Thursday, August 30, 2012

"Sebangsa, Senegara, Sejiwa"

         Assalamualaikum.



















Pada pandangan saya logo tema ulangtahun kemerdekaan negara kali inilah yang paling cantik dan kreatif berbanding logo tahun-tahun sebelumnya. Menunjukkan ianya direka oleh mereka yang benar-benar menghayati erti kemerdekaan yang sebenar.

Bertambah molek apabila ianya digandingkan dengan tema "Sebangsa, Senegara, Sejiwa" yang benar-benar menggambarkan aspirasi kemerdekaan seluruh rakyat Malaysia tanpa dibayangi oleh  sentimen politik parti-parti politik tertentu.

Apapun selamat menyambut hari ulangtahun kemerdekaan negara yang ke-55. Semoga ianya sebenar-benar kemerdekaan.

posted by Lidah Penghunus @ 9:47 AM   0 comments

Tuesday, August 14, 2012

Sempena Hari Internet Blackout hari ini, laman blog ini tidak akan dikemaskini.

posted by Lidah Penghunus @ 8:30 AM   0 comments

Wednesday, August 08, 2012

Janji ditepati, BN patut belajar daripada Baskin Robbins.

             Assalamualaikum.

Olimpik: Aiskrim percuma tetap diedarkan.
Bagi menghargai usaha gigih semua ahli sukan Malaysia yang berjuang di Olimpik London, Impian Emas Negara, satu inisiatif Olimpik oleh Media Prima Bhd, telah memutuskan untuk memberi ganjaran
kepada semua rakyat Malaysia dengan aiskrim percuma Baskin-Robbins.

Sebelum itu, Impian Emas Negara berikrar untuk memberi aiskrim percuma di cawangan Baskin-Robbins di seluruh negara jika Malaysia menang pingat emas Olimpik pertamanya.

Impian Emas Negara akan tetap memberi aiskrim percuma hari ini di kesemua 61 cawangan Baskin-Robbins di seluruh negara, kecuali di dua kiosk di Pantai Hospital, Bangsar, dan Taman Tema Genting, dari 8.00 malam hingga 10.00 malam.
"Setiap seorang rakyat Malaysia berhak mendapat satu skop ais krim berjenama yang diminati itu,"  http://www.malaysiakini.com - 8 Ogos 2012.
Ini baru betul janji ditepati. Baskin Robin yang asalnya berjanji untuk memberikan aiskrim keluaran mereka secara percuma kepada rakyat Malaysia jika Dato' Lee Chong Wei memenangi emas pertama untuk Malaysia tetap memberikan aiskrim percuma kepada Rakyat Malaysia walaupun Pasukan Malaysia gagal memperolehi pingat emas sebagai menghargai perjuangan atlit Malaysia dan juga sokongan padu rakyat Malaysia terhadap wira mereka.

posted by Lidah Penghunus @ 1:44 PM   0 comments

Tak kisahlah, asalkan bukan "janji ditepati"

           Assalamualaikum.

Tema Merdeka: Rais kata Pakatan tiru BN.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata Pakatan Rakyat sudah kekeringan ilham sehingga terpaksa 'mencedok' hasil kerja kerajaan BN untuk dijadikan sebagai ilham sendiri.
    
Mengulas tindakan Pakatan yang tampil dengan tema Hari Kemerdekaan mereka sendiri, beliau berkata, tema itu sebenarnya pernah dipakai oleh Jabatan Penerangan dalam buku-buku perpaduan yang diterbitkan pada tahun 2009.
    
Beliau juga menganggap langkah itu sebagai permainan politik Pakatan yang sengaja mahu memperlekeh kejayaan BN di mata rakyat, lebih-lebih lagi tahun ini diramal sebagai tahun yang akan diadakan pilihan raya umum ke-13.  http://www.malaysiakini.com - 8 Ogos 2012.
 
Tak kisahlah si komposor Y. Rais nak kata Pakatan Rakyat tiru BN ke apa. Yang baik apa salahnya Pakatan ikut BN? BN juga banyak meniru perkara yang baik daripada Pakatan dan kita berlapang dada dalam perkara ini. 
 
Sebenarnya tema "Sebangsa, Senegara, Sejiwa" itu pun biasa sahaja kita dengar. Tiada apa pun yang bombastik pada tema yang diilhamkan untuk Pakatan Rakyat itu. Tetapi yang pentingnya kita tidak mahu tema "Janji ditepati" yang terang-terang dijadikan kempen politik oleh Barisan Nasional. 
 
Oleh kerana itulah Pakatan Rakyat bersetuju untuk menggunakan tema "Sebangsa, Senegara, Sejiwa" yang dilihat lebih patriotik bunyinya dan melambangkan perpaduan rakyat berbilang kaum.

posted by Lidah Penghunus @ 1:32 PM   0 comments


Free Hit Counter