Monday, July 30, 2007

Petronas, KLCC dan kasut buatan Gombak

Assalamualaikum.

Sempena sambutan haru ulangtahun kemerdekaan yang ke 50 tahun Petronas telah menganjurkan satu peraduan yang dinamakan Peraduan saya anak Malaysia yang menawarkan hadiah lumayan kepada mereka yang dapat memberikan mesej yang paling tepat kepada lima iklan merdeka tajaan Petronas.

Sebagai anak Malaysia saya pun tidak mahu ketinggalanlah untuk menyertai peraduan ini. Untuk ini saya tertarik untuk memilih iklan yang bertema "kasut buatan gombak." Cumanya jika mereka berkehendakan peserta menerangkan apa mesej yang hendak disampaikan. Saya pula hendak memberikan persoalan kepada iklan berkenaan.

Persoalan saya ialah; Jika butik pakaian berjenama import milik orang Melayu pun kena 'halau' kerana tidak mampu membayar sewa premis di KLCC, apakah ada peluang untuk kasut jenama buatan Gombak di premis milik Petronas itu? Dalam iklan tersebut mereka beriya-iya menyebut tentang kebanggaan menggunakan barangan tempatan. Tetapi cuba kita lihat berapakah barangan buatan tempat dijual di Suria KLCC berbanding dengan barangan import? Itu sahaja persoalan saya untuk iklan kasut buatan Gombak. Wallahu 'alam.

posted by Lidah Penghunus @ 11:41 PM   0 comments

Mat Taib kata pengendali blog ditaja organisasi luar?

Assalamualaikum.
Dalam akhbar hari ini Ketua Penerangan Umno Malaysia, Tan Sri Muhammad Muhd Taib mendakwa penulis-penulis laman blog seperti saya ini ditaja oleh organisasi luar dengan nilai mencecah RM 100,000 sebulan.

Saya hairan bagaimana Senator Dewan Negara ini boleh mengeluarkan kenyataan dan tuduhan yang melulu seperti ini? Apakah beliau tidak tahu bahawa laman jenis blog ini boleh didaftar dan dimiliki secara percuma oleh sesiapa sahaja termasuklah pelajar sekolah? Bagaimana mungkin pengendalian laman blog yang hanya memerlukan perbelanjaan talian internet tidak sampai RM 100 sebulan ini memerlukan tajaan hingga ratusan ribu oleh organisasi luar?

Jadi Tan Sri Mat Taib perlulah mengemukakan bukti atas dakwaan beliau ini termasuklah jika beliau mendakwa pengandali laman web Malaysia Today, Raja Petra yang menerima pembiayaan sebanyak RM 100,000. Kita hendak tahu juga mana organisasi luar yang terlebih baik hati membiayai sebuah laman blog hingga 100,000 sebulan ini.


Boleh Percayakah muka dia ni?

posted by Lidah Penghunus @ 5:12 PM   0 comments

Sunday, July 29, 2007

Kejutan yang telah berlalu dan kejutan yang akan tiba.

Assalamualaikum.

Sebelum ini kita agak terkejut dengan pengumuman yang dibuat oleh peguam negara, Abdul Ghani Patail tentang kes Ketua Polis Negara dan juga bekas ketua pengarah BPR yang dikatakan tiada bukti dan seterusnya mengarahkan kedua-dua kes ini ditutup. Sebelum ini peguam negara juga pernah mengarahkan kes Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Johari Baharum ditutup kerana dikatakan tiada bukti. Sebagaimana yang kita maklum mereka yang bebas daripada tuduhan ini adalah orang yang mempunyai kedudukan tinggi dalam kerajaan termasuklah timbalan menteri.

Seolah-olah di sini wujud satu lagi 'ISA' untuk golongan ini yang memperuntukkan apa yang disebut sebagai bebas tanpa bicara. Jika peguam negara kata tiada bukti untuk mengheret mereka ke mahkamah, namun kita lihat ISA untuk 'musuh politik' pemerintah, mereka terus diheret ke kem Kemunting tanpa dikemukakan sebarang bukti. Tetapi tidak mengapalah kerana mereka akhirnya akan mengadap Allah yang maha adil juga. Di situ tiada satu apapun yang akan membebaskan mereka daripada tanggungjawab yang lalu.

