Friday, February 29, 2008

Jika tidak mengumpat alamatnya kita akan dipimpin oleh mereka yang rosak akhlak.

Assalamualaikum.

Fatwa Hadi ditegah agama.
KEPALA BATAS 28 Feb. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengarahkan jentera Barisan Nasional (BN) supaya tidak terikut-ikut rentak pembangkang dengan mengumpat dan memaki hamun calon-calon pilihan raya parti lawan.
Perdana Menteri menegaskan, dalam konteks hubungan antara manusia, semua insan perlu menghormati dan menunjukkan kesopanan serta ketertiban kepada orang lain walaupun dalam bidang politik.
Sambil menyifatkan fatwa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang membenarkan calon parti itu membuat tuduhan serta mendedahkan keburukan lawan sebagai sesuatu yang menghairankan, Abdullah berkata, Abdul Hadi telah mengajar orang melakukan perkara yang tidak betul.
‘‘Saya hairan mengapa Presiden parti Islam boleh membuat fatwa yang macam itu. Sebenarnya ini adalah perbuatan yang ditegah oleh agama kita.
‘‘Takkan dia tidak faham, tapi dia masih lakukan. Jadi nyatalah walaupun dia memimpin parti Islam, dia memimpin dan mengajar orang buat (perkara) tidak betul,”
Abdullah berkata, Abdul Hadi memang seorang yang suka mengeluarkan fatwa malahan sebelum ini pernah membuat perkara yang serupa.
‘‘Dulu dia buat macam-macam fatwa juga. Dia rajin keluarkan fatwa sebenarnya,” kata Perdana Menteri.
Sebelum ini Pas mengkafirkan UMNO kerana mendakwa parti tonggak BN itu bersekongkol dengan MCA dan MIC sehingga mengeluarkan hukum bahawa daging sembelihan orang UMNO tidak boleh dimakan malah tidak boleh berimamkan orang-orang UMNO. Utusan Malaysia - 29 Febuari 2008.


Nampaknya sia-sia sahajalah Pak Lah belajar pengajian Islam di universiti apabila tidak memahami apa yang dikatakan oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang itu. Memang kita diharamkan mengumpat seperti firman Allah dalam surah al Humazah ayat pertama yang bermaksud "Celakalah untuk tiap-tiap orang pengumpat dan pencela." Namun begitu Surah an Nisa' ayat 148 Allah berfirman yang bermaksud "Allah tidak mengasihi mengeraskan perkataan yang jahat kecuali bagi orang-orang yang teraniaya." Ini menunjukkan bahawa kita umat Islam dilarang mengumpat dan mencela orang lain kecuali dalam hal-hal yang tertentu. Dalam hal ini Imam an-Nawawi dalam kitabnya Riyadhus Solehin menjelaskan perkara-perkara yang dibolehkan mengumpat;

KES PENGANIAYAAN.
Dibolehkan kepada orang yang dianiaya untuk mengadu kepada pihak berkuasa seperti Sultan, Qadhi atau lain-lain pihak yang mempunyai kuasa untuk memberi keinsafan dan kesedaran kepada orang yang menganiaya itu. Umpamanya: Si Polan itu telah menganiaya saya begini dan begitu.

MOHON BANTUAN MENCEGAH KEMUNGKARAN.
Umpamanya seseorang berkata kepada pihak polis atau bahagian pencegah maksiat: Si Polan itu telah berbuat perkara sumbang, tolong tuan cegah perkara tersebut. Maksud orang itu ialah menjadikan pihak berkuasa sebagai orang tengah untuk mencegah kemungkaran. Tetapi jika tidak dengan maksud itu maka hukumnya adalah haram.

MINTA FATWA.
Umpamanya ia berkata kepada mufti atau orang yang dipercayai boleh memberi fatwa: Ayah saya atau saudara saya atau suami saya telah menganiaya saya, adakah dia boleh berbuat demikian terhadap saya, bagaimana cara supaya saya dapat terhindar dari penganiayaannya. Perkara ini dibolehkan kerana hajat. Tetapi adalah lebih baik sekiranya dengan cara sindiran sudah tercapai tujuannya.

MENGAJAK MUSLIMIN AGAR BERSIKAP BERHATI-HATI.
Umpamanya: Kita menyebut tentang keaiban periwayat hadis seperti si polan pendusta, tidak amanah, kurang kuat ingatannya dan lain-lain. Perkara ini dibolehkan kerana tujuan kita berbuat demikian semata mata ingin menjaga keaslian hadis Rasulullah saw. Sebab tanpa berbuat demikian maka akan terdedahlah hadis Rasul saw dengan pemalsuan. Atau paling kurang supaya orang ramai jangan sampai menyangka hadis hadis tersebut sebagai hadis yang sahih. Apalagi jika orang berkenaan sememangnya orang yang suka memalsukan hadis. Dan menyatakan keaiban orang lain ini juga boleh jika kita diminta pandangan tentang peribadi seseorang yang akan menjadi rakan kongsi perniagaan , atau menitipkan amanah , atau urusan perkahwinan , demikian juga tentang berjiran dan sebagainya.

JIKA MELAKUKAN MAKSIAT DAN BID'AH SECARA TERANG.
Umpamanya: Minum arak secara terang terangan atau seorang guru agama yang mengajar ajaran-ajaran sesat seperti syirik dan bid'ah atau bomoh dan dukun yang menggunakan amalan amalan syirik. Kita diperbolehkan menyebut keburukan atau keaiban orang orang berkenaan supaya muslimin yang lain dapat sentiasa waspada dan tidak terpedaya oleh mereka. Tetapi dalam hal ini kita tidak boleh menceritakan cela mereka yang lain kecuali ada sebab-sebab lain yang membolehkannya sebagaimana tersebut diatas.

SEBAGAI TANDA PENGENALAN.
Andaikata seseorang dikenal dengan gelaran tertentu. Umpamanya: Mamat Pincang, Jali Sumbing, Enon Gendut dan lain-lain maka dibolehkan kita menyebut sifat-sifat tersebut tetapi dengan syarat tidak dengan nada atau tujuan menghina dan merendah rendahkan. Andaikata orang tersebut sudah dapat dikenal tanpa menggunakan gelaran-gelaran diatas maka itu adalah lebih baik.

Selain dari enam situasi di atas, kita dilarang sama sekali dari mengumpat walau apa yang dikata itu ada kebenarannya. Dalam hal ini, Rasulullah SAW bersabda, “Jangan mengumpat sebahagian kamu akan sebahagian yang lain. Adakah sebahagian kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Sudah tentu kamu benci.” Jika kita lihat sirah nabi, Rasulullah SAW telah menggelar seorang Quraisy yang begitu kuat menentang Islam sebagai Abu Jahal yang bermaksud bapa kepada orang-orang jahil kerana keengganannya menerima kebenaran Islam. sedangkan namanya sebenarnya adalah Abu Hakam.

Sentuh pula hal yang berkaitan dengan pilihanraya. Jika tidak mengumpat bagaimana kita mahu memberitahu rakyat agar tidak memilih pemimpin yang zalim atau rosak akhlaknya sedangkan orang yang akan dipilih itulah yang akan memimpin kita dan negara untuk jangka masa lima tahun. Jadi ianya tidak boleh diambil mudah. Dalam isu Chua Soi Lek misalnya, kalau tidak didedahkan keburukan bekas menteri MCA ini mungkin sekarang ini dia menjadi calon BN dan andaikata menang jawabnya kita dipimpin oleh pengamal seks bebas.

Begitu juga dengan penguguran beberapa pemimpin Umno daripada menjadi calon oleh BN Selangor, mungkin jika tidak didedahkan tentang keburukan akhlak mereka maka jika mereka menang rakyat negeri Selangor akan dipimpin oleh mereka yang telah rosak akhlaknya. Ini menunjukkan betapa perlunya kita mengumpat atau mengatakan keburukan orang-orang yang berkenaan kepada rakyat bagi mengelakkan rakyat teraniaya. Oleh itu sekarang ini rakyat perlu diberitahu tentang kezaliman-kezaliman yang BN lakukan agar mereka tidak lagi membuat kesilapan pada hari pembuangan undi 8 Mac ini.

posted by Lidah Penghunus @ 2:40 PM   0 comments

Wednesday, February 27, 2008

Perbandingan harga, BN cuba tipu rakyat.

Assalamualaikum.
Maklumat ini telah dikirimkan oleh seorang sahabat melalui dan sekarang ini saya paparkan di sini untuk renungan kita bersama.



Nak bandingkan Harga?!!!!
Nak menipu kami?!!!
Ok, fine…
Ini pula dari kami,

posted by Lidah Penghunus @ 9:54 PM   1 comments

Ada baiknya juga Khairy masuk Parlimen.

Assalamualaikum.

Cerita sedikit pasal anak menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin yang bertanding di Parlimen Rembau ini, memang seboleh-bolehnya kita pembangkang tidak mahu Naib Ketua Pemuda Umno ini menang sebagai wakil rakyat di Parlimen Rembau kerana pelbagai kerosakan akan dilakukannya yang bertindak sebagai menantu Perdana Menteri di Dewan Rakyat.

