Monday, October 26, 2009

Pas juga tidak terlepas daripada diuji.

Assalamualaikum

Ketika Umno menang bergaya di Bagan Pinang dan ketika parti Melayu berkenaan baru sahaja mengadakan Perhimpunan Agung Khas dan berhasil meminda perlembagaan parti yang dilihat sebagai titik tolak kepada perubahan dalam Umno. Semua ini dilihat sebagai kebangkitan semula Umno bawah kepimpinan baru Dato’ Seri Najib Tun Razak selepas tersungkur sejak Pilihanraya Umum Mac 2008 yang lalu.

Dan dalam masa yang sama Pas kalah teruk dalam Pilihanraya Kecil Bagan Pinang di tangan Umno, kemudian timbul pula isu EGM dalam Pas. Semua ini dilihat sebagai saat-saat getir dalam parti Islam itu. Dan media-media tunggangan Umno dan Barisan Nasional tidak mahu melepaskan peluang terhadap ketidaktentuan dalam Pas ini. Di muka hadapan dan hampir dua mukasurat akhbar berkenaan memaparkan apa yang dikatakan mereka sebagai krisis kepimpinan dalam Pas.

Tidak cukup dengan itu disediakan satu ruangan khas yang memaparkan komen SMS daripada pembaca berkenaan isu dalam Pas ini dan rata-ratanya mengkritik Pas khususnya Tok Guru Nik Aziz. Pemimpin-pemimpin kanan Umno pula menyifatkan ianya sebagai perpecahan dalam Pas. Semua dibuat agar masyarakat hilang kepercayaan terhadap Pas dan kesetiaan ahli-ahli Pas akan tergugat

Persoalan di sini adakah isu ini akan berjaya menggoyahkan kesetiaan pendokong serta ahli Pas? Insya-Allah bagi pendokong dan ahli Pas yang telah ditarbiah isu ini tidak sedikit pun akan menggoyahkan mereka. Bagi saya sendiri isu ini tidak sedikit pun mengugat keyakinan saya terhadap parti yang saya sertai ini. Kerana apa yang berlaku dalam Pas ketika ini tidaklah seteruk apa yang pernah berlaku dalam Umno dan parti-parti komponen dalam Barisan Nasional hingga pernah berbunuhan sesama mereka akibat perebutan kuasa.

Mereka berebut kuasa dan berpecah kerana keinginan mereka untuk menduduki jawatan tertinggi parti yang dilihat sebagai lubok untuk mengumpul kekayaan sedangkan dalam Pas tidak timbul isu perebutan kuasa, sebaliknya ianya hanyalah perbezaan pendapatan daripada beberapa pimpinan dalam tujuan mereka untuk memperkasakan parti dan dasar Pas sebagai Islam terus mereka pegang seerat-eratnya. Orang-orang seperti Tok Guru Nik Aziz, Tuan Guru Abdul Hadi dan Dr Hasan Ali tidaklah seteruk pemimpin-pemimpin Umno yang sanggup menggadaikan perjuangan bangsa Melayu untuk mengumpul kekayaan. Yang penting bagi kita Pas tetap dengan dasarnya iaitu Islam dan perjuangannya untuk menegakkan Islam di bumi Malaysia ini. Kita tidak gundah-gelana kerana kita ada Allah yang memelihara parti yang memperjuangkan agama-Nya, kita ada rasul yang boleh dijadikan panduan dan kita ada ulama’ pewaris nabi yang memandu parti ini ke jalan kebenaran.

Sebagai parti yang berlandaskan Islam Pas tidak terlepas daripada diuji. Kekalahan di Bagan Pinang adalah satu bentuk ujian kepada Pas. Malahan kemenangan Pas yang dapat membentuk kerajaan di beberapa negeri juga adalah ujian untuk parti berkenaan. Semua ini untuk menguji sejauhmanakah kesetiaan ahli dan pendokong gerakan Islam dan sekaligus sebagai cara untuk Allah tapis keluar mereka yang tidak ikhlas berjuang dalam Pas. Mungkin tidak mustahil selepas ini Allah akan tarik balik kemenangan Pas di beberapa negeri untuk Allah keluarkan mereka masuk Pas semata-semata untuk kepentingan peribadi.

