Sunday, August 22, 2010

Dari arkib Lindunganbulan

Jalur gemilang dan hari kebangsaan.

posted by Lidah Penghunus @ 6:38 PM   0 comments

Friday, August 20, 2010

Menghunus akhbar lidah Umno.

Assalamualaikum.



Pengumum yang dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang tentang pemberian bonus hari raya kepada kakitangan awam negeri itu semalam tidak pun dimuatkan dalam kedua-dua akhbar arus perdana iaitu Utusan dan Berita Harian.

Sebaliknya yang mereka paparkan di muka hadapan ialah berita kononnya nama Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang disebut dalam doa Khutbah Jumaat di beberapa masjid di negeri berkenaan yang tidak diketahui kebenarannya.

Inilah dia kerja haiwan politik Umno dan Barisan Nasional.

posted by Lidah Penghunus @ 12:13 PM   1 comments

Thursday, August 19, 2010

Hunusan 9 Ramadan.

Assalamualaikum.

Ekonomi berkembang 9.5 peratus.
KDNK tumbuh di luar jangkaan
KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia berkembang 9.5 peratus dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini selepas mengekalkan pertumbuhan kukuh sebanyak 8.9 peratus pada suku kedua (April hingga Jun lalu), dipacu peningkatan berterusan permintaan domestik dan eksport sektor perkilangan.
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) itu adalah di luar jangkaan dan mengatasi unjuran penganalisis yang menjangka pertumbuhan pada suku kedua adalah antara 8.1 peratus hingga 8.5 peratus. Pada suku pertama (Januari hingga Mac lalu), ekonomi negara berkembang 10.1 peratus. Berita Harian - 19 Ogos 2010.

Kakitangan awam Pulau Pinang dapat bonus RM400.
Semua 3,577 kakitangan awam di Pulau Pinang akan menikmati bonus istimewa RM400 bagi menyambut Aidilfitri.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan dari Pejabat Ketua Menteri, geran kewangan istimewa yang membabitkan perbelanjaan RM 1.5 juta diluluskan oleh exco kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini.
Pembayaran RM400 itu akan dibuat pada 3 September ini, iaitu kira-kira seminggu sebelum Aidilfitri.
“Pembayaran istimewa sekaligus sebanyak RM400 sempena Aidilfitri tahun ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang menghargai perkhidmatan awam negeri Pulau Pinang. http://www.malaysiakini.com - 19 Ogos 2010.

Jika benar begitu kita cabar kerajaan pusat umumkan bonus 4 bulan gaji kepada kakitangan awam.

posted by Lidah Penghunus @ 2:26 PM   0 comments

Wednesday, August 18, 2010

Hunusan petang Ramadan.

Assalamualaikum.



Semasa Soi Lek terlibat dengan skandal seks dan video lucah dahulu tiada pula keluar berita sebegini.

posted by Lidah Penghunus @ 3:33 PM   0 comments

Friday, August 13, 2010

Hunusan sempena Ramadan.

Assalamualaikum.

KOTA BHARU: Kerajaan Pas Kelantan semalam melancarkan Dinar Emas dan Dirham Perak sebagai mata wang alternatif untuk pelbagai urusan termasuk perniagaan, membeli belah dan pembayaran zakat di negeri ini.
Bagaimanapun mengikut undang-undang, pengeluaran mata wang sama ada alternatif atau tidak, adalah di bawah bidang kuasa mutlak Kerajaan Persekutuan dan Bank Negara Malaysia (BNM) kerana ia membabitkan urusan dasar serta pengurusan kewangan Malaysia.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein, berkata tiada peruntukan undang-undang yang membolehkan kerajaan negeri mengeluarkan mata wang, tidak timbul soal mata wang alternatif atau tidak walaupun hanya untuk urusan jual beli di negeri itu. Berita Harian - 12 Ogos 2010.

Tidak hairanlah, orang yang keluarkan kenyataan ini adalah Awang Adek sendiri, bekas bakal Menteri Besar Kelantan yang pernah mencadangkan agar judi bola sepak dilesenkan.

Matawang Dinar dan Dirham Kelantan boleh digunakan untuk pembayaran gaji, zakat, mas kahwin dan perniagaan. http://www.harakahdaily.net - 12 Ogos 2010.

Matawang Dinar Emas dan Dirham Perak ini untuk mendapatkannya mestilah dibeli dengan Ringgit Malaysia mengikut harga yang telah ditentukan oleh pasaran. Tambahan pula Matawang Dinar dan Dirham ini diperbuat daripada bahan emas dan perak yang berharga serta sukar diperolehi, bukannya duit kertas yang boleh dicop sesuka hati oleh pihak yang tidak bertanggung jawab. Jadi apa masalahnya?

Jika benar ianya dikatakan bercanggah dengan undang-undang Malaysia maka samalah nasib matawang syariah ini dengan undang-undang syariah yang hendak dilaksanakan di Kelantan tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana dikatakan bercanggah dengan undang-undang sekular Malaysia.

posted by Lidah Penghunus @ 12:15 PM   0 comments


Free Hit Counter