Saturday, September 30, 2006

Pilihanraya tidak semestinya awal, tetapi Pas mesti bersedia.

Assalamualaikum.

Semalam semasa mengulas tentang isu dakwaan pengundi hantu di Dun Rhu Rendang, saya ada menyebut sedikit tentang kemungkinan bahawa pilihanraya akan diadakan awal berdasarkan keputusan MT Umno untuk menangguhkan pemilihan. Akhbar hari ini pula timbalan presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak menafikan bahawa pilihanraya umum akan diadakan seawal tahun hadapan.

"Tak semestinya (keputusan MT untuk menangguhkan pemilihan Umno tahun depan), pilihan raya akan diadakan tahun depan. Pilihan raya boleh diadakan tahun depan, 2008 atau pun 2009."Keputusan MT itu untuk pastikan setiap anggota kita, tak akan memberi perhatian dan tumpuan kepada soal pemilihan, sebab kalau kita ikut jadual, tahun depan ada pemilihan."Ia boleh menyebabkan Umno tidak tenteram atau tidak stabil pada peringkat bahagian untuk persiapan menghadapi pilihan raya umum. Berita Harian - 30 September 2006.

Tidak kiralah mereka kata pilihanraya sudah dekat ke, lambat lagi ke, yang penting bagi ahli-ahli Pas ialah sentiasa bersedia untuk menghadapi pilihanraya umum ke-12 yang sudah tentu mempunyai senario politiknya yang tersendiri. Cumanya apa yang kita dapat perhatikan melalui isu penangguhan pemilihan dalam perhimpunan agung Umno ini ialah gambaran betapa kroniknya keadaan dalam Umno itu sendiri dari dahulu, kini dan selamanya hinggakan sudah terpahat dalam fakulti minda mereka bahawa setiap kali tiba musim pemilihan tentu akan ada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Lebih-lebih lagi sekarang ini walaupun mereka telah berjaya gagalkan percubaan Tun Dr Mahathir untuk menjadi perwakilan, tetapi mereka tetap bimbang tentang perancangan yang seterusnya daripada Tun sendiri.

posted by Lidah Penghunus @ 4:55 PM   2 comments

Friday, September 29, 2006

Pada masa genderang Pilihanraya Umum ke-12 hampir kedengaran, pahat Pilihanraya Umum 2004 masih lagi berbunyi.

Assalamualaikum.

Pilihanraya umum ke-11 iaitu pilihanraya umum terburuk dalam sejarah pembangkang termasuk demokrasi negara telah pun hampir tiga tahun berlalu. Boleh dikatakan segala duka nestapa kekalahan teruk dalam pilihanraya tersebut oleh pembangkang telah pun lama berakhir dan kini ahli-ahli parti pembangkang khususnya Pas sedang bangkit dengan semangat baru dan bersedia untuk menghadapi pilihanraya yang dijangka hampir tiba. Ini ditambah lagi dengan laporan akhbar hari ini tentang keputusan Majlis Tertinggi Umno bahawa pemilihan jawatan dalam parti itu tidak akan diadakan sehingga selepas pilihan raya umum akan datang. Sebagaimana yang kita maklum bahawa tahun pemilihan dalam perhimpunan agung Umno jatuhnya pada tahun depan, maka ada penganalisis politik yang mengatakan bahawa tidak mustahil bahawa pilihanraya akan diadakan selewat-lewatnya sebelum penghujung tahun hadapan. Tepat atau tidak jangkaan itu, yang pentingnya bagi pekerja-pekerja dalam Pas ialah sentiasa bersedia dalam apa juga kemungkinan.

Akhbar hari ini juga melaporkan tentang pendedahan ahli parlimen Marang bahawa wujud 300 pengundi hantu dalam Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang yang dimenangi Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang pada Pilihan Raya Umum ke-11 pada Mac 2004. Persoalannya di sini, bagaimana sudah hampir tiga tahun berlalu baru sekarang mereka boleh pula nampak bahawa adanya pengundi hantu yang memenangkan Presiden Pas, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang? Sedangkan dalam hal ini kita lihat pembangkang dapat mengesan kehadiran pengundi hantu lebih awal dan terus membuat petisyen sejurus selepas keputusan pilihanraya diumumkan. Di sini juga kita mempersoalkan bagaimana sebuah parti pembangkang Pas yang hanya menguasai sebuah negeri mampu untuk mewujudkan pengundi hantu sedangkan parti tersebut tidak menguasai instrumen-instrumen kerajaan seperti SPR dan Jabatan Pendaftaran.

Dalam akhbar ini juga ada menyebut bahawa Dun Rhu Rendang diakui sebagai kubu kuat Pas sejak tahun 1986. Sebagaimana yang telah kita maklum bahawa sudah menjadi amalan Umno dan Barisan Nasional sejak turun temurun dengan memasukkan pengundi hantu bagi menggempur kubu-kubu kuat parti pembangkang, apapagi ianya ditandingi oleh Presiden Pas sendiri. Jadi mungkinkah di sini bahawa 300 orang yang didakwa pengundi hantu itu sebenarnya adalah pengundi yang telah dipindahkan sendiri oleh Umno dalam usaha mereka untuk merampas kembali Terengganu. Dan jika benar pun 300 itu adalah pengundi Pas, maka kita juga mahu mempersoalkan bagaimana Umno boleh mengetahui mereka ini mengundi parti mana dalam pilihanraya dan adakah ini bermakna bahawa tiada lagi kerahsiaan dalam undi rakyat?


RALAT - Di bawah tajuk 'KPDNHEP buntu kerana gula,' pada perenggan akhir baris ke tujuh hingga ke sepuluh hendaklah dibaca, "Di sini juga kita nampak seolah-olah bahawa KPDNHEP tidak akan tunduk dan menyerah kalah dengan strategi penyuruk bekalan gula, tetapi mengambil langkah mudah apabila mengimpot 80,000 tan metrik gula yang sebenarnya akan mendatangkan kerugian kepada negara." Saya memohon sedalam-dalam maaf atas kesilapan yang tidak disengajakan ini.

posted by Lidah Penghunus @ 2:27 PM   0 comments

Thursday, September 28, 2006

KPDNHEP buntu kerana gula.

Assalamualaikum.

Kita selalu mendengar cerita tentang kerajaan Umno-Barisan Nasional yang kononnya mereka sahaja yang cekap dalam pemerintahan hinggakan menganggap bahawa pihak yang lain terutamanya pembangkang tidak mampu memerintah. Cerita pula tentang krisis kekurangan bekalan gula di pasaran, rasanya isu ini sudah lama berlarutan namun ianya masih lagi buntu untuk diselesaikan oleh pihak kerajaan. Setelah berbulan-bulan menghadapi tekanan kerana kekurangan gula, akhirnya semalam Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah mengambil langkah mudah apabila memutuskan untuk mengimpot 80,000 tan metrik gula mentah dari Brazil.

Apa yang kita khuatir tentang keputusan kerajaan ini yang pertamanya ianya sudah pastilah akan menyebabkan peningkatan dalam aliran keluar matawang negara. Yang keduanya pula seperti yang dilaporkan akhbar hari ini bahawa terdapat percanggahan kenyataan daripada dua kementerian iaitu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Pada masa KPDNHEP menyatakan kebimbangan tentang kekurangan bekalan gula, MITI pula melalui menterinya Dato' Seri Rafidah Aziz menyatakan bahawa bekalan gula sebenarnya masih mencukupi malahan lebih daripada mencukupi.

Tetapi begini pula jawapan menteri MITI, Datuk Seri Rafidah Aziz - yang bertanggungjawab dengan industri gula negara dan permit import bahan itu.
Katanya, negara sebenarnya tidak mengalami masalah ketiadaan gula. “Bekalan yang dikeluarkan lebih daripada mencukupi,’’ Rafidah memberi statistik mempertahankan alasannya itu dengan berkata: ‘‘Berbanding dengan penggunaan gula sebanyak 1 juta tan metrik oleh negara setiap tahun, para pengilang telah menghasilkan lebih daripada 979,000 tan metrik gula sehingga 15 September tahun ini. ‘‘Dalam masa tiga bulan akan datang, para pengilang dijangka mengeluarkan 291,000 tan metrik gula lagi dengan tambahan 200,000 tan metrik dihasilkan sebagai stok simpanan.’’ Utusan Malaysia - 28 September 2006


Jika benarlah seperti apa yang dikatakan oleh MITI itu, keputusan KPDNHEP untuk mengimpot 80,000 tan metrik gula dikhuatiri akan mengundang masalah yang baru pula iaitu krisis lambakan gula di pasaran yang akhirnya akan merugikan negara. Di sini juga kita hairan bagaimana dua kementerian yang sepatutnya bekerjasama dalam usaha mengatasi masalah krisis bekalan gula boleh 'terputus hubungan' Di sini juga kita nampak seolah-olah bahawa KPDNHEP telah tunduk dan menyerah kalah dengan strategi penyuruk bekalan gula apabila mengambil langkah mudah dengan mengimpot gula yang sebenarnya akan mendatangkan kerugian kepada negara. Adakah ini yang dinamakan kecekapan dalam pentadbiran?

posted by Lidah Penghunus @ 11:59 PM   0 comments

Wednesday, September 27, 2006

Gaji kakitangan rendah awam yang masih lagi rendah.

Assalamualaikum.

Pembentangan Belanjawan 07 sudah pun hampir sebulan berlalu, mengimbau kembali belanjawan berkenaan ianya dilihat lebih memberi faedah kepada pekerja-pekerja sektor awam apabila pelbagai kelebihan seperti bonus diberikan kepada mereka. Namun begitu rupa-rupanya ianya tidaklah baik seperti yang disangka apabila akhir-akhir ini di dada-dada terdapat rungutan daripada pekerja-pekerja am sendiri tentang tangga gaji yang mereka perolehi yang masih begitu rendah jika dibandingkan dengan kenaikan kos sara hidup akibat kenaikan harga barang keperluan kesan daripada kenaikan harga petrol dan tarif elektrik.

Bayangkanlah pada masa rakyat dihimpit dengan pelbagai kenaikan harga barang keperluan harian serta beberapa kos hidup yang lain, pekerja am di sektor awam negara kita masih lagi diberikan gaji permulaan 485 sebulan. Sukar untuk gambarkan bagaimana untuk pekerja-pekerja kerajaan ini mahu terus hidup dengan pendapatan sebegini lebih-lebih lagi jika mereka sudah bekeluarga yang perlu menyara anak-anak, keperluan pendidikan mereka, keperluan tempat tinggal mereka, kesihatan dan pelbagai lagi perkara yang kita tahu segala-galanya mesti didahului dengan wang ringgit. Bukan sahaja mereka yang sudah berkahwin, hatta mereka yang masih bujang pun amat sukar untuk hidup dengan tangga gaji yang serendah ini. Sedangkan mereka yang gaji pokoknya sudah mencapai empat angka pun masih lagi kedengaran rungutan mereka akibat daripada kenaikan harga barangan keperluan, apatah lagi mereka yang gajinya masih lagi di paras empat ratus.

Dahulu saya sering mendengar daripada orang-orang tua serta ibu dan bapa kita bahawa kerja kerajaan ini beruntung kerana walaupun gajinya rendah tetapi faedahnya banyak, kelebihannya banyak. Lalu ramai di antara ibu dan bapa yang menggalakkan anaknya menyertai sektor kerajaan walaupun sebagai peon kata orang kampung. Memang tidak dinafikan bahawa bila kita kerja dengan kerajaan pelbagai elaun dan kemudahan akan kita ni'mati. Namun dalam keadaan kos hidup yang tidak kondusif ini adakah ianya masih lagi bermakna untuk pekerja-pekerja am rendah? Kemudahan yang mereka peroleh adalah sekali-sekala tetapi beban yang terpaksa mereka tanggung adalah setiap bulan.

Di sini juga kita tidak menolak kemungkinan bahawa peningkatan gejala rasuah serta pelbagai kes salah laku jenayah daripada peringkat akar umbi dalam sektor awal ini adalah kerana kesempitan hidup yang dihadapi akibat gaji yang rendah. Jika tidak melakukan kesalahan rasuah pun individu-individu ini terpaksa bekerja part time demi mencari pendapat sampingan yang mengakibatkan masa yang sepatutnya untuk keluarga terabai.

posted by Lidah Penghunus @ 10:39 PM   0 comments

Tuesday, September 26, 2006

Sebarkan da'wah di dunia maya mahupun realiti.