Dan dalam akhbar Mingguan Malaysia hari ini di muka hadapan disebut tentang Bajet 2008 yang akan diumumkan September ini ada kejutan untuk kita rakyat Malaysia. Agaknya apakah kejutan yang dimaksudkan oleh Menteri Kewangan Kedua itu ye? Mungkinkah kerajaan akan menurunkan harga minyak? Boleh jadi juga kerana semua sudah tahu bahawa pilihanraya umum sudah dekat. Kerajaan yang diterajui oleh Barisan Nasional akan berbuat apa sahaja dalam usaha mereka menarik sokongan rakyat dalam pilihanraya. Lihat sahajalah dalam pilihanraya kecil Ijok, rakyat di Dun itu dikejutkan dengan pembagunan pesat yang serta-merta dibuat oleh kerajaan di kawasan itu.

Apapun seperti kata Tok Guru Nik Aziz, "Mereka bagi duit kita ambil, mereka bagi kopi kita bancuh, tetapi tiba hari mengundi kita pangkah Pas." Semua yang diberikan oleh kerajaan BN saat hampirnya pilihanraya sebenarnya adalah hak kita dan sepatutnya lebih awal diterima oleh kita. Jadi ianya tidak sepatutnya menjadi penghalang kepada kita untuk terus menolak mereka.

posted by Lidah Penghunus @ 5:14 PM   0 comments

Friday, July 27, 2007

Bajet dan pilihanraya.

Assalamualaikum.

Ada dua tajuk akhbar yang ingin saya sentuh hari ini. Yang pertama ialah berkenaan pertimbangan kerajaan untuk memberi bonus kepada penjawat awam dalam bajet 2008;

Kerajaan akan menimbangkan pemberian bonus kepada kakitangan awam tahun ini dalam pembentangan Bajet 2008, kata Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.
Bagaimanapun katanya, perkara itu akan diputuskan oleh kerajaan terutama Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan.
‘‘Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyatakan mereka memahami situasi kewangan kerajaan.
‘‘Tetapi seperti kebiasaannya, bonus adalah satu isu yang akan dipertimbangkan oleh kerajaan terutama Perdana Menteri dan dalam bajet, ia menjadi perkara yang akan diputuskan,” Utusan Malaysia - 27 Julai 2007.


Dan kedua ialah berkenaan ramalan Tengku Razaleigh Hamzah bahawa pilihanraya umum ke-12 jatuh pada Febuari tahun hadapan;

Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah meramalkan pilihan raya umum ke-12 akan diadakan pada Februari tahun depan dan bukannya tahun ini.
“Terlalu awal untuk diadakan pada tahun ini kerana Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) baru sahaja dimulakan belum lagi menampakkan apa yang telah dilakukan kepada orang ramai setakat ini.
“Jadi, jika ada memperuntukkan pilihan raya umum selepas Hari Raya Puasa, saya fikir adalah terlalu awal,” kata beliau sambil menambah bahawa ia adalah dalam tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk memutuskan mengenai tarikhnya. Utusan Malaysia - 27 Julai 2007.


Apapun ramalan yang dikemukakan, persediaan pilihanraya mestilah diteruskan. Kita tidak mahu ramalan-ramalan sebegini membuatkan persediaan kita menjadi longgar kerana menganggap pilihanraya lambat lagi. Samalah juga dengan mereka yang sudah bersedia untuk membuat perubahan dalam pilihanraya akan datang. Janganlah kerana tawaran bonus (baru dalam pertimbangan) itu membuatkan kita berbelah bagi.

Kerana kita sudah tahu bahawa semua itu hanyalah untuk pilihanraya. Kenyataan Ku Li yang mengatakan bahawa Rancangan Malaysia kesembilan baru sahaja dilaksanakan dan belum lagi menampakkan apa yang telah dilakukan untuk rakyat antara sebab pilihanraya belum boleh diadakan dalam masa terdekat adalah bukti bahawa kerajaan melakukan sesuatu adalah untuk pilihanraya, bukan kerana rakyat.

