Thursday, January 28, 2010

Perbuatan baling batu sembunyi tangan.

Assalamualaikum.

Saya mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan meletakkan kepala babi di dua buah masjid di jalan Klang Lama malahan sebagai orang Islam kita juga mengutuk sebarang tindakan khianat terhadap rumah ibadat penganut agam lain.

Bagi saya insiden ini disifatkan sebagai "baling batu sembunyi tangan" oleh pihak-pihak tertentu bertujuan untuk menggugat keharmonian di negara ini. Maka dengan itu kita rakyat Malaysia tidak kira agama atau bangsa harus bertenang dalam menghadapi situasi ini. Tiada guna kita bertindak secara emosional dan membabi buta sedangkan tidak diketahui siapa sebenarnya yang melakukannya dan apa motif sebenarnya.

Di sini kita serahkan sahaja kepada pihak berwajib dan sebagai orang Islam kita sama-sama doa dan solat hajat agar Allah gagalkan perancangan jahat orang-orang ini. Andaikata benar perbuatan ini bertujuan untuk melaga-lagakan serta mewujudkan ketegangan antara kaum dan agama saya percaya jika kita semua bertenang serta tidak memberikan sebarang reaksi maka tindakan biadap mereka ini akan terhenti setakat ini sahaja.

posted by Lidah Penghunus @ 9:50 AM   0 comments

Wednesday, January 27, 2010

Biar ianya benar-benar sudut pidato.

Assalamualaikum.

pidato nilai idea golongan muda.
KUALA LUMPUR: Pandangan mahasiswa yang berbeza dengan pihak kerajaan mahupun universiti dan disuarakan menerusi sudut pidato tidak harus dilabel mewakili pembangkang, sebaliknya diterima sebagai sebahagian idea golongan muda.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata semua pihak tidak harus cepat menyelar pendapat yang disuarakan itu sebagai membelakangi kerajaan atau mengutuk, tetapi lebih penting menilainya sudut positif. Katanya, tujuan utama sudut pidato dihidupkan semula untuk memberi ruang penuntut bersuara, jadi mereka berhak mengemukakan cadangan asalkan tidak menyentuh isu sensitif mengganggu gugat keamanan negara. “Jika lahir cadangan, pandangan atau kritikan baik serta difikirkan boleh menyumbang kepada pembangunan negara, kita wajar menelitinya bukan menyelar mahasiswa kerana fungsi sudut pidato untuk mereka bersuara. “Masa zaman saya dulu tiada peluang begini (untuk bersuara), jadi apabila kerajaan bersetuju mewujudkan semula sudut pidato selepas 40 tahun sepi...saya anggap peluang baik kepada mahasiswa,” katanya. Harian Metro - 27 Januari 2010.


Diharapkan kewujudan semula sudut pidato ini biarlah ianya benar-benar menjadi pentas untuk mahasiswa menyatakan pandangan mereka secara kritis dan berani tanpa ditekan oleh mana-mana pihak. Ini semua adalah untuk menyuburkan bakat berpidato dan kepimpinan mereka diperingkat awal. Jika ada sesuatu yang diperkatakan itu kritis terhadap parti pemerintah maka ianya haruslah diterima oleh parti pemerintah begitu juga sebaliknya jika sesuatu itu kritis terhadap parti pembangkang maka ianya juga haruslah diterima oleh parti pembangkang.

Tidak harus ada label prokerajaan atau propembangkang terhadap golongan ini kerana mereka sedang berada di medan ilmu, maka setiap isu yang diperkatakan oleh mereka juga adalah cetusan daripada apa yang mereka pelajari di bilik kuliah yang seharusnya mereka diterjemahkan ke alam realiti.

Jika sudut pidato yang ada ini juga diwujudkan sekatan maka samalah seperti kita akan ada akhbar nasional serta televisyen tetapi di kawal oleh pemerintah dan kita juga masjid serta surau tetapi ustaz-ustaz kita disekat untuk menyampaikan Islam yang menyeluruh kepada masyarakat.

posted by Lidah Penghunus @ 4:57 PM   0 comments

Bubar Dun/Parlimen - Pak Lah juga pernah hina YDP Agong.

Assalamualaikum.