Namun begitu bagi saya ada juga baiknya jika di Khairy ini masuk Dewan Rakyat. Selama ini beliau berani berkata apa sahaja yang beliau suka di media-media yang di kawal oleh Barisan Nasional, bebas menghentam pembangkang tanpa rasa takut. Maka kita mahu lihat pula bagaimana Khairy nanti berhadapan dan berbahas dengan wakil-wakil kita daripada Pas, PKR dan DAP di Dewan Rakyat apabila mereka menang dalam pilihanraya ke-12 ini, insya-Allah.

posted by Lidah Penghunus @ 9:42 PM   1 comments

Tuesday, February 26, 2008

Manifesto BN hanya sekadar slogan.

Assalamualaikum.

Semalam Barisan Nasional telah melancarkan manifestonya bagi menghadapi pilihanraya umum ke-12. Hari ini manifesto bekas parti pemerintah ini telah mendapat liputan yang luas oleh media-media yang bertindak sebagai haiwan politik mereka. Pelbagai pujian telah diberikan terhadap manifesto berkenaan, tidak ada pun kritikan yang disiarkan oleh media terhadap manifesto berkenaan.

Ini berbeza dengan manifesto pembangkang yang terus mendapat kritikan dalam media-media yang dikawal oleh mereka. Pelbagai tohmahan yang dilemparkan seolah-olah pembangkang tidak mampu untuk melaksanakannya dan tiada ruang di pihak pembangkang untuk memberikan penjelasan secara terperinci berkenaan manfesto atau tawaran yang dikemukakan mereka.

Jika mereka mengatakan bahawa manifesto pembangkang khususnya Pas dan PKR sebagai janji kosong yang tidak mampu dilaksanakan, kita pula suka hendak mengatakan bahawa manifesto yang dikemukakan oleh BN itu sebagai slogan semata-mata. Saya mengatakan sebegini kerana ada antara kandungan manifesto itu pernah dilaungkan oleh Pak Lah sebaik sahaja mengambil alih tugas Perdana Menteri namun hingga kini gagal untuk dilaksanakan.

Yang dimaksudkan ialah berkenaan usaha memerangi rasuah. Indeks rasuah di negara kita semakin meningkat selepas Pak Lah melaungkan usaha untuk memerangi rasuah. Sedangkan ianya dilaungkan semasa Pak Lah dan Barisan Nasional dalam mandat memerintah negara. Namun kini ianya dijadikan manifesto pula dalam usaha parti itu mendapatkan kembali mandat daripada rakyat. Jadi adakah kita percaya bahawa Pak Lah dan Barisan Nasional mampu untuk melaksanakan manifestonya ini?

Dan banyak lagi kandungan manifesto BN ini yang kita percaya akan hanya tinggal slogan seperti mengurangkan indeks jenayah negara, menangani kesan kenaikan harga barang, menangani isu pendatang asing tanpa izin dan sebagainya. Cumanya di sini saya lebih suka menyebutkan tentang usaha membenteras rasuah kerana rasuahlah menjadi punca kepada kegagalan usaha-usaha yang disebutkan di atas tadi.

posted by Lidah Penghunus @ 5:59 PM   1 comments

Monday, February 25, 2008

Baru menang tanpa bertanding 9 kerusi sudah kata bakal peroleh mandat memerintah.

Assalamualaikum.

BN menang 9 kerusi -- Tanda bakal peroleh mandat memerintah negara – PM.
KUALA LUMPUR 24 Feb. – Barisan Nasional (BN) menang tanpa bertanding di sembilan kerusi pada hari penamaan calon hari ini, memberikan petanda awal ia akan mencatat kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum Ke-12.
Permulaan cemerlang BN itu dicatatkan di tujuh kerusi Parlimen dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ketika pakatan pembangkang cuba memberikan cabaran sengit di 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi DUN yang dipertandingkan.
Kemenangan tanpa bertanding itu kini menguatkan lagi keyakinan jentera BN untuk bekerja keras menguasai baki 215 kerusi Parlimen dan 502 kerusi DUN.
Hari ini Pas juga menang tanpa bertanding di kerusi DUN Kijang di Kelantan selepas calon BN dibatalkan pencalonannya kerana masalah teknikal. Utusan Malaysia - 25 Febuari 2008.


Bagi saya Pak Lah sebenarnya bermimpi di siang hari apabila mengatakan akan memerintah negara dengan hanya menang tanpa bertanding sebanyak 9 kerusi. Sebenarnya kejayaan menang tanpa bertanding bagi BN adalah perkara biasa untuk kerusi-kerusi di Sabah dan Serawak. Jika kita singkap kembali pilihanraya umum ke-11 tahun 2004, Barisan Nasional mencatatkan kemenangan tanpa bertanding sebanyak 14 kerusi. Namun pada pilihanraya kali ini angka itu merosot kepada 9 kerusi.

Jadi kata saya pula, ianya adalah petanda awal kepada tumbangnya Barisan Nasional pada pilihanraya kali ke 12 ini atau sekurang-kurangnya mereka akan hilang majoriti 2/3. Dalam erti kata yang lain rakyat tidak akan memberikan laluan yang mudah kepada BN untuk membolot semua kerusi Parlimen dan Dun meskipun di Sabah dan Serawak sana. Mereka akan terus memberikan saingan yang sengit hingga parti yang menindas rakyat ini tumbang pada pilihanraya umum ke-12 ini. Insya-Allah.

posted by Lidah Penghunus @ 6:14 PM   1 comments

Saturday, February 23, 2008

Tun restu Mukhriz tetapi tetap tidak sokong BN.

Assalamualaikum.

Laporan BERNAMA di bawah ini mengesahkan lagi bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir tidak menyokong Barisan Nasional pada pilihanraya umum kali. Beliau hanya merestui anak lelakinya iaitu Mukhriz untuk bertanding di Parlimen Jerlun itu pun dengan syarat agar memperolehi kemenangan dengan hasil usaha sendiri;

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata anaknya, Datuk Mukhriz mendapat restu beliau untuk bertanding pada pilihan raya 8 Mac ini, namun mengingatkan bahawa beliau (Mukhriz) perlu memenangi kerusi Parlimen Jerlun menerusi hasil usaha sendiri.
Beliau yang menasihatkan anaknya untuk sentiasa bekerja keras dan serius sebagai calon, turut berkata bahawa beliau tidak akan membantu berkempen untuk Mukhriz."
Tidak, saya tidak akan berkempen. Saya cuma berikan restu saya untuk dia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan satu seminar berhubung remaja di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di sini.
Ditanya kenapa beliau tidak akan berkempen untuk anaknya, Dr Mahathir berkata: "Itu pilihan saya".
"Saya tidak tahu. Terpulang kepada rakyat yang akan mengundi untuk menentukannya. Saya tidak boleh dengan mudah mengatakan yang anak saya seorang yang berkuasa, kuat, bijak dan macam-macam lagi," kata Dr Mahathir.
Ditanya mengenai pemilihan begitu ramai anak bekas pemimpin menjadi calon pada pilihan raya umum 8 Mac ini, bekas Perdana Menteri itu berkata senario itu tidak begitu sihat untuk budaya politik negara.
Dipetik daripada laman web http://www.bernama.com - 23 Febuari 2008.

Bagi saya kemenangan hasil usaha sendiri yang dimaksudkan oleh Tun itu ialah tidak mempergunakan sepenuhnya media massa untuk berkempen, tidak mengamalkan rasuah politik dan tidak bergantung sepenuhnya kepada pengaruh bapa ataupun bapa mertua seperti yang diamalkan oleh Khairy Jamaluddin.

posted by Lidah Penghunus @ 6:25 PM   0 comments

Pas tidak pernah isytihar untuk tidak laksanakan negara Islam.

Assalamualaikum.

'Pas terpesong perjuangan asal'
JITRA: Pas sudah terpesong daripada perjuangan asalnya untuk membentuk negara Islam kerana tidak lagi dinyatakan secara jelas dalam manifesto parti itu untuk pilihan raya kali ini, kata Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata, ini kali pertama Pas tidak mengetengahkan prinsip perjuangan negara Islam walaupun parti itu mendakwa ia bersandarkan kepada konsep negara Islam.
Katanya, Pas yang bekerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, terpaksa mengorbankan prinsip perjuangan negara Islam sehingga mengecewakan ahlinya.
"Ini kali pertama Pas tidak memperjuangkan negara Islam dan kali ini saya tertanya-tanya... dan mereka bawa pula konsep negara kebajikan sedangkan negara kebajikan adalah konsep dibawa Barisan Nasional (BN)," Berita Harian - 23 Febuari 2008.


Tetapi Pas tidak pula mengatakan akan membuang perjuangan untuk membentuk negara Islam dalam manifestonya. Seperti yang saya kata dahulu bahawa perjuangan membentuk sebuah negara Islam telah tersemat dalam perlembagaan parti itu dan lebih jauh tersemat dalam hati-hati ahlinya. Dan setelah beberapa lama melaungkan matlamat perjuangan negara Islam maka ianya sudah tentulah juga sedia tersemat dalam hati rakyat negara ini.