Kembali kepada isu pertimbangan untuk memberikan bonus kepada kakitangan awam itu tadi. Sebelum ini kita sudah dengar kenyataan daripada CUEPACS yang tidak mengharapkan pemberian bonus kepada kakitangan awam dalam Bajet 2008 yang akan dibentangkan nanti. Maka adalah baik jika kerajaan pertimbangan pula untuk melaksanakan dasar gaji minimum pekerja swasta seperti yang dituntut oleh MTUC. Kerana apabila sahaja gaji baru kakitangan awam keluar 25 haribulan yang lalu dilaporkan banyak harga barang yang naik dan ini sudah tentulah lebih membebankan kakitangan swasta yang gaji mereka masih di paras kemiskinan.

posted by Lidah Penghunus @ 11:42 AM   0 comments

Wednesday, July 25, 2007

Guna akta rimba untuk sekat kecanggihan laman blog.

Assalamualaikum.

Kerajaan akan mengambil tindakan tegas, termasuk mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 121b Kanun Keseksaan (KK) terhadap penulis laman blog yang menyentuh isu sensitif, termasuk menghina Yang di-Pertuan Agong dan Islam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, berkata kerajaan sudah banyak bersabar dan tidak akan bertolak ansur lagi dengan perbuatan keterlaluan penulis blog.
“Kerajaan tidak mahu dilihat sebagai tidak bermaya, jadi masanya sudah tiba untuk kita ambil tindakan terhadap orang seperti ini. Apakah penulis blog ingat mereka seperti Ahli Parlimen yang boleh cakap apa saja, sedangkan Ahli Parlimen pun ada peraturan sendiri.
“Saya beri jaminan kita akan ambil tindakan... kita sudah banyak bersabar," Berita Harian - 25 Julai 2007.

Laman web dan laman blog adalah salah satu medium penyampaian maklumat yang terkini dan moden yang boleh didapati menerusi teknologi internet. Bagi negara-negara yang tidak mahu ketinggalan dalam arus pemodenan global, ICT atau internet ini adalah sesuatu yang mesti dibangunkan di negara mereka, ini termasuklah negara kita Malaysia. Namun adalah sesuatu yang janggal apabila kesalahan yang berkaitan dengan teknologi yang moden dan canggih ini ditangani dengan akta rimba yang telah ketinggalan zaman yang diluluskan ketika zaman penjajah dahulu yang sepatutnya tidak digunakan lagi pada zaman ini.

Di sini kita menolak golongan yang menyalahgunakan internet untuk mempermainkan sentimen perkauman dan agama apalagi jika tujuannya untuk menimbulkan kekacauan. Namun adalah tidak wajar jika mereka ini terus ditahan tanpa melalui proses perbicaraan di mahkamah. Kita hairan mengapa susah sangat hendak bicarakan mereka di mahkamah hingga mengambil jalan mudah dengan menggunakan ISA? Sedangkan dengan teknologi maklumat yang ada lagi mudah untuk mengemukakan bukti.

Ini menunjukkan bahawa isu perkauman dan penghinaan agama yang didakwa oleh kerajaan Barisan Nasional adalah pembohongan semata-mata. Kerana takut mereka tidak mampu untuk membuktikannya dimahkamah maka peruntukan tahanan tanpa bicara dalam ISA digunakan.

posted by Lidah Penghunus @ 5:46 PM   0 comments

Hukumlah dengan niat untuk mendidik.

Assalamualaikum.

Saya teringat satu kisah perperangan yang mana Saidina Ali KWJ telah berjaya menumbangkan seorang tentera musuh dan bersedia untuk menghunuskan pedang. Namun tentera musuh tersebut meludah muka Saidina Ali menyebabkan baginda membatalkan tindakannya untuk menamatkan riwayat musuh yang berjaya ditawannya itu. Apabila ditanya Saidina Ali Bin Abi Talib menjawab "Aku takut jika aku membunuh kerana kemarahanku bukan kerana Allah."