Spekulasi bubar DUN hina Sultan.
IPOH: Kerajaan Perak menyifatkan tindakan pembangkang mencanangkan bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu akan dibubar dan spekulasi kononnya Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan mengembalikan jawatan Menteri Besar kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, sebagai satu penghinaan kepada Sultan Perak dan institusi kehakiman.
Exco kanan, Datuk Hamidah Osman, berkata kuasa membubar DUN terletak sepenuhnya kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan oleh itu kenyataan serta arahan termasuk melalui media dibuat pembangkang supaya jentera pilihan raya dipersiapkan untuk menghadapi pilihan raya selepas pembubaran DUN, amat keterlaluan. Berita Harian - 27 Januari 2010

Jikalau begitu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi juga dikira pernah menghina Yang dipertuan Agong kerana menafikan tentang pembubaran Parlimen tetapi membubarkan Parlimen sehari selepasnya pada tahun 2008.

Tidak salah untuk Pas mengarahkan ahli serta petugas parti mereka sentiasa bersiap sedia menghadapi pilihanraya? Hatta untuk Pilihanraya Umum sekalipun kerana kita tahu bahawa kebiasaannya tarikh pilihanraya ini ada pada tangan Perdana Menteri atau ketua sesebuah negeri.

posted by Lidah Penghunus @ 4:16 PM   0 comments

'Penambah rasa' dalam 'ramuan' Operasi Lalang ii

Assalamualaikum.

Disaran jadi wakil rakyat Bebas.
KUALA LUMPUR 26 Jan. - Ahli Parlimen Kulim Bandar-Baharu, Zulkifli Noordin disaran meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi wakil rakyat Bebas bagi membolehkan beliau memperjuangkan Islam tanpa terikat dengan pendirian parti.
Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau percaya dengan cara itu sahaja Zulkifli dapat memaksimumkan pembelaannya kepada agama Islam di Dewan Rakyat.
Beliau turut melahirkan harapan supaya Zulkifli tidak lemah semangat jika dikenakan tindakan tegas hanya kerana membela agama.
Katanya, semua tindakan atau 'hukuman' itu hanya bersifat sementara ketika di dunia namun beliau akan dimuliakan di akhirat nanti.
"Kalau beliau dikenakan tindakan oleh PKR, saya mengalu-alukan beliau menyertai 'kelab' wakil rakyat Bebas malah saya bersedia memberi laluan kepadanya untuk berjuang bersama Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).
"Ini kerana perjuangan Perkasa dan Zulkifli mempunyai persamaan iaitu tiada kegentaran dalam mempertahankan agama, bangsa dan negara," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini. Utusan Malaysia - 27 Januari 2010.


Saidina Umar al-Khattab pernah berkata "Tiada Islam tanpa jemaah dan tiada jamaah tanpa kepimpinan dan tiada kepimpinan tanpa ketaatan." Bagaimana mungkin Ahli Parlimen Kulim Bandar-Baharu Zulkifli Noordin boleh terus memperjuangkan Islam dengan bersendirian dan tanpa jemaah.

Seperti PAS dan Pakatan Rakyat, Sheikh al-Islam, Dr. Yusuf al-Qaradhawi Jumaat lepas turut mempersoal inisiatif sesetengah pihak di Malaysia yang dilihat berusaha menghalang masyarakat bukan Islam dari menggunakan kalimah Allah.
“Surah terakhir dalam Al-Quran (yang bermaksud), “Katakanlah (Wahai Muhammad): Aku berlindung kepada Tuhan untuk sekalian manusia.”
“(Mengapa) bukan (disebut lafaz) Allah bagi masyarakat Muslim atau masyarakat Arab atau; yang Maha Menguasai bagi masyarakat Arab, Tuhan bagi orang Arab (lalu ditanya) ‘mengapa orang Malaysia kebelakangan ini begitu tidak selesa?” dipetik dari laman rasmi al-Qaradhawi.
http://qaradawi.net.

Dan sebagai ahli parti yang menjadi Pakatan kepada jemaah Islam Pas adalah tidak wajar untuk Dr Zulkifli Noordin ini bertindak luar daripada apa yang telah diputuskan oleh Pakatan. Persoalannya di sini adakah ianya salah satu 'penambah rasa' dalam 'ramuan' untuk merealisasikan Operasi Lalang dua?