Maka tidak perlu lagilah Pas menyebut tentang negara Islam dalam manifesto kali ini kerana negara berkebajikan itu sendiri adalah antara konsep yang terkandung dalam perlaksanaan negara Islam selain daripada penguatkuasaan undang-undang yang diturunkan oleh Allah.

posted by Lidah Penghunus @ 6:10 PM   0 comments

Pembohongan Zainuddin Maidin.

Assalamualaikum.

Baru-baru ini Pas telah menghantar memorandum kepada RTM sebagai membantah siaran-siaran stesyen berkenaan yang tidak adil kepada pembangkang. Antara yang dibantah ialah penyiaran klip video himpunan BERSIH yang mereka kaitkan dengan keganasan. Dalam berita tv1 semalam sebagai mengulas memorandum berkenaan, menteri yang bertanggungjawab Zainuddin Maidin seolah-olah mendakwa bahawa penyiaran berkenaan sebagai mempromosikan Pas yang menyertai himpunan BERSIH dan beliau berkata Pas tidak harus marah dengan tindakan RTM ini.

Nampaknya kenyataan Menteri Penerangan ini benar-benar hendak memperbodohkan rakyat. Di sini kita tidak marah jika mereka hanya siarkan sedutan daripada himpunan BERSIH itu kerana dalam himpunan berkenaan tidak nampak pun bahawa peserta himpunan BERSIH bertindak ganas. Tetapi yang kita tidak setuju dengan klip yang disiarkan saban waktu ialah mereka mengaitkannya dengan keganasan. Seolah-olah melalui himpunan itu Pas melakukan rusuhan.

Jika benar Zam kata bahawa penyiaran itu untuk memberi liputan kepada Pas dan BERSIH, sepatutnya dinyatakan sekali dalam klip berkenaan bahawa himpunan BESIH itu diadakan kerana sistem pilihanraya di negara ini yang tidak adil untuk parti-parti pembangkang seperti Pas. Tetapi yang jelas tujuan klip berkenaan hanya untuk mengaitkan Pas dengan keganasan.

Jika tuan-tuan baca pula laman web BERNAMA hari ini, Zainuddin Maidin sekali lagi berbohong apabila menafikan bahawa media berat sebelah;

Zainuddin Sangkal Media Berat Sebelah.
ALOR STAR, 23 Feb (Bernama) -- Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin menyangkal dakwaan parti pembangkang bahawa media membuat laporan yang berat sebelah sedangkan mereka juga menggunakan media sebagai saluran untuk mempromosikan diri masing-masing.

Katanya senario itu menunjukkan keyakinan mereka terhadap media tetap wujud walaupun pada masa sama mendakwa media tidak memberi peluang dan keadilan yang saksama kepada mereka."
Apa yang boleh kita agak, selepas pembangkang kalah mereka akan kata pilihan raya berjalan tanpa amalan demokrasi yang sewajarnya dan tidak adil.
Dipetik daripada laman web http://www.bernama.com - 23 Febuari 2008.

Sedangkan kita pun tahu berapa banyak ruang yang diberikan kepada parti pemerintah untuk berkempen berbanding dengan parti pembangkang. Jika Zam kata pembangkang menggunakan media sebagai saluran untuk mempromosikan diri, Barisan Nasional pula setiap hari menggunakan media yang ditunggangi oleh mereka untuk menyerang pembangkang.

posted by Lidah Penghunus @ 5:59 PM   0 comments

Friday, February 22, 2008

Tun Dr Mahathir tak sokong BN?

Assalamualaikum.

Nampaknya bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dilihat tidak memberikan sokongan kepada calon Barisan Nasional bawah pentadbiran Pak Lah pada pilihanraya umum kali ini. Kalau tidak masakan anaknya sendiri Datuk Mukhriz bakal calon Parlimen Jerlun di dalam akhbar merayu kepada bapanya iaitu Tun agar menyokong kesemua calon BN termasuk dirinya sendiri;

Exco Pergerakan Pemuda, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir yang dipilih bertanding di kawasan Parlimen Jerlun mengharapkan sokongan dan restu daripada bapanya untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum kali ini.
Menurutnya, sokongan Tun Dr. Mahathir Mohamad amat diperlukan untuk memastikan semua calon termasuk beliau dapat mencatatkan kemenangan besar bagi meneruskan perjuangan kerajaan BN.
“Yang saya harapkan daripada beliau adalah doa. Bukan saja untuk saya, tetapi untuk kejayaan semua calon BN pada Pilihan Raya Umum Ke-12 ini,”

Ketika ditanya adakah Dr. Mahathir akan turut membantunya berkempen di Jerlun kali ini, Mukhriz berkata; “Tak tau lagi, terpulang kepada beliau’'. Utusan Malaysia - 22 Febuari 2008.

Sebelum ini juga Tun pernah mengeluarkan kenyataan yang dilihat memberikan isyarat kepada rakyat agar menolak Barisan Nasional pada pilihanraya kali ini.

posted by Lidah Penghunus @ 6:02 PM   0 comments

Thursday, February 21, 2008

Di bawah BN Indeks Harga Pengguna terus meningkat.

Assalamualaikum.

IHP Januari naik 2.3 peratus.
KUALA LUMPUR 20 Feb. - Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi Januari meningkat 2.3 peratus kepada 107.5 daripada 105.1 sebelumnya.
Peningkatan itu disebabkan peningkatan dalam indeks semua kumpulan utama kecuali kumpulan pakaian dan kasut dan komunikasi yang masing-masing merosot 1.4 peratus dan 0.8 peratus, demikian menurut Jabatan Perangkaan dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Peningkatan yang ketara dicatatkan dalam makanan dan minuman bukan alkohol (3.9 peratus), perumahan, air, kuasa elektrik, gas dan bahan bakar lain (1.2 peratus) dan pengangkutan (1.0 peratus).
Berbanding pada Disember tahun lepas, IHP meningkat 0.4 peratus berikutan peningkatan dalam semua kumpulan utama kecuali komunikasi yang turun 0.1 peratus.
Antara peningkatan itu ialah pendidikan (satu peratus), restoran dan hotel (0.9 peratus); barangan dan perkhidmatan pelbagai (0.9 peratus); makanan dan minuman bukan alkohol (0.6 peratus); pakaian dan kasut (0.4 peratus); kesihatan (0.4 peratus) dan pengangkutan (0.4 peratus). Utusan Malaysia - 21 Febuari 2008.


Inilah padahnya jika rakyat Malaysia terus memilih Barisan Nasional sebagai pemerintah. Kita percaya sebaik sahaja dipilih sekali lagi untuk memerintah dalam pilihanraya umum ke-12 ini mereka akan menaikkan lagi harga minyak, akibatnya harga barangan keperluan akan terus melambung, Indeks Harga Pengguna terus naik dan rakyat juga yang akan terus menderita. Jadi untuk memastikan Indeks Harga Pengguna ini tidak terus naik maka pergunakanlah peluang pada pilihanraya umum ke-12 ini untuk memilih parti yang ingin melaksanakan negara berkebajikan.

posted by Lidah Penghunus @ 6:39 PM   0 comments

Demonstrasi yang dimomokkan oleh Barisan Nasional.

Assalamualaikum.

"Demonstrasi jalanan adalah sesuatu yang berbahaya dan sepatutnya ditolak oleh penduduk negara ini" - Ketua Pemuda MIC, S. A. Vigneswaran, Utusan Malaysia - 21 Febuari 2008.

‘‘Di negara-negara lain yang rakyatnya tidak mengikut peraturan dan sering mengadakan demonstrasi, negara mereka menjadi kacau-bilau,’’ - Naib Presiden MCA, Datuk Donald Lim Siang Chai, Utusan Malaysia - 21 Febuari 2008.

"Saya hairan kenapa Pas yang sering mengakui berlandaskan Islam boleh membenarkan cara sebegitu," - Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, 21 Febuari 2008.

Sementara itu, Ketua Puteri UMNO, Datuk Noraini Ahmad berkata, beliau tidak setuju langsung dengan kenyataan Abdul Hadi mengenai demonstrasi jalanan kerana ia lebih kepada menggalakkan keganasan, kekasaran dan kekecohan. Utusan Malaysia - 21 Febuari 2008.

Mereka sering mengaitkan demonstrasi dengan sesuatu yang buruk seperti kekecohan, ketakutan dan kesesakan lalu lintas sedangkan semua itu adalah angkara mereka sendiri. Cara pasukan polis menyuraikan penunjuk perasaan dengan kasar hingga menimbulkan kekecohan dan menimbulkan ketakutan kepada orang ramai. Sedangkan jika sesuatu demonstrasi itu dibenarkan ianya akan dapat dijalankan dengan lancar.

Begitu juga dengan kesesakan lalu lintas. Apabila pembangkang atau pihak-pihak yang tertentu merancang untuk mengadakan demonstrasi maka sekatan-sekatan jalanraya akan dibuat dengan banyaknya. Akibatnya jalan menjadi amat sesak dan telah menimbulkan masalah kepada rakyat. Sedangkan ianya tidak berlalu jika pihak kerajaan tidak berbuat begitu.

