasis ke Sarawak. Dahulu kita lihat semua kaum bekerjasama antara satu sama lain demi kebaikan negeri Sarawak. Utusan Malaysia - 19 April 2011.

    Tiong Lai bidas DAP guna politik perkauman

    KUALA LUMPUR 18 April - Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai membidas DAP kerana menggunakan politik perkauman pada kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10, baru-baru ini. Utusan Malaysia - 19 April 2011.

    Hubungan kaum: DAP bertanggungjawab

    KUALA LUMPUR 18 April - DAP perlu dipertanggungjawabkan sepenuhnya jika berlaku sebarang kejadian yang boleh menjejaskan keharmonian antara kaum dan etnik di Sarawak selepas ini.

    Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, ini kerana DAP merupakan dalang utama yang membangkitkan sentimen perkauman di kalangan masyarakat Cina semasa kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 serta ketika mereka meraikan kemenangan.

    Pada masa yang sama katanya, masyarakat Cina Sarawak juga perlu berani berdepan dengan segala akibat kerana membenarkan sebuah parti politik yang cauvinis dan perkauman bertapak dengan bergaya di negeri tersebut. Utusan Malaysia - 19 April 2011.


    Ketika memperolehi keputusan yang teruk dalam Pilihanraya Umum ke-12 tahun 2008 lalu BN dilihat banyak memainkan sentimen perkauman khususnya kepada DAP yang telah berjaya menguasai Pulau Pinang dan mentadbir Selangor bersama PKR dan PAS.

    Semua ini dilakukan atas sebab dendam BN kepada DAP dan Pakatan Rakyat yang berjaya merampas penguasaan mereka terutamanya di Selangor dan Pulau Pinang. Dan pasca Pilihanraya Negeri Serawak ke-10 ini sekali lagi isu ini dimainkan kembali terhadap DAP yang berjaya memperolehi 12 kerusi.

    N09: PADUNGAN: 23,576
    1. Dominique Ng Kim Ho (Bebas)………………….439
    2. WONG KING WEI (DAP)………………………11,957
    3. Sim Kiang Chiok (BN-SUPP)………………….4,073

    N010: PENDING: 29,488
    1. Prof Dr Sim Kui Hian (BN-SUPP)……………..6,780
    2. VIOLET YONG (DAP)………………………..14,375

    N012: KOTA SENTOSA: 27,301
    1. CHONG CHIENG JEN (DAP)……………………12,594
    2. Datuk Alfred Yap Chin Loi (BN-SUPP)…………7,770

    N013: BATU KAWAH: 20,664
    1. CHRISTINA CHEW WANG SEE (DAP)………………7,439
    2. Tan Joo Phoi (BN-SUPP)…………………….6,896

    N039: REPOK: 18,481
    1. DR WONG HUA SEH (DAP)……………………..7,900
    2. Datuk David Teng Lung Chi (BN-SUPP)…………5,221

    N040: MERADONG: 15,337
    1. Ling Kie King (BN-SUPP)……………………4,197
    2. TING TZE FUI (DAP)………………………..6,884

    N045: BUKIT ASSEK: 26,926
    1. Hii Tiong Huat (Bebas)………………………180
    2. Chieng Huong Toon (BN-SUPP)………………..4,700
    3. WONG HO LENG (DAP)……………………….13,527

    N046: DUDONG: 26,251
    1. YAP HOI LIONG (DAP)……………………….9,649
    2. Datuk Tiong Thai King (BN-SUPP)…………….9,332
    3. Apandi Abdul Rani (Bebas)……………………174

    N048: PELAWAN: 28,808
    1. Vincent Goh Chung Siong (BN-SUPP)…………..6,927
    2. DAVID WONG KEE WOAN (DAP)…………………13,318


    Sumber : Berita Harian



    Saya hairan mengapa mereka boleh mengatakan DAP membawa masuk politik perkauman di Serawak. Sedangkan jika kita teliti butiran keputusan PRN di atas ini menunjukkan bahawa DAP menang dengan menewaskan calon BN yang juga daripada Cina. Andaikata calon BN yang menang YB yang akan wakili DUN berkenaan juga adalah daripada kaum Cina. Jadi apa perkaumannya yang DAP bawa di sini?

    posted by Lidah Penghunus @ 1:21 PM   0 comments

    Monday, April 18, 2011

    Mungkinkah ini bermaksud dendam Taib kepada pengundi Cina di Serawak?

    Assalamualaikum.

    Taib teliti kedudukan wakil Cina dalam Kabinet.
    SUPP mewakili Tionghua hanya ada dua ADUN dalam BN
    KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, akan mengkaji secara teliti kedudukan wakil masyarakat Cina dalam Kabinet Negeri susulan kekalahan teruk Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang mewakili kaum itu dalam Barisan Nasional (BN). Berikutan kekalahan teruk SUPP, sekarang hanya tinggal dua wakil rakyat keturunan Cina daripada parti itu, Datuk Seri Wong Soon Koh yang menang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bawang Assan dan Datuk Lee Kim Shin (Senadin). Malah Abdul Taib mengakui memerlukan masa, mungkin sebulan untuk meneliti perkara itu, bagi memastikan Kabinet yang dibentuk nanti adalah selari dengan suara dan undi rakyat dalam pilihan raya negeri kali ini. Abdul Taib mengakui kecewa dengan kekalahan terutama calon muka baru SUPP di Pending, Prof Dr Sim Kui Hian, yang bukan saja berkelayakan tinggi, malah calon yang dianggap muka baru paling berpotensi dalam SUPP. Berita Harian - 18 April 2011.

    posted by Lidah Penghunus @ 5:12 PM   0 comments

    Hunusan pasca PRN Serawak.

    Assalamualaikum.

    Bermula hari jumaat, 15 April minggu lepas hingga 17 April hari ahad capaian internet di tempat saya terganggu. Saya bagaikan diikat tangan dan kaki dan hanya mampu melihat Pakatan Rakyat di'bantai' oleh Barisan Nasional dalam pertarungan di Serawak. Namun begitu dengan menangnya calon-calon Pakatan Rakyat di kawasan bandar dan kalahnya BN di kawasan bandar menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat bukanlah tewas atau kalah dan kemenangan BN sebenarnya bukanlah kemenangan yang bermaruah.

    Keputusan ini sebenarnya menunjukkan kepada kita bahawa BN hanya bergantung kepada media tunggangan mereka iaitu RTM, TV3, Berita Harian dan Utusan Malaysia untuk menang. Namun penggunaan media tunggangan ini ternyata gagal di kawasan bandar yang terdedah dengan media baru seperti laman web, blog dan lama sosial.