Kita lihat 'penambah rasa' ini makin banyak pula ditambah melihatkan insiden-insiden yang berlaku mutakhir ini. Diharapkan kita tidak mudah melatah dan mengambil langkah secara emosi berhadapan dengan isu ini dan mudah-mudahan Allah kembalikan perancangan jahat ini kembali ke tengkuk mereka.

posted by Lidah Penghunus @ 1:09 PM   0 comments

Wednesday, January 13, 2010

Dari Pilihanraya budak sekolah ke pilihanraya kampus.

Assalamualaikum.

Pro-Mahasiswa UM pertikai e-voting.
KUALA LUMPUR: Kumpulan Pro-Mahasiswa Nasional Universiti Malaya (Pro-Mahasiswa UM) mempertikaikan tindakan universiti itu melaksanakan sistem pengundian secara elektronik (e-voting) pada sesi pilihan raya kampus 2009/2010 akhir bulan ini kerana dikhuatiri mempengaruhi ketelusan proses demokrasi di kampus itu.
Pengerusinya, Mohd Shafie Hashim, berkata pelaksanaan sistem pengundian e-voting mempunyai beberapa kelemahan khususnya dalam memastikan ketelusan pengiraan undi oleh pihak pentadbir sistem itu di samping menjamin kerahsiaan undi.
“Kami bukan menolak penggunaan teknologi ini yang digunakan hampir semua institusi pengajian tinggi (IPT) sejak 2007,” katanya. Berita Harian - 13 Januari 2010.

Semasa zaman saya belajar dahulu pilihanraya kampus bagi memilih Majlis Perwakilan Pelajar sama seperti pilihanraya di peringkat Parlimen dan Dun, terdapat parti yang bertanding, ada kempen serta perang poster dan terdapat perayu undi pada hari membuang undi. Demokrasi ketika itu begitu subur. Namun begitu semua itu telah dibuang satu persatu hinggalah yang hanya tinggal pada hari ini demokrasi kampus yang penuh ketempangan.

Sepatutnya pihak pentadbiran universiti harus berasa malu dengan pihak pentadbiran Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1 yang kisahnya saya siarkan dalam penulisan blog semalam. Murid-murid seawal sekolah rendah diberi peluang untuk merasai demokrasi yang sebenar melalui pilihanraya memilih ketua murid. Tidak cukup dengan itu SPR pula dipanggil untuk mengendalikan perjalanan pilihanraya, seolah-olah pilihanraya kecil. Tetapi kita tidaklah mahu SPR yang jadi pengendali pilihanraya kampus, cukuplah mereka mengendalikan pilihanraya budak sekolah rendah sahaja.

Sepatutnya pilihanraya di peringkat intitusi pendidikan ini harus jadikan medan untuk pelajar atau murid mengenali sistem pilihanraya yang sebenar seterusnya memupuk minat mereka untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi yang sah apabila mereka berumur 21 tahun kelak. Tetapi jika ianya dilaksana secara E-Voting yang berbeza daripada situasi pilihanraya yang sebenar maka ianya samalah sahaja dengan undian SMS untuk memilih juara Akademi Fantasia dan yang sewaktu dengannya. Tambahan lagi dengan kecanggihan IT sekarang ini kita begitu risau tentang tahap ketelusan dan kerahsiaan E-Voting itu sendiri.

posted by Lidah Penghunus @ 1:05 PM   0 comments

Tuesday, January 12, 2010

SPR hanya layak kendali pilihanraya budak sekolah rendah.

Assalamualaikum.

SPR pantau pilihanraya ketua murid.