Assalamualaikum.

Kali ini saya amat terpanggil dengan penulisan seorang sahabat iaitu Ahmad yang bertajuk "Menterjemahkan bahasa internet kepada orang awam" yang menyeru agar tulisan-tulisan terutamanya yang berbentuk da'wah di blog-blog tidak hanya berlegar di ruang-ruang maya internet sahaja, tetapi haruslah di sebarkan ke dunia realiti masyarakat yang kini dahagakan maklumat yang tepat.

Saya amat-amat bersetujulah dengan saranan sahabat saya tu sebab memang dalam perhatian saya sendiri masih ramai lagi masyarakat di luar sana yang dahagakan maklumat, bimbingan serta risalah da'wah daripada kita. Memang tidak dinafikan bahawa ianya boleh didapati di surau serta masjid melalui kuliah serta tazkirah namun begitu masih ramai lagi sebenarnya di kalangan masyarakat kita yang liat untuk ke surau dan masjid.

Jadi seperti saranan sahabat saya tadi, menjadi tanggungjawab untuk kita mencetak segala tulisan berinformasi dan bermanfaat serta disebarkan kepada sasaran da'wah kita di luar sana. Mungkin jika penulisan di blog saya ini tidak banyak yang bermanfaat tetapi masih banyak lagi blog-blog seperti yang disenaraikan oleh saudara Ahmad yang boleh kita cetak serta sebarkan kepada sasaran da'wah kita. Untuk itu juga diharapkan pengendali-pengendali blog ini akan berlapang dada untuk membenarkan penulisan mereka dicetak serta disebarkan di alam realiti.

Lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini yang mana setiap amalan kita akan digandakan maka pada bulan yang mulia inilah kita perlu gandakan usaha kita untuk usaha-usaha da'wah ini.

posted by Lidah Penghunus @ 11:38 PM   3 comments

Monday, September 25, 2006

Bila usaha mencegah kemungkaran dipandang ringan.

Assalamualaikum.

Hari ini saya terpanggil untuk mengulas tentang laporan akhbar hari ini yang menceritakan bagaimana tindakan seorang guru dan imam telah ditahan di lokap balai polis kerana didakwa mengambil tindakan sendiri dengan menyerbu sebuah rumah yang menjadi tempat melakukan maksiat.

"Difahamkan, ketiga-tiga lelaki tersebut mengambil tindakan sendiri kerana tidak dapat menahan sabar lagi selepas pihak Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAIJ) dikatakan lambat mengambil tindakan walaupun sudah lebih sebulan laporan mengenai perbuatan pasangan itu dibuat." Utusan Malaysia - 25 September 2006.

Menyentuh tentang perenggan berita di atas ini, sebenarnya masalah ini bukan sahaja berlaku pada Jabatan Agama di Johor sahaja, malahan di Selangor ini juga Jabatan Agama juga dilihat lembab dalam mengambil tindakan terhadap hal-hal sebegini. Ianya berdasarkan pengalaman seorang ustaz bagaimana beliau sendiri menelefon Jabatan Agama Islam Selangor atau JAIS berkenaan maksiat yang berlaku disebuah rumah, namun yang mengewakan beliau apabila pegawai-pegawai JAIS boleh meminta beliau datang sendiri ke pejabat mereka untuk membuat aduan. Ini bukan sekali, malahan telah banyak kali berlaku.

Jadi adalah tidak munasabah jika seseorang yang ingin membuat aduan mesti datang sendiri dari jauh ke pejabat JAIS dan jika begitu bila pula serbuan akan dibuat? Silap-silap tiba serbuan dibuat ianya akan terlewat. Di sini andaikan bahawa ustaz ini menelefon JAIS bahawa di suatu surau terdapat ceramah agama oleh seorang ustaz yang tiada tauliah ataupun ustaz itu telah disenaraihitamkan oleh kerajaan negeri Selangor. Ataupun pada bulan Ramadhan ini ada surau yang buat tazkirah semasa solat Terawikh. Saya percaya dengan pantas dan cepat penguatkuasa JAIS akan menyerbu surau-surau yang berkenaan.

Jelas di sini bahawa dalam hal-hal mencegah kemungkaran penguatkuasa agama ini begitu lambat untuk bertindak tetapi dalam soal mencegah ustaz-ustaz daripada menyampaikan kebenaran, laju sahaja mereka bertindak untuk memenuhi arahan bos mereka iaitu Umno.

posted by Lidah Penghunus @ 11:59 PM   1 comments

Sunday, September 24, 2006

Kenyataan Lee Kuan Yew sebagaimana kenyataan kerajaan pusat tentang kaum cina di Kelantan.

Assalamualaikum.

Berhubung dengan kenyataan bekas ketua penteri Singapura yang sekarang bertindak sebagai menteri mentor Singapura, Lee Kuan Yew yang mengeluarkan kenyataan bahawa masyarakat cina di Malaysia dipinggirkan, saya juga sebagai rakyat Malaysia amat-amat setuju dengan pandangan menteri mentor Singapura itu. Kita sudah saksikan bahawa rata-rata kaum cina di negara ini dapat mengecapi kemewahan hidup di negara ini malahan boleh dikatakan lebih daripada kaum bumiputera itu sendiri.

Cuma apa yang ingin saya sebutkan di sini sebenarnya kenyataan 'nakal' Kuan Yew ini pernah juga dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional di sini terutamanya daripada Umno yang mendakwa bahawa masyarakat Cina di Kelantan terpinggir dan tertindas di bawah pemerintahan Pas. Sedangkan kenyataan itu tidak benar dan masyarakat Cina di Kelantan ternyata selesa di bawah pentadbiran Tok Guru Nik Aziz Nik Mat.

posted by Lidah Penghunus @ 3:06 PM   1 comments

Saturday, September 23, 2006

Ramadhan yang dinanti-nantikan.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah kerana telah memberikan kesempatan kepada kita untuk melalui Ramadhan 1427H satu bulan yang menjanjikan pelbagai kelebihan kepada kita umat Muhammad SAW. Jika dibincangkan dalam skop gerakan islam serta perjuangan islam, maka bulan Ramadhan inilah bulan yang telah mengukir sejarah kemenangan umat islam.

Antara yang boleh disebutkan ialah kemenangan tentera islam dalam perperangan Badar yang berlaku pada bulan Ramadhan 2 Hijrah, kejayaan umat islam menjejaki bumi Andalusia pada Ramadhan 91 Hijrah, kejayaan Salahuddin al Ayubi menewaskan tentera salib pada Ramadhan 584 Hijrah. Dalam usrah baru-baru ini yang menyebut tentang kelebihan Ramadhan ada disebut tentang kemenangan gerakan mahasiswa islam pada pilihanraya kampus yang diadakan pada bulan Ramadhan dan juga disebutkan kejayaan pakatan pembangkang yang berjaya menumbangkan Barisan Nasional pada pilihanraya Kecil Lunas yang juga berlaku pada bulan Ramadhan.

Apapun kisahnya yang penting ianya membuktikan kepada kita lebih-lebih yang bekerja untuk islam bahawa bulan ramadhan ini bukanlah bulan untuk kita pasif dalam gerak kerja kita. Pada bulan yang penuh keberkatan inilah masanya untuk kita meningkatkan gerak kerja kita dalam jemaah islam. Insya-Allah pada bulan Ramadhan ini jugalah akan meningkatnya operasi-operasi syahid di bumi syuhada, Palestin, Iraq, Afghanistan yang dimana sahaja bumi islam yang dikotori oleh pakatan-pakatan kuffar.

Pada bulan Ramadhan ini juga diharapkan saya akan terus produktif dalam penulisan saya di blog ini. Semoga tidak berulang seperti Ramadhan tahun lalu yang mana selama sebulan puasa lamanya saya tidak menulis, terus pasif. Akhir sekali semoga Ramadhan 1427 ini adalah Ramadhan yang terbaik untuk kita.


-::{ SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK }::-

posted by Lidah Penghunus @ 3:09 PM   1 comments

Putera Umno teruskan tradisi membelakangkan ulama' dan mufti.

Assalamualaikum.

Dalam akhbar hari ini juga Putera Umno menyatakan bahawa pergerakan itu akan meneruskan rancangan untuk mengadakan perhimpunan melibatkan 50,000 mat rempit di Bukit Jalil pada November ini walaupun mendapat kritikan dari beberapa pihak. Sebelum ini pihak polis telah mengeluarkan kenyataan menolak rancangan Putera Umno itu berdasarkan rekod penganjuran perhimpunan mat rempit di Telok Batik yang telah mengundang pelbagai masalah dan baru-baru ini Mufti Perak sendiri telah menasihatkan agar perhimpunan mat rempit ini tidak diadakan bagi mengelakkan penyuburan gejala-gejala yang tidak sihat di kalangan remaja.

Nampaknya Putera-putera yang dilahirkan oleh Umno ini samalah juga seperti 'ayahanda' mereka. Bak kata pepatah "bapa borek, anak rintik." Selama ini sudah menjadi tradisi dalam Umno itu sendiri apabila pandangan serta teguran mufti dan ulama' itu bukan sahaja tidak diendahkan, malahan dipersoalkan pula. Maka tidak hairanlah jika putera-putera mereka juga akan mengikut 'ayahanda' mereka.

"Pergerakan Putera Umno hanya akan mengadakan perhimpunan 50,000 remaja di Karnival Putera Motor di Bukit Jalil pada November ini selepas mendapat kelulusan Ketua Pemuda, Datuk Seri Hishammuddin Hussein" Berita Harian - 23 September 2003.

Perenggan akhbar di atas ini sudah jelas menunjukkan bahawa mereka lebih mematuhi 'restu' daripada 'kakanda' serta 'ayahanda' mereka lebih daripada nasihat mufti serta pihak polis. Jika beginilah sikap mereka maka tidak hairanlah jika masalah penyakit sosial pada hari ini semakin parah. Ini adakah akibat daripada mereka yang membelakangkan ulama' serta mufti.

posted by Lidah Penghunus @ 2:51 PM   0 comments

Bush pun sama macam Pak Lah - Tidak tahu-menahu.

Assalamualaikum.

Akhbar hari ini Presiden Pakistan, General Pervez Musharaf mendedahkan bahawa negara pimpinan beliau pernah diugut akan dibom sehingga menjadi seperti zaman batu oleh Amerika Syarikat jika negaranya enggan berkerjasama dalam usaha kononnya untuk memerangi keganasan.

"Musharraf berkata, ancaman tersebut disampaikan oleh Timbalan Setiausaha Negara, Richard Armitage kepada Pengarah Perisikan Pakistan.
“Pengarah Perisikan memberitahu saya bahawa (Armitage) berkata: Bersedia untuk dibom. Bersedia kembali ke Zaman Batu,’’ kata Musharraf dalam rancangan 60 Minutes terbitan CBS yang akan disiarkan Ahad ini" Utusan Malaysia - 23 September 2006.


Di sini sudah jelas kita lihat betapa terdesaknya Amerika Syarikat sehingga sanggup menggunakan cara kotor melalui ugutan kepada sesebuah negara yang kononnya bersekongkol dengan keganasan bagi mencapai cita-cita jahat mereka. Di sini juga dapat kita saksikan bagaimana bezanya Pervez Musharaf pemimpin sekular yang menyanjungi Mustafa Kamal Ataturk dengan pemimpin-pemimpin yang berpegang teguh dengan islam. Ketika ini kita sudah menyaksikan keberanian Presiden Iran, Mahmud Ahmadinejad yang tidak akan tunduk kepada Amerika Syarikat walaupun diancam dengan senjata sekalipun.

Kita juga telah menyaksikan ketegasan pemimpin Hamas yang menerajui kerajaan Palestin yang tidak akan tunduk kepada Amerika Syarikat dan tidak akan mengiktiraf negara haram Israel meskipun telah diperlakukan dengan pelbagai kezaliman. Namun Presiden Pakistan yang telah banyak menindas gerakan islam di negara itu terus tunduk dan takut dengan hanya ugutan daripada seorang timbalan setiausaha negara dan ugutannya pula dilihat tidak munasabah iaitu mahu mengebom sesebuah negara hingga jadi seperti zaman batu. Dan sekarang kerajaan Pakistan adalah antara negara yang mengikut telunjuk Amerika yang merestui serangan serta pendudukan tentera Amerika di bumi Afghanistan dan menindas gerakan-gerakan islam serta menutup sekolah-sekolah agama yang dianggap Amerika sebagai pusat latihan pengganas.