    'Media internet sukarkan kemenangan'
    Perdana Menteri Najib Abdul Razak berkata kemenangan BN di Sarawak amat bermakna memandangkan kesukaran berdepan dengan demokrasi terbuka. Pengerusi BN itu berkata, kewujudan media Internet menjadikan ianya lebih sukar untuk memenangi pilihan raya dengan majoriti besar, seperti yang berlaku di setengah negara kebelakangan ini, lapor Bernama. http://malaysiakini.com - 17 April 2010.

    Pada malam diumumkan keputusan pilihanraya, saya mengikuti Radio Siaran 24 Bernama yang menemuramah seorang pensyarah sebuah universiti awam. Apabila diajukan soalan tentang jaguhan kampung yang merujuk kepada kemenangan BN di luar bandar. Pensyarah ini menyebutkan bahawa ini menunjukkan masyarakat luar bandar menerima politik pembangunan yang dibawakan oleh BN.

    Manakala masyarakat di bandar ujarnya, mereka sudah pun mempunyai taraf ekonomi yang stabil maka mereka lebih tertumpu soal ketelusan dalam pentadbiran (menyedari kenyataannya itu seolah-olah kerajaan BN tidak telus beliau terus mengatakan bukan kerajaan tidak telus tetapi masyarakat bandar hendak lebih telus lagi).

    Nampaknya pensyarah yang senasib dengan TV3 dan RTM ini tidak mahu mengakui bahawa BN memperalatkan media dan cara BN ini tidak berjaya di bandar kerana masyarakat bandar telah muak dengan media yang berat sebelah, ditambah pula dengan kewujudan teknologi maklumat.

    Apapun pada pilihanraya kali ini tsunami politik tidak berlaku di Serawak tetapi riak-riaknya sudah ada sebenarnya. Semoga kita dapat terus gerakkan riak-riak gelombang ini hingga tercetusnya tsunami politik pada Pilihanraya Umum ke-13.

    posted by Lidah Penghunus @ 1:10 PM   0 comments

    Thursday, April 14, 2011

    Hunusan PRN Serawak - Edisi Khamis.

    Assalamualaikum.

    Belia kena sedar bahaya tukar kerajaan.
    SHAH ALAM: Generasi muda dinasihatkan sentiasa membantu kerajaan mengekalkan kuasa politik sedia ada bagi memastikan kelangsungan pembangunan demi kesejahteraan masyarakat berbilang kaum.
    Mereka juga diminta menggunakan liberalisasi maklumat sebaik mungkin agar tidak terperangkap dengan rancangan pihak tertentu yang bercita-cita untuk menghancurkan sistem pemerintahan yang sudah menabur bakti sejak 54 tahun lalu.
    Prof Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi MARA (UiTM), Datuk Dr Ramlah Adam, berkata peralihan kuasa politik sangat berbahaya bagi rakyat Malaysia kerana kumpulan penentang kerajaan tidak mempunyai sejarah kepemimpinan yang jelas. Katanya, mereka menghasut generasi muda supaya membenci kerajaan kerana menyedari mereka kurang memahami sejarah perjuangan menuntut kemerdekaan dan kesusahan pemimpin negara membangunkan Malaysia ke tahap sekarang.
    Beliau berkata, kumpulan radikal itu juga menggunakan media baru seperti laman sesawang dengan memburuk-burukkan kerajaan bagi membangkitkan kemarahan rakyat bagi memudahkan mereka menggunakan saluran politik untuk menumbangkan kerajaan.
    "Bagi mengelak daripada terjerumus dalam perangkap kumpulan politik berbahaya, generasi muda perlu memahami sejarah silam terutama perjuangan menentang komunis dan menuntut kemerdekaan," katanya dalam forum bertajuk `Perpaduan Negara Melalui Komunikasi dan Media' di UiTM, semalam.
    Forum anjuran bersama Jabatan Penerangan, Berita Harian, Gabungan Penulis Nasional (GAPENA) dan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM yang dikendalikan oleh Prof Dr Mokhtar Muhammad dari UiTM Shah Alam itu turut disertai Pensyarah Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Datuk Prof Dr Rosli Saludin.
    Dr Ramlah juga mengingatkan generasi muda supaya terus mendokong perjuangan 1Malaysia diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana ia adalah kesinambungan perpaduan berbilang kaum diperjuangkan sejak 54 tahun lalu. Berita Harian - 14 April 2011.

    Kita kesal apabila terdapat ahli akademik dan pensyarah yang merendahkan martabat kecendekiaan mereka apabila sanggup menjadi haiwan politik parti pemerintah yang zalim. Sepatutnya mereka ini menjadi mentor kepada golongan mahasiswa dalam memperjuangkan keadilan dan menentang kerajaan yang zalim.

    Dalam isu tukar kerajaan yang disebutkan itu, adakah pensyarah ini tidak membuat pemerhatian di Selangor lokasi kampus UiTM tempat beliau cari makan? Sebutkan apa bahaya yang berlaku kepada rakyat Selangor selepas bertukar kerajaan sekarang ini. Jika hendak sentuh tentang sejarah, PAS umpamanya adakah tidak mempunyai rekod sejarah kempimpinan jelas? Sedangkan Parti Islam ini telah wujud bersama dengan perjuangan untuk menuntut kemerdekaan tanah air malahan pernah berada dalam kerajaan Barisan Nasional bermula tahun 1970 dan memerintah Kelantan sejak tahun 1990.

    Sebut juga tentang sejarah kita nak tanya Ramlah Adam adakah sekarang ini Selangor, Kedah dan Pulau Pinang diperintah oleh penjajah British atau pengganas Komunis? Adakah dia pasti bahawa BN tidak mewarisi sistem yang dibawa oleh penjajah British? Apakah Akta Keselamatan Dalam Negeri itu sistem yang diwarisi oleh Kesultanan Melayu Melaka?

    Akhirnya sekali apa masalahnya pembangkang yang Ramlah Adam cop sebagai kumpulan radikal menggunakan media baru seperti blog dan facebook untuk menumbangkan kerajaan? Sedangkan saluran yang digunakan masih lagi saluran politik iaitu pilihanraya, bukannya revolusi atau keganasan. Pembangkang terpaksa menggunakan media baru ini pun adalah sebab adanya spesies seperti Ramlah Adam ini dalam kumpulan wartawan dan media.