KUALA LUMPUR: Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1 (SKTTDI1) di sini mencipta sejarah apabila pemilihan ketua muridnya semalam dikendali dan dipantau sepenuhnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Wilayah Persekutuan. Pemilihan yang menyaksikan pertandingan lima penjuru membabitkan murid Tahun Enam, meriah dengan semua calon serta penyokong masing-masing berkempen pada saat akhir bagi meraih undi sebelum pengundian bermula jam 11 pagi dan berakhir 1 tengah hari. Pada pemilihan itu, Khairul Azli Khairul Razi diumumkan sebagai pemenang dengan memperoleh 365 undi, mengalahkan pencabar terdekatnya, Alia Suraya Ahmad yang mendapat 281 undi, sekali gus dilantik penolong ketua murid.
Calon lain, Nurul Amalina Amiruddin mendapat 177 undi, diikuti Nik Zaman Faisal Zakimi (86) dan Mohammad Shahril Mohammad Anuar (57) undi. Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya yang juga Guru Besar sekolah berkenaan, Nik Nab Sulaiman pada jam 2.10 petang dan dipantau Timbalan Pengarah SPR Wilayah Persekutuan, Khairul Amri Ishak. Seramai 966 atau 91.7 peratus daripada 1,053 pengundi menunaikan tanggungjawab masing-masing termasuk satu undi pos melalui internet yang dilakukan guru yang kini melanjutkan pengajian ke luar negara, manakala tiga undi rosak.
Proses pembuangan undi itu dimulakan oleh Nik Nab, diikuti guru dan kakitangan sekolah serta murid Tahun Dua hingga Enam membabitkan lima saluran peti undi. Nik Nab ketika ditemui pemberita, berkata pilihan raya bagi memilih ketua murid di sekolah itu sudah dua kali diadakan, tetapi tahun ini pertama kali dijalankan dengan kerjasama SPR bertujuan menerapkan konsep demokrasi yang diamalkan negara kepada generasi muda. Beliau berkata, semua calon berkempen sejak seminggu lalu dengan pelbagai cara termasuk memasang poster, mengedar kalendar yang tertera nama dan slogan masing-masing serta mengadakan kempen dari kelas ke kelas. Kelima-lima calon turut berkempen untuk kali terakhir pada sesi pidato semalam sebelum pusat pengundian dibuka. Proses pengiraan undi turut dilakukan kakitangan SPR dan sekolah bermula jam 1.20 petang.
Nik Nab berkata, perancangan untuk mengadakan pilihan raya itu bermula sejak Disember lalu dengan menghantar kertas kerja kepada SPR untuk mendapat kerjasama menjalankannya seperti pilihan raya sebenar. "Setiap kelas diarah menghantar nama tiga calon menjadikan jumlah keseluruhan calon peringkat awal seramai 100 pelajar sebelum jumlah itu dikecilkan kepada 80 orang dan kemudian 60 murid dipilih untuk menjalani kursus sehari semalam bagi memenuhi syarat yang ditetapkan pihak sekolah. "Daripada kursus itu, kita memilih lima pelajar terbaik untuk dicalonkan sebagai ketua murid pada sesi persekolahan kali ini dengan proses penamaan calon bermula pada 5 Januari lalu," katanya. Berita Harian - 12 Januari 2010.


Nampaknya inilah sebenarnya pilihanraya yang layak untuk SPR kendalikan iaitu pilihanraya budak sekolah rendah. SPR yang kita maklum sebuah badan mengurus pilihanraya di Malaysia gagal dalam tanggungjawabnya untuk menjalankan pilihanraya dengan adil dan sering berat sebelah kepada parti pemerintah. Jadi SPR tidak layak untuk menguruskan pilihanraya di peringkat Dun dan Parlimen.

Apapun tahniah kepada pihak sekolah dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1 kerana telah menunaikan hak anda sebagai pengundi yang sah. Bagi saya ini adalah satu perkembangan yang baik kerana pelajar seawal sekolah rendah lagi telah didedahkan dengan proses pilihanraya dan kesedaran tentang hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Diharapkan mereka ini terdidik dengan pilihanraya yang adil dan bersih

Orang kata budak-budak ni tak pandai menipu. Apatah lagi nak menipu dalam pilihanraya.

posted by Lidah Penghunus @ 9:22 AM   1 comments

Monday, January 11, 2010

Pas perlu bertaubat?

Assalamualaikum.