Andaikata Pas memerintah demonstrasi akan dibenarkan dengan syarat ianya dilakukan secara aman. Sepasukan anggota polis tetap dihantar tetapi dalam bilangan yang perlu sahaja sebagai langkah berjaga-jaga dan mereka akan bertindak jika ada peserta demonstrasi yang menimbulkan kekacauan. Pada masa itu sudah tentulah tidak akan ada sekatan-sekatan jalanraya yang bertujuan untuk menghalang rakyat daripada berhimpun.

Dengan langkah demokratik inilah sebenarnya yang akan menyuburkan lagi demokrasi di negara ini kerana rakyat dibenarkan untuk menyuarakan pendapat mereka dengan aman dan rakyat yang lain tidak perlu takut dengan ancaman keselamatan jika sesuatu demontrasi itu dianjurkan.

posted by Lidah Penghunus @ 5:57 PM   0 comments

Wednesday, February 20, 2008

NC UiTM akan jadi calon BN?

Assalamualaikum.

Naib Canselor UiTM sedia jadi calon BN di Melaka.
SHAH ALAM: Prof Datuk Seri Dr Ibrahim Abu Shah bersedia melepaskan jawatan sebagai Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) jika disenaraikan sebagai calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-12, 8 Mac ini.
Namun, beliau menjelaskan setakat ini tidak menerima sebarang pengesahan rasmi mengenai penyenaraian namanya sebagai calon Barisan Nasional (BN), walaupun khabar angin mengenainya heboh diperkatakan ketika ini.
“Saya tahu mengenai khabar angin mengatakan saya tersenarai sebagai calon BN, tetapi tidak terkejut mendengarnya kerana seperti sudah menjadi lumrah setiap kali pilihan raya, nama saya pasti dikaitkan sebagai calon, namun akhirnya ia kekal sekadar khabar angin, gempak saja sebenarnya.
“Bagaimanapun, andainya benar-benar tercalon, saya akan akur demi perjuangan bangsa dan negara. Mana-mana saja jika kerajaan perlukan, saya akan ikut.

“Jika benar-benar tenaga saya diperlukan di arena politik saya akan melepaskan jawatan akademik ketika ini dan menyertai dunia politik, jika tidak, saya akan kekal sebagai Naib Canselor,” katanya ketika ditemui di UiTM, semalam. Berita Harian - 20 Febuari 2008.

Bagi saya andaikata Prof Datuk Seri Dr Ibrahim Abu Shah ini tidak tersenarai untuk menjadi calon Barisan Nasional pun beliau harus meletakkan jawatannya sebagai Naib Canselor UiTM dan menceburi bidang politik. Ini baru khabar angin namun Naib Canselor ini sudah menyatakan kesediaannya untuk meletakkan jawatan. Ini jelas menunjukkan kecenderungan beliau sebagai ahli akademik kepada parti politik pemerintah yang sedia bila-bila masa untuk menjadi calon kepada parti berkenaan untuk menentang parti pembangkang.

Selama ini pun Naib Canselor ini sudah menampakkan kecenderungan politiknya kepada parti pemerintah apabila UiTM di bawah pentadbirannya paling kuat menekan aktivisme mahasiswa dan menjadi tempat untuk kempen parti pemerintah. Mahasiswa khususnya mahasiswa UiTM tidak memerlukan haiwan politik di kalangan ahli akademik seperti Dr Ibrahim Shah ini yang sanggup merendahkan kecendikiaannya untuk diperalatkan oleh parti pemerintah.

Satu lagi beliau perlu perbetulkan kenyataannya yang mengatakan bahawa beliau bertanding pilihanraya adalah menurut arahan kerajaan. Sekarang ini parlimen sudah bubar dan yang ada hanya kerajaan sementara maka penyertaan beliau dalam pilihanraya adalah atas arahan parti politik, bukan kerajaan. Tidak ada istilah perintah am dalam mengarahkan penjawat awam meletakkan jawatan untuk bertanding pilihanraya.

posted by Lidah Penghunus @ 6:35 PM   2 comments

Tuesday, February 19, 2008

Demonstrasi aman dibenarkan jika Pas menang.

Assalamualaikum.

Demonstrasi jalanan dibenarkan jika pembangkang menang.
KANGAR 18 Feb. – Barisan pembangkang akan melaksanakan sistem demokrasi lebih telus termasuk membenarkan demonstrasi jalanan jika berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-12.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ini kerana demokrasi yang diamalkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sekarang tidak seperti yang diamalkan di Amerika Syarikat (AS).
Beliau berkata, AS membenarkan rakyatnya melakukan tunjuk perasaan walaupun di hadapan bangunan White House tetapi perkara yang sama tidak dibenarkan di negara ini.
‘‘Jadi apa salahnya buat demonstrasi? Biarlah mereka buat, bukannya mereka bakar kereta. Kalau bakar, ambillah tindakan.
‘‘Dengar dahulu apa mereka nak cakap, kalau salah, kerajaan jawablah. Ini tidak, baru nak mula buat bantahan dah kena.
‘‘Itu bukan demokrasi namanya,” katanya ketika berucap di hadapan penyokong parti itu sempena lawatan kerja beliau ke Perlis di sini malam tadi. Utusan Malaysia - 19 Febuari 2008.


Adalah baik jika Umno dan Barisan Nasional yang sebelum ini menjadi parti pemerintah menyambut baik hasrat Pas ini yang membenarkan demonstrasi aman jika diberi peluang memerintah kelak. Ini kerana apabila Pas bersama-sama pakatan pembangkang yang lain menjadi kerajaan, pada masa itu sudah tentulah Umno dan Barisan Nasional pula yang akan menjadi pembangkang. Maka demonstrasi aman ini adalah keistimewaan diberikan kepada mereka sebagai pembangkang untuk menyuarakan satu-satu isu.

posted by Lidah Penghunus @ 6:40 PM   0 comments

Umno salah guna hak orang awam.

Assalamualaikum.

Jika tuan-tuan tonton berita tv dua hari yang lepas setiausaha agung Umno Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad menasihatkan ahli-ahli Umno agar tidak mengunakan kepentingan kerajaan dan orang awam dalam berkempen pilihanraya. Salah satu yang disebut oleh setiausaha agung Umno ini adalah berkenaan dengan dewan orang ramai. Namun begitu yang menghairankan berita ini tidak pula disiarkan dalam versi akhbar keesokan harinya.

KANGAR, 17 Feb (Bernama) -- Semua parti komponen Barisan Nasional (BN) dinasihati tidak menggunakan kemudahan kerajaan termasuk bangunan awam dan khemah sepanjang kempen pilihan raya umum ini.
Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad berkata, jika terpaksa menggunakannya, parti terbabit perlu mengemukakan permohonan untuk menyewanya dan jika dibenarkan untuk sewaan, ia boleh digunakan. Menurutnya, BN perlu berhati-hati bagi mengelakkan pelbagai masalah yang akan berbangkit akibat penggunaan harta kerajaan.
Sebagai contoh, beliau berkata status harta kerajaan tetap kekal pada khemah milik kerajaan yang digunakan oleh parti meskipun lambang kerajaan telah dibuang.
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis taklimat pilihan raya parlimen Kangar di Seriab dekat sini hari ini, beliau berkata, setakat ini belum ada laporan mengenai penggunaan kemudahan atau harta kerajaan oleh parti komponen BN.
Dipetik daripada laman web http://www.bernama.com.my - 17 Febuari 2008.

Apapun kita sudah maklum bahawa memang sudah menjadi perangai Umno untuk menggunakan apa sahaja kemudahan yang ada di genggaman mereka demi kepentingan politik mereka. Maka amat mustahil untuk ahli-ahli Umno ini menurut arahan setiausaha agung mereka itu agar tidak menyalahgunakan harta untuk berkempen. Salah satu contoh yang dapat saya berikan ialah berkenaan penyalahgunaan dewan orang ramai oleh Umno di bawah ini;



Dipetik daripada laman web http://dppkkj.blogspot.com - 21 Mei 2007.

Ini adalah salahsatu contoh penyalahgunaan harta kerajaan yang dilakukan oleh Umno dan sebenarnya banyak lagi penyalahgunaan harta kerajaan yang dilakukan oleh Umno termasuk oleh pemimpin tertinggi mereka sendiri.

posted by Lidah Penghunus @ 5:54 PM   0 comments

Sunday, February 17, 2008

Inilah Umno dan Barisan Nasional.

Assalamualaikum.

Tanpa mahu berlengah masa lagi tuan-tuan baca sahajalah laporan sebuah akhbar tabloid di bawah ini;



KUALA LUMPUR: Pilihan raya sudah dekat, bomoh pula yang tercungap-cungap. Itulah ungkapan paling sesuai bagi menggambarkan senario kehangatan Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) apabila ada bakal calon secara senyap-senyap menggunakan khidmat bomoh bagi menjamin kemenangan mereka pada hari pengundian, 8 Mac depan.
Kisah yang sering dijadikan bahan sembang kedai kopi dan ‘cakap-cakap’ belakang itu terbukti benar apabila beberapa bomoh orang politik mengakui kini sibuk menerima tempahan khidmat bakal calon terbabit mengikut amalan mereka.
Seorang bomoh yang mahu dikenali sebagai Azli, 45, berkata dia kini memberi tumpuan membantu beberapa bakal calon yang menemuinya enam bulan sebelum Parlimen dibubarkan 13 Februari lalu.
Katanya, bakal calon terbabit memang mengenalinya dan yakin dicalonkan.
“Apabila diberitahu awal, saya dapat membuat persediaan daripada segi penyediaan barangan dan menetapkan masa yang diperlukan.
“Orang politik memang bermasalah dengan masa, lebih-lebih lagi ketika musim pilihan raya. Sebab itu mereka jumpa saya awal supaya dapat membuat perancangan,” katanya.