    @@@@@

    Hasrat pembangkang calonkan Baru Bian bahayakan rakyat Sarawak
    KUCHING 13 April - Pembangkang tidak berpijak di bumi nyata apabila menamakan Baru Bian sebagai Ketua Menteri sekiranya mereka berjaya menawan negeri ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana Menteri berkata, perkara itu meletakkan seluruh rakyat negeri ini dalam bahaya kerana Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri itu langsung tiada pengalaman malah sudah beberapa kali kalah dalam pilihan raya. "(Ini) orang yang tak ada pengalaman, jadi wakil rakyat pun belum ada pengalaman tiba-tiba nak jadi Ketua Menteri, logik tak? "Orang tak ada pengalaman nak letak tempat macam itu, tunggulah akibatnya, tentu sekali Sarawak tidak akan maju kalau pembangkang menang, sebab itu kita tak boleh bagi pembangkang menang," katanya ketika berucap pada Program Khidmat Masyarakat 1Malaysia, di sini malam ini. Utusan Malaysia - 14 April 2011.

    Menteri Besar Selangor yang sekarang ini, Tan Sri Khalid Ibrahim juga sebelum ini tidak pernah jadi wakil rakyat, malahan pernah kalah Pilihanraya Kecil DUN Ijok tetapi kini berjaya membawa Selangor ke landasan yang benar bak kata PM. Apa guna puluhan tahun pengalaman menjadi ADUN dan Menteri tetapi niat tergelincir daripada landasan yang benar kerana bercita-cita untuk mengumpulkan harta.

    @@@@@

    Namakan dahulu pengganti MB Kelantan.
    KOTA BHARU 13 April - Pas Kelantan diminta menamakan dahulu pengganti Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum menyibuk hal 'rumah tangga' Barisan Nasional (BN). Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, parti itu perlu berbuat demikian sebelum mendesak BN menamakan pengganti Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Katanya, desakan Exco Kerajaan Pas Kelantan, Datuk Husam Musa yang mahukan BN menamakan pengganti Abdul Taib umpama 'pukul anak sindir menantu' kerana bekas Naib Presiden Pas itu menyedari Nik Abdul Aziz sudah tidak mampu lagi untuk mentadbir negeri ini. Utusan Malaysia - 14 April 2011.

    Isu Menteri Besar Kelantan dengan Ketua Menteri Serawak adalah berbeza kerana PAS Kelantan belum buat apa-apa janji untuk menukar Menteri Besar seperti yang dibuat di Serawak yang disebut pelan peralihan kuasa. Jadi tidak ada sebab untuk PAS menamakan Menteri Besar Kelantan yang baru. Tambah lagi rakyat Kelantan dan PAS masih memerlukan kepimpinan Tok Guru Nik Aziz walaupun beliau sering menyatakan hasrat untuk berundur.

    PAS mencabar BN Serawak kemukakan nama Ketua Menteri Serawak yang baru kerana tidak mahu rakyat Serawak tertipu sekali lagi dengan Taib Mahmud yang pernah berjanji untuk berundur pada tahun 2000.

    @@@@@

    Utusan dapati Presiden NUJ bersalah
    Siasatan dalaman pengurusan Utusan Melayu (M) Bhd hari ini mendapati wartawannya, Hata Wahari bersalah atas semua lima pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.
    Siasatan dalaman kenakan ke atas Hata yang juga presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), berikutan beberapa kenyataan yang dibuat oleh wartawan itu sebelum ini.
    Pada siasatan 1 Mac lalu, ketua pengarang kumpulan Utusan Datuk Aziz Ishak berkata wartawan kanannya itu mempunyai niat jahat terhadap akhbar tersebut.
    Hata yang dipilih menjadi presiden baru NUJ tahun lau membawa pendekatan berbeza berbanding penyandang sebelumnya Norlela Daud yang lebih 'diam'.
    Pandangan dan kritikannya - seperti isu pemilikan Umno, kejatuhan edaran akhbar dan 'kelemahan' pengarang Utusan - dilihat meresahkan banyak pihak, sehingga akhbar itu, memetik pihak tertentu, dilapor mempersoal sama ada Hata penyokong tegar pembangkang. http://malaysiakini.com - 14 April 2011.

    Inilah dia Utusan Malaysia yang sekian lama menjadi alat kepada Umno dan Barisan Nasional. Jika ada wartawan yang tidak mengikut cara mereka maka ianya akan dianggap bersalah dan dicop sebagai penyokong pembangkang.

    Sedangkan wartawan berkenaan berniat untuk kembalikan etika kewartawanan dan tanggungjawab sosial akhbar dalam akhbar yang wujud sejak sebelum merdeka itu. Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan ini tidak mahu lihat akhbar yang mempunyai nilai sejarah ini berkubur akibat ditolak oleh rakyat yang semakin muak dengan sikap mereka yang berat sebelah. Sebab itulah disebut sekali tentang kemerosotan edaran akhbar utusan ini. Yang susah nanti adalah pekerja-pekerja akhbar itu juga.

    @@@@@

    BN: Kita boleh menang jika DUN Perak dibubar hari ini.
    Barisan Nasional percaya ia mampu mengekalkan majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dan menang 34 kerusi jika DUN dibubarkan hari ini.
    ADUN Lenggong, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali (kanan), ketika membentangkan usul terima kasih titah diraja, berkata BN telah “menjalankan analisisnya sendiri” dan jika pilihan raya umum diadakan tidak lama lagi, prestasi BN Perak akan lebih baik daripada 2008.
    Dalam pilihan raya umum Mac 2008, Umno menang 27 daripada 34 kerusi yang ditandinginya, manakala MCA menang ia satu kerusi, menyebabkan ia gagal mendapat majoriti mudah di DUN Perak.
    Parti pembangkang DAP pula menang semua 18 kerusi yang ditandinginya, manakala PKR menang tujuh kerusi dan PAS menang enam kerusi. Berikutan itu, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS-Pasir Panjang) menjadi menteri besar Perak.
    Bagaimanapun, tiga ADUN Pakatan Rakyat telah keluar parti mereka menjadi wakil rakyat Bebas yang menyokong BN, dan sekaligus mencetuskan krisis perlembagaan di negeri tersebut. http://malaysiakini.com - 13 April 2011.