Pembangkang perlu bertaubat.
HULU SELANGOR 10 Jan. - Pembangkang diminta supaya bertaubat kerana sanggup memperjudikan kestabilan dan kemerdekaan negara dengan menjadikan isu kalimah Allah serta kejadian serangan ke atas gereja sebagai modal meraih sokongan politik walaupun sedar perkara itu boleh menyemarakkan api perkauman.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan pembangkang mengeskploitasikan isu itu sangat tidak bertanggungjawab kerana ia boleh meruntuhkan keharmonian dan kestabilan yang dinikmati sejak merdeka.
"Kalau pun hendak berpolitik, berpolitiklah dengan cara bertanggungjawab dan bukannya mengeksploitasi isu sensitif seperti ini. Saya menyeru kepada mereka (pembangkang) bertaubatlah kerana kesan daripada perbuatan ini sangat besar.
"Menuding jari mengatakan UMNO yang sengaja menimbulkan isu adalah satu tuduhan jahat kerana adalah tidak masuk akal kita hendak menghancurkan kestabilan yang telah dibina sekian lama oleh kerajaan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan ceramah pendidikan sempena program UMNO Juara Rakyat, di sini hari ini.
Hishammuddin mengulas tindakan pembangkang yang sejak bermulanya isu bantahan penggunaan kalimah Allah sehinggalah serangan gereja secara berterusan menuduh bahawa, kemelut yang timbul itu kononnya angkara UMNO
Katanya, kepentingan negara mesti didahulukan berbanding kelangsungan politik kerana tiada makna kejayaan membentuk kerajaan baru jika keadaan rakyat dan negara kucar-kacir.
Menurut beliau, pertimbangan itulah yang menjadi asas kepada kerajaan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan seluruh anggota Kabinet mengutuk sekeras-kerasnya serangan terhadap beberapa gereja di Selangor dan Perak.
"Bukan sekadar mengutuk tetapi Perdana Menteri sendiri turun padang melihat kesan serangan, malah, dengan segera meluluskan peruntukkan RM500,000 bagi membaiki semula rumah ibadat yang rosak," katanya.
Mengulas lanjut, Hishammuddin kemudiannya melahirkan perasaan kecewa dengan sikap pembangkang yang gemar mempolitikkan semua isu asalkan ia memberi kepentingan kepada mereka.
Katanya, tiada gunanya menjadi kerajaan jika rakyat dan negara berada dalam keadaan kacau-bilau, malah, tegasnya, penyesalan pada masa itu sudah terlambat dan tidak berguna lagi.
Sementara itu, Hishammuddin memberi jaminan bahawa keadaan keselamatan negara terjamin wgalaupun berlaku beberapa insiden serangan di gereja dan surau.
Jelasnya, pihak keselamatan telah mengambil semua langkah yang perlu bagi memastikan kestabilan negara tidak terancam.
"Laporan media asing yang menggambarkan negara ini berada dalam keadaan meruncingkan adalah tidak benar kerana insiden serangan yang berlaku adalah kecil.
"Buktinya hari ini apabila rakyat pelbagai lapisan agama dan kaum boleh duduk bersama bagi menjayakan program UMNO Juara Rakyat," katanya. Utusan Malaysia - 11 Januari 2009.


Saya hairan apakah keuntungan politik yang diperolehi oleh Pas daripada isu kalimah Allah ini? Saya lihat Pas tidak mengadakan demonstrasi berkenaan isu kalimah Allah ini malahan melarang ahli-ahlinya menyertai demonstrasi yang dianjurkan oleh pihak lain. Sedangkan kalau hendak diikutkan isu Allah ini begitu dekat dengan Pas yang seruannya adalah "Allahu akbar".

Sudah tentulah Pas yang sepatutnya lebih lantang berkenaan isu ini. Namun Pas mengambil langkah untuk menangani isu ini dengan jalan perbincangan iaitu dialog dan mengutuk sebarang bentuk keganasan terutama sekali yang melibatkan tempat ibadat penganut agama Kristian.

Jika hendak dikatakan Umno mendapat keuntungan politik daripada isu ini boleh jadi juga kerana isu ini berjaya mengalihkan tumpuan umum terhadap kes kehilangan enjin pesawat tentera yang sedang menghantui Datuk Seri Najib sekarang ini.

Tambahan lagi boleh pula Najib mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan tidak boleh menghalang mana-mana pihak yang ingin mengadakan protes berkenaan isu kalimah Allah ini. Sedangkan sebelum ini amaran keras dikeluarkan berkenaan demonstrasi PPSMI dan MANSUH.