Yang penting sekarang ini ialah kita ahli Pas terus berdoa dan bermunajat memohon Allah memelihara Pas yang juga jemaah Islam yang kita cintai ini mentautkan hati-hati kita pendokong gerakan Islam dan memohon agar terus diberikan istiqaman untuk terus bersama dengan jemaah Pas ini.

posted by Lidah Penghunus @ 3:40 PM   0 comments

Friday, October 23, 2009

Sama ada 60 hari atau 30 hari, ianya tetap zalim

Assalamualaikum.

Tempoh tahanan ISA dikurangkan.
PUTRAJAYA: Tempoh tahanan individu yang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) dijangka dipendekkan daripada 60 hari kepada 30 hari berikutan pindaan akta itu yang bakal dibentangkan pada sesi Parlimen yang sedang berlangsung.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata perkara itu adalah antara perkara yang dicadangkan dalam sesi pertemuan dengan pelbagai pihak bagi memastikan usaha meminda akta itu dilaksanakan dengan telus dan konstruktif. Berita Harian - 23 Oktober 2009

Persoalannya di sini jika ianya dikurangkan kepada 30 hari adakah ianya akan menjamin bahawa seseorang itu tidak akan dilanjutkan tempoh tahanannya sehingga bertahun-tahun?
Apa yang kita bantah berkaitan dengan ISA selama ini ialah penahanan tanpa bicara dan juga kuasa Menteri Dalam Negeri dalam melanjutkan tempoh tahanan yang akhirnya menyebabkan akta warisan penjajah ini disalahgunakan untuk kepentingan politik parti pemerintah.

Berdasarkan kisah mereka yang pernah ditahan bawah ISA. Pada mulanya diberitahu hanya ditahan 2 hari, kemudian naik kepada 5 hari, kemudian lanjut lagi sehinggalah 6 tahun lamanya
Maka jika tempoh tahanan itu dikurangkan kepada 1 hari sekalipun ianya tidak memberi apa-apa makna jika Menteri Dalam Negeri masih mempunyai kuasa melanjutkan tempoh tahanan tanpa melalui proses perbicaraan di mahkamah yang adil.

posted by Lidah Penghunus @ 12:36 PM   0 comments

Monday, October 19, 2009

Andaikata tiada pembangkang.

Assalamualaikum.

TAMPIN: Kementerian Kerjaraya memberi jaminan projek menaik taraf jalan Pasir Panjang ke Linggi yang terbengkalai sejak 2005 hingga menjadi isu pembangkang ketika pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, baru-baru ini, akan disiapkan dalam tempoh enam bulan. Berita Harian - 19 Oktober 2009

Inilah antara sebab betapa perlulah kewujudan parti pembangkang dalam sesebuah negara. Segala isu yang dibangkitkan oleh mereka akan menjadi pendesak untuk kerajaan yang memerintah melakukan sesuatu. Andaikata tiada pembangkang sudah tentu sesuatu kerajaan itu akan melakukan sesuka hati mereka, mungkin projek menaik taraf jalan Pasir Panjang ke Linggi akan terus terbengkalai sampai bila-bila dan yang menerima akibat buruknya adalah rakyat sendiri. Malahan di negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat juga memerlukan parti pembangkang agar segala tindak-tanduk mereka dapat dipantau oleh pihak pembangkang.

posted by Lidah Penghunus @ 12:08 PM   0 comments

Thursday, October 15, 2009

Umno untuk cari makan dan kumpul kekayaan?

Assalmaualaikum.