Berita tengah hari tadi pula menyiarkan ulasan presiden Amerika, Bush yang menyatakan bahawa beliau berasa terkejut dan tidak tahu-menahu tentang ugutan yang dibuat oleh timbalan setiausaha negaranya itu. Di sini adalah satu yang pelik apabila seorang presiden yang selama ini kita lihat bukan setakat perihal negaranya sahaja, malahan perihal negara-negara lain pun beliau ingin ambil tahu, tetapi dalam hal ini boleh pula beliau tidak tahu akan tindakan timbalan setiausaha negaranya sendiri. Nampaknya kelemahan Bush ini samalah sahaja dengan Perdana Menteri kita, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang baru sahaja beliau temui minggu lalu yang tidak tahu-menahu dan selalu terkejut dengan sesuatu insiden yang berlaku dalam negara terutama yang melibatkan pentadbiran beliau.

posted by Lidah Penghunus @ 2:09 PM   0 comments

Friday, September 22, 2006

Menanti perubahan kepimpinan Inter-Partisan

Assalamualaikum.

Melihatkan kepincangan dan kecurangan yang berlaku dalam pemerintahan Umno dan Barisan Nasional selama ini. Maka wujudnya parti-parti pembangkang itu tujuannya bukan setakat menjadi penyemak dan pengimbang kepada parti memerintah lebih daripada itu menawarkan diri sebagai alternatif kepada pemerintah yang ada. Dalam erti kata yang lain oleh kerana segala kritikan serta teguran oleh pembangkang tidak dapat membawa kepada perubahan yang besar yang lebih baik maka usaha daripada pihak pembangkang ialah agar tercapainya matlamat perubahan kepimpinan negara secara inter-partisan.

Walau bagaimanapun apabila berlakunya perubahan Intra-Partisan iaitu peralihan perdana menteri daripada Tun Dr Mahathir kepada Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2002, secebis harapan tetap diletakkan agar kepimpinan Pak Lah boleh membawa perubahan ke arah yang lebih baik. Lebih-lebih lagi melihatkan bahawa Dato' Seri Abdullah adalah seorang cucu kepada ulama' yang dikenali di negara ini tambahan pula beliau juga adalah lulusan dalam bidang Pengajian Islam. Memang kita tidak nafikan ada beberapa perubahan yang telah beliau lakukan terutama sekali dengan pembebasan Dato' Seri Anwar Inbrahim yang selama ini terpenjara angkara Tun Dr Mahathir.

Namun begitu dari tahun ke tahun kita melihat keadaan pentadbiran Dato' Seri Abdullah semakin pincang, banyak insiden-insiden yang tidak diiingini berlaku dalam negara kita yang menggambarkan betapa lemahnya Pak Lah sebagai perdana menteri. Hinggakan bekas perdana menteri sendiri, Tun Dr Mahathir turut sama mengkritik kelemahan serta kepincangan dalam pentadbiran Pak Lah. Baru-baru ini juga presiden Pas, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengatakan bahawa Pak Lah gagal menyambung usaha-usaha baik Tun Dr Mahathir Mohamad sebaliknya terus menyambung segala tindakan negatifnya menghalang hak rakyat untuk bersuara. Kata-kata tuan guru presiden itu memang benar kerana sudah jelas bahawa Pak Lah hanya mewarisi kezaliman Tun tanpa mahu mewarisi pandangan jauh Tun Dr Mahathir dalam memajukan negara.

Jika dalam pentadbiran negara pun Pak Lah telah dilihat lemah apatah lagi sebagai pemimpin bagi pertubuhan Islam di peringkat antarabangsa, ianya jelas apabila pada masa umat islam termasuk NGO serta parti pembangkang di negara ini menolak permohonan maaf sambil lewa Pope Benedict yang dilihat tidak ikhlas, Pak Lah yang ketika berada di negara bawah pentadbiran Bush boleh senada dengan presiden Amerika Syarikat itu apabila menerima kekesalan Pope yang dilihat tidak bersungguh-sungguh itu. Jadi bila melihatkan pentadbiran Pak Lah yang semakin tidak terkawal ini, maka tidak ada apa lagi untuk diharapkan oleh pemimpin yang telah 'dirampas' kuasanya oleh anak, menantu, kroni, taukeh judi dan taukeh pusat hiburan serta maksiat ini.

Oleh kerana itu cara yang terbaik adalah melalui perubahan kepimpinan Inter-Partisan iaitu perubahan kepimpinan antara parti politik agar wujud sebuah Malaysia yang adil berdasarkan Islam yang syumul.

posted by Lidah Penghunus @ 4:45 PM   0 comments

Thursday, September 21, 2006

Kembalikan idealisme mahasiswa.

Assalamualaikum.

Hari ini mahasiswa di kampus seluruh negara turun mengundi bagi memilih wakil-wakil mereka dalam Majlis Perwakilan Pelajar. Bila disebut tentang pilihanraya kampus ini, apa yang menyedihkan ianya tidak seperti waktu-waktu dahulu, ketika saya mula menjejakkan kaki ke alam kampus dahulu yang mana pilihanraya kampus dahulu adalah sebenar-benar pilihanraya, terdapatnya parti-parti politik yang bertanding, parti-parti politik di kampus ini bebas untuk menentukan corak calon serta poster mereka, perang poster begitu hebat dan pelajar-pelajar juga bebas untuk memilih calon-calon pilihan mereka. Ketika itu mahasiswa lebih berminat untuk memilih calon-calon yang membawa islam sebagai wakil mereka.

Namun ketika saya berada di alam kampus juga dapat saya saksikan bahawa sedikit demi sedikit demokrasi kampus telah mula di rentap oleh pentadbiran universiti yang sedia untuk diperkudakan oleh kerajaan BN. Dan seperti yang telah kita saksikan tahun lepas telah menyaksikan tahun 'talqin' bagi demokrasi kampus apabila pelajar-pelajar yang mereka dakwa pro-pembangkang telah dinafikan hak untuk bertanding dan mahasiswa-mahasiswa yang sedia untuk diperkudakan oleh kerajaan mengambil tempat sebagai wakil pelajar di kebanyakan kampus di seluruh negara.

Akibatnya kita telah saksikan tiada lagi suara-suara kritikan terhadap kepincangan pemerintah oleh wakil-wakil rakyat di kalangan mahasiswa ini. Isu yang sering mereka suarakan hanyalah berlegar di sekitar mahasiswa dan kampus sahaja tanpa mahu menjangkau ke persoalan nasional lebih-lebih lagi yang menyentuh ketidak adilan yang berlaku. Jika menyentuh isu-isu global seperti perang di Lubnan pun ianya masih lagi terkongkong oleh pihak pentadbiran universiti, wakil-wakil pelajar ini hanya dibenarkan menganjurkan demonstrasi hanya di sekitar kampus sahaja.

Baru-baru ini ketika menjalankan satu urusan saya berpeluang meninjau suasana kempen pilihanraya kampus di UITM Shah Alam. Di sana dapat saya saksi suasana kempen yang begitu hambar sekali. Poster-poster yang tergantung di pagar-pagar kampus dilihat seolah-olah tiada bezanya dengan poster-poster iklan rumah sewa, kenderaan untuk dijual dan pelbagai lagi yang biasa terdapat di kampus-kampus. Corak dan warnanya semua sama sahaja. Jika itulah keadaannya, adakah ianya layak untuk disebut sebagai pilihanraya, kerana pilihan adalah sesuatu yang berkaitan dengan kepelbagaian serta perbezaan. Menyentuh tentang akhbar hari ini;

"Suasana itu dilihat oleh sesetengah pihak sebagai ‘peralihan’ kalangan pelajar IPTA ke arah kematangan serta bijak memilih pemimpin yang boleh memimpin dan memperjuangkan kebajikan mereka selaras dengan semangat dan aspirasi universiti." Utusan Malaysia - 21 September 2006.

Bagi saya ianya bukan petanda peralihan ke arah kematangan berfikir di kalangan pelajar tetapi adalah petanda bahawa pelajar-pelajar kita telah dikongkong pemikirannya. Kerana jika benarlah pentadbir universiti mahupun pihak kerajaan mengiktiraf kematangan berfikir mahasiswa, mereka seharusnya tidak risau dengan campurtangan daripada pihak luar khususnya parti-parti politik kerana mahasiswa sudah tentu tahu menilai mana yang baik mana yang buruk. Semalam kita telah menerima berita bagaimana telah berlaku satu rampasan kuasa oleh pihak tentera di Thailand bertujuan untuk mengembalikan demokrasi kepada rakyat. Perkara ini tidak mustahil akan berlaku di peringkat universiti jika demokrasi terus digelapkan oleh tangan-tangan yang korup. Kita sudah sedia maklum melalui sejarah bahawa kuasa mahasiswa atau pelajar mampu untuk menumbangkan sesebuah kerajaan serta melakukan perubahan dalam pemerintahan, jika di peringkat negara pun pelajar mampu melakukan perubahan, apatah lagi di peringkat universiti.

posted by Lidah Penghunus @ 5:17 PM   0 comments

Wednesday, September 20, 2006

Pemerintahan Thailand telah dicontrol oleh tentera

Assalamualaikum.

Hari ini kita telah menerima berita yang agak mengejutkan apabila semalam kerajaan Thailand pimpinan Perdana Menteri Thaksin Shinawatra telah dirampas oleh tentera Thailand yang diketuai oleh Panglima Tentera Thai Jeneral Sonthi Boonyaratglin yang menjadikan Thailand sekarang di bawah pemerintahan tentera.

Meneliti tentang kronologi rampasan kuasa tentera ini kita dapat lihat bahawa rampasan kuasa oleh tentera ini memang begitu rapi dan teliti. Ianya melihatkan kepada masa rampasan itu dibuat ketika perdana menteri sendiri tiada dalam negara atas urusan kerja, kereta-kereta kebal tentera diletakkan di tempat-tempat strategik terutamanya istana presiden, anggota-anggota tentera di kuarantin di berek-berek tentera sebagai menghalang tindakan balas daripada penyokong Thaksin di kalangan tentera sendiri dan semua stesyen komunikasi seperti telefon, stesyen televisyen diambil alih dan diputuskan daripada dunia luar yang kita lihat berjaya mematahkan tindakan pantas Thaksin untuk mengisytiharkan darurat. Di sini kita dapat agak bahawa rampasan kuasa ini telah lama dirancang.

Menelusuri pula perkembangan tentang rampasan kuasa tentera ini, berita tengah hari tadi menyiarkan kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga sedang berada di Amerika Syarikat yang menyatakan rasa terkejutnya tentang rampasan berkenaan. Seterus dalam kenyataannya Pak Lah mengatakan bahawa rampasan kuasa melalui tentera ini bukanlah cara yang baik dalam melakukan perubahan dalam kepemimpinan dan kata beliau lagi cara yang terbaik untuk melakukan perubahan ialah melalui pilihanraya. Bagi saya Pak Lah sebagai perdana menteri Malaysia tidak perlu masuk campur dalam urusan tentera di negara tersebut kerana golongan tentera di Thailand bertindak sedemikian tujuannya adalah untuk mengembalikan demokrasi serta pilihanraya yang adil kepada rakyat Thailand. Memang mereka telah pun merampas kuasa kerajaan, tetapi ianya untuk dikembalikan kepada rakyat bila tiba pilihanraya nanti. Tambahan lagi walaupun golongan tentera ini telah merampas kuasa daripada kerajaan yang memerintah, namun mereka masih lagi taat dan setia kepada raja mereka iaitu Raja Bumiphol Adulyadej.