Maka oleh sebab itulah Pas tidak terburu-buru berkenaan isu kalimah Allah ini untuk mengelakkan daripada perangkap pihak-pihak tertentu. Bayangkan jika kejadian serangan gereja ini terjadi di kala Pas merancang untuk mengadakan demonstrasi besar-besaran berkenaan isu kalimah Allah.

posted by Lidah Penghunus @ 5:10 PM   0 comments

Friday, January 08, 2010

Kita tidak bermusuh dengan penganut agama lain.

Assalamualaikum.

Gereja hangus dibaling bom petrol.
Sebuah gereja dibaling dengan bom petrol mengakibatkan tingkat bawahnya terbakar, kata sumber gereja.
Insiden tersebut berlaku sewaktu memuncak kontroversi berhubung penggunaan perkataan Allah oleh satu penerbitan Katholik.Sekurang-kurangnya empat lagi gereja di Lembah Kelang dipercayai turut jadi sasaran dalam tempoh 12 jam lalu, termasuk Gereja Assumption di Petaling Jaya.

Bangunan tiga tingkat Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur, adalah sebahagian pergerakan Assemblies of God, terbakar kira-kira tengah malam tadi, kata pemimpin gereja itu, Peter Yeow, 62.Beliau memberitahu AFP bahawa ada saksi yang ternampak empat orang - yang datang menaiki motosikal - memecahkan kaca dan membaling bom petrol ke dalam bangunan gereja.Tiada sebarang kecederaan berlaku dalam kejadian tersebut. Gereja itu yang terletak di bahagian hujung lot rumah kedai di situ, dihadiri kira-kira 1,500 setiap minggu.
"Api memusnahkan bahagian pentadbiran gereja tersebut. Kita tidak tahu sama ada dewan sembahyang di tingkat tiga juga mengalami kerosakan," katanya sambil menggesa gereja lain supaya meningkat kawalan keselamatan. Anuar Harun, yang mengetuai operasi memadam kebakaran tersebut berkata, pakar forensik sedang bekerjasama dengan polis dan unit anjing untuk menyiasat kebakaran tersebut.
"Kami sedang menyiasat punca kebakaran. Kami tidak boleh memberi lagi maklumat. Ia isu sensitif," katanya ketika ditanya sama ada ianya kes khianat dengan api. Bangunan tiga tingkat Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur, adalah sebahagian pergerakan Assemblies of God, terbakar kira-kira tengah malam tadi, kata pemimpin gereja itu, Peter Yeow, 62.Beliau memberitahu AFP bahawa ada saksi yang ternampak empat orang - yang datang menaiki motosikal - memecahkan kaca dan membaling bom petrol ke dalam bangunan gereja.Tiada sebarang kecederaan berlaku dalam kejadian tersebut. Gereja itu yang terletak di bahagian hujung lot rumah kedai di situ, dihadiri kira-kira 1,500 setiap minggu.
"Api memusnahkan bahagian pentadbiran gereja tersebut. Kita tidak tahu sama ada dewan sembahyang di tingkat tiga juga mengalami kerosakan," katanya sambil menggesa gereja lain supaya meningkat kawalan keselamatan. Anuar Harun, yang mengetuai operasi memadam kebakaran tersebut berkata, pakar forensik sedang bekerjasama dengan polis dan unit anjing untuk menyiasat kebakaran tersebut.
"Kami sedang menyiasat punca kebakaran. Kami tidak boleh memberi lagi maklumat. Ia isu sensitif," katanya ketika ditanya sama ada ianya kes khianat dengan api.
http://www.malaysiakini.com - 8 Januari 2010

Saya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang boleh menambahkan ketegangan antara agama ini. Kita umat Islam khususnya di Malaysia tidak bermusuh dengan penganut agama lain. Isu yang timbul baru-baru hanya melibatkan pihak Akhbar Herald, bukannya penganut agama Kristian keseluruhannya. Tambahan lagi keganasan bukanlah cara untuk menyelesaikan isu ini.

Walau bagaimanapun demonstrasi aman membantah kerajaan Mesir selepas solat jumaat ini tetap akan diteruskan.

posted by Lidah Penghunus @ 11:44 AM   0 comments

Thursday, January 07, 2010

Jangan takut untuk turun berdemonstrasi esok.