Kikis 'Umno untuk cari makan'
Tanggapan Umno sebagai sebuah parti "untuk cari makan" mestilah dikikis untuk menjayakan slogan 1Malaysia "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan", kata Datuk Seri Najib Razak. "Umno tidak boleh dilihat sebagai sebuah parti yang hanya ghairah memperjuangkan kelompok yang sedikit.
"Sebaliknya, kita mahu Umno dilihat, dirasai, serta diyakini sepenuhnya sebagai sebuah parti inklusif yang mendahulukan rakyat dan bukannya mendahulukan diri sendiri," kata presidem Umno.
"Maka itu, persepsi Umno sebagai parti untuk cari makan mesti dibuang jauh-jauh, mesti ditinggalkan."
"Sekarang, kalau tidak dapat hotel lima bintang, ramai yang mengeluh sakit-sakit badan. Tidak standard dan tidak kelas, katanya," kata Najib lagi.
"Apa yang cuba saya utarakan di sini adalah, ke manakah hilangnua budaya khidmat dan kesukarelawanan dalam Umno?
"Kalau hendak diikutkan, begitu ramai golngan profesional seperti peguam, doktor, akauntan dan jurutera yang menjadi ahli.
"Malangnya, di saat-sat kita memerlukan kerja-kerja sukarela umpamanya pada musim pilihan raya, begitu sedikit yang tampil membantu dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan.
"Beliau juga mahu melihat Umno terus menjadi parti menjuarai rakyat dengan memberatkan kebajikan semua dan periuk nasi semua rakyat. http://www.malaysiakini.com - 15 Oktober 2009.

Sebenarnya memang ramai ahli-ahli Umno seperti yang disebutkan oleh Datuk Seri Najib ini. Mereka ini tahu bahawa Umno itu tidak betul, banyak kepincangan dan zalim namun begitu alasan mereka untuk tidak meninggalkan Umno dan menyertai pembangkang adalah sebab cari makan. Maka tidak hairanlah ramai ahli-ahli Umno yang kita jumpa terdiri daripada kontraktor dan peniaga. Tujuan mereka ini masuk Umno bukannya untuk memperjuangkan bangsa Melayu, jauh sekali Islam, tetapi adalah untuk kepentingan peribadi semata-mata.

Ini berbeza dengan Pakatan Rakyat khususnya Pas yang mana ahli-ahlinya sendiri pula yang keluarkan duit untuk kerja-kerja parti yang mereka jalankan. Malahan semasa menjadi kerajaan sekarang ini pun amalan infaq atau derma ini terus menjadi amalan dalam Pas dan amalan ini akan terus subur sampai bila-bila selagi Pas meletakkan Islam sebagai matlamat perjuangan.

Kembali kepada ucapan Najib ini, kita masih ingat ketika harga minyak dinaikkan dahulu, Najib menyeru kepada rakyat agar ubah gaya hidup, Namun begitu beliau yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan isterinya terus dengan cara hidup mewah mereka. Jika sekarang ini Najib meminta agar mengikis tanggapan bahawa masuk Umno untuk cari makan, maka bagaimana pula dengan golongan yang masuk Umno untuk mencari dan mengumpul kekayaan?

posted by Lidah Penghunus @ 4:52 PM   0 comments

Monday, October 12, 2009

Kemenangan yang akan menghancurkan mereka.

Assalamualaikum

Keputusan Pilihanraya Kecil Bagan Pinang telah pun kita ketahui yang mana ianya telah memihak kepada BN dengan majoriti yang lebih besar.
Walau bagaimanapun kekalahan Pas ini tidak bermakna bahawa momentum kemenangan Pakatan Rakyat telah berakhir. Ini kerana sebagaimana yang kita maklum calon yang menang, Isa Samad pernah menjadi Menteri Besar Menteri Besar dan kebiasaannya kawasan-kawasan yang diwakili oleh PM,TPM dan MB begitu sukar untuk dirampas oleh pembangkang. Oleh itu Pas dan Pakatan Rakyat sebenarnya masih mampu meneruskan momentum kemenangan ini hingga ke Pilihanraya Umum ke-14.

Dengan keputusan Pilihanraya Kecil ke-9 ini juga bermakna BN telah memenangi 2 daripada 9 pilihanraya kecil yang dipertandingkan dan kedua-duanya adalah kubu kuat BN sendiri. Manakala PR pula daripada 7 yang dimenangi oleh mereka, 1 daripadanya adalah kerusi yang dirampas daripada BN.
Jadi melihat kepada senario ini saya percaya PR paling kurang pun pada pilihanraya umum akan datang masih mampu mengekalkan kerusi Parlimen dan negeri-negeri yang dimenangi oleh mereka.