Jadi tidak perlu untuk Pak Lah risau tentang perkara ini. Yang perlu Pak Lah ambil perhatian daripada insiden ini ialah ianya adalah satu peringatan untuk pemimpin-pemimpin negara yang mengamalkan demokrasi dan pilihanraya seperti Pak Lah bahawa itulah akibatnya jika demokrasi itu tidak dilaksanakan secara sempurna. Memang kita tidak nafikan bahawa sistem pilihanraya masih berjalan di negara kita. Tetapi adakah ianya berjalan secara sempurna? Adakah pilihanraya kita adil untuk pihak pembangkang? Sedangkan setiap kali pilihanraya media akan terus dikawal oleh Barisan Nasional, pembangkang diserang secara terus-menerus daripada media arus perdana tanpa diberi peluang untuk menjawab, segala kekuatan kerajaan pusat terus dipergunakan untuk menghadapi parti pembangkang dan taktik kotor pengundi hantu, rasuah terus menjadi amalan dalam matlamat mencapai kemenangan. Namun walaupun dihidangkan dengan demokrasi yang sebegini teruk, pembangkang di negara ini tetap komited dengan cara pilihanraya kerana kita yakin bahawa masih ada lagi ruang untuk kita mencapai kemenangan dan perkara ini tidak seharusnyalah dijadikan kesempatan oleh pihak kerajaan untuk terus menyempitkan ruang demokrasi itu sendiri kerana kesabaran seseorang itu juga ada hadnya.

Kembali kepada isu di Thailand itu tadi, dengan terjadinya rampasan kuasa oleh tentera ini berkemungkinan untuk melihat demokrasi di negara Siam itu dipulihkan adalah agak cerah, namun begitu bagi kita umat islam di negara ini apa yang lebih kita harapkan ialah akan ada satu sinar baru untuk saudara-saudara kita di Selatan Thailand sana yang selama ini ditindas dan sentiasa berada dalam keadaan ketakutan oleh kerana pergolakan yang berlaku. Ini memandangkan bahawa Jeneral Sonthi Boonyaratglin yang mengetuai rampasan tersebut adalah seorang muslim dan orang islam pertama yang memegang pemerintahan tertinggi tentera di negara yang majoritinya adalah penganut Buddha.

posted by Lidah Penghunus @ 4:54 PM   0 comments

Tuesday, September 19, 2006

Tiada pun terdetik di hati umat islam negara ini untuk serang penganut Kristian.

Assalamualaikum.

Berhubung dengan kenyataan biadab yang dikeluarkan oleh Pope Benedict minggu lalu, tidak semena-mena akhbar hari ini naib ketua pemuda Umno, Khairy Jamaludin meminta agar rakyat Malaysia beragama islam tidak bertindak balas terhadap penganut Kristian di negara ini. Seolah-olahnya sebelum ini umat islam di negara ini pernah bertindak ganas terhadap orang bukan islam di negara ini atas sebab penghinaan terhadap islam.

Adalah satu yang menghairankan kerana apa yang saya pasti sebelum ini belum ada lagi pemimpin negara atau mana-mana pihak yang mengeluarkan kenyataan yang sebegini dan belum ada lagi rekod bahawa umat islam negara kita melakukan kekasaran terhadap warga bukan muslim di negara ini atas sebab dendam dan sebagainya. Contoh yang boleh kita lihat semasa nabi junjungan kita dihina oleh akhbar kerajaan Denmark beberapa bulan yang lalu, tindakan yang paling ganas yang dilakukan oleh umat islam pun hanyalah demonstrasi membantah tindakan tersebut di Kedutaan Denmark.

Tidak perlu pergi jauh, sudah cukup kita melihat tentang gerakan kristianisasi yang makin rancak berjalan di negara kita ini dan semakin berani mencabar undang-undang Syariah. Perkara sebegitu pun sudah cukup untuk membakar api kemarahan umat islam di negara ini. Tetapi kita umat islam di negara ini masih ada lagi kewarasan yang dipandu oleh ajaran islam. Satu lagi Khairy mengeluarkan kenyataan ini kepada rakyat Malaysia yang banyaknya masih hanyut dengan isu-isu terkini dunia hiburan yang menyebabkan mereka tidak ambil peduli langsung tentang penghinaan yang dibuat ke atas agama mereka.

Jadi adalah lebih tepat ketika ini jika Khairy meminta parti-parti komponen BN agar mengawal tingkah laku mereka, takut nanti perdana menteri akan hilang kawalan.

posted by Lidah Penghunus @ 11:59 PM   0 comments

Monday, September 18, 2006

Terkawal atau dikawal?

Assalamualaikum.

Hari ini saya tertarik dengan kenyataan perdana menteri dalam sebuah akhbar yang menyatakan bahawa beliau masih tidak hilang kawalan yang membawa maksud perjalanan pemerintahan beliau yang beliau dakwa masih lagi dalam kawalan. Persoalannya adakah kita boleh menerima kenyataan Pak Lah ini sedangkan ketika beliau sebagai perdana menteri pelbagai insiden yang tidak diingini terjadi mahupun di dalam Umno atau pun dalam pentadbiran kerajaan. Banyak yang boleh kita sebutkan di sini antaranya perbalahan beliau dengan bekas perdana menteri serta perbalahan antara parti komponen Barisan Nasional yang hingga ke hari ini masih lagi tidak tahu apa kesudahannya. Dalam pentadbiran kerajaan pula berlaku pula pertikaian dan tuduh-menuduh antara menteri kabinet yang pada akhbar hari ini juga masih lagi memperkatakan tentangnya.

Selain daripada itu di era Pak Lah sebagai perdana menteri menyaksikan kenaikan harga petrol, kenaikan tarif elektrik serta masalah kekurangan bekalan gula di pasaran yang mengakibatkan kenaikan barangan keperluan yang tidak terkawal. Kita juga tidak lupa bahawa ketika era Pak Lah mempromosikan Islam Hadhari dalam pemerintahannyalah islam sewenang-wenangnya dicabar kumpulan-kumpulan yang berselindung di sebalik perjuangan hak asasi yang ianya termasuklah di kalangan orang islam sendiri dan disokong oleh beberapa menteri beragama islam sendiri dan jangan lupa anak perempuan Pak Lah juga terlepas daripada kawalan beliau apabila bersama-sama dengan kumpulan yang dikenali sebagai islam liberal ini. Di bawah kawalan Pak Lah juga ulama' serta mufti yang dihina, dipertikaikan pendapat mereka oleh menteri sendiri. Akibatnya pada zaman Pak Lah ini jugalah pengakuan keluar dari islam berani diiystiharkan secara terang-terangan serta dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan hak untuk murtad.

Itu belum sebut lagi budaya hedonisme, budaya berhibur secara melampau-lampau yang semakin pesat di zaman Pak Lah. Jenayah serta keruntuhan akhlak juga tidak kurang hebatnya pada zaman Pak Lah, kita boleh saksikannya di dada akhbar setiap hari. Tentang rasuah dan penyelewengan pula tidak perlu cerita lagilah, dalam pentadbiran kerajaan semua peringkat hingga ke menterinya, dalam Umnonya pula daripada cawangan hingga ke pemimpin kanan, daripada pemilihan peringkat pusat hinggalah ke pemilihan untuk memilih perwakilan bahagian, semuanya ditaburi dengan wang ringgit. Dan banyak lagi sebenarnya kepincangan-kepincangan yang boleh kita sebutkan di sini yang berkaitan dengan pemerintahan Pak Lah. Mengulas tentang perenggan di bawah ini;

"Perdana Menteri menjelaskan perkara itu dengan panjang lebar berkata, pembaharuan dan kejayaan tidak boleh dicapai segera, sebaliknya ia memerlukan pendekatan khusus dan mengambil masa.“Saya lebih suka... kita lambat sikit tidak apalah asalkan kita halusi segala yang berhubung kait dengan sesuatu isu hendak dikupas itu" Berita Harian - 18 September 2006.

Ianya samalah jawapan kerajaan dalam soal melaksanakan undang-undang islam yang hingga kini kita masih tidak nampak lagi kesungguhan kerajaan. Dalam hal ini pula apa yang kita lihat daripada sejak Pak Lah mengambil alih amanah sebagai perdana menteri hinggalah ke hari ini keadaan dilihat semakin teruk, hinggakan bekas perdana menteri sendiri pun terpanggil untuk mengkritik kepemimpinan beliau. Jadi persoalannya di sini, adakah benar pemerintahan negara masih dalam kawalan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi? Ataupun Pak Lah sebenarnya yang telah dikawal oleh anak, menantu, kroni dan sebagainya.

posted by Lidah Penghunus @ 11:59 PM   0 comments

Permohonan maaf memanglah mudah.

Assalamualaikum.

Minggu lepas kita umat islam sekali lagi telah disinggung perasaan kita oleh kata-kata penghinaan terhadap islam dan nabi junjungan kita dan kali ini kenyataan itu datangnya bukan daripada orang biasa tetapi pemimpin tertinggi bagi penganut Kristian bermazhab Roman Katolik seluruh dunia, iaitu Pope Benedict XVI. Baru-baru ini bila menyedari tentang kemarahan umat islam di seluruh dunia, Pemimpin paderi hanya melahirkan rasa kekesalannya sahaja. Memang kita tidak nafikan bahawa setiap manusia di muka bumi ini tidak sempurna dan tidak pernah sunyi daripada kesilapan. Namun begitu bagi seorang ketua penganut Kristian Roman Katolik di seluruh dunia kenyataan menghina oleh beliau adalah amat-amat berat dan tidak boleh diterima bagi umat islam di seluruh dunia.

Di sini juga adalah mustahil jika beliau lupa tentang isu karikatur menghina Nabi Muhammad saw yang telah menimbulkan kemarahan umat islam di seluruh dunia yang kesannya kita dapat lihat baru-baru ini apabila kerajaan Denmark telah mengumumkan kerugian jutaan ringgit akibat boikot ekonomi yang dikenakan terhadap mereka oleh umat islam. Di situ pun sudah cukup untuk menunjukkan betapa sensitifnya masyarakat tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan agama mereka. Adakah Pope Benedict tidak terfikir akan kesan daripada kenyataan-kenyataan yang akan dikeluarkan?

Jika dalam hal karikatur itu ianya hanya dilakukan oleh seorang yang bekerja dengan syarikat akhbar. Tapi penghinaan ini dilakukan sendiri oleh seorang pemimpin agama Kristian yang kita percaya peranannya juga termasuklah menjaga hubungan yang baik dengan agama-agama yang lain di seluruh dunia. Sepatutnya setelah konflik di Lubnan reda dan pada masa masyarakat dunia termasuk umat islam sendiri memperkatakan tentang pendamaian antara islam dan barat, Pope Benedict tidak sepatutnya memperkatakan tentang perkara-perkara yang menyinggung perasaan umat islam.

Sentuh pula tentang kenyataan Pope yang memetik teks yang mengandungi kata-kata raja Byzantine kurun ke-14, kita percaya bahawa mereka yang layak menduduki tempat no. 1 di Vatican tentulah seorang yang bukan sahaja mendalami sepenuhnya hal-hal dalam agama Kristian malahan mereka juga arif tentang agama-agama lain di dunia ini lebih-lebih lagi agama islam yang mempunyai kaitan sejarahnya yang tersendiri dengan agama kristian. Jadi masakan Pope Benedict boleh terpengaruh dengan fakta-fakta tidak tepat yang tercatat dalam teks tersebut dan adakah beliau tidak perhatikan dalam sejarah islam yang sebenar bahawa kedatangan islam telah membawa bersamanya pelbagai perubahan ke arah positif. Mengapa harus beliau membuat kenyataan yang membuta tuli tentang islam?

Jadi persoalannya di sini adakah benar orang nombor satu Vatican itu tidak sengaja dengan kenyataannya atau dia memang sengaja untuk menimbulkan kemarahan umat islam di seluruh dunia? Apapun jawapannya kenyataan sudah pun di keluarkan, seluruh dunia umat islam sudah mengetahuinya dan kita semua telah tersinggung. Bagi saya jika perkara yang sebegini pun seorang paderi besar gagal menjaganya, maka adalah lebih baik sahaja Pope Benedict meletak jawatannya dan menyerahkannya kepada orang yang lebih bertanggungjawab serta tahu menjaga hubungan baik semasa manusia tanpa mengira apa agama.

posted by Lidah Penghunus @ 4:54 PM   3 comments

Sunday, September 17, 2006

Tema ‘Keranamu Malaysia’ akan ditukar tahun depan

Assalamualaikum.