Saya membawa kisah daripada sirah ini dalam membicarakan isu yang timbul akhir-akhir ini iaitu tindakan guru yang memberi hukuman yang agak keterlaluan kepada pelajar yang melanggar disiplin. Dalam akhbar hari ini juga Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menasihatkan guru-guru agar tidak takut memberikan hukuman kepada pelajar atas kesalahan mereka.

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang mewakili 350,000 guru di negara ini mengingatkan guru-guru supaya jangan takut menghukum pelajar yang melanggar disiplin kerana nilai moral generasi muda sekarang berada pada tahap yang membimbangkan.
Presiden NUTP, Anuar Ibrahim berkata, dalam keadaan ibu bapa sekarang, terutama kalangan profesional, semakin cerewet dan bersifat melindungi anak- anak, golongan guru perlu bersikap lebih berani atas prinsip ‘berani kerana benar’.
Beliau mengkritik sesetengah ibu bapa yang bersikap terlampau melindungi anak-anak sehinggakan apabila anak mereka dirotan atas kesalahan disiplin, mereka akan mengambil tindakan mahkamah atau menyerang guru.
‘‘Kita tidak lagi dapat melihat budi bahasa pelajar yang dulunya mempelawa untuk menghantar buku dan beg guru ke kereta.
‘‘Apa yang berlaku sekarang ialah ada pelajar berani mengherdik guru dan mengugut ibu bapa mereka akan menyaman guru,” kata Anuar di sini hari ini ketika mengulas laporan media mengenai tindakan guru-guru dalam mendisiplinkan para pelajar mereka.
Pada masa ini, katanya, ada di kalangan pelajar berkenaan mencalarkan kereta atau memancitkan tayar kereta guru jika mereka diapa-apa kan. Utusan Malaysia - 25 Julai 2007.


Di sini kita akui bahawa zaman kini tahap disiplin di kalangan pelajar pada tahap yang amat membimbangkan dan ianya memerlukan ketegasan para pendidik sendiri untuk berhadapan dengan pelajar-pelajar yang bermasalah ini. Cumanya dalam memberi hukuman kepada pelajar ini biarlah ianya berlandaskan kepada niat untuk mendidik bukan kerana terikut dengan perasaan geram dan marah kerana dengan disusuli perasaan amarah inilah wujudnya bentuk-bentuk hukuman yang melampau seperti yang berlaku akhir-akhir ini.

Di sini juga kita faham tekanan yang dihadapi oleh guru berkenaan kebiadaban segelintir pelajar yang sanggup merosakkan harta benda milik guru mereka sendiri. Namun adalah tidak wajar sesuatu yang diluar batas undang-undang ditangani dengan suatu yang terkeluar dari batas undang-undang. Apatah lagi guru itu adalah golongan profesional yang menjadi contoh kepada masyarakat. Kerana suatu tindakan yang keras dan melampau juga tidak akan menyelesaikan masalah malahan ditakuti akan mewabakkan lagi permasalahan yang lebih besar.

posted by Lidah Penghunus @ 1:07 PM   0 comments

Tuesday, July 24, 2007

Isu laman blog - Mana penulis khas yang disebut-sebut itu?

Assalamualaikum.

Pihak berkuasa bebas menyiasat serta memantau semua laman web atau blog dan tidak hanya menumpukan pada pengendali tertentu, kata Datuk Seri Najib Razak.
Timbalan Perdana Menteri berkata, semua pihak perlu sedar negara mempunyai undang-undang dan tindakan diambil terhadap sesiapa saja yang melanggar peraturan.“Tiada keputusan khusus untuk bertindak terhadap pengendali laman blog, tetapi setiap orang perlu sedar bahawa ada undang-undang di negara ini,” katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini, semalam.
Beliau diminta mengulas laporan polis oleh Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, terhadap pengendali laman blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin tengah hari semalam dan penahanan pengendali laman web Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nathaniel Tan mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA) pada 13 Julai lalu. Berita Harian - 24 Julai 2007.