Menurut Azli, bakal calon yang menemuinya mahu dia melakukan apa saja asalkan menang dalam pilihan raya, dan sebagai persediaan jika ada pihak yang dengki dan berbuat sesuatu secara halus menggunakan ilmu hitam.
“Berdasarkan amalan yang saya gunakan, saya membantu bakal calon terbabit menyediakan pelaris, penyeri wajah dan pendinding,”
“Jika sebelum musim pilihan raya saya hanya ada seorang pembantu, kini saya terpaksa menggunakan lima pembantu,” katanya.Menurut Azli, dia tidak meletakkan harga untuk khidmat yang diberi kerana biasanya bakal calon menetapkannya.
“Bakal calon yang menggunakan khidmat saya tidak kedekut dan sentiasa mengotakan janji. Mereka memberi sejumlah wang yang berpatutan.
“Jika mereka kata akan memberi imbuhan selepas menang, mereka akan beri,” katanya yang mengakui pernah diberi tanah oleh calon yang berjaya memenangi pilihan raya lalu.
Seorang lagi bomoh yang mahu dikenali sebagai Halim, 40, berkata dia juga seperti Azli, iaitu sibuk secara mendadak apabila tiba musim pilihan raya.
“Ketika ini tiada bakal calon menemui saya, sebaliknya mereka hantar wakil. Wakil terbabit biasanya meminta pendinding dan penyeri untuk bos mereka yang yakin dicalonkan. Adalah mereka beritahu siapa bakal calon itu, tetapi saya tidak kisah kerana yang lebih penting saya memperoleh keuntungan,” katanya.
Halim berkata, jika sebelum ini dia seorang diri, musim pilihan raya kali ini dia ada dua pembantu.“Seorang membantu menyediakan barangan seperti tangkal dan minyak untuk dibuat pendinding serta penyeri muka dan penaik karisma, manakala seorang lagi mencari pelanggan dengan menemui wakil bakal calon yang memerlukan khidmat bomoh,” katanya.
Sementara itu, Naib Pengerusi Persatuan Pengamal Perubatan Tradisional dan Peniaga Ubat-ubatan Tradisional Malaysia, Mohd Salim Santhiman, berkata senario bakal calon menggunakan khidmat bomoh bukan baru.
“Tidak dinafikan bomoh kerap menjadi sasaran bakal calon ketika tiba musim pilihan raya. Selain sebagai usaha menjamin kemenangan, ia juga usaha menjaga keselamatan.
“Siapa sangka ada pihak yang dengki dan cuba mensabotaj menggunakan ilmu hitam," Harian Metro - 17 Febuari 2008.

posted by Lidah Penghunus @ 3:40 PM   1 comments

Kuasa politik penting untuk lindungi Islam.

Assalamualaikum.

KUALA LUMPUR 16 Feb. - Kuasa politik merupakan perkara yang paling penting dan amat diperlukan bagi menjamin kesucian Islam daripada dicemari oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Profesor Dr. Abu Lubabah Tahir Saleh Husin dari Universiti Emiriah Arab Bersatu (UAE) sehubungan itu berkata, umat Islam wajib mempertahankan kuasa politik yang ada pada mereka daripada jatuh ke pihak lain.
''Tanpa kuasa politik, Islam dengan mudah dipermainkan oleh pihak-pihak yang selama ini bercita-cita untuk menghancurkannya. Seluruh umat Islam harus sedar mengenainya dan oleh itu ia wajib dipertahankan dengan apa cara sekalipun,"

Abu Lubabah berkata, kuasa politik yang dimaksudkan ialah kuasa pemerintahan dan ia diperolehi dalam pelbagai bentuk termasuk melalui kaedah demokrasi.
Beliau turut meminta semua umat Islam supaya menghindarkan diri daripada terjebak ke dalam pemikiran sekularisme kerana sifatnya boleh merosakkan.
''Sekularisme bermaksud memisahkan agama dan politik. Di dalam Islam tidak ada pemisahan antara keduanya kerana Islam adalah ad-din yang meliputi semua perkara. Barat sebenarnya sengaja mencetus idea ini bagi tujuan untuk merosakkan pemikiran umat Islam.
''Sebagai umat Islam, idea (sekularisme) seperti ini harus ditolak kerana ia langsung tidak menepati ketetapan ajaran Islam itu sendiri," ujarnya.
Beliau turut menarik perhatian hadirin tentang pentingnya dunia Islam tidak bergantung kepada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Utusan Malaysia - 17 Febuari 2008.


Bertepatan dengan pilihanraya umum ke-12 ketika ini suka untuk saya beritahu jika umat Islam di negara ini tidak memberikan kuasa politik atau sekurang-kurangnya lebih suara dalam parlimen kepada parti yang memperjuangkan Islam maka inilah yang berlaku sekarang ini. Undang-undang dan institusi Islam dengan berani dicabar oleh kumpulan-kumpulan tertentu yang memusuhi Islam, gejala murtad semakin menjadi-jadi dan keruntuhan akhlak anak muda Islam di tahap yang membimbangkan.

Ini terjadi kerana Umno yang mempunyai kuasa politik tidak mampu untuk mempertahankan kesucian Islam. Mereka hanya mampu untuk membina masjid yang indah-indah tetapi tidak mampu untuk melaksanakan Islam secara menyeluruh dalam pemerintahan. Dalam masa yang sama rakyat dibiarkan terus hanyut dengan budaya mungkar yang dilesenkan oleh mereka sendiri.

Anak perempuan Perdana Menteri sendiri pendokong kepada Sister In Islam (SIS) yang sering mencabar hukum syariah malahan menteri kebinet dalam Umno sendiri memberikan sokongan kepada tindakan SIS yang mencabar kesucian Islam itu. Jika orang Islam sendiri berani untuk mencabar hukum Islam maka tidak hairanlah jika orang bukan Islam juga berani untuk mencabar hukum Islam.

Jadi sempena pilihanraya umum ke-12 ini yang mana rakyat khususnya umat Islam diberi peluang untuk memilih pemimpin maka pilihlah mereka yang benar-benar ingin melaksanakan Islam secara menyeluruh, bukan separuh-separuh seperti yang diamalkan oleh Umno.

posted by Lidah Penghunus @ 2:56 PM   0 comments

Friday, February 15, 2008

Pemimpin dahulu rujuk ulama' untuk pilih tarikh kemerdekaan, pemimpin sekarang rujuk Feng Shui untuk pilih tarikh pilihanraya.

Assalamualaikum.

Pada awal tahun ini, ada juga pihak yang meneka pilihan raya umum akan diadakan pada bulan Februari selain mengaitkan dengan angka 13 Februari sebagai tarikh pilihan raya umum.
Angka 13 merupakan angka yang amat disukai Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Berdasarkan feng shui masyarakat Cina pula, angka 13 membawa maksud yang baik iaitu ‘pasti hidup’. Bagaimanapun, ramalan hari pengundian pada 13 Februari juga tidak menjadi.
Akhirnya, teka-teki mengenai tarikh pilihan raya umum ke-12 terjawab. Perdana Menteri membubarkan Parlimen pada 13 Februari manakala hari ini Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman mengumumkan pilihan raya umum akan diadakan pada 8 Mac.
Pengumuman tarikh pengundian pada 8 Mac itu secara tidak langsung menepati ramalan Utusan Malaysia yang pernah menjangkakan pilihan raya akan diadakan seawal 8 Mac atau selewat-lewatnya 15 Mac ini.

Jika Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi begitu sinonim dengan angka 13, lain pula dengan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo (gambar) yang menyatakan nombor 8 amat dekat dengan dirinya dan negeri ini.
Mohamad Khir berkata, angka yang amat digemari oleh kaum Cina itu dianggap memberikan tuah kepadanya kerana mempunyai banyak kaitan antaranya, 2008 adalah tahun kelapan beliau menjadi Menteri Besar.

''Ini sudah banyak kali lapan dan kita yakin ini memberikan petanda bahawa Barisan Nasional (BN) di Selangor akan mencapai kemenangan pada kali ini," Utusan Malaysia - 15 Febuari 2008.

Jika kita singkap kembali catatan sejarah kemerdekaan negara, pemimpin era kemerdekaan negara kita yang terdahulu telah merujuk kepada Datuk kepada Perdana Menteri yang sekarang, seorang ulama' yang dihormati untuk memilih tarikh penting dan bersejarah iaitu pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu.

Namun hari ini kita sedih apabila cucu kepada Allahyarham Haji Abdullah Fahim sendiri iaitu Abdullah Ahmad Badawi merujuk kepada kepercayaan Feng Shui dalam menentukan tarikh pembubaran parlimen.

posted by Lidah Penghunus @ 6:00 PM   3 comments

Thursday, February 14, 2008

Pas masih dengan dengan dasar Islamnya.