    Sebelum berangan tentang kemenangan BN di Perak ada baiknya Datuk Seri Tajul Rosli tunggu dahulu keputusan Pilihanraya Negeri DUN Serawak 16 April ini.

    posted by Lidah Penghunus @ 11:51 AM   0 comments

    Wednesday, April 13, 2011

    Hunusan PRN Serawak - Edisi Khas perang media.

    Assalamualaikum.

    Malaysiakini dan Sarawak Report diserang.
    KUALA LUMPUR, 13 April: Kerana bimbangkan pengaruhnya yang semakin berkembang, laman web Sarawak Report (SR) dan Malaysiakini diserang oleh pihak-pihak tertentu dan tidak boleh dilawati.
    Sarawak Report mula diserang empat hari lepas manakala Malaysiakini tidak boleh dilawati langsung mulai semalam.
    SR sejak dari penubuhannya menumpukan serangan mereka kepada kepimpinan BN Sarawak khasnya Ketua Menteri, Datuk Patinggi Taib Mahmud.
    Laporan Malaysiakini bagaimana pengundi Sarawak berebut-rebut Tupperware dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib juga sangat memalukan Najib dan BN.
    Malaysiakini juga telah berjaya memperlihatkan pertembungan antara Najib dengan Taib Mahmud di Sarawak. http://harakahdaily.net - 13 April 2011.

    Media diarah tidak lagi siarkan perhimpunan Pakatan.
    Sumber yang rapat dengan gergasi media yang dikaitkan dengan Umno itu - Media Prima - memberitahu Malaysiakini bahawa semua rangkaian televisyen miliknya telah diarahkan supaya tidak menyiarkan ceramah harian Pakatan yang berjaya menarik kehadiran ribuan orang.
    “Visual rali mega tidak sama sekali boleh disiarkan meskipun ia berkaitan dengan pilihan raya,” kata sumber dalaman itu.
    Selain televisyen, akhbar Cina juga diberi tekanan selepas BN dikatakan mungkin tumbang di beberapa kawasan yang mempunyai pengundi majoriti masyarakat Cina. http://www.malaysiakini.com - 13 April 2011.

    Barisan Nasional memiliki kawalan sepenuhnya kepada media-media utama negara seperti RTM, TV3, Utusan dan Berita Harian yang memudahkan parti pemerintah ini menyalurkan apa sahaja yang hendak disampaikan melalui media tunggangan mereka yang diikuti oleh hampir seluruh rakyat Malaysia. Namun kita hairan, BN hendak juga mewujudkan pasukan blogger untuk berhadapan dengan blogger-blogger daripada parti pembangkang khususnya Pakatan Rakyat. Sedangkan bagi pembangkang inilah sahaja medium yang kita ada selain daripada akhbar dan ceramah.

    Tetapi tak mengapalah begitu kerana kita meraikan kebebasan untuk bersuara melalui media baru. Namun apa yang lagi menghairankan kita sudahlah BN menguasai media utama, menggunakan blogger upahan, media-media internet yang propembangkang ini pula mereka hendak sekat. Sebenarnya ini menunjukkan bahawa BN juga sudah tahu bahawa rakyat khususnya generasi muda sudah muak dengan media-media utama yang berat sebelah lebih-lebih lagi ketika pilihanraya yang menyebabkan mereka beralih kepada media alternatif serta media baru.

    Jika Pilihanraya Umum ke-12 dahulu antara penyumbang kepada tsunami politik adalah blog, kini BN lagi bertambah tertekan dengan kehadiran laman sosial seperti Facebook yang boleh dimanfaatkan untuk menyampaikan kebenaran. Oleh itu Barisan Nasional jangan fikir bahawa dengan menggodam laman web propembangkang mereka akan dapat menyekat kita dariapada menyampaikan kebenaran. Di alam maya ini ada beribu-ribu lagi penulis blog dan pemilik FB yang bersedia untuk menggerakkan arus tsunami politik di Serawak dan seterusnya pada Pilihanraya Umum ke-13.

    posted by Lidah Penghunus @ 3:59 PM   0 comments

    Hunusan PRN Serawak - Edisi Rabu.

    Assalamualaikum.

    MB terkejut kos velodrom RM36 juta.
    KUALA TERENGGANU 12 April - Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said terkejut sebaik sahaja mengetahui kos pembinaan velodrom mini di Dungun mencecah RM36 juta iaitu kira-kira 12 kali ganda lebih besar daripada kos sepatutnya iaitu RM3.5 juta. Beliau menegaskan, projek pembinaan velodrom tersebut mesti mengikut ketetapan kos asal iaitu RM3.5 juta. "Memang saya terkejut apabila mendapat maklumat yang kos membina velodrom di Dungun ini mencecah RM36 juta, ini satu jumlah yang banyak sedangkan kos asal adalah RM3.5 juta," katanya. Utusan Malaysia - 13 April 2011.

    Kepada pengundi-pengundi di Serawak sebelum membuang undi pada 16 April ini bacalah dahulu petikan akhbar di atas ini. Peruntukkanlah 100 bilion sekali pun tetapi jika berlaku seperti di atas ini ianya tidak memberi apa-apa manfaat kepada rakyat khususnya golongan miskin kerana duit yang dikeluarkan tidak sampai kepada rakyat sebaliknya terbuang begitu sahaja dan yang kaya hanyalah mereka yang mendapat projek-projek yang berkaitan.

    Ini adalah salah satu daripada puluhan episod salah urus wang rakyat yang akan kita dengar terutamanya apabila Audit Negara membentangkan laporan mereka. Yang ruginya adalah rakyat dan yang terus menerus menjadi miskin juga adalah rakyat. Kroni-kroni tidak akan terjejas malahan mendapat lebih keuntungan daripada gejala ini.

    Maka seperti yang telah saya sebutkan sebelum ini, tidak kira berapa peruntukkan perbelanjaan yang akan dikeluarkan, yang penting ianya diuruskan dengan baik oleh mereka yang benar-benar amanah dan sampai ke golongan sasaran iaitu rakyat.


    Rahim cabar Anwar bersemuka cari kebenaran
    LIMBANG: Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik semalam mencabar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bersemuka dengan beliau berikutan penafian berterusannya berhubung klip video rakaman seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang itu.
    Dalam pertemuan itu, kata Abdul Rahim berkata, Anwar boleh meluahkan segala yang terbuku dalam hatinya berhubung pendedahan berkenaan kepada beliau dan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Shuib Lazim. Berita Harian - 13 April 2011.