Dahulu kita dengar bahawa Umno akan melantik penulis khas bagi berhadapan dengan bloggers yang kononnya memfitnah pemimpin negara yang akan diketuai oleh Datuk Seri Azalina Othman Said. Namun melihatkan berita di atas ini kita tertanya-tanya manakah penulis khas yang disebut-sebutkan itu?

Adakah mereka sebenarnya tidak mampu untuk berhadapan dengan penulis-penulis laman blog propembangkang yang sebenarnya mempunyai fakta dan hujah yang mantap hinggakan mereka kembali kepada taktik lama iaitu mengugut dan menakut-nakutkan penulis lama blog.

posted by Lidah Penghunus @ 1:24 PM   0 comments

Monday, July 23, 2007

SPR minta fatwa celup jari

Assalamualaikum.

Dalam akhbar hari ini menyatakan bahawa Suruhanjaya Pilihanraya telah pun menghantar sampel dakwat khas untuk celupan jari pengundi kepada Majlis Fatwa Kebangsaan untuk dianalisis kesannya kepada air wuduk atau air sembahyang pengundi yang beragama Islam;

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, berkata pihaknya sudah menghantar sampel itu kepada Majlis Fatwa Kebangsaan dua minggu lalu bagi mendapatkan kepastian terutama dari aspek kemungkinan ia memberi kesan kepada wuduk.
"Kita tidak mahu penggunaan dakwat khas menimbulkan persoalan atau menghalang umat Islam daripada mengundi.
"Dakwat itu akan kekal di jari bagi tempoh dua atau tiga hari, jadi adalah tepat bagi kita untuk bertanya (kepada Majlis Fatwa Kebangsaan) sama ada ini boleh memberi kesan kepada amalan wuduk," Berita Harian - 23 Julai 2007.

Di sini kita ucapkan tahniahlah kepada SPR kerana mengambil berat tentang solat umat Islam dan sensitiviti umat Islam. Tidak seperti kerajaan Barisan Nasional yang tidak menghiraukan fatwa pengharaman konsert Jom Heboh (yang dahulunya dikenali sebagai Sure Heboh) yang dikeluarkan oleh Mufti Perak kerana boleh mendatangkan gejala pengabaian solat.

Di sini adakah benar SPR begitu mengambil berat tentang sensitiviti umat Islam dan solat mereka? Ataupun semua ini hanya helah untuk mereka tidak melaksanakan tuntutan daripada pembangkang. Namun begitu awal-awal lagi Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyis Abd Majid telah menyatakan bahawa teknik celupan dakwat ini tiada masalah jika ianya tiada mengandungi bahan terlarang dan mengganggu amalan wuduk. Tambahan lagi Mufti Selangor itu mengatakan bahawa penggunaan dakwat itu adalah untuk ketelusan dan keadilan dalam pilihanraya.

Sebenarnya isunya sekarang bukanlah celupan jari itu, tetapi adalah soal ketelusan dan kejujuran dalam pengundian. Tuntutan untuk menggunakan teknik celupan jari tidak akan timbul jika SPR dan pihak kerajaan benar-benar telus dan adil dalam menjalankan pilihanraya. Bukan itu sahaja tiga lagi yang dituntut oleh Bersih iaitu suatu badan yang menuntut pemulihan perjalanan pilihanraya ialah mengemaskini daftar pemilih, memansuhkan undi pos dan membebaskan media.

Maka di sini kita juga mahu dengar fatwa daripada Majlis Fatwa Kebangsaan tentang mereka yang menipu dalam pilihanraya, bersikap berat sebelah demi memastikan mereka terus kekal berkuasa.

posted by Lidah Penghunus @ 1:05 PM   0 comments

Sunday, July 22, 2007

Kes dera pelajar - Mereka ikut siapa?

Assalamualaikum.