Assalamualaikum.

Apabila timbul konsep negara berkebajikan yang dilaungkan oleh Pas untuk pilihanraya umum ke-12 ini, mungkin orang akan menganggap bahawa Pas sudah tidak lagi memperjuangkan negara Islam yang melaksanakan undang-undang Islam khususnya hukum hudud. Meraka mungkin melihat perjuangan Pas sekarang ini telah beralih kepada negara kebajikan.

Namun begitu apa yang perlu kita tahu, Pas sebuah gerakan Islam tidak pernah keluar daripada landasan perjuangannya untuk menegakkan sebuah pemrintahan yang berlandaskan Islam. Ini jelas dalam Fasal 5 perlembagaan Pas yang menyebut Tujuan Pas ialah memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

Pas sudah lama menyebut tentang negara Islam ini maka tidak perlulah ianya diulang lagi kerana apabila sebut sahaja Pas orang akan mengaitkannya dengan perjuangan menegakkan negara Islam. Yang penting sekarang ialah bagaimana hendak memberitahu rakyat tentang kebaikan-kebaikan daripada perlaksanaan negara Islam ini kepada mereka.

Sentuh berkenaan negara berkebajikan ini, sebenarnya negara berkebajikan dan negara kebajikan adalah sesuatu yang berbeza. Negara kebajikan adalah suatu konsep yang menjadi dasar kepada sesebuah pemerintahan, iaitu sebuah negara yang melaksanakan kebajikan sepenuhnya kepada rakyat, dalam erti kata yang lain semuanya percuma. Namun negara jenis ini tidak mungkin wujud di dunia ini kerana sistem ekonomi itu sendiri mengharuskan wujudnya transaksi kewangan antara kerajaan, rakyat dan golongan peniaga.

Sedangkan negara berkebajikan ialah suatu pemerintahan atau negara yang menitikberatkan elemen-elemen kebajikan dalam setiap urusan pentadbiran negara itu terutama sekali yang melibatkan rakyat. Dalam erti kata yang lain setiap urusan yang melibatkan transaksi atau pembayaran sedaya-upayanya tidak akan memberi bebanan yang besar kepada rakyat. Sebenarnya negara berkebajikan ini adalah salahsatu ciri dalam sebuah negara Islam yang diperjuangkan oleh Pas.

posted by Lidah Penghunus @ 6:29 PM   0 comments

Wednesday, February 13, 2008

Pak Lah dan media perdana pembohong.

Assalamualaikum.

PM ulas desas-desus pembubaran Parlimen hari ini.
BANGI 12 Feb. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menafikan desas-desus yang semakin hangat bahawa beliau akan mengumumkan pembubaran Parlimen, esok.
‘‘Tidak... tidak lagi, pandailah you,’’ kata Perdana Menteri sambil tersenyum lebar ketika pemberita mengajukan soalan mengenai khabar angin kemungkinan beliau mengumumkan pembubaran Parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum ke-12 diadakan.
Abdullah juga menolak saranan pemberita bahawa mesyuarat Kabinet esok adalah yang terakhir yang akan dipengerusikan oleh beliau sebelum pilihan raya umum.
Secara bersahaja beliau berkata: ‘‘Khabar angin, itu yang seronok dengar, siapa cakap? Mesyuarat Kabinet ada lagi, ada lagi, dalam penggal ini ada lagi mesyuarat Kabinet.’’ Utusan Malaysia - 13 Febuari 2008.

Parlimen tidak dibubar hari ini: PM.
BANGI: "Tak jadi bubar esok (hari ini). Seronok khabar angin ini (tetapi) esok (hari ini) tak ada pembubaran Parlimen," kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung desas desus kononnya Parlimen akan dibubarkan hari ini.
Perdana Menteri juga menafikan kononnya mesyuarat mingguan Kabinet hari ini adalah yang terakhir sebelum Parlimen dibubarkan bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-12 diadakan. Berita Harian - 13 Febuari 2008.

Parliament won’t be dissolved today, says PM.
BANGI: Parliament will not be dissolved today.
Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi put an end to such speculation, telling reporters here yesterday: “Esok tak ada (No, it won’t be tomorrow)”.
He also denied that today’s Cabinet meeting would be the last with his present team of ministers before Parliament is dissolved to pave the way for the next general election.
“What makes you think that? How do you know it’s going to be the last Cabinet meeting (before elections are called)?” he asked when responding to a question. The Star - 13 Febuari 2008.


Dalam akhbar-akhbar hari ini menyiarkan penafian Perdana Menteri tentang ura-ura pembubaran pada hari ini, tiba-tiba pukul 12.30 tengah hari tadi Pak Lah mengumumkan parlimen dibubarkan untuk memberi ruang kepada pilihanraya umum ke-12. Nampaknya kita rakyat bukan sahaja dipermain-mainkan oleh Perdana Menteri tentang tarikh pilihanraya, malahan ditipu hidup-hidup oleh Perdana Menteri yang melaungkan slogan Islam Hadhari. Maka adakah kita hendak memilih lagi seorang yang penipu untuk jadi pemimpin?

Walau bagaimanapun, parlimen telah pun dibubarkan dan hari pembuangan undi untuk memilih parti yang memerintah akan diadakan beberapa minggu sahaja lagi. Maka sekarang bukannya masa lagi untuk sekadar bercakap-cakap serta menulis-nulis. Segala usaha harus digerakkan bagi memastikan Barisan Nasional dapat ditumbangkan pada pilihanraya umum ke-12 ini. Ini adalah sebagai ingatan kepada diri saya dan penulis-penulis blog yang lain.

posted by Lidah Penghunus @ 6:31 PM   0 comments

Tuesday, February 12, 2008

BN, Utusan, hantu dan kambing.

Assalamualaikum.

Waspada 'hantu senyap'.
BALING 11 Feb. - Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) diminta berwaspada dengan kumpulan 'hantu senyap' yang akan muncul menjelang pilihan raya umum untuk meracuni fikiran rakyat khususnya generasi muda.
Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Idris Harun berkata, hantu senyap adalah gelaran untuk satu kumpulan yang akan bertindak membuat tohmahan dan meracuni fikiran rakyat menjelang pilihan raya umum ke-12.
Menurut beliau, bagi mengatasi gejala itu, Pemuda BN perlu mengambil langkah lebih tegas bagi menghalang kempen-kempen kumpulan berkenaan.
''Sebarang bentuk tohmahan yang boleh mengelirukan rakyat secara sistematik dan terancang perlu dihalang.
"Pemuda BN perlu mengambil langkah bersiap sedia supaya kumpulan hantu senyap tidak menggugat parti dan rakyat," Utusan Malaysia - 12 Febuari 2008.



Jika kita baca laporan akhbar di atas ini dan meneliti lakaran kartun di bawahnya kita dapat agak bahawa hantu senyap yang dimaksudkan oleh mereka ialah daripada parti pembangkang yang mereka lihat asyik berkempen memburuk-burukkan parti pemerintah. Sedangkan mereka termasuk dua ekor kambing dalam lakaran kartun di atas ini lupa bahawa akhbar-akhbar seperti Utusan Malaysia inilah sebenarnya yang menjadi hantu bising atau boleh juga dikenali sebagai haiwan bising yang diperalatkan oleh parti pemerintah untuk menyerang pembangkang siang dan malam tanpa mahu memberi peluang kepada mereka untuk menjawab.

Jika tuan-tuan lihat Utusan Malaysia pada hari ini, akhbar berkenaan ada menemubual Presiden Pas, Tuan Guru Dato' Seri Presiden Pas. Walaupun ianya hampir satu muka akhbar namun ianya tidaklah memadai berbanding serangan yang dilemparkan oleh parti pemerintah melalui akhbar ini. Dalam erti kata yang lain ruangan yang diberikan kepada pembangkang khususnya Pas masih terlalu sedikit berbanding serangan yang dikenakan ke atas mereka.

posted by Lidah Penghunus @ 11:59 PM   0 comments

Monday, February 11, 2008

Selepas ini PDRM mesti gempur konsert rock.

Assalamualaikum.

10 mati terpijak di konsert rock.
JAKARTA: Sekurang-kurangnya 10 maut akibat dipijak dan terhimpit manakala beberapa yang lain cedera selepas ribuan penonton berasak-asak ketika menonton satu konsert rock yang diadakan di Bandung, Jawa Barat, lewat malam kelmarin.

Pegawai polis tempatan, Brigadier Nano Kartono berkata, beribu-ribu peminat bersesak di sebuah dewan bagi melihat persembahan sebuah kumpulan rock punk yang kurang dikenali di Bandung ketika kejadian berlaku.
Katanya, kebanyakan mangsa yang mati adalah remaja dan nahas itu berpunca daripada tindakan penonton yang berasak-asak serta tidak mempedulikan langkah keselamatan ketika persembahan berlangsung.
Agensi berita Antara pula melaporkan Ketua Polis Bandung, Bambang Suparsono sebagai berkata, 15 penganjur konsert berkenaan sudah disoal siasat berhubung kejadian berkenaan. "Kami menerima maklumat sebelum kejadian penonton berasak-asak dan pijak memijak itu berlaku, penganjur konsert terbabit mengedarkan minuman percuma malah ada yang menyebut ia membabitkan minuman keras," katanya.

Sementara itu, seorang daripada mangsa yang cedera dan hanya dikenali sebagai Taufan, berkata, ada di antara peminat yang menyaksikan konsert itu mabuk serta mengamuk ketika penonton berasak keluar selepas persembahan tamat. Berita Harian - 11 Febuari 2008.

Selama ini pihak polis negara ini selalu menggunakan alasan dikhuatiri boleh mengundang pergaduhan apabila tidak membenarkan parti pembangkang menganjurkan demonstrasi dan ceramah umum. Sedangkan tidak pernah pun berlaku pergaduhan dan kekecohan dalam siri-siri ceramah yang dianjurkan oleh pembangkang. Kalau ada pun ianya ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu.


Rakaman audio ihsan daripada WTV8.

Melihatkan laporan akhbar di atas ini selepas ini kita minta agar pihak PDRM tidak membenarkan sebarang penganjuran konsert rock kerana ianya mampu untuk mengundang kecelakaan seperti di atas ini.

posted by Lidah Penghunus @ 6:34 PM   0 comments

Saturday, February 09, 2008

Semuanya kerana pilihanraya.

Assalamualaikum.

Bila hampir pilihanraya ini banyak yang kerajaan Barisan Nasional lakukan semata-mata untuk menarik sokongan rakyat. Tambahan lagi sekarang ini kaum Cina dan India dilihat telah ramai beralih sokongan kepada parti pembangkang. Maka pelbagai usaha lakukan untuk menambat hati mereka agar kembali ke pangkuan parti pemerintah.

Antara yang boleh kita saksikan ialah berkenaan pengeluaran lesen perniagaan barangan lusuh. Dahulu Menteri Besar Selangor Datuk Seri Khir Toyo beriya-iya memerangi kegiatan ini kerana ianya didapati menjadi penyumbang kepada kegiatan mencuri barangan-barangan yang berasaskan logam di kawasan-kawasan perumahan. Namun tiba-tiba hari ini ianya dilonggarkan pula atas alasan untuk memberi peluang kepada kaum india terlibat dalam bidang perniagaan.

Yang keduanya masihkah tuan-tuan ingat tentang SRJK (C) Damansara yang telah ditutup kerana hendak dipindahkan pada tahun 2001? Penutupan sekolah ini telah mendapat bantahan daripada ibu-ibu bapa berkenaan kerana telah menimbulkan beberapa kesulitan kepada mereka dan Jawatankuasa Selamatkan Sekolah Kami atau SOS telah dibentuk untuk memperjuangkan isu ini. Akhirnya baru-baru ini Perdena Menteri telah mengarahkan agar isu Sekolah Rendah Kebangsaan Cina ini diselesaikan.

Apa yang dapat kita simpulkan di sini memandangkan pilihanraya umum tidak lama sahaja lagi dan didapati sokongan kaum Cina dan India kepada Barisan Nasional semakin merosot maka Umno dan Barisan Nasional kini semakin terdesak hinggakan mereka sedia untuk bertolak ansur dalam perkara yang selama ini mereka berkeras untuk mempertahankannya.

MB perjelas kelonggaran syarat lesen.
SHAH ALAM: Selangor melonggarkan syarat pengeluaran lesen kepada pengusaha barangan lusuh dan besi buruk bertujuan memberi peluang kepada lebih ramai kaum India untuk terbabit dalam bidang perniagaan.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, bagaimanapun berkata, kelonggaran itu dengan syarat premis barang lusuh dan lusuh itu terletak di kawasan industri dan tidak membeli barang tembaga, besi atau aluminium yang dicuri.
Beliau berkata, sejak kerajaan negeri bersetuju untuk melonggarkan syarat pengeluaran lesen itu, sebanyak 21 permohonan diterima daripada pengusaha besi buruk dan barang lusuh yang beroperasi secara haram di negeri itu.
“Kita menyediakan banyak ruang niaga kepada pengusaha kaum India di tapak industri dan mereka hanya perlu membuat permohonan kepada pihak berkuasa.

“Jika menepati syarat seperti tidak beroperasi di tepi jalan, jauh daripada kawasan perumahan dan tidak membeli barang curi, kerajaan negeri sedia mengeluarkan lesen. Utusan Malaysia - 9 Febuari 2008.

Dua parti runding isu SRJKC.
KUALA LUMPUR: MCA dan Gerakan akan mengadakan rundingan dengan Kementerian Pelajaran bagi menyelesaikan isu perpindahan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Damansara bagi memastikan isu itu tidak dipolitikkan.
Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, berkata isu itu akan diselesaikan dengan mengambil kira keperluan penduduk untuk membuka semula sekolah lama SRJKC Damansara yang dipindahkan ke bangunan baru berhampiran Taman Tropicana dekat sini. “Rundingan akan dibuat berdasarkan keperluan masyarakat setempat yang mendakwa sekolah yang ada kini tidak dapat mengatasi masalah kesesakan pelajar dan bukannya atas faktor politik,” Utusan Malaysia - 9 Febuari 2008.


Walau bagaimanapun di sini kita tetap menyambut baik jika ianya akan memberikan keuntungan kepada rakyat. Maka apa yang hendak kita beritahu di sini, inilah perlunya ada wakil pembangkang yang kuat di Dewan Undangan Negeri kerana mereka inilah yang akan menyuarakan segala masalah rakyat di peringkat akar umbi dan terus mendesak agar rintihan rakyat ini didengar oleh kerajaan yang memerintah.

posted by Lidah Penghunus @ 12:32 PM   0 comments

Wednesday, February 06, 2008

Hunusan menjelang pilihanraya 2.

Assalamualaikum.

Nik Aziz sedia serah jawatan Menteri Besar?
KOTA BHARU 5 Feb. – Seriuskah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menyerahkan jawatan Menteri Besar Kelantan kepada orang lain jika Pas terus memerintah negeri ini selepas pilihan raya umum ke-12?
Empat tahun lalu, setelah Pas berkuasa semula di Negeri Cik Siti Wan Kembang ini pada pilihan raya umum 2004, ketika itu Nik Aziz mencetuskan teka-teki politik dengan meminta kepimpinan Pas negeri menamakan orang yang boleh menggantikannya sebagai Menteri Besar.
Namun, tiada sebarang nama dikemukakan oleh para pemimpin Pas untuk menggantikan Nik Aziz mengetuai kerajaan Kelantan iaitu satu-satunya kerajaan negeri yang dikuasai Pas. Utusan Malaysia - 6 Januari 2008.


Ini adalah satu lagi haiwan politik Umno dan Barisan Nasional. Sepatutnya wartawan akhbar ini hanya melaporkan sahaja tentang hasrat Menteri Besar Kelantan itu untuk berundur, bukan terus mempertikaikannya. Jika begitu mereka harus mempersoalkan juga kenyataan beberapa wakil rakyat Umno yang sedia untuk tidak dicalonkan. Ikhlaskah kenyataan mereka itu, atau nanti apabila tiba hari berkempen lain pula yang mereka buat. Ataupun mereka beriya-iya untuk tidak dicalonkan kerana tahu bahawa mereka tidak bersih daripada rasuah(1).


Pusat majukan Kelantan, bukan kerajaan negeri.
MELAKA 5 Feb. – Rakyat Kelantan perlu sedar bahawa pembangunan yang dikecapi di negeri itu selama ini adalah hasil usaha Kerajaan Pusat dan bukannya kerajaan negeri.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, Kerajaan Pusat yang diperintah Barisan Nasional (BN) perlu memajukan Kelantan walaupun ia di bawah pembangkang kerana tidak mahu melihat rakyat negeri itu menderita.
‘‘Saya percaya jika tiada bantuan Kerajaan Pusat, Kelantan sudah pasti lebih teruk (mundur) sebab pembangkang tidak buat apa-apa pun untuk memajukan negeri,” Utusan Malaysia - 6 Januari 2008.


Nampak benar kenyataan Ali Rustam bahawa Pas tidak buat apa-apa untuk memajukan negeri Kelantan satu pembohongan. Ketua Menteri Melaka ini harus pergi sendiri ke negeri bawah pentadbiran Tok Guru Nik Aziz ini untuk lihat apa yang telah Pas buat untuk membangunkan negeri Kelantan. Jangan hanya terperap di Melaka itu sahaja. Tambahan lagi jika Ali Rustam sebut pembangkang maka ianya sudah tentulah pembangkang di negeri berkenaan iaitu Umno.


Khir anggap BN Selangor sudah menang.
KLANG 5 Feb. – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo hari ini melahirkan keyakinannya bahawa Barisan Nasional (BN) telah pun memenangi pilihan raya umum ke-12 walaupun tarikhnya masih belum ditentukan lagi.
Beliau berkata, BN sememangnya bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya yang dijangka diumumkan pada bila-bila masa.
‘‘BN dah menang dah , dah tak ada masalah. Kita tidak fikir akan menghadapi sebarang masalah dalam pilihan raya kali ini,” Utusan Malaysia - 6 Januari 2008.