    Ini adalah antara taktik yang digunakan oleh pemimpin BN yang dibantu oleh haiwan politik untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar dan Pakatan Rakyat semasa Pilihanraya Negeri Serawak.

    Cabaran dibuat ketika Pilihanraya Negeri yang mana ketika ini Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat jadual yang ketat yang berkaitan dengan kempen pilihanraya. Sudah tentulah buat masa ini Datuk Seri Anwar tidak dapat bersemuka dengan Datuk T.

    Maka mereka akan menggambarkan khususnya kepada rakyat Serawak bahawa Anwar takut untuk bersemuka kerana salah. Dan bila berlalu sahaja pilihanraya maka isu ini tidak akan berbangkit lagi.


    Mubarak di ICU selepas serangan jantung.
    KAHERAH: Presiden Mesir yang digulingkan, Hosni Mubarak dimasukkan ke unit rawatan rapi di hospital di Sharm el-Sheikh selepas mengalami serangan jantung ketika disoal siasat pihak pendakwaraya.
    "Bekas Presiden Hosni Mubarak dimasukkan ke unit rawatan rapi Hospital Antarabangsa Sharm el-Sheikh selepas mengalami serangan jantung," menurut agensi berita rasmi MENA. http://www.bharian.com.my - 13 April 2011.

    Kepada pemimpin yang tamakkan kekayaan, menindas serta menzalimi rakyat terutama di Serawak, ambillah pengajaran daripada Revolusi Mesir 2011 serta apa yang terjadi kepada pemimpinnya yang zalim yang telah digulingkan ini.

    Saya tidak menyebut tentang revolusi di Serawak tetapi seseorang pemimpin yang zalim itu juga boleh jatuh dengan hina apabila ditolak oleh rakyat melalui pilihanraya. Allah boleh memberikan kehinaan kepada seseorang pemimpin yang zalim itu dengan pelbagai cara yang Dia mahu.

    posted by Lidah Penghunus @ 12:48 PM   0 comments

    Tuesday, April 12, 2011

    Hunusan PRN Serawak - Edisi kempen kepada guru.

    Assalamualaikum.

    TPM minta 'jasa baik' guru di S'wak pangkah BN.
    Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta 'jasa baik' para guru di Sarawak supaya menyokong BN dalam pilihan raya negeri itu pada 16 April depan.
    Beliau yang juga timbalan perdana menteri menggesa mereka membantu BN menang besar, dengan memangkah calon-calonnya dalam pilihan raya negeri Sabtu depan.
    Muhyiddn yang juga timbalan pengerusi BN berucap kepada kira-kira 400 guru yang mengikuti satu program untuk pendidik di Sibu petang ini.Selepas ini, kata Muhyiddin, pembangkang akan mendakwa BN berkempen melalui guru-guru, tetapi tegasnya, ianya bukan hanya satu peringatan lembut, tetapi juga peringatan yang penting. http://malaysiakini.com - 11 April 2011.

    Guru adalah golongan profesional dan intelek yang diberikan kelebihan untuk berfikir secara kritis berdasarkan ilmu yang mereka perolehi. Guru juga adalah profesyen yang paling dekat dengan masyarakat dan mereka bukan sahaja mengajar, bahkan mendidik pelajar-pelajar yang terdiri daripada pelbagai latar belakang sosial. Khususnya guru-guru Serawak yang mengajar di kawasan pedalaman, ada antara mereka yang terpaksa di kawasan pedalaman, menelusuri sungai-sungai untuk ke tempat mengajar.

    Maka mereka tentu lebih tahu dan lebih dekat dengan kehidupan masyarakat pedalaman yang hidup serba kekurangan. Mereka lebih nampak gambaran tentang kesusahan masyarakat di kawasan mereka melalui anak-anak murid yang mereka ajar. Mereka jugalah orang yang sering mendengar rintihan daripada ibu bapa kepada anak murid mereka yang telah lama diabaikan oleh Barisan Nasional. Oleh itu adalah tidak patut golongan guru yang nampak tentang kesusahan rakyat yang diabaikan oleh pemimpin Barisan Nasional masih lagi mahu mengundi Barisan Nasional pada pilihanraya negeri pada kali ini.

    Merekalah yang sepatutnya mendidik masyarakat agar tidak terpengaruh dengan janji-janji pembangunan Barisan Nasional yang dibuat setiap kali tiba pilihanraya dan memberikan kesedaran kepada masyarakat di Serawak khususnya di kawasan pedalaman tentang penting membuat perubahan melalui pilihanraya agar hidup mereka tidak selamanya dihimpit dengan kemiskinan.

    Kita harap guru-guru di Serawak tidak tunduk dengan 'peringatan penting' Timbalan Perdana Menteri yang jelas telah mempergunakan majlis rasmi kerajaan untuk berkempen politik. Jika kesediaan para guru mengundi BN dianggap Muhyiddin sebagai jasa baik. Jasa guru yang paling besar sebenarnya adalah mendidik anak bangsa serta mengeluarkan mereka daripada kepompong kemiskinan serta cengkaman penguasa dan haloba.

    posted by Lidah Penghunus @ 1:01 PM   0 comments

    Monday, April 11, 2011

    Hunusan PRN Serawak - Edisi Isnin.

    Assalamualaikum.

    Isu video seks: Kontroversi jam Omega buat Anwar naik angin.
    KUCHING: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), semalam Datuk Seri Anwar Ibrahim 'naik angin' apabila diajukan soalan mengenai jam tangan Omega yang kini menjadi kontroversi berikutan klip video seks didakwa membabitkan dirinya.
    Ketika sidang akhbar mengenai pilihan raya negeri di sebuah hotel di sini, Anwar pada awalnya enggan menjawab soalan berkisar isu jam tangan terbabit yang beliau dakwa tidak ada kena mengena dengannya serta tidak perlu memberi jawapan.
    Sambil cuba mengelak menjawab soalan wartawan beberapa kali, Anwar berkata, isu video seks yang didedahkan 'Datuk T' serta misteri jam tangan Omega sudah dijawab isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden PKR sebelum ini.
    “Apa kena mengena dengan jam Omega... sebab apa saya kena jawab? Azizah sudah jawab sebelum ini. Soalan awak itu membantu (akhbar) Utusan. Nanti Utusan tulis Anwar gagal jawab.
    "Bila yang polis minta? Bila yang polis minta? Bila yang polis minta? You kata kenapa tidak serahkan kepada pihak polis. Soalannya, bila polis minta?... jawapannya polis tidak minta," katanya.
    Anwar yang sebelum itu enggan menjawab soalan wartawan mengenai isu jam terbabit sebaliknya menyoal kembali wartawan mengapa beliau perlu menjawab soalan berkenaan.
    Beliau juga mencabar wartawan sama ada mereka berani bertanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
    “Adakah anda berani tanya Najib berhubung pembunuhan Altantuya. Adakah anda bertanya? Media sepatutnya jujur, tidak hipokrit dan menjadi alat untuk mereka yang kejam dan memfitnah,” katanya. Berita Harian - 11 April 2011.