Di sini saya ingin mengulas sedikit tentang kejadian mendera pelajar oleh pihak sekolah yang dilaporkan oleh akhbar hari ini. Berita tentang penderaan pelajar ini juga telah mendapat perhatian oleh Kementerian Pelajaran sendiri yang membidas tindakan tersebut;

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengingatkan pendidik di seluruh negara, era guru bermaharajalela dengan bertindak sewenang-wenangnya termasuk mendera pelajar sudah lama berlalu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian 200 pelajar perempuan Tingkatan Satu hingga Lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bawang Assan dekat Sibu, yang dihukum berendam di dalam kolam ikan yang kotor, selama satu jam, kerana kesalahan seorang daripada mereka membuang tuala wanita di dalam mangkuk tandas asrama perempuan sekolah itu, Rabu lalu.
Kita akan ambil tindakan terhadap segelintir (yang mempunyai masalah disiplin) dan kalau mereka rasa boleh bermaharajalela, zaman itu dah berlalu," Berita Harian - 22 Julai 2007.

Memandangkan gejala sosial dan masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah yang membimbangkan dewasa ini kita amat setujulah pihak sekolah dan guru mengambil pendekatan tegas terhadap pelajar yang mempunyai masalah disiplin. Namun ianya tidak sepatutnya sampai mendera dan melibatkan pelajar yang tidak bersalah seperti yang terjadi dalam kes itu tadi.

Namun begitu apa yang hendak dihairankan kerana kerajaan sendiri pun mengamalkan akta yang mendera rakyat seperti ISA, Akta Polis dan sebagainya yang sepatutnya akta-akta yang jelas zalim ini tidak digunakan lagi pada zaman ini.

posted by Lidah Penghunus @ 10:44 PM   0 comments

Wednesday, July 18, 2007

Lagi tentang Najib

Assalamualaikum.

Datuk Seri Najib dalam satu sidang akhbar yang dilaporkan oleh akhbar hari ini menyatakan bahawa Malaysia bukanlah negara sekular seperti yang didakwa sebaliknya beliau berkata bahawa Malaysia adalah negara Islam berdasarkan takrifannya yang tersendiri.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Malaysia tidak pernah berpegang kepada sekularisme tetapi didorong oleh asas Islam kerana perlembagaan jelas menyebut bahawa Islam adalah agama rasmi.
“Islam adalah agama rasmi dan kita adalah negara Islam tetapi sebagai sebuah negara Islam tidak bererti kita tidak menghormati mereka yang bukan beragama Islam. Umat Islam dan orang bukan Islam masing-masing mempunyai hak,”

Ketika diajukan soalan tentang kerajaan kelihatan sedang menuju ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara sekular, Najib berkata : “Saya perlu betulkan anda.
“Kita tidak pernah menjadi sekular kerana sekular seperti yang ditakrif oleh Barat bererti meminggirkan prinsip Islam daripada cara kita mentadbir negara. Utusan Malaysia - 18 Julai 2007.


Di sini kita tertanya-tanya apakah agaknya takrifan negara Islam yang disebutkan oleh Timbalan Perdana Menteri itu. Adakah Najib dan kerajaan Barisan Nasional mentakrifkan negara Islam hanya sekadar negara yang diperintah oleh orang Islam yang Islamnya diwarisi sejak lahir, majoriti rakyatnya pula beragama Islam seperti yang tertera dalam MyKad dan negara Islam yang mereka takrifkan ini tidak perlu melaksanakan undang-undang Islam demi menjaga kepentingan pelbagai kaum dan agama?

Dan dengan takrifan ini maka lahirlah konsep Islam Hadhari yang memberi gambaran tentang perlaksanaan Islam yang terpesong daripada negara Islam yang sebenar seperti yang ditakrifkan oleh ulama' muktabar.

posted by Lidah Penghunus @ 1:01 PM   0 comments

Tuesday, July 17, 2007

Nahas Nuri - Najib patut letak jawatan.

Assalamualaikum.

Pertama sekali saya ucapkan sedalam-dalam takziah kepada keluarga terdekat mangsa nahas helikopter Nuri yang telah ditemui petang tadi. Diharapkan agar mereka semua dikurniakan kesabaran dalam menghadapi dugaan daripada Allah ini.