Sebelum ini selama lebih enam tahun lamanya sambutan hari kebangsaan di negara kita menggunakan ungkapan 'Keranamu Malaysia' sebagai tema sambutan. Sebagaimana yang kita maklum bahawa tema 'keranamu Malaysia ini bermula sejak era Tun Dr Mahathir sebagai perdana menteri dahulu dan jika kita masih ingat pada era tersebut ada suara-suara nakal yang mengubah ungkapan 'Keranamu Malaysia' kepada 'Keranamu Mahathir' sebagai sindiran kepada kezaliman Tun sebagai perdana menteri ketika itu. Tidak cukup dengan tema berkenaan wujud pula lagu bertajuk 'Keranamu Malaysia' yang mendapat teguran kerana terdapat unsur-unsur syirik kerana seolah-olah menafikan kuasa Allah dalam mengurniakan rezeki dan kemajuan.

Sedar tidak sedar sudah lebih enam tahun rupanya ungkapan 'Keranamu Malaysia' ini menjadi tema untuk hari kemerdekaan negara. Ianya sebenarnya pernah juga bersarang dalam fakulti minda saya sendiri mengapa tema hari kemerdekaan ini sama sahaja tiap tahun, tidak ditukar dengan tema yang lain? Setelah enam tahun menggunakan tema 'Keranamu Malaysia, akhirnya akhbar hari ini Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim mengeluarkan kenyataan bahawa tema sambutan Hari Kemerdekaan 'Keranamu Malaysia' akan ditukar pada tahun depan bagi memastikan ia disambut dengan lebih meriah dan bermakna.

"Pada tahun depan, kita akan tentukan tema perayaan yang baru dan tidak lagi menggunakan tema Keranamu Malaysia yang telah diguna lebih enam tahun. Ini juga termasuk simbol yang diguna pakai pada setiap sambutan sebelum ini" Utusan Malaysia - 17 September 2006.

Kebetulan pada tahun ini adalah tahun kemuncak kebangkitan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir mengkritik kerajaan yang sekarang di bawah Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai perdana menteri. Sebelum ini ada cadangan agar lapangan terbang antara bangsa KLIA di Sepang ditukar kepada sempena nama Tun Dr Mahathir sebagai menghargai sumbangan beliau yang mengilhamkan pembinaan lapangan terbang berkenaan, namun cadangan berkenaan telah oleh ahli-ahli parlimen barisan nasional sendiri.

Ketika waktu dahulu perlaksanaan bahasa baku yang diilham oleh DAto' Seri Anwar Ibrahim semasa beliau menjadi timbalan perdana menteri telah dimansuhkan oleh kerajaan yang dipercayai bertujuan untuk membuang perkara-perkara yang berkaitan dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Mungkinkah penukaran tema 'Keranamu Malaysia' yang digunakan sejak zaman Tun ini juga bertujuan untuk membuang terus imej yang berkaitan dengan Tun Dr Mahathir yang kini mereka anggap pengacau dalam kerajaan Umno dan Barisan Nasional.

posted by Lidah Penghunus @ 5:37 PM   1 comments

Apabila fatwa ulama' tidak diendahkan.

Assalamualaikum.

Akhbar hari ini memaparkan tajuk fatwa haram guna Botox tidak diendahkan yang menyentuh tentang sikap masyarakat yang masih lagi mahu menggunakan bahan yang sudah diharamkan oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan atas alasan untuk kesihatan serta kecantikan.

Sebenarnya apa yang hendak dihairan kerana sebelum ini juga telah banyak fatwa-fatwa serta larangan yang dikeluarkan oleh ulama' dan ulama'-ulama' ini bukannya ulama' daripada parti pembangkang, ulama' yang dilantik sendiri untuk berkhidmat dalam kerajaan. Tetapi bukan sahaja fatwa mereka tidak diendahkan, malahan dipertikaikan pula dan yang mempertikaikan itu adalah daripada menteri sendiri.

Jadi jika menteri sendiri berani untuk mencabar dan mempertikaikan fatwa daripada ulama' apatah lagi golongan rakyat lebih-lebih golongan artis. Sama juga seperti kenyataan-kenyataan yang di keluarkan oleh pihak pemerintah, golongan-golongan rakyat biasa ini juga menolak fatwa ulama' ini dengan menggunakan akal mereka sendiri semata-mata tanpa berpandukan hadis 'Ulama' itu pewaris nabi'

posted by Lidah Penghunus @ 5:00 PM   1 comments

Friday, September 15, 2006

Jika IPCMC perlu dikaji, ISA juga perlu dikaji semula.

Assalamualaikum.

Jika akhbar semalam menyiarkan kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang menolak cadangan penubuhan IPCMC, akhbar hari ini KPN yang baru dilantik ini menjelaskan bahawa pihaknya tidak menolak IPCMC tetapi mempersoalkan perlaksanaannya dan minta ianya dikaji semula;

“Antaranya ialah apabila seseorang anggota dijatuhkan hukuman oleh IPCMC, tidak ada peluang untuk merayu sedangkan Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan ruang untuk seseorang yang dijatuhi hukuman merayu.
“Perkara ini tidak memberi keadilan kepada anggota PDRM kerana hak asasi mereka sebagai warganegara dinafikan,’’ katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini" Utusan Malaysia - 15 September 2006.


Di sini kita sudah lihat bahawa PDRM juga mahukan hak mereka dibela, tidak mahu mereka dizalimi oleh undang-undang atau akta yang jelas berat sebelah. Mereka menuntut diperhalusi lagi IPCMC agar hak anggota polis yang dijatuhkan hukuman untuk membuat rayuan terjamin. Ianya samalah juga dengan mereka khususnya daripada Gerakan Mansuhkan ISA atau GMI yang mahu agar ISA dimansuhkan kerana telah menzalimi tahanan-tahanan yang belum dibuktikan bersalah oleh mahkamah. Sebenarnya mereka ini juga bukanlah bermaksud agar Akta Keselamatan Dalam Negeri ini dihapuskan terus. Saya percaya mereka juga setuju tentang kewujudan akta ini untuk melindungi keselamatan rakyat.

Namun begitu apa yang mereka persoalkan adalah peruntukkan akta tersebut yang boleh menahan sesiapa sahaja yang dikehendaki tanpa melalui proses perbicaraan mahkamah dan tahanan ini boleh ditahan seberapa lama yang dikehendaki. Akibat akta ini dilihat sebagai alat untuk kerajaan menjaga survival politik mereka dan oleh kerana ISA ini dilihat terlampau zalim maka wujudlah desakan daripada GMI agar kem tahanan Kemunting ini ditutup kerana menjadi pusat penderaan mental dan fizikal kepada tahanan ISA. Jadi jika PDRM meminta agar IPCMC ini dikaji agar ianya tidak menzalimi pihak polis, rakyat Malaysia khususnya keluarga tahanan ISA merayu kepada kerajaan agar akta yang zalim ini dikaji semula.

posted by Lidah Penghunus @ 4:00 PM   2 comments

Sekitar kekecewaan TPM terhadap tabiat membaca rakyat.

Assalamualaikum.

Akhbar semalam mengeluarkan kenyataan timbalan perdana menteri yang kecewa dengan sikap masyarakat negara ini yang kurang gemar membaca dan lebih suka berhibur;

“Saya kecewa apabila membaca kajian yang dilakukan tahun lalu yang mendapati purata rakyat Malaysia membaca hanya dua buku setahun"
“Lebih menyedihkan kajian itu menunjukkan jika masyarakat kita membaca sekali pun, mereka lebih gemar memilih akhbar dan majalah. Buku hanya menduduki tempat ketiga daripada senarai bahan bacaan mereka. Membaca terletak di belakang televisyen, filem, internet dan pelbagai bentuk hiburan lain” Berita Harian - 14 September 2006.

Sebagai reaksi daripada kenyataan TPM semalam, akhbar hari ini pula Kementerian Pelajaran bercadang untuk memastikan semua pusat sumber sekolah seluruh negara mencapai kuota 20 buku bagi seorang pelajar dalam usaha meningkatkan tabiat suka membaca.

Di sini sudah jelas seperti yang dikatakan oleh TPM dalam akhbar semalam bahawa salah satu punca masyarakat di negara ini khususnya pelajar dan remaja kurang gemar membaca adalah kerana tarikan hiburan yang amat kuat terutamanya di TV. Jika kajian menyebut purata rakyat Malaysia membaca hanya dua buku setahun, maka tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa rakyat di negara ini menerima hiburan boleh dikatakan 24 jam sehari. Maka sepatutnyalah kerajaan sebagai pihak yang mempunyai kuasa terlebih dahulu mengawal hiburan-hiburan yang dilihat semakin hari semakin bertambah di stesyen-stesyen TV yang dikawal oleh kerajaan ini.

Jika langkah mengawal hiburan yang melalaikan ini tidak diambil terlebih dahulu, buatlah kouta 100 buku untuk seorang pelajar sekalipun, maka matlamat untuk meningkatkan tabiat membaca di kalangan pelajar ini tidak akan berkesan kerana masa mereka telah pun dipenuhi dengan rancangan-rancangan hiburan yang lebih menarik minat mereka.

posted by Lidah Penghunus @ 3:31 PM   2 comments

Thursday, September 14, 2006

IPCMC zalimi polis, bagaimana pula tindakan polis zalimi tahanan?

Assalamualaikum.

Dalam akhbar hari ini, Tan Sri Musa Hassan yang baru sahaja diamanahkan sebagai Ketua Polis Negara (KPN) menolak cadangan penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) atas alasan ianya menzalimi Polis Diraja Malaysia (PDRM). Sebelum ini kita telah mendengar janji Tan Sri Musa sebaik sahaja dilantik sebagai KPN untuk memulihkan imej PDRM yang kebelakangan ini sering terbabit dengan insiden-insiden yang memalukan.

Sepatutnya jika itu hasrat KPN yang baru ini beliau seharusnya menerima penubuhan IPCMC ini yang tujuannya juga adalah untuk memulihkan kembali imej PDRM itu sendiri melalui pemantau-pemantauan yang akan dijalankan. Seperti komen seorang sahabat tentang isu ini, jika penjawat awam yang lain dipantau, badan-badan profesional yang lain dipantau, malahan ustaz-ustaz serta pendakwah juga dipantau, adakah polis lebih suci daripada mereka ini sehingga tidak boleh dipantau tentang salahlaku mereka ini?

Jika Tan Sri Musa kata IPCMC adalah zalim, bagaimana pula beberapa insiden-insiden kezaliman serta kekejaman yang berlaku keatas tahanan lokap balai polis serta kekasaran polis dalam menangani siri-siri demonstrasi selama ini? Malahan dalam masa KPN menolak IPCMC akhbar yang sama juga melaporkan satu lagi kes tahanan lokap balai polis telah meninggal dunia;

“ Seorang wanita yang ditahan reman bagi membantu siasatan penemuan dadah, meninggal dunia ketika berada dalam lokap di Balai Polis Wangsa Maju di sini, tengah malam semalam.
Samiyaty Intrayani Zulkainam, 45, dikatakan meninggal dunia empat jam sebelum sepasukan pakar perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan majistret memeriksa mayatnya jam 3 pagi.Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Mohd Rodzi Ismail, berkata doktor mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia ketika ditemui anggota polis yang bertugas kira-kira jam 11.30 malam"

"Saya tidak menyalahkan polis yang menahan Samiyaty Intrayani kerana kesalahan dilakukan. Bagaimanapun, kami sekeluarga ingin tahu sebab kakak meninggal dunia,” katanya yang mendakwa melihat empat kesan lebam pada mayat kakaknya" Berita Harian - 14 September 2006.

Di sini kita tidaklah bermaksud bahawa semua anggota polis itu zalim dan kejam dan tidak juga bermaksud untuk membela penjenayah-penjenayah yang telah jelas kesalahan mereka. Tetapi kita mahu memastikan bahawa institusi kepolisan di negara ini benar-benar menjalankan tugas mereka untuk keselamatan rakyat, bebas daripada pengaruh ahli-ahli politik yang berkepentingan dan seterusnya memastikan jabatan polis ini dihormati hingga ke peringkat antarabangsa

posted by Lidah Penghunus @ 5:32 PM   1 comments

Wednesday, September 13, 2006

Mat Rempit yang terus dengan ciri-ciri Mat Rempit mereka.