    Macam manalah Datuk Seri Anwar tak naik angin, sidang media ini fokus untuk Pilihanraya Negeri Serawak, Pakatan Rakyat perlu fokuskan sepenuhnya kepada isu pilihanraya kerana akses kepada media mereka khususnya media perdana adalah terhad.
    Tiba-tiba ada pula seorang wartawan yang ghairah nak jadi haiwan politik Barisan Nasional bertanyakan tentang jam Omega. Apa mereka ingat mereka ini polis ke? Mentang-mentanglah Datuk T telah meletakkan keistimewaan mereka lebih daripada polis apabila melaporkan tentang video seks kepada mereka dahulu sebelum melaporkan kepada polis.


    Buat ujian kesan pembohongan.
    KUALA LUMPUR 10 April - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datin Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail (gambar) dicabar menjalani ujian pengesan bohong dalam isu rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang. Ketika membuat cabaran berkenaan, Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohd. Zahid Md. Arip berkata, ia merupakan cara terbaik bagi Anwar dan Wan Azizah membersihkan nama bagi membuktikan mereka tidak bersalah memandangkan banyak kenyataan mereka bercanggah. ''Keadaan itu sudah menjadi masalah besar kepada mereka. Ini yang menimbulkan persoalan terutama kalangan ahli PKR sendiri," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini. Utusan Malaysia - 11 April 2011.

    Datuk Mohd Zahid kena gesalah sekali Trio Datuk T termasuk orang kampung beliau agar turut membuat ujian pembohongan. Kerana kenyataan salah seorang daripada mereka juga adalah meragukan. Pada mulanya mengatakan bahawa dia terjumpa pita rakaman dan kamera tersembunyi, menggambarkan dia tiada dalam rakaman, tetapi kemudiaannya dia mengaku pula ada dalam rakaman tersebut.


    Sabar tunggu perubahan pemimpin.
    Proses peralihan kuasa di Sarawak sudah dirancang secara teratur, teliti: Najib
    KUCHING: Datuk Seri Najib Razak menasihatkan rakyat Sarawak supaya bersabar menunggu perubahan kepemimpinan negeri yang dijanjikan sambil menegaskan proses peralihan kuasa itu sudah dirancang secara teratur dan teliti.
    “Kita merancang perubahan dalam kepemimpinan Sarawak dengan terancang. Saya sudah berunding dengan Ketua Menteri (Tan Sri Abdul Taib Mahmud) dan beliau setuju melakukan perubahan kepemimpinan... percayalah kepada saya. Jangan lakukan sesuatu dengan terburu-buru... jangan lakukan sesuatu yang kita akan rugi. Berita Harian - 11 April 2011.

    Nasihat saya kepada pengundi di Serawak tidak perlulah menunggu peralihan kuasa intra-partisan di Serawak (tukar ketua menteri dalam BN) kerana siapapun yang akan naik adalah mereka di dalam Barisan Nasional yang sekian lama bergelumang dengan korupsi dan kronisma serta mengaut kekayaan negara untuk duit poket sendiri.

    Kita lihat di peringkat kerajaan persekutuan sejak tahun 2003 telah dua kali bertukar Perdana Menteri tetapi negara tetap dalam keadaan yang tidak memuaskan apabila gejala rasuah semakin menjadi-jadi, kekayaan dibolot oleh segelintir kroni sang penguasa, rakyat semakin dihimpit dengan kenaikan harga barangan keperluan, rakyat juga hidup dalam keresahan dengan peningkatan kejadian jenayah yang semakin tragis, keruntuhan akhlak masyarakat semakin dahsyat dan hak asasi manusia masih dalam keadaan yang tidak memuaskan

    Seolah-olah bertukar Perdana Menteri hanya bertukar slogan sahaja, dari Wawasan 2020 ke Islam Hadhari, daripada Hadhari ke 1Malaysia dan semuanya hanya tinggal slogan. Oleh itu kepada pengundi di Serawak pada kesempatan Pilihanraya Negeri ke-10 ini buatlah perubahan. PRN 2011 ini adalah langkah pertama kerana kita juga akan membuat perubahan dalam Pilihanraya Umum ke-13 nanti agar keadaan dalam negara ini dapat diperbaiki sepenuhnya dengan adanya Pakatan Rakyat dalam kerajaan pusat.

    posted by Lidah Penghunus @ 11:35 AM   0 comments

    Hunusan PRN Serawak - Edisi 'Parti Tupperware'

    Assalamualaikum.

    Kekecohan rebut Tupperware di ceramah PM.
    ekecohan berlaku di stadium tertutup MBKS malam semalam selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razal meninggalkan tapak perhimpunan ceramahnya kerana hadirin berebut cuba mendapatkan 'ole-ole' yang dibawanya - iaitu bekas makanan dan minuman berjenama Tupperware.
    Ketika 2,000 orang beredar dari stadium itu, ratusan lagi mengerumuni pintu masuk untuk merebut bag 'ole-ole' yang diberikan secara percuma itu.
    Bag itu mengandungi poster Najib dan sama ada sebuah bekas makanan atau minuman daripada jenama terkenal Tupperware.
    Apabila keadaan menjadi tidak terkawal, beberapa pekerja terpakasa memindahkan kotak-kotak barangan itu daripada pintu masuk.
    Jatuh tergolek
    Sebaik sahaja kotak yang dibawa mencecah lantai, puluhan orang lagi akan menyerbu ke arah tersebut. Kebanyakan mereka adalah golongan berusia dan kanak-kanak yang terus mengoyakkan kotak itu dan merampas 'ole-ole' yang ada.
    Dalam kekecohan itu, ramai yang jatuh. Seorang wanita tua dilihat tergolek di lantai tetapi terus berpegang erat kepada bag yang berjaya diambilnya itu.
    Wartawan dan anggota polis yang berada di lokasi tercenggang melihat kejadian yang tidak disangkakan dan ada yang menasihatkan orang ramai supaya bersabar menunggu giliran mendapat hadiah daripada BN itu.Seorang hadirin memberitahu Malaysiakini bahawa beliau datang apabila terbaca di akhbar mengenai program anjuran BN yang menjemput semua penduduk sekitar Kuching.
    “Ada makanan dan hadiah percuma. Sesiapa pun akan datang,” kata lelaki pertengahan umur yang tidak mahu namanya disiarkan.
    Ditanya sama ada beliau datang untuk menyokong perdana menteri dan BN, lelaki itu berkata dia hadir untuk melihat wajah Najib secara dekat.
    Seorang wanita tua pula berkata, beliau dan penghuni sebuah rumah pangsa dibawa dengan bas dari Jalan Ban Hock. Katanya, akibat kekecohan itu, dia gagal mendapat bag 'ole-ole' BN itu.
    Sebelum majlis bermula, semua hadirin diberikan sehelai kemeja T 1Malaysia dan diminta menyarungkannya ketika itu juga. Hadirin juga diberikan burger dan air minuman botol.