Dengan terhempasnya pesawat Nuri yang terbaru ini bermakna telah masuk kali ke-18 kali helikopter yang digunakan sejak tahun 1968 ini meragut nyawa perajurit negara khususnya anggota TUDM. Apa yang dikesalkan di sini Menteri Pertahanan, Datuk Seri Najib masih lagi tidak bercadang untuk menghentikan penggunaan Nuri dan menukarkannya kepada pesawat yang lebih baru. Sedangkan sepatutnya lama dahulu lagi pesawat helikopter milik TUDM ini ditukar dan digantikan dengan yang lebih moden sebagaimana negara kita sekarang mampu untuk memiliki pesawat Sukhoi dan kapal selam Scorpene.

Maka insiden yang terbaru ini bagi saya adalah lebih baik Datuk Seri Najib sebagai Menteri Pertahanan meletakkan sahaja jawatan sebagai mengambil tanggungjawab. Jika kegagalan pasukan bola sepak negara presidennya masih enggan letak jawatan kita masih boleh terima. Tetapi ini adalah soal nyawa anggota keselamatan kita yang kita amat perlukan kepakaran mereka.

Jangan nanti oleh kerana keengganan kerajaan menghentikan penggunaan helikopter lama yang telah meragut nyawa anggota tentera kita, masyarakat akan memboikot daripada menyertai TUDM, ibu bapa dan keluarga tidak akan menggalakkan anak mereka menyertai tentera udara.

posted by Lidah Penghunus @ 10:28 PM   0 comments

Najib bercakap tentang bandaraya ilmu.

Assalamualaikum.

Datuk Seri Najib Razak semasa merasmikan Simposium Antarabangsa Knowledge Cities Future of Cities In The Knowledges Based Economy mahukan pembangunan bandaraya di negara ini seiring dengan pembangunan dan infrastruktur ilmu;

Timbalan Perdana Menteri berkata, ia adalah corak yang berulang secara konsisten sejak tamadun masa silam dan tidak dapat dinafikan bandar raya yang berjaya pada masa depan adalah bandar raya berilmu.
Katanya, bandar raya tidak sepatutnya hanya dilihat kepada struktur fizikalnya kerana walaupun tidak dinafikan penting, ia tidak seharusnya dianggap definisi sebenar sebuah bandar raya.
"Bagi saya, sesebuah bandar raya yang ideal adalah yang dapat mendidik warga kotanya. Merancang membangunkan bandar raya pada era ini perlu, yang pertama mempertimbangkan pembinaan infrastruktur fizikal untuk menampung peralihan pengetahuan yang lebih hebat.
"Selain keperluan asas bandar raya seperti jalan, landasan, lebuh raya, bekalan air dan elektrik, bandar raya pada abad ke-21 mesti dilengkapi infrastruktur pengetahuan. Berita Harian - 17 Julai 2007.

Di sini tidak keterlaluan jika saya katakan Bandaraya Islam Kota Bharu sedang menuju ke arah apa yang disarankan oleh Timbalan Perdana Menteri iaitu sebagai bandaraya ilmu. Sebaik sahaja Pas mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Barisan Nasional, perkara pertama yang kerajaan negeri lakukan ialah menutup pusat-pusat hiburan yang jelas merosakkan masyarakat serta mengawal segala bentuk hiburan di negeri berkenaan.

Kerana pusat-pusat hiburan seperti disko dan kelab malam serta hiburan yang melalaikan inilah yang akan menjadi penghalang kepada penyuburan budaya ilmu di sesuatu tempat. Tidak guna jika sesuatu bandar itu terdapat banyak pusat pengajian tinggi tetapi dalam masa yang sama ianya terganggu dengan pengaruh-pengaruh yang tidak sihat di sekelilingnya yang akhirnya akan melahirkan generasi yang berilmu tetapi tidak berakhlak.

Maka sebelum Najib berkata tentang bandaraya ilmu maka terlebih dahulu beliau dan kerajaan haruslah menyingkirkan unsur-unsur yang boleh membantutkan penyuburan budaya ilmu itu sendiri.

posted by Lidah Penghunus @ 4:50 PM   0 comments

Sunday, July 15, 2007

Usul Umno Rompin yang perasan - Haramkan pemimpin PKR sertai Umno.

Assalamualaikum.

