Sunday, May 06, 2012

Berkenaan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan hari ini.

             Assalamualaikum.


Demo cetus huru-hara haram, kata j'kuasa fatwa.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia hari ini memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru-hara dan kekacauan dalam negara.
Pengerusinya Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata jawatankuasa memandang serius isu itu di mana sebahagian umat Islam telah bertindak sebagai perusuh jalanan dalam banyak perhimpunan atau demonstrasi termasuk seperti yang berlaku pada perhimpunan di ibu negara 28 April lepas.
"Tindakan merusuh, membawa kacau bilau dan merosakkan harta benda awam adalah suatu perbuatan yang ditegah Islam. Malah niat untuk menjatuhkan negara yang sah di sisi undang-undang melalui penganjuran demonstrasi seumpama itu juga haram di sisi agama.
"Sesiapa juga tidak boleh buat, tidak (boleh) bersetuju ke arah (usaha) mendatangkan kemudaratan, keresahan, menjadikan rusuhan sesama kita hingga berpecah, apatah lagi kalau berlaku pertumpahan darah," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan muzakarah ke-99 jawatankuasa itu di Sepang.
  Sehubungan itu, katanya umat Islam yang menyertai demonstrasi itu perlu insaf kerana tindakan itu bukan daripada ajaran Islam kerana Islam tidak pernah menyuruh umatnya bertindak sedemikian sehingga mengancam nyawa sesama manusia demi mencapai sesuatu agenda.
Beliau berkata turut dibincangkan dalam muzakarah itu adalah gejala Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender dan Transeksual (LGBT) yang tidak memerlukan pengeluaran sebarang fatwa kerana ia jelas haram di sisi Islam.
Dalam pada itu, beliau berkata pemimpin, individu atau media dinasihat menghentikan sikap suka mendedahkan secara terbuka perkara-perkara keji yang didakwa dilakukan mana-mana pihak.
"Ini kerana perbuatan mendedahkan keaiban orang lain lebih-lebih lagi yang berkait dengan hubungan seksual amat ditegah Islam. Jika bertujuan untuk menghapuskan kemungkaran, serahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas," katanya.  http://malaysiakini.com - 6 Mei 2012.

Kita bersetujulah jika fatwa di atas ini menjurus kepada menegah umat Islam daripada terlibat dengan demonstrasi atau perhimpunan yang memang berniat untuk mencetuskan huru-hara dan keganasan. Walau bagaimanapun ingin kita tegaskan sekali lagi bahawa himpunan BERSIH 3.0 28 April yang lalu bukan bertujuan untuk menimbulkan keganasan dan huru-hara jika timbul pun keganasan dan kekacauan ialah angkara provokasi daripada pihak-pihak tertentu yang bertujuan untuk memburuk-burukkan BERSIH 3.0.

Jika maksud fatwa tersebut menjurus kepada menegah umat Islam menghadiri demonstrasi yang dikhuatiri berpotensi berlaku kekacauan dan keganasan, maka fatwa yang sama juga perlu dikeluarkan untuk perlawanan bola sepak kerana acara sebegini juga berpotensi untuk menimbulkan keganasan di kalangan penonton dan ianya telah terbukti dengan beberapa insiden keganasan penyokong bola sepak yang dilaporkan sebelum ini.

Di sini kita mahu dengar juga fatwa berkenaan anggota polis yang melakukan keganasan dengan memukul dan menendang peserta himpunan ketika menyuraikan himpunan. Dalam Buletin Utama TV3 sebentar tadi turut melaporkan keputusan Jawatankuasa di atas ini sebagai tajuk utama. Tetapi mereka hanya laporkan tentang demonstrasi dan LBGT. Tentang nasihat agar media menghentikan perlakuan mendedahkan secara terbuka perkara-perkara keji yang dilakukan individu kerana ditegah oleh Islam tidak pula dilaporkan oleh media haiwan politik Umno dan Barisan Nasional ini.

posted by Lidah Penghunus @ 9:50 PM   0 comments

Friday, May 04, 2012

PDRM rugi 1.8 J? Audit sila siasat!

            Assalamualaikum.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengalami kerugian RM1.828 juta akibat kerosakan harta benda dan aset ketika perhimpunan anjuran badan bukan kerajaan di ibunegara Sabtu lepas.  http://malaysiakini.com - 3 Mei 2012
   
Sebagaimana yang telah kita maklum, setiap kali dikeluarkan Laporan Audit Negara maka kita akan dengar kes barangan yang dibeli pada harga berlipat kali ganda daripada harga asal.
 Sehubungan dengan itu kita mahu PDRM perincikan apa yang rugi 1.828 juta itu dan kita juga mahu Audit negara menyiasat sejauh mana kebenaran angka yang diberikan oleh PDRM

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam berkata selain mengalami kerugian fizikal, pihak polis juga terpaksa bersabar dengan maki hamun dan dicederakan oleh peserta perhimpunan tersebut.  http://malaysiakini.com - 3 Mei 2012.


posted by Lidah Penghunus @ 12:08 PM   0 comments

Thursday, May 03, 2012

Nama Najib diabadikan kerana 'melawat' tandas?.?.?

        Assalamualaikum.






















Biasanya orang-orang besar namanya akan diabadikan apabila melawat tempat yang baik-baik. Tetapi Najib namanya diabadikan kerana 'menziarahi' tandas, markaz iblis dan syaitan. Apakah maksudnya itu?.?.?

posted by Lidah Penghunus @ 1:15 PM   0 comments

Wednesday, May 02, 2012

Polis: Meriam air paling kurang sakit.