Assalamualaikum.

Cerita usaha Putera Umno untuk berdampingan dan mendekati kumpulan Mat Rempit ini bermula pada malam ambang kemerdekaan baru sahaja berlalu apabila mereka berjaya menghimpunkan kumpulan Mat Rempit ini di kota raya Kuala Lumpur dalam rangka dan usaha mereka untuk mengubah tanggapan negatif masyarakat terhadap golongan yang bermotorsikal ini.

Malahan ada cadangan agar istilah Mat Rempit ditukarkan kepada istilah yang lebih elok untuk penggemar-penggemar motorsikal ini. Sedangkan istilah Mat Rempit itu sendiri ditujukan kepada penunggang-penunggang motorsikal yang berkelakuan melampau dijalanraya dengan memecut secara melulu dan membahayakan keselamatan pemandu serta penunggang yang lain. Disamping itu juga sekali dengan pakej Mat Rempit ini ialah mat-mat motor yang terlibat dengan pergaulan bebas, dadah serta arak.

Dalam pada Putera Umno bermegah-megah dengan mat-mat rempit mereka, akhbar hari ini mendedahkan bahawa perhimpunan mat rempit ini telah mengundang gejala-gejala sosial.

"Pegawai Bahagian Penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Manjung, Mohd Zainudin Mohamed Zaini, berkata pihaknya menerima aduan daripada pentadbir Masjid Teluk Muroh, Teluk Batik bahawa ada antara remaja yang ditugaskan membersihkan kawasan masjid itu berendam dalam kolah tempat mengambil air sembahyang.Katanya, pihaknya juga menahan lapan remaja lelaki dan perempuan bukan muhrim berusia antara 15 hingga 19 tahun yang mendakwa menyertai ekspedisi itu kerana tinggal dalam dua bilik di hotel terbabit.Beliau berkata, dalam serbuan jam 4 pagi itu, semua lapan remaja berkenaan dipercayai sedang tidur dalam keadaan mabuk dan perkara itu sahkan oleh mereka sendiri selain menemui dua botol arak.Katanya, dalam serbuan pertama yang dibuat di Hotel Villa Inn di Lumut itu pihaknya mendapati ada sebuah bilik dikongsi tiga lelaki bersama seorang remaja perempuan dan semuanya berusia 19 tahun.“Remaja berkenaan dikenal pasti berasal dari Kuala Lumpur, Selangor dan Kedah dan mereka menunjukkan surat penyertaan mereka ke ekspedisi itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam" Berita Harian - 13 September 2006

Sebenarnya usaha Putera Umno untuk mendekati golongan mat rempit ini adalah sesuatu yang baik dan harus dipuji. Namun begitu sepatutnya Putera Umno harus terlebih dahulu menggunakan pendekatan islam serta mengikis sifat-sifat negatif mat rempit yang ada pada diri mereka, menukarkan imej mereka daripada mat rempit kepada kumpulan penggemar motorsikal yang benci kepada maksiat. Kerana jika Putera Umno terus mengiktiraf mereka sebagai Mat Rempit maka mereka akan berterusan dengan sifat-sifat yang negatif itu. Dan semestilah elemen-elemen islam itu haruslah diterapkan secara berhikmah kedalam diri mereka.

posted by Lidah Penghunus @ 5:15 PM   0 comments

Tuesday, September 12, 2006

Meniti hari-hari yang makin parah dalam Umno

Assalamualaikum.

Akhbar hari ini memaparkan tajuk 'Dr M terima keputusan' merujuk kepada kegagalan beliau untuk menjadi perwakilan bahagian dalam perhimpunan agung Umno akan datang. Namun kandungan isi berita berkenaan memaparkan pendedahan Tun Dr M tentang usaha-usaha kotor yang telah dibuat oleh pihak tertentu yang menjadi punca kekalahan beliau dalam pemilihan tersebut.

"Ini cuma pemilihan kecil, tetapi kerajaan Pusat dan negeri menggerakkan jentera seolah-olah ia pemilihan Presiden. Pegawai kerajaan dikerah, ada pegawai dari kerajaan Pusat memberi amaran kepada anak buahnya (kakitangan) supaya jangan berkempen."Ada guru diugut akan dipindah ke Sabah. Semua ini bagi menentukan saya tak dipilih. Yang betul-betul berkesan ialah penggunaan wang untuk beli undi," katanya dalam ucapan selama 50 minit di hadapan kira-kira 50 penyokong di Auditorium Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, semalam.Sambil menunjukkan slip senarai pilihan calon yang didakwa diedarkan kepada perwakilan bahagian itu, Dr Mahathir mendakwa RM200 juga dimasukkan dalam sampul surat bersama slip itu" Berita Harian - 12 September 2006.

Jika penulisan sebelum ini mesyuarat agung bahagian Kubang Pasu yang menjadi perhatian pelbagai pihak sabtu lalu disifatkan umpama pilihanraya kecil Parlimen Kubang Pasu, rupa-rupanya ianya juga membawa sekali pakej yang sering kali Umno dan Barisan Nasional amalkan setiap kali pilihanraya kecil iaitu menggunakan sepenuhnya pelbagai jentera kerajaan dan kekuatan peringkat pusat dan tidak ketinggalan rasuah atau politik wang. Apa yang menariknya di sini ianya bukan kerana berhadapan dengan pembangkang, tetapi dengan ahli mereka sendiri, iaitu bekas presiden yang juga bekas perdana menteri yang bertanding untuk mendapatkan kerusi perwakilan bahagian ke perhimpunan agung Umno.

Memang benarlah bahawa mesyuarat agung Umno Bahagian Kubang Pasu pada tahun ini membawa satu nilai sejarah yang terdiri bukan sahaja dalam catatan sejarah Umno itu sendiri, malahan sejarah politik negara. Di sini juga kita telah lihat bagaimana perkara yang menjadi amalan Tun ketika dahulu dalam menghadapi kemarahan pembangkang yang hanya di peringkat pilihanraya kecil Parlimen atau Dun kini terkena sendiri kepada beliau.

Sementara itu kita terus menyaksikan hari-hari Umno yang makin parah apabila baru sahaja keresahan mereka tentang hasrat Tun untuk jadi perwakilan reda, Ketua Umno Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin pula berhasrat untuk mencabar Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussain untuk jawatan ketua pemuda Umno. Namun sehari selepas pengumuman Datuk Zahidi itu dalam akhbar, akhbar hari ini tidak semena-mena beliau akan dilucutkan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis kerana didakwa gagal memberi komitmen kepada Umno negeri.

"Bekas Exco kerajaan negeri itu juga didakwa melanggar peraturan parti kerana merasmikan mesyuarat perwakilan bahagian itu kelmarin yang sepatutnya hanya boleh dilakukan Ahli Majlis Tertinggi (MT) atau menteri daripada Umno.Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim, juga mendakwa, Zahidi sering kali gagal menghadiri mesyuarat Badan Perhubungan Umno negeri sehingga menyebabkan beliau bertindak bertentangan dengan keputusan mesyuarat" Berita Harian - 12 September 2006.

Begitulah dia Umno sebuah parti yang dasarnya membelakangkan islam terus dilanda permasalahan dari hari ke hari. Pemimpin-pemimpinnya pula kelihatan semakin buntu dalam mencari titik penyelesaian kepada permasalahan yang dihadapi.Bermacam-macam kaedah yang dicadangkan, dari cadangan penukaran lambang keris hinggalah ke cadangan jawatan PM dan MB seumur hidup. Namun begitu mereka masih lagi tidak nampak bahawa islam adalah penyelesaian.

posted by Lidah Penghunus @ 5:03 PM   0 comments

Monday, September 11, 2006

Ratusan wajah - Tahanan tanpa bicara

Assalamualaikum.

Semalam semasa bertugas untuk program makan malam serta pelancaran Dana Kami Prihatin anjuran Lajnah Kebajikan Pas Pusat, saya berpeluang untuk melihat sendiri wajah-wajah sayu anak tahanan ISA, mendengar sendiri rintihan anak-anak tahanan ISA yang zalim ini melalui aturcara yang disediakan pada malam itu. Selalunya saya berpeluang ikuti kisah-kisah keluarga mangsa ISA ini melalui lembaran akhbar, tetapi berlainan sekali bila dapat menyaksikan secara langsung semalam, sayu rasanya melihatkan mereka ini kanak-kanak yang bapanya dituduh sebagai pengganas namun hingga sekarang tidak lagi dibicarakan di mahkamah.

Bayangkanlah anak-anak ini, ada antaranya yang masih kecil lagi sudah terpisah daripada bapa mereka hampir lima tahun lamanya. Lima tahun lamanya tanpa kasih sayang bapa, boleh dikatakan sudah lima kali idulfitri tanpa bersama-sama bapa. Bayangkanlah betapa zalimnya ISA ini. Jika bapa mereka dibicarakan serta dijatuhkan hukuman maka sudah tentulah mereka akan dapat tahu bila tarikh bapa mereka akan dibebaskan. Tetapi ISA ini, 'ikut suka aku' bila aku nak bebaskan. Mungkin 6 bulan, mungkin 6 tahun atau pun mungkin seumur hidup bergantung kepada nafsu serakah si penzalim.

Beberapa hari lalu juga kita telah mendengar berita yang agak mengejutkan, iaitu penahanan dua warga Malaysia oleh kerajaan Amerika Syarikat kerana disyakki terlibat dengan aktiviti keganasan. Reaksi daripada berita tersebut, perdana menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta agar tahanan berkenaan diberikan keadilan oleh kerajaan Amerika. Dua orang tahanan tersebut sekarang berada dalam tangan kerajaan Amerika dan Pak Lah sebagai perdana menteri hanya mampu meminta budi bicara kerajaan Amerika agar memastikan dua tahanan tersebut mendapat keadilan yang secukupnya.

Namun begitu puluhan tahanan ISA itu tadi berada dalam tangan Pak Lah sebagai perdana menteri Malaysia dan juga menteri keselamatan dalam negeri. Maka dengan kuasa yang ada maka sepatutnyalah Pak Lah membebaskan mereka yang jelas teraniaya ini atau sekurang-kurangnya buktikan kesalahan mereka itu melalui mahkamah. Jangan biarkan anak-anak dan isteri mereka yang kian lama menderita ini terus-terusan menderita oleh kerana kezaliman yang berterusan daripada kerajaan.

posted by Lidah Penghunus @ 5:53 PM   0 comments

Sunday, September 10, 2006

Bila keris menjadi senjata makan tuan bagi Umno.

Assalamulaikum

Minggu dahulu tindakan ketua menteri Pulau Pinang yang juga timbalan presiden Parti Gerakan mengangkat keris bersama-sama ketua pemuda Umno telah menjadi isu kepada segelintir kaum cina di negara ini. Akhbar hari ini pula menteri besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob mencadangkan agar lambang keris pada bendera Umno digantikan dengan lambang yang lain yang lebih sesuai. Alasan Dato' Seri Adnan kerana keris membawa maksud pergaduhan dan beliau menganggap keris yang tidak bersarung itulah menjadi antara punca kepada perbalahan antara ahli-ahli Umno saban tahun.

"Antara perselisihan besar yang dimaksudkan beliau ialah semasa bekas Perdana Menteri, Allahyarham Datuk Onn Jaafar keluar UMNO, Biro Agama UMNO menyertai Pas, guru-guru Melayu mengugut meninggalkan UMNO pada 1959 dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dibuang daripada UMNO kerana mengkritik Tunku Abdul Rahman.Lain-lain peristiwa besar, kata Adnan, ialah isu orde baru dan orde lama zaman pemerintahan Allahyarham Tun Razak, UMNO diisytiharkan tidak sah pada 1987, bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat pada 1997 dan terbaru perselisihan antara Dr. Mahathir dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi." Utusan Malaysia - 10 September 2006.

Kesian Adnan Yaakob dan ahli-ahli Umno. Masih tercari-cari apakah punca perbalahan di dalam Umno, masih teraba-raba apakah formula untuk menghindari perpecahan serta perbalahan yang melanda Umno saban tahun. Sedangkan sudah jelas dan telah banyak kali diberitahu bahawa punca kepada segala permasalahan dalam Umno ini adalah kerana mereka tinggalkan islam. Tukarlah lambang apa sekalipun, hatta lambang hati sekalipun pada bendera Umno, jika parti itu masih lagi mengetepikan islam sebagai dasar perjuangan, maka jangan mimpilah untuk mereka mencapai matlamat perbalahan sifar seperti yang diimpikan oleh timbalan presiden Umno sendiri.