Untuk akhbar hari ahad ini saya tertarik untuk menyentuh tentang usul yang dikemukakan oleh Umno Bahagian Rompin yang mahu mengharamkan pemimpin PKR daripada menyertai semula Umno.

UMNO Bahagian Rompin akan membawa usul mengharamkan para pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menyertai semula UMNO ke perhimpunan agung parti itu nanti.
Ketuanya, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis berkata, tindakan itu adalah tepat kerana selama ini para pemimpin parti tersebut membuat pelbagai tohmahan dan fitnah secara terang-terangan terhadap para pemimpin UMNO.
“UMNO bahagian sebulat suara menyokong usul supaya para pemimpin PKR diharamkan daripada kembali menyertai UMNO pada masa depan,” katanya ketika berucap pada persidangan perwakilan UMNO Bahagian Rompin di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di sini hari ini. Utusan Malaysia - 15 Julai 2007.


Pas tidak pernah pun mengharamkan mana-mana pemimpin Umno yang keluar parti daripada menyertai Pas sedangkan kita maklum para pemimpin Umno juga tidak kurang hebatnya mencaci pimpinan Pas. Tun Dr Mahathir umpamanya, apa yang beliau tidak pernah kata kepada Pas dan pemimpinnya termasuk kepada mursyidul am sendiri iaitu Tok Guru Nik Aziz dan apa yang tidak pernah Tun buat kepada Pas antaranya peristiwa Memali, operasi lalang, penutupan SAR dan pelbagai lagi. Namun tidak ada terdetik pun untuk Pas mengharamkan Tun daripada menyertai parti itu.

Jika kita lihat kembali ketika detik perbalahan antara Parti Melayu Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh dengan Umno yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir yang ketika itu masih Perdana Menteri. Penghinaan pemimpin Semangat 46 kepada pemimpin Umno ketika itu begitu dahsyat. Namun akhirnya mereka boleh diterima kembali ke pangkuan Umno.

Jadi usul Umno Rompin itu sebenarnya hanyalah perasaan mereka sahaja yang perasan kononnya pemimpin PKR akan kembali kepada Umno. Mereka menganggap ramainya ahli serta pemimpin PKR yang keluar parti adalah keuntungan kepada mereka sedang ianya sedikit pun tidak menguntung Umno kerana ahli-ahli PKR yang meninggalkan parti ini tidak berubah sedikit pun rasa benci mereka kepada kezaliman Umno. Dalam berita harakahdaily yang dikemaskini hari ini dipaparkan bekas ketua wanita PKR Pulau Pinang yang keluar parti itu yang menyatakan bahawa Umno tidak terpahat dalam agenda beliau.

Jelasnya, sepanjang memperjuangkan nasib rakyat bersama KeADILan sejak era reformasi sehingga kini tidak pernah wujud sebarang kekesalan bahkan menyemai sikap ketelusan terutamanya isu-isu yang berkaitan masyarakat.
Sepanjang penglibatan dirinya dengan KeADILan beliau mengucapkan ribuan terimakasih pada Presiden KeADILan, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kerana membantu meningkatkan prestasi politiknya sehingga menjawat jawatan Ketua Wanita KeADILan Negeri dua tahun lalu.

Baginya, perjuangan akan diteruskan bersama parti dalam Barisan Alternatif (BA) dan sanggup turun padang sekiranya dijemput oleh parti melainkan KeADILan.
"Walaupun saya bukan lagi ahli KeADILan tetapi tetap akan turun padang membantu BA untuk memastikan Umno dan Barisan Nasional (BN) kecundang atau kalah di kubu kuat mereka, " tegasnya.
http://www.harakahdaily.net - 15 Julai 2007

Jelasnya di sini bahawa keluarnya ahli-ahli PKR mungkin sedikit merugikan PKR tetapi sedikit pun tidak menguntungkan Umno kerana Umno tetap akan mendapat tentangan yang hebat daripada parti pembangkang serta mereka yang cintakan keadilan dan bencikan korupsi.

posted by Lidah Penghunus @ 10:36 PM   0 comments

Friday, July 13, 2007

Perokok tidak akan dipilih jadi calon Pas dalam pilihanraya.

Assalamualaikum.
Dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini