Monday, May 17, 2010

Pengundi Sibu 'sokong' negara Islam.

Assalamualaikum.

Dengan menangnya calon DAP pada PRK Sibu ini menunjukkan bahawa masyarakat Sibu khususnya mereka yang bukan beragama Islam telah mula menerima konsep negara Islam yang telah dibawa oleh Pas.

Buktinya mereka pengundi Sibu tidak takut untuk mengundi DAP walaupun pilihanraya kali ini BN menggunakan isu negara Islam untuk menakut-nakutkan pengundi.

Tahniah kepada Pakatan Rakyat khusus Pas kerana berjaya menghentikan salah faham bukan Islam di Serawak berkenaan Islam.

posted by Lidah Penghunus @ 8:02 AM   0 comments

Friday, May 14, 2010

Tolong jangan tembak kami.

Assalamualaikum.







Kita amat kesal apabila demontstrasi bagi membantah keputusan kerajaan melesenkan judi perlawanan bola sepak selepas solat Jumat tadi mendapat gangguan daripada pihak polis. Sedangkan apa yang kita bantah ialah judi yang selama ini menjadi punca kepada kerosakan dan porak peranda masyarakat di negara ini dan perkara ini turut dibantah oleh mereka yang bukan beragama Islam.

Di sini kita tidak menyalahkan pihak polis seratus peratus kerana kita percaya ini adalah arahan daripada Umno dan Barisan Nasional yang bertanggungjawab 'menghalalkan' judi bola sepak ini. Namun begitu mereka harus ingat bahawa mereka ada anak. Jangan menyesal jika suatu hari nanti anak-anak mereka sendiri yang akan jadi kaki judi yang sanggup memukul ibu bapa mereka sendiri kerana ingin mendapatkan wang akibat kalah judi.

posted by Lidah Penghunus @ 4:58 PM   0 comments


Free Hit Counter