Assalamualaikum.

Kalimah Allah: Kerajaan tak dapat halang protes
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan tidak dapat menghalang sekiranya ada mana-mana pihak ingin mengadakan tunjuk perasaan atau demonstasi bagi membantah isu penggunaan kalimah Allah di sekitar kawasan masjid selepas sembahyang Jumaat, esok. Bagaimanapun, Perdana Menteri berharap perkara itu tidak akan berlaku dan sekiranya berlaku ia secara minimum tanpa mengundang perkara negatif sehingga merebak dan tidak terkawal. “Perkara ini (isu kalimah Allah) biarlah diselesaikan mahkamah, secara baik-baik, tidak boleh menaikkan perhatian sangat, bagaimanapun pihak berkuasa sudah bersedia...dan saya harap kalau ada yang nak protes, ia tidak merebak dan jadi serius, saya harap ia tidak akan berlaku.
“Apa saja langkah pencegahan yang perlu dibuat, kita akan buat, itu terpulang kepada pihak berkuasa hendak buat apa, bukan saya yang kena beritahu apa yang patut dibuat...,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Klinik 1Malaysia Kerinchi, Lembah Pantai, di sini, pagi tadi. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan segelintir umat Islam membabitkan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bercadang mengadakan bantahan penggunaan kalimah Allah dengan melakukan perhimpunan selepas solat Jumaat esok. Berita Harian - 7 Januari 2010


Sehubungan dengan itu saya menyeru kepada rakyat Malaysia semua tidak kira agama dan bangsa agar kita sama-sama turun berdemonstrasi membantah tindakan kerajaan Mesir yang menyulitkan misi bantuan kemanusiaan ke Palestin pada esok hari, 8 Januari 2008, selepas solat jumaat di Kedutaan Mesir.

Umat Islam Palestin sudah sekian lama dizalimi oleh tentera Zionis dan adalah amat malang sekali apabila ada negara umat Islam turut bersekongkol dengan kezaliman rejim Zionis ini. Maka adalah menjadi tanggungjawab kita terutamanya umat Islam untuk sama-sama membantah segala bentuk kezaliman ke atas umat Islam Palestin ini.

Yang penting demonstrasi kita esok adalah demonstrasi yang aman.

posted by Lidah Penghunus @ 3:54 PM   0 comments

Wednesday, January 06, 2010

Isu penggunaan nama Allah.

Assalamualaikum.

KENYATAAN MEDIA PAS

Sebagai sebuah parti Islam amat menghormati prinsip kebebasan beragama sepertimana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama, melainkan ia merupakan pilihan sendiri. Prinsip kebebasan beragama ini juga telah dimaktub dalam perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

Walaupun demikian, dalam kontak masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama. Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini.

PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapat sokongan rakyat.

Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah al-Imran ayat 64 yang bermaksud: Katakanlah hai ahli kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan dia, dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya, sebagai tuhan selain Allah.

PAS dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh menggugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.

PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.

"Allah For All * Islam For All"

"Islam Adil Untuk Semua"

Di sini sebagai ahli Pas pendirian saya berkenaan nama Allah adalah selari dengan apa yang dinyatakan oleh Pas seperti di atas ini. Untuk kebaikan semua, dalam konteks Malaysia adalah lebih baik nama Allah ini hanya digunakan oleh orang Islam sahaja.

Saya merasakan tidak timbul masalah berkenaan hal ini kerana untuk tempat ibadat dinamakan masjid untuk orang Islam dan gereja untuk penganut agama Kristian dan begitu juga dengan penggunaan nama individu dalam sijil kelahiran atau kad pengenalan ianya adalah berbeza untuk orang Islam dan Kristian serta penganut agama yang lain.

Walau bagaimanapun isu ini tidak perlulah diselesaikan secara emosional melalui pendekatan demonstrasi. Adalah lebih baik kita berdemonstrasi untuk membantah tindakan kerajaan Mesir yang menyulitkan misi bantuan ke Palestin pada hari Jumaat ini selepas solat Jumaat di Kedutaan Mesir.

posted by Lidah Penghunus @ 5:31 PM   0 comments


Free Hit Counter