Kepada sahabat-sahabat dalam Pas dan Pakatan Rakyat yang selama ini telah bekerja keras siang dan malam dan tidak putus-putus berdoa dan solat hajat meminta kepada Allah agar diberikan kemenangan janganlah kecewa, kerana saya percaya kemenangan Isa Samad yang pernah dihukum atas kesalahan politik wang ini mungkin perancangan Allah untuk menghancurkan Umno dan Barisan Nasional yang makin angkuh ini. Tidak mustahil selepas ini Umno Negeri Sembilan pula akan berbalah seperti yang terjadi di Terengganu.

posted by Lidah Penghunus @ 9:39 AM   0 comments

Tuesday, October 06, 2009

Mahathir kata negara malap jika pembangkang berkuasa. bukan perasuah?

Assalamualaikum.

Negara malap jika pembangkang berkuasa.
DUNGUN 5 Okt. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, keadaan negara akan menjadi malap dan buruk sekiranya pentadbiran kerajaan berpindah daripada Barisan Nasional (BN) kepada pembangkang kerana kebanyakan pemimpin pembangkang sanggup menukar pendirian semata-mata untuk mendapat populariti dan sokongan rakyat.
Katanya, ada juga dalam kalangan mereka sanggup menghalalkan sesuatu yang dulunya mereka anggap haram semata-mata untuk memuaskan hati musuh yang kini menjadi rakan dalam pakatan pembangkang.
"Dulu Pas kata kerjasama dengan bukan Islam akan jadi kafir, sekarang bukan sahaja mereka bekerjasama dengan bukan Islam, tapi dia kata ternak babi pun tak apa, tapi orang Islam tak boleh makan babi.
"Dia (Pas) ambil tafsiran dalam al-Quran kata (orang Islam) tak boleh makan babi, dia tak kata tak boleh ternak (babi). Kalau dah ambil tafsiran macam tu, maknanya kita boleh ternak, kita boleh jual babi, kita boleh masak babi, tapi jangan makan, fasal nak setuju juga dengan orang ini, kita sanggup tukar pendirian kita sama sekali," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau sebelum itu menyampaikan wacana bertajuk Dari Minda Tun, Ketuanan Melayu di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Terengganu, kampus Dungun, di sini hari ini.
Turut hadir Naib Canselor UiTM, Tan Sri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah. Utusan Malaysia - 6 Oktober 2009.


Sebelum ini Tun Dr Mahathir lantang menyeru agar menolak pemimpin rasuah kerana pemimpin sebegini yang akan membawa kehancuran kepada negara. Namun begitu bermula dengan naiknya Khairy Jamaluddin yang telah diberikan amaran oleh Lembaga Disiplin Umno kerana kesalahan politik wang sebagai Ketua Pemuda Umno dan yang terbaru terpilihnya Isa Samad yang pernah dihukum kerana kesalahan politik wang sebagai calon Pilihanraya Kecil Bagan Pinang, ternyata bahawa suara bekas PM keempat ini tidak diendahkan oleh pemimpin dan ahli Umno. Dan alih-alih pembangkang pula yang dikatakan akan memalapkan negara jika berkuasa. Bukan lagi pemimpin rasuah yang banyak dalam Umno dan Barisan Nasional itu.

Jika kita teliti pada petikan akhbar di atas ini mungkin ada benarnya juga jika dikatakan bahawa Dr Mahathir sudah nyanyuk. Kenyataan yang merapu dan diulang kembali skrip lama. Pas tidak pernah kata orang Islam boleh menternak dan menjual daging babi. Pas hanya benarkan orang bukan Islam untuk menternak dan menjual daging babi untuk keperluan mereka. Jika begitu lepas ini bolehlah Tun dan anaknya Mirzan Mahathir masuk Pas, agar Pas halalkan orang Islam jadi pengarah syarikat arak khususnya San Miguel Corp.

posted by Lidah Penghunus @ 11:07 PM   2 comments


Free Hit Counter