Jika Dato' Seri Adnan kata keris yang digunakan sebagai senjata itu menjadi sebab kepada perbalahan dalam Umno, gerakan Hizbullah di Lubnan pada bendera mereka terpampang jelas lambang senjata raifal automatik yang kita maklum begitu sinonim dengan aksi pertempuran dan perperangan. Tetapi selama ini tidak pernah pun berlaku bibit-bibit perpecahan serta perbalahan dalam gerakan islam tersebut. Malahan gerakan islam ini bukan sahaja berjaya menyatukan kumpulan-kumpulan sunnah dan syiah di Lubanan malahan berjaya menarik masyarakat kristian Lubnan bersama-sama dengan mereka dalam menghadapi keganasan rejim Zionis.

Bukan kerana mereka berpegang kepada semangat kebangsaan Lubnan yang kuat, tetapi kerana mereka berpegang teguh kepada islam yang menjadi dasar gerakan mereka. Maka dengan pegangan yang teguh di samping disiplin yang kuat inilah menjadi faktor kejayaan Hizbullah menghalang kemaraan tentera Zionis yang seterusnya mewujudkan kepercayaan masyarakat serta kerajaan Lubnan terhadap kemampuan mereka.

posted by Lidah Penghunus @ 3:12 PM   0 comments

Saturday, September 09, 2006

Bagaikan pilihanraya kecil Parlimen Kubang Pasu

Assalamualaikum.

Mesyuarat agung Umno bahagian Kubang Pasu yang juga berlangsungnya pemilihan perwakilan bahagian G7 siang tadi dirasakan seolah-olah pilihanraya kecil bagi parlimen Kubang Pasu. Mana tidaknya, saya sendiri siang tadi selepas sahaja pukul dua sudah tertanya-tanya keputusan 'pilihanraya' tapi hampa apabila diberitahu bahawa keputusannya selepas jam 5 petang. Berdebar-debar pula rasanya. Tidak setakat itu berita TV tengah hari pun sempat membuat lintas langsung tentang perjalanan mesyuarat agung tersebut.

Dan keputusannya semua pun sudah maklum bahawa hasrat Tun Dr Mahathir untuk menjadi perwakilan bahagian tidak kesampaian. Nampaknya termakbul juga hasrat ahli-ahli Umno sekalian yang tidak mahu melihat bekas presiden yang mereka sayangi jatuh tarafnya sebagai seorang negarawan. Sedangkan bekas presiden mereka tidak pun rasa begitu. macam saranan Dato' Seri Rafidah Aziz agar Tun hadir sebagai tetamu khas, bagi saya apalah guna menjadi tetamu khas yang kononnya mendapat penghormatan yang tinggi tetapi tidak dapat bersuara, maka ianya seolah-olah menjadi maharaja boneka yang namanya sahaja terhormat, disanjung tetapi tiada apa kuasa untuk berbuat sesuatu. Sehari sebelum hari pengundian juga kita telah saksikan kempen besar-besaran yang begitu hebat agar Tun tidak diundi untuk perwakilan. Orang yang turun padang berkempen bukan calang-calang orang, daripada ketua bahagian, ketua badan perhubungan Umno negeri, menteri kabinet pun ada.

Walaubagaimana pun itulah keputusannya yang perlu Tun Dr M terima dan Pas pula tetap dengan prinsipnya iaitu terus memperjuangkan islam dan sedia bersama-sama dengan pihak yang lain atas nama keadilan dan kebenaran. Apa yang hendak saya utarakan di sini perbalahan bekas perdana menteri dengan perdana menteri ini sebenarnya menonjolkan lagi Pas sebuah parti yang ulung yang tidak mampu sebenarnya ditandingi oleh Umno dari segi perpaduannya. Umno sebagaimana kita tahu, sudah beberapa kali dilanda perpecahan, malahan hingga parti melayu itu pernah diharamkan oleh ketua hakim negara dan kini perpecahan dalam Umno memasuki dimensi baru apabila bekas presidennya sendiri yang ketika masih berada dalam parti menentang presiden parti hingga ke tahap sanggup untuk menggunakan saluran perwakilan bahagian untuk tujuan mengkritik kepimpinan Pak Lah sebagai presiden Umno dan juga perdana menteri. Sedangkan ini tidak berlaku pun dalam Pas. Mengulas pula tentang kenyataan timbalan presiden Umno dalam akhbar hari ini;

"Timbalan Presiden UMNO itu berkata, sejarah telah membuktikan bahawa UMNO menjadi lemah kerana masalah yang berlaku di kalangan pemimpin dan kesannya parti kehilangan beberapa kerusi dalam pilihan raya. Parti lawan katanya, tidak kuat tetapi mereka mengambil kesempatan daripada kelemahan UMNO akibat perpecahan dalaman dan krisis kepimpinan" Utusan Malaysia - 9 September 2006.

Sebenarnya perpecahan dalam Umno itulah menunjukkan lambang kekuatan parti pembangkang khususnya Pas kerana dalam pada Umno yang sering bergolak Pas berjaya mempertahankan perpaduannya. Apakah rahsianya? Sudah tentulah islam yang menjadi dasar Pas itu sendiri yang mengikat hati-hati ahli jemaah Pas agar bersatu di bawah islam. Dalam akhbar yang sama hari ini juga timbalan presiden Umno menggesa ahli-ahli Umno agar merealisasikan perbalahan sifar dalam parti tersebut. Untuk merealisasikan matlamat perbalahan sifar ini, mahu tidak mahu Umno itu sendiri mestilah kembali kepada islam yang syumul bukan islam hadhari al dirar (ungkapan ini saya perolehi semasa usrah jumaat lepas, mengambil sempena nama masjid Dirar yang dibina oleh kaum munafik untuk kononnya menonjolkan islamiknya mereka tetapi sebaliknya untuk memecahbelahkan umat islam) Bak kata pepatah, "biduk berlalu, kiambang bertaut" kiambang itu adalah orang melayu, biduk itu pula adalah sekularisme yang mendasari kehidupan mereka, maka untuk mereka kembali bertaut maka sekurisme itu mestilah mereka biarkan berlalu daripada anutan mereka.

posted by Lidah Penghunus @ 11:54 PM   0 comments

Thursday, September 07, 2006

Masalah antara kaum tidak boleh diselesaikan dengan cara perkauman, tetapi dengan cara islam.

Assalmualaikum.

Sejak timbul isu penggiliran ketua menteri Pulau Pinang serta kemunduran masyarakat melayu Pulau Pinang yang dibangkitkan oleh pemuda Umno Pulau Pinang sebulan yang lalu pergeseran antara Gerakan dan Umno khususnya sayap pemuda terus berlarutan hingga ke saat ini. Yang terkini, akhbar siang tadi memaparkan tentang tindakan pemuda Umno Bahagian Balik Pulau membawa sepanduk mengkritik ketua menteri pulau pinang yang telah membangkitkan kemarahan ahli Gerakan di negeri tersebut. Buletin Utama hari ini pula memaparkan kenyataan ketua menteri Pulau Pinang yang juga timbalan presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon bahawa pertelingkahan antara Gerakan, pemuda Umno dan MCA di Pulau mutiara itu masih lagi dalam keadaan hangat.

Semalam saya berpeluang menghadiri Majlis Makan Malam Perpaduan Nasional anjuran Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat yang bertujuan untuk merapatkan Pas dengan kaum-kaum cina dan india yang bukan beragama islam. Majlis tersebut turut dihadiri oleh presiden Pas, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang turut menyampaikan ucapan serta merasmikan buletin Pas berbahasa mandarin dan kuih bulan Pas. Antara perkara-perkara penting yang boleh diambil daripada ucapan tuan guru presiden ini ialah tentang keadilan islam itu sendiri. Jelas tuan guru Haji Hadi dalam islam tiada konsep bumiputera. Yang ditolong, yang dibantu bukan berdasarkan status bumiputera tetapi adalah kerana mereka itu orang susah dan memerlukan bantuan tidak mengira status kaum dan agama. Dalam ucapannya itu juga tuan guru menjelaskan kandungan al quran bahawa bumi ini bukan milik bangsa melayu, bukan milik kaum cina, bukan milik kaum india tetapi adalah milik Allah dan dikurniakan kepada orang-orang yang baik sebagai khalifah. Jelas tuan guru lagi, jika sesuatu kaum itu gagal menjaga bumi ini dengan baik, maka Allah akan menggantikannya dengan kaum yang lain yang lebih baik.

Kembali kepada isu Pulau Pinang itu tadi, jika intipati-intipati ucapan presiden Pas ini dijadikan panduan dan dilaksanakan, saya percaya bahawa isu yang sedang melanda negeri Pulau Pinang ketika ini akan dapat diselesaikan dengan cara yang baik. Tetapi yang jelasnya di sini Umno dengan perjuangan Melayunya, Gerakan pula dengan perjuangan kaum Cinanya, kedua-dua pihak ini cuba menyelesaikan permasalahan dengan ego kaum masing-masing. Maka isu ini tidak akan dapat diselesaikan sampai-sampai bila melainkan ianya diselesaikan dengan cara islam yang terbukti adil untuk semua agama dan kaum. Di sini juga jelas bahawa Pas adalah sebuah parti yang dasarnya adalah islam yang adil untuk semua kaum dan agama. Maka seperti yang telah saya sentuh dalam penulisan yang terdahulu, untuk mengatasi masalah kemunduran melayu Pulau Pinang, caranya bukanlah dengan penggiliran ketua menteri, tetapi dengan memberi giliran kepada Pas untuk memerintah dengan cara islam.

posted by Lidah Penghunus @ 11:00 PM   0 comments

Kelantan terus buktikan kecemerlangan bersama islam.

Assalamualaikum.

Akhbar hari ini memaparkan tentang teguran ketua audit negara kepada beberapa buah negeri yang lemah dalam perlaksanaan dan pemantauan projek kerajaan negeri hingga menyebabkan negara rugi berjuta-juta ringgit.

"Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, dalam laporannya menegur perkara itu kerana terlalu kurang aspek penyeliaan projek yang dilaksanakan.Beliau memberi contoh Kedah dan Perak yang gagal memanfaatkan peruntukan dan menyiapkan projek dalam tempoh yang ditetapkan.Walaupun memuji kebanyakan kerajaan negeri kerana berjaya merancang projek dengan baik, beliau kecewa dengan kelemahan itu masih wujud sedangkan ditegur berulang kali" Berita Harian - 6 Ogos 2006.

Selain daripada dua negeri yang disebut di atas, Serawak, malahan Selangor yang diisytiharkan kononnnya negeri maju baru-baru ini juga turut mendapat teguran daripada ketua audit negara atas kelemahan mereka mentadbir perbelanjaan pembangunan. Apapun sejambak tahniah diucapkan kepada kerajaan negeri Kelantan kerana negeri pimpinan ulama' ini tidak termasuk dalam senarai negeri-negeri yang kena tegur. Ini membuktikan walaupun negeri Kelantan bukanlah negeri yang mewah dan maju, namun dengan slogan membangun bersama islam, melalui prinsip melaksanakan amanah yang diturunkan oleh Allah, maka kerajaan negeri dibawah Pas ini sedaya-upaya melaksanakan projek-projek pembangunan ini agar ianya dapat dimanfaat untuk kepentingan rakyat Kelantan.

Kesungguhan kerajaan negeri untuk membantu rakyat ini terus terbukti apabila sebaik sahaja belanjawan 07, diumumkan yuran bagi perperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM dimansuhkan, maka kerajaan negeri terus mencadangkan supaya yuran perperiksaan bagi sekolah-sekolah bawah Yayasan Islam Kelantan turut dimansuhkan. Sebelum ini kita sering mendengar perlaksanaan kerja lima hari seminggu, cuti bersalin 90 hari dan beberapa lagi perkara yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri bawah Pas, sedikit demi sedikit telah diikuti oleh kerajaan pusat dan kita menyambut baik langkah kerajaan pusat meniru apa yang baik untuk rakyat. Dan kini apa sahaja yang baik daripada kerajaan pusat, tanpa berlengah kerajaan Pas negeri akan terus mengikutnya untuk kepentingan rakyat khususnya bagi yang berpendapatan rendah.

posted by Lidah Penghunus @ 12:09 AM   2 comments

Tuesday, September 05, 2006

Kalau dah duit tabung bantuan bencana pun diselewengkan...

Assalamualaikum.

Ketika kempen mengutip derma bagi membantu mangsa bencana Tsunami giat dijalankan dua tahun yang lepas, terdetik di hati kita tentang kerisauan bahawa sejumlah besar wang yang dikutip daripada orang ramai itu tidak akan sampai ke golongan sasaran. Namun begitu ianya dinafikan oleh kerajaan yang menyatakan bahawa dana tersebut akan diagihkan secara adil dan telus kepada mangsa Tsunami.

Akhirnya apa yang dirisaukan benar-benar terjadi apabila akhbar hari ini memaparkan laporan ketua audit negara bahawa terdapat penyalahgunaan tabung bantuan bencana kebangsaan untuk mangsa tsunami yang membabitkan kerja baik pulih dan pembelian peralatan menangkap ikan seperti jaring, enjin bot dan bot. Apa yang kita terkilan apabila membaca ulasan menteri di jabatan perdana menteri, Dato' Seri Nazri Aziz;

“Saya terkejut laporan tabung berkenaan dan hanya mengetahui mengenai penyalahgunaan itu menerusi laporan Ketua Audit Negara” Berita Harian - 5 September 2006.

Nampaknya Nazri samalah juga dengan perdana menteri dan juga menteri-menteri lain, apabila diberitahu tentang sesuatu insiden yang tidak diingini, mereka akan mengatakan tidak tahu -menahu. Sama ada memang mereka tidak pernah ambul tahu atau mereka buat-buat tidak tahu. Itulah dia pemimpin yang menjunjung slogan cemerlang, gemilang, terbilang.

Bayangkanlah, ianya adalah duit sumbangan atau derma daripada orang ramai, yang berbentuk amalan kebajikan, bertujuan untuk membantu mangsa-mangsa bencana taufan Tsunami pada penghujung 2004 yang lalu yang hingga kini masih terasa lagi akan kepedihan mereka ini daripada pengalaman tersebut. Itu pun menjadi mangsa ketamakan dan kerakusan golongan yang tidak mengenal erti dosa dan pahala dalam mencari kesenangan duniawi.

Jika dalam soal kebajikan itu juga boleh terjadinya penyelewengan, bagaimana harus untuk kita percaya bahawa peruntukan RMk9 dan Belanjawan 07 yang telah dan akan dilaksanakan kelak akan dapat agih-agihkan secara adil dan telus serta terus ke golongan sasaran tanpa diselewengkan oleh golongan-golongan yang sudah gelap mata dan hatinya ini.

posted by Lidah Penghunus @ 10:17 PM   0 comments

Monday, September 04, 2006

Benarkah Umno masih iktiraf Tun Dr M negarawan ulung?

Assalamualaikum.

Sejak bekas Tun Dr Mahathir mengumumkan hasrat untuk menjadi perwakilan bahagian dalam perhimpunan agung Umno beberapa minggu yang lepas. Ramai di kalangan pimpinan-pimpinan Umno menasihatkan agar bekas presiden Umno itu agar membatalkan hasratnya untuk menjadi perwakilan bahagian. Alasan mereka Tun adalah bekas presiden Umno yang pernah duduk di kerusi presiden semasa perhimpunan agung dahulu, jadi mereka tidak mahu Tun mencemarkan kedudukannya sebagai negarawan ulung dengan memeletakkan taraf beliau sebagai perwakilan bahagian dan mereka mahu letak diri Tun setaraf dengan kedudukannya sebagai negarawan ulung yang dihormati di peringkat antarabangsa.

Persoalannya di sini adakah benar-benar orang-orang Umno ini menghargai bekas bos mereka ini sebagai negarawan ulung? Sedangkan sebelum ini kita sudah lihat Tun yang dahulunya dilayan oleh media bagaikan raja, kini bukan sahaja kenyataannya tidak di layan oleh media-media arus perdana, media-media ini pula dijadikan alat untuk menyerang beliau yang mengakibatkan beliau terpaksa mencari media-media alternatif yang dahulu menjadi seteru politik beliau. Tun Dr Mahathir yang kini mencecah umur 80 tahun ini juga sering diserang oleh ahli-ahli Umno yang dahulunya setia kepada beliau dan orang yang paling hebat menyerangnya adalah Dato' Seri Nazri Aziz sendiri. Malahan pengganti beliau sendiri menyifatkan beliau sebagai iblis kerana sering mengkritik pentadbiran perdana menteri.

Jelasnya di sini, mereka tidak mahu Dr Mahathir menjadi perwakilan bahagian bukanlah kerana mereka mahu menjaga status bekas presiden mereka sebagai negarawan ulung, tetapi lebih kepada ketakutan mereka terhadap tindakan Dr Mahathir yang akan mengubah budaya mengampu, menyanjung dan memuji pimpinan dalam perhimpunan agung Umno kepada budaya mengkritik pimpinan.

posted by Lidah Penghunus @ 5:19 PM   2 comments

Sunday, September 03, 2006

Kisah fobia dalam Barisan Nasional.

Assalamualaikum.

Tidak disangka-sangka tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang juga timbalan presiden Gerakan bersama-sama Hishammuddin mengangkat keris tanda perasmian majlis Perhimpunan Patriotik Pemimpin Murid Sekolah 2006 di Pulau Pinang bulan lepas telah menyentuh sensitiviti dan perasaan segelintir kaum cina di negara ini yang menganggap Dr Koh telah mencemarkan darah kecinaan beliau dengan memegang atau menjunjung alat kebesaran Melayu iaitu keris. Kiranya segelintir kaum cina ini menganggap bahawa mengangkat keris bermaksud masuk melayu. Sekurang-kurangnya di sini menunjukkan bahawa kaum cina di negara ini masih lagi mempunyai sensitiviti terhadap budaya kaum mereka berbanding dengan segelintir orang melayu beragama islam yang tidak segan silu memakai lambang-lambang perayaan agama lain misalnya memakai topi santa claus pada hari krismas atau nama kongsi raya.

Sebenarnya tidak ada apa yang hendak dihairankan dengan isu ini kerana dalam Umno juga sikap fobia terhadap sesuatu yang bukan lambang mereka juga jelas menebal dalam diri mereka. Misalnya ketika waktu Dr M menjadi PM dahulu, sejumlah besar wang dibelanjakan untuk menukar lambang pengeluar minyak negara, Petronas yang didakwa menyerupai lambang parti pembangkang iaitu Pas. Selain daripada itu, pemakaian kopiah juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa sikap fobia mereka kerana kebetulan kebanyakan ahli serta pemimpin Pas memakai kopiah putih maka mereka menganggap kopiah adalah imej pembangkang. Akibatnya beberapa institusi pendidikan telah melarang pelajar mereka memakai kopiah putih dan hanya benarkan mereka memakai songkok hitam. Begitu juga dengan beberapa stesyen televisyen swasta yang hanya membenarkan penceramah agama memakai songkok hitam untuk keudara. Hinggakan saya berasa janggal apabila melihat seorang ustaz ini yang di luar biasa berserban, tetapi bila masuk TV kena pakai songkok.

Sebut pula tentang warna hijau, baru-baru ini surau di tempat saya mendapat peruntukkan daripada pejabat daerah untuk kerja-kerja pembaik pulih, salahsatunya ialah kerja-kerja mengecat. Namun begitu JKKK di tempat saya mengarahkan kepada kontraktor agar menukarkan warna bumbung surau berkenaan yang selama ini berwarna hijau hinggakan surau tersebut mendapat jolokan surau hijau ke warna biru. Tapi tidak kisahlah warna apa sekalipun, wahima dia hendak warnakan pokok-pokok hiasan di sekeliling surau itu dengan warna biru sekalipun. Yang penting kami dapat teruskan imarahkan surau tersebut dengan majlis-majlis ilmu yang sebenar-benar majlis ilmu. Warna tidak penting bagi kami, yang penting ialah pengisiannya. Ini samalah dengan keterbukaan pimpinan Pas sendiri. Al Marhum bekas presiden Pas, dato' Fadhil Noor sering kelihatan memakai songkok hitam dan ini tidak pun dijadikan isu oleh ahli-ahli Pas. Kerana yang penting bagi mereka, pakaian tersebut tidak melambangkan agama lain yang boleh menjejaskan akidah. Sedangkan pada hari ini pemimpin kerajaan atas nama perpaduan dan integrasi kaum, melalui apa yang dinamakan kongsi raya, tidak kisah pun dengan segelintir orang melayu islam yang memakai pakaian yang melambangkan penganut agama lain.

posted by Lidah Penghunus @ 5:15 PM   0 comments

Saturday, September 02, 2006

Sedikit komentar tentang Belanjawan 07

Assalamualaikum.

Berkenaan belanjawan 2007 yang telah dibentangkan oleh perdana menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam, saya menyambut baiklah beberapa kelebihan yang akan diberikan oleh kerajaan khususnya yang melibatkan soal pendidikan dan pembangunan modal insan.

Cumanya melihatkan kepada kenaikan harga minyak serta kenaikan tarif elekterik yang mengakibatkan kenaikan harga barangan keperluan dan seterusnya melonjakkan indeks harga pengguna atau kadar inflasi sebanyak 3.9 peratus, belanjawan 07 dilihat belum lagi memberi keuntungan kepada rakyat keseluruhannya. Kerana pemberian bonus, pemansuhan yuran perperiksaan dan pengurangan cukai korporat hanya memberi manfaat kepada segolongan tertentu sahaja iaitu penjawat awam, kaum-kaum ibu bapa yang anak mereka sedang mengambil perperiksaan dan ahli-ahli korporat. Sedangkan kenaikan harga barangan keperluan umum dan kadar inflasi memberi kesan yang buruk kepada keseluruhan rakyat terutamanya pekerja sektor swasta namun tiada pun cadangan untuk menetapkan gaji minimum seperti yang dituntut oelh MTUC serta penurunan cukai pendapatan individu bagi mengurangkan bebanan golongan-golongan ini.

Satu lagi yang ingin saya sentuh tentang belanjawan 07 ini, seperti juga harapan pada RM9, diharapkan apabila diluluskan kelak, ianya dapat dilaksanakan secara telus dan sampai terus ke golongan sasaran serta tidak tergendala oleh tangan-tangan yang korup. Kerana kita akui bahawa banyak perancangan dan agenda kerajaan ini bermanfaat untuk rakyat walaupun tidak semua. Tetapi oleh kerana kerakusan dan ketamakan golongan-golongan tertentu dalam kerajaan sendiri, maka perlaksanaannya terbantut yang akhirnya yang menjadi mangsa adalah rakyat.

Di sini juga saya tertarik dengan ulasan timbalan perdana menteri, Dato' Seri Najib berkenaan belanjawan pada kali ini yang diumpamakannya sebagai 'bajet kemerdekaan' (dengan izin)

"Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Bajet 2007 sebagai ‘bajet kemerdekaan’, yang pasti disambut meriah oleh semua lapisan rakyat. Timbalan Perdana Menteri percaya bajet itu disambut oleh semua lapisan rakyat seperti kemeriahan sambutan Hari Kemerdekaan yang baru berlalu" Utusan Malaysia - 2 September 2006.

Sepatutnya jika benar-benar belanjawan kemerdekaan, maka ianya haruslah benar-benar merdeka lebih-lebih lagi mengikut kaca mata islam, namun apa yang kita lihat di sini ekonomi kita masih lagi belum bebas daripada unsur-unsur haram dan syubhah lebih-lebih lagi apabila melibatkan arak dan perjudian. Ianya samalah juga dengan soal kedaulatan bahasa melayu. Di sini saya tidak menolak cadangan agar bahasa Mandarin dan Tamil dijadikan subjek penuh di beberapa buah sekolah kebangsaan. Namun begitu apa yang saya kesalkan hak bahasa Melayu untuk menjadi bahasa pengantar dalam subjek sains dan matematik masih lagi belum dikembalikan.

posted by Lidah Penghunus @ 2:52 PM   0 comments


Free Hit Counter