    'Super Sunday' melanda Sarawak.
    Suhu politik di Sarawak mula bergelagak dan lazimnya malam Ahad yang sunyi dikejutkan dengan kedua-dua BN dan pakatan Rakyat memperhebatkan kemprn masing-masing.
    Pertarungan paling sengit berlaku di Kuching, malam semalam. DAP melabelkannya sebagai 'Super Sunday', di mana hadirin sehingga melebihi 10,000 orang membanjirinya dua rali yang dianjurkannya.
    Jumlah hadirin terbesar adalah di Batu Kawah, dengan dianggarkan tidak kurang 8,000 orang yang datang dan sanggup berdiri berjam-jam lamanya semata-mata untuk mendengar ceramah daripada tiga 'orang kuat' Pakatan - setiausaha agung DAP Lim Guan Eng, ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat.
    Sebaik sahaja Anwar menyebut mengenai “video seks', para hadirin gelak dan ramai yang dilihat kurang mempercayai vahawa pelaku di pita itu adalah dirinya seperti yang didakwa.
    Kehadiran orang ramai menyebabkan kesesakan lalu lintas sehingga lima kilometer di Jalan Batu Kawah. Ada juga yang membawa kerusi plastik masing-masing dan berada di jambatan Batu Kawah, kira-kira 200 meter dari lokasi ketua pembangkang itu sedang berucap.
    "Saya juga diberi amaran - sekarang ini seorang pegawai Kastam telah meninggal dunia, DNA saya juga akan ditemui di sana,” kata Anwar sambil disambut gelak ketawa daripada hadirin.
    Dalam nada yang lebih serius, beliau juga menimbulkan isu kitab Injil berbahasa Melayu yang dirampas di Pelabuhan Klang dan Kuching oleh Kementerian Dalam Negeri.
    31,500 kitab Injil berkenaan dirampas dan ditahan kerana dikatakan mengandungi beberapa perkataan yang dilarang termasuk penggunaan kalimah Allah.
    "Nama bapa kepada Nabi Muhammad ialah Abdullah (maknanya hamba Allah) dan beliau dilahirkan 70 tahun sebelum kedatangan Islam, jadi ini bukan isu,” kata Anwar.
    Beliau juga membidas kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri berkempen di Sarawak.
    Sambil menyifatkan ia sejarah dalam pilihan raya Sarawak, katanya kehadiran Najib membuktikan BN kini terlalu takut dengan kuasa rakyat yang kini sudah tidak boleh menerima lagi Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
    Nik Aziz pula dalam ucapannya mahu rakyat di Sarawak memilih pemimpin yang amanah dan tidak mengkhianati rakyat dan tidak melakukan kemungkaran di bumi Allah.
    Beliau yang juga menteri besar Kelantan berkata, apa yang sudah terbukti, Pakatan Rakyat telah mempamerkan urus tadbir yang baik di negeri-negeri yang diperintah mereka termasuk Kelantan yang diperintah sudah lebih 20 tahun dengan menerapkan nilai agama Islam.
    "Pilihan raya ini tempat kita nak pilih pemimpin yang baik dan amanah.
    "PAS berkawan dengan DAP dengan PKR dan berjanji untuk menjaga rakyat dengan lebih baik.
    "Jadi pilih calon Pakatan Rakyat. Kalau calon DAP bertanding, pangkah DAP, kalau PKR tanding, pangkah PKR, kalau PAS tanding pangkah PAS," katanya yang turut mendapat tepukan gemuruh hadirin.
    Buaya dua kaki
    Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang ketika berucap, turut menyeru rakyat Sarawak memilih calon Pakatan Rakyat.
    Dalam nada berseloroh, katanya, wakil DAP di Batu Kawah, Christina Chew berkeupayaan menangkap 'buaya dua kaki' yang sering memakan harta rakyat negeri ini. http://malaysiakini.com - 11 April 2011.

    Lihatlah bagaimana BN yang menggunakan taktik sogokan berupa kebendaan untuk menarik orang datang ke ceramah anjurannya hanya dapat mengumpulkan 2000 orang sahaja.
    Sedangkan Pakatan Rakyat yang tidak menawarkan dengan hadiah istimewa untuk orang ramai datang ke ceramah anjuran mereka dilihat berjaya menarik lebih 10 ribu orang.
    Mereka ini datang bukan kerana tarikan tupperware dan burger tetapi mereka datang adalah untuk mendengar tentang kebenaran daripada pemimpin Pakatan Rakyat.

    posted by Lidah Penghunus @ 11:03 AM   0 comments

    Sunday, April 10, 2011

    Hunusan PRN Serawak - Edisi hujung minggu.

    Assalamualaikum.

    Petronas perkenal Primax 95 Xtra ganti RON 95.
    KUALA LUMPUR 9 April - Petronas Dagangan Bhd. (PDB) hari ini melancarkan Primax 95 Xtra, minyak baru diinspirasikan oleh teknologi Formula Satu yang terbukti mampu memberi lebih kuasa serta kilometer bagi setiap liter. Minyak baru itu bagi menggantikan RON 95 di 950 buah stesen minyak Petronas sedia ada. Primax 95 Xtra akan dijual pada harga kawalan minyak RON 95 walaupun memiliki mutu dan prestasi yang lebih tinggi. Utusan Malaysia - 10 April 2011.