Inilah kenyataan yang angkuh dan takbur daripada Menteri Besar Selangor. Dia lupa bahawa kalah dan menang adalah kerja Allah bukan dia yang menentukan. Parti-parti politik termasuk Pas hanya berusaha untuk mencapai kemenangan. Namun yang memberikan kemenangan adalah Allah.

Jika Allah nak beri kemenangan kepada pembangkang, buatlah apa juga bentuk penipuan, dengan izin Allah pembangkang tetap akan menang. Sebab itulah Pas akan terus menyertai pilihanraya kerana kebergantungan kita hanyalah kepada Allah. Sedangkan Umno dan Barisan Nasional yang sekian lama menang dengan cara menipu membuatkan mereka terus angkuh dan takbur bahwa mereka akan terus menang pilihanraya.


1. Mereka yang hendak dicalonkan akan ditapis dahulu oleh BPR.

posted by Lidah Penghunus @ 11:59 PM   0 comments

Sunday, February 03, 2008

Rashid SPR 'haiwan politik' Umno dan Barisan Nasional.

Assalamualaikum.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan tindakan beberapa ahli Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengoyak gambar Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman sebagai tanda protes terhadap sistem pilihan raya negara ini, sebagai biadab.
Perdana Menteri berkata, perkara seumpama itu tidak pernah berlaku sebelum ini dan tindakan mereka itu sudah melampau.
"Itu perangai biadab, ada cara lain boleh dibuat (jika hendak protes)," katanya pada sidang media selepas berucap pada majlis Hari Alumni Universiti Malaya (UM), di sini semalam. Berita Harian - 3 Febuari 2008.

Itu Pak Lah belum dengar lagi doa agar Rashid SPR ini mati cepat agar beliau tidak terus diperalatkan dalam pilihanraya umum yang akan datang ekoran perkhidmatannya yang telah dilanjutkan setahun lagi. Jika Pak Lah kata perbuatan sebegini biadab, apa kurangnya Rashid seorang lagi 'haiwan politik' Umno dan Barisan Nasional yang sedia diperalatkan oleh parti pemerintah, dengan angkuhnya menghina jubah dan serban pemimpin Pas, mempertikaikan keputusan hakim mahkamah tinggi berkenaan petisyen pilihanraya Dun Likas, tidak mahu mengakui hakikat bahawa pilihanraya di negara ini tidak adil dan banyak kenyataan-kenyataan yang menghentam pembangkang. Maka tindakan mengoyakkan gambarnya itu adalah salah satu tanda protes terhadap tindakan beliau yang mengkhianati amanah sebagai pengerusi SPR.

posted by Lidah Penghunus @ 6:26 PM   0 comments

Saturday, February 02, 2008

Hunusan menjelang pilihanraya.

Assalamualaikum.

Orang Umno sendiri tak percaya dengan Umno.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid mendakwa imejnya tercemar berikutan pengumuman namanya tidak tercalon untuk kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya kali ini.
Beliau berkata, kenyataan terbuka melalui akhbar mengenai namanya yang tidak tersenarai sebagai tiga calon tertinggi untuk bertanding pada pilihan raya ke-12 juga menjatuhkan maruah dirinya.
Saya tidak tahu kaedah yang digunakan kerana biasanya apabila pengundian untuk calon dilakukan, pengiraan undi akan dibuat dan dimaklumkan kepada ahli-ahli sebelum diserahkan kepada pengerusi perhubungan UMNO negeri dan seterusnya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
‘‘Saya melihat tidak ada ketelusan dalam pemilihan calon kali ini kerana semuanya dilakukan secara sulit,” katanya. Utusan Malaysia - 2 Febuari 2008.


Jika pemimpin Umno sendiri tidak percaya dengan ketelusan dalam Umno apatah lagi parti pembangkang. Kerana sudah jelas selama ini bahawa mereka ini tidak telus dan sikap tidak telus mereka bukan sahaja menyusahkan rakyat dan pembangkang, malahan ahli-ahli dan pimpinan mereka sendiri.



Pirdaus - Imam besar yang diperalatkan oleh Umno.

KUALA LUMPUR 1 Feb. – Bekas calon Barisan Nasional (BN) kawasan Permatang Pauh, Datuk Pirdaus Ismail ‘tidak kisah’ sekiranya beliau tidak terpilih sebagai calon pada pilihan raya umum ke-12 akan datang.
Sebaliknya, beliau berkata, kemenangan BN di kawasan panas itu adalah agenda yang harus diberi perhatian sepenuhnya terutama di kalangan pemimpin, ahli serta jentera parti berbanding dengan soal calon.

‘‘Yang penting saya akan memberi sokongan padu kepada sesiapa sahaja yang terpilih menjadi calon. Saya bertanggungjawab untuk memastikan BN kembali menguasai Permatang Pauh pada pilihan raya kali ini,’’
‘‘Kita mahu nasib mereka mendapat pembelaan sewajarnya. Hanya UMNO dan BN sahaja yang dapat melaksanakan tugas serta tanggungjawab tersebut,’’
“Para nabi pun membuat kerja-kerja dakwah tetapi tidak semua orang masuk Islam. Jadi, bagi saya apa yang penting semua ahli mesti bekerja keras dan ikhlas, tidak perlulah kita memikirkan soal apa yang orang cakap pasal kita,” Utusan Malaysia - 2 Febuari 2008.

Kita sedih seorang imam besar Masjid Negara, bergelar al hafiz pada pilihanraya 2004 yang lalu sedia diperalatkan oleh Umno untuk menentang Dr Wan Azizah yang suaminya telah dianiaya dan fitnah oleh kerajaan Barisan Nasional. Sedangkan bukan dia tak tahu bahawa sudah jelas Dato' Seri Anwar dan keluarganya telah difitnah dan dianiaya secara zalim oleh Umno yang diketuai Perdana Menteri pada masa itu. Ini disahkan lagi dengan pendedahan klip video VK Lingam baru-baru ini.

Memang benar bahawa Anwar telah dibebaskan pada zaman Pak Lah sebagai Perdana Menteri. Namun Umno masih lagi dengan sikap zalim dan korup mereka serta tidak melaksanakan Islam sepenuhnya. Tambahan lagi kita lihat sekarang ini kecurangan yang mereka lakukan makin melampau-lampau. Jadi tidak perlulah Pirdaus hendak samakan penyertaannya dalam Umno sekarang ini sebagai kerja-kerja dakwa seperti zaman nabi dahulu kerana Umno sekarang ini hanya membuatkan rakyat makin jauh daripada Islam yang sebenar.

Dan seperti juga Mashitah, Pirdaus kini juga telah dilihat oleh Umno tidak lagi membawa keuntungan politik kepada mereka. Maka tidak hairanlah kedua-dua 'haiwan politik' Umno ini tidak lagi diperlukan oleh mereka dalam pilihanraya akan datang.

posted by Lidah Penghunus @ 11:49 PM   0 comments

Friday, February 01, 2008

Calon berkaliber untuk menghadapi Pas di Dun Senggarang.

Assalamualaikum.

BATU PAHAT 31 Jan. - UMNO Johor akan meletakkan calon yang benar-benar berkemampuan dan berkaliber untuk bertanding pada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senggarang pada pilihan raya umum ke-12.
Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, calon berkeperibadian baik merupakan antara faktor yang akan diambil kira bagi memastikan usaha merampas kembali kerusi tersebut daripada Pas berjaya.
''Memang saya mempunyai beberapa nama yang dapat memenuhi keperluan tersebut," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Taklimat dan Pelancaran Gerak Kerja Pilihan Raya Parlimen Batu Pahat di Dewan Jubli Intan di sini hari ini.
Bagaimanapun, Abdul Ghani enggan mengulas lanjut mengenai calon yang akan diketengahkan untuk bertanding di Senggarang.
Kerusi DUN Senggarang merupakan satu-satunya kerusi yang dimenangi Pas menerusi calonnya, Dr. Mohd. Ramli Md. Kari yang menang tanpa bertanding setelah pencalonan calon BN, Shamsiah Rashidah Ibrahim ditolak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana kesilapan teknikal pada pilihan raya umum 2004. Utusan Malaysia - 1 Febuari 2008.


Bagi saya kenyataan Menteri Besar Johor yang ingin meletakkan calon yang benar-benar berkaliber di satu-satunya Dun yang di wakili oleh pembangkang di atas ini menunjukkan bahawa Dr Mohd Ramli Bin Mohd Kari bukanlah calang-calang wakil rakyat yang mudah diperlekehkan oleh Umno walaupun di kubu kuat mereka.

Sekaligus ini membuktikan bahawa Dr Ramli telah memberikan khidmatnya yang terbaik di Dun berkenaan sebaik sahaja diberi peluang sebagai wakil rakyat. Mudah-mudahan ianya akan menjadi pembuka jalan kepada masyarakat negeri itu untuk memberikan laluan kepada Pas di Dun-Dun yang lain pada pilihanraya yang akan datang.

posted by Lidah Penghunus @ 6:27 PM   0 comments


Free Hit Counter