Tuesday, September 14, 2010

Hunusan raya ke-5.

Assalamualaikum.

Sentuh sedikit tentang kes pembunuhan kejam Datuk Sosilawati ini, apabila suspek adalah seorang berketurunan india ada pihak yang cuba mengungkit kembali kes kematian Kugan yang mati dalam tahanan. Tidak kurang juga yang mahu orang yang bunuh Datuk Sosilawati bersama empat orang ini menerima nasib yang sama seperti Kugan.

Di sini saya ingin menegaskan bahawa kita tetap menolak sebarang bentuk penderaan fizikal terhadap suspek yang ditahan di lokap, tidak kiralah sejahat dan sekejam mana sekali pun mereka, biarkan sahaja mereka dibicarakan secara adil di mahkamah dan dihukum setimpal dengan kesalahan yang mereka buat. Kita tetap menolak penggunaan ISA dan apa sahaja bentuk undang-undang yang zalim terhadap mereka.

Di sini saya faham bahawa ramai yang geram dan marah terhadap suspek yang melakukan pembunuhan kejam itu dan kalau boleh mahu mereka digantung atas pokok, disula dan dibakar hidup-hidup. Tetapi keadilan tetap keadilan dan mereka ini mesti dibicarakan secara adil.

Mungkin inilah akibatnya tidak melaksanakan undang-undang Islam khususnya Hudud dan Qisas. Orang yang mencuri tidak dipotong tangan tetapi hanya dipenjarakan dan orang yang mempunyai kedudukan dan pengaruh boleh terlepas daripada undang-undang yang double standard. Akibat hukuman yang tidak setimpal inilah mereka dibelasah puas-puas dahulu dilokap sebelum dibicarakan. Sedangkan Islam menjamin seseorang itu dibicarakan secara adil di mahkamah dan menolak sebarang bentuk keganasan terhadap suspek.

posted by Lidah Penghunus @ 10:27 AM   0 comments


Free Hit Counter