    Jangan ini taktik untuk naikkan harga minyak bawah RON 97 sudahlah. Kita masih ingat ketika RON 95 ini diperkenalkan pada tahun 2009 bagi menggantikan RON 92, ianya dijual dengan harga RM 1.75. Sebaik sahaja RON 92 dimansuhkah pada 1 September, harga RON 97 dinaikkan daripada RM 1.80 kepada RM 2.05 dan RON 95 mengambil tempat RON 97 dari segi harga.


    Tubuh Anwar memang agak berisi - Rahimi
    KUALA LUMPUR 9 April - Ketika Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menafikan lelaki dalam rakaman video aksi seks yang didedahkan baru-baru ini suaminya dengan alasan susuk tubuh Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih tegap, bekas Setiausaha Sulit Anwar pula tampil mengesahkan yang fizikal bekas bosnya itu memang agak berisi. Muhamad Rahimi Osman yang mewarisi 'diari merah' (istilah bagi menggambarkan hubungan cukup rapat sehingga diberi kepercayaan untuk mengurus rahsia) ketua pembangkang itu berkata, susuk tubuh Anwar semakin berisi sejak keluar penjara pada 2004 dan ia jelas kelihatan apabila beliau memakai baju T. "Saya memang tidak pernah melihat Anwar tidak berbaju, tetapi selalu berurusan ketika beliau memakai baju T. Memang jelas keadaan susuk tubuh Anwar berisi dan bukan tegap sebagaimana didakwa Wan Azizah," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Utusan Malaysia - 10 April 2010.

    Siapa sebenarnya isteri Anwar ni?.?.? Orang yang berisi tidak semestinya berperut buncit. Memang adatlah manusia makin kelamaan akan berisi apatah lagi setelah keluar dari penjara.


    Pertahan pelakon video seks
    KUALA LUMPUR 9 April – Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat digesa melepaskan jawatan Mursyidul Am Pas dan diminta tidak menjadi pemimpin hipokrit, pembohong dan pelacur kepada agama sendiri. Pengarah Kebangsaan Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Hamdan Mohd. Salleh (gambar) membuat desakan itu ekoran tindakan Nik Abdul Aziz yang hanya menyalahkan orang yang merakam serta mengedar video seks mengaitkan seorang pemimpin kanan pembangkang dan bukan pelaku aksi itu. “Sesuatu yang menghairankan apabila Nik Abdul Aziz tidak marah kepada pelakon video seks itu, malah mempertahankan pelakon tersebut. Dengar kata, beliau sedang mencari ilham untuk mengeluarkan fatwa yang boleh diguna pakai untuk menghalalkan adegan pelakon tersebut. “Saya mewakili anak muda Islam generasi baru menganggap Nik Abdul Aziz sebagai ‘pelacur politik’ yang bertopengkan agama untuk meraih kuasa dan takhta. Moralnya sama taraf seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ayah Pin,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini. Utusan Malaysia - 10 April 2011.

    Saya rasa ada yang tidak kenalah dengan ahli-ahli Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) ini. Dahulu ahli wanitanya menyamakan Tok Guru Nik Aziz dengan Ayah Pin. Beberapa hari yang lepas Yang Dipertuanya mengeluarkan kenyataan bahawa bilangan suspek yang membunuh diri sebagai kejayaan sebuah badan siasatan sebagai merujuk kepada SPRM dan hari ini pengarah kebangsaannya pula menuduh Mursyidul Am PAS pertahan pelakon video seks dan mengulangi kenyataan yang menyamakan Tok Guru Nik Aziz dengan Ayah Pin.

    Mursyidul Am sebuah gerakan Islam ini tidak sekali-kali mempertahan orang yang melakukan maksiat, apatah lagi dosa besar iaitu zina. Tetapi masalah kesahihan video itu yang menyebabkan Menteri Besar Kelantan ini tidak percaya bahawa pelakonnya adalah Datuk Seri Anwar. Jika hingga tahap inilah mereka sanggup menghina ulama', hanya Allah sahajalah yang akan membalas kebiadaban mereka itu dan adalah baik mereka buang sahaja perkataan 'melayu' dalam pertubuhan mereka itu kerana jelas memalukan orang Melayu dengan kenyataan-kenyataan tidak siuman mereka selama ini.


    Pengundi Cina sukar buat pilihan.
    KUCHING: Kaum Cina, yang membentuk hampir satu pertiga daripada pengundi pada pilihan raya negeri Sarawak Sabtu depan, menghadapi kesukaran untuk menentukan sama ada akan menyokong kerajaan atau pembangkang, kata seorang pemimpin masyarakat.
    Pemanca bagi Bandaraya Kuching, Ko Wai Neng, berkata meskipun begitu, beliau secara peribadi percaya bahawa kaum berkenaan seharusnya menyokong Barisan Nasional (BN).
    "Pilihan raya ini amat penting daripada perspektif negara secara keseluruhan. Penduduk Cina di negara ini hanyalah 23 peratus, ini bermakna jika kita mahu meningkatkan kedudukan dan menjaga kepentingan dalam kerajaan, kita perlu berada dalam kerajaan dan BN adalah sebuah kerajaan," http://www.bharian.com.my - 10 April 2011.

    Bagi saya pengundi Cina di Serawak tidak perlu ragu-ragu untuk menolak BN dan memilih Pakatan Rakyat pada pilihanraya negeri pada kali ini. Mereka seharusnya mencontohi kaum Cina di semenanjung yang tidak teragak-agak untuk melakukan tsunami politik pada Pilihanraya Umum 2008 yang menyebabkan tumbangnya kerajaan BN di Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Selangor serta hilangnya majoriti 2/3 BN di Dewan Rakyat.

    Dan mereka lihatlah bagaimana kehidupan masyarakat Cina di keempat-empat negeri (kini tinggal tiga) berkenaan, adakah seperti yang dimomok-momokkan oleh pemimpin Barisan Nasional selama ini? Tidak perlu lihat Pulau Pinanglah, mereka lihat pula Negeri Kelantan yang diperintah oleh PAS pimpinan Tok Guru Nik Aziz, masyarakat Cina di sana hidup selesa di bawah kepimpinan Ulama dan tiada pun kepentingan mereka yang digugat oleh Kerajaan Pas Kelantan.

    Jadi seruan saya kepada pengundi Cina di Serawak, sahutlah slogan 'Jom Ubah' yang dilaungkan oleh Pakatan Rakyat di Serawak pada 16 April nanti.


    posted by Lidah Penghunus @ 10:10 PM   0 comments


    Free Hit Counter