       Assalamualaikum.

Penggunaan air berkimia terhadap peserta BERSIH 3.0 cara "paling kurang menyakitkan" 
untuk mengawal mereka, kata polis, sambil mendakwa kaedah itu diiktiraf pakar dan diguna di seluruh dunia.
"Penggunaan meriam air cara paling kurang menyakitkan untuk menyuraikan khalayak," kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pada Majlis Santai Media bersama Ketua Polis Negara di Bukit Aman pagi tadi.
Teknik itu, katanya, bukan sahaja digunakan di Malaysia tetapi juga rakan setugas mereka di luar negara dan ia diakui pakar.
Tambahnya, polis Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) mengawal diri mereka daripada bertindak kasar sebelum menggunakan meriam air ke arah peserta BERSIH 3.0 Ahad lalu.  http://malaysiakini.com - 2 Mei 2012.





posted by Lidah Penghunus @ 5:32 PM   0 comments

Bagaimana anggota polis boleh terpengaruh dengan khabar angin.

         Assalamualaikum.

'Polis berkasar selepas khabar angin'
 Polis didakwa melakukan kekasaran dalam perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil pada Sabtu lalu setelah mendengar khabar angin bahawa seorang anggota keselamatan dibunuh oleh peserta perhimpunan BERSIH 3.0. 
Seorang peserta Mohd Syafiq Shamsudin(kiri) yang mendakwa menjadi mangsa berkata, anggota polis yang memukulnya menyifatkan dia sebagai samseng yang menyebabkan anggota keselamatan meninggal dunia.
Dalam wawancara dengan Malaysiakini pada Isnin, Mohd Syafiq mendakwa, dia dan seorang rakan Munir Maktar ditarik ketika beratur untuk memasuki platform stesen kereta api LRT pada jam 7 petang.
Dakwanya, oleh kerana polis kerana tidak berani memasuki kawasan LRT, mereka bertindak menghalang dan menarik peserta BERSIH dan merampas kamera jika mengambil gambar.  http://malaysiakini.com - 2 Mei 2012.
 
Sepatutnya sebagai penjaga keamanan, pihak polis yang menasihatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan khabar angin bagi mengelakkan huru-hara. Ini mereka pula yang terpengaruh dengan khabar angin yang tidak benar dan membuat keganasan terhadap peserta himpunan BERSIH.



posted by Lidah Penghunus @ 5:24 PM   0 comments

Ayat larang judi dalam Quran tak jumpa, orang yang 40 tahun tak jumpa nampak pula.

     Assalamualaikum.

Bekas IGP bimbang pro-komunis sertai BERSIH 3.0.

Bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar berkata golongan pro-komunis yang terbabit dalam demonstrasi pada tahun 1970-an dilihat dalam perhimpunan Sabtu lepas di Kuala Lumpur yang kemudiannya bertukar menjadi ganas.
"Saya dapat mengecam (mereka) daripada gambar-gambar dan imej yang disiarkan (yang diambil daripada perhimpunan itu), merupakan golongan pro-komunis yang terbabit dalam demonstrasi pada tahun 1970-an," katanya di Shah Alam.
"Taktik menggunakan golongan penimbul kemarahan untuk mendorong penunjuk perasaan bertembung dengan polis dan membawa bersama kanak-kanak dengan harapan mereka mungkin mendapat kecederaan merupakan taktik yang dipelajari daripada demonstrasi prokomunis yang lepas," kata Hanif.
Hanif membuat penjelasan mengenai satu laporan Bernama yang memetik beliau sebagai berkata bahawa perhimpunan Sabtu lepas mungkin didalangi pelbagai pihak termasuk beberapa individu yang cuba menyebarkan ideologi komunis. http://malaysiakini.com – 2 Mei 2012.

Nak tergelak bila baca kenyataan bekas Ketua Polis Negara, yang juga pernah memegang jawatan Timbalan Pengerusi Kumpulan Genting, Tun Haniff Omar di atas ini. Bayangkan beliau masih lagi boleh mengecam orang yang pernah beliau jumpa kira-kira 40 tahun dahulu dan orang yang beliau cam itu berada dalam ratusan ribu peserta himpunan BERSIH.

Katakanlah orang yang berdemonstrasi ketika tahun 1970-an itu berumur 20 tahun, sekarang ini sudah tentulah berumur 50 atau 60 tahun maka dengan perubahan daripada golongan muda ke golongan berumur, agar sukar untuk mengenalpasti wajah seseorang itu. Melainkan seseorang itu keluarga atau saudara-mara yang selalu kita jumpa maka kita akan dapat lihat perubahan orang itu dari semasa ke semasa.

Satu lagi jika kita lihat sejarah negara yang mengamalkan ideologi komunis seperti China dan Rusia. Mereka menolak demokrasi dan tiada kebebasan untuk berhimpun serta berdemonstrasi. Maka ianya bertentangan dengan apa yang dituntut oleh BERSIH sekarang ini. Jadi tidak perlulah Tun Hanif Omar bimbang. Jika benarpun ada golongan pro omunis, mungkin sekarang ini mereka sudah insaf dan oleh kerana itu mereka berjuang menuntut pilihanraya adil.

posted by Lidah Penghunus @ 1:08 PM   0 comments


Free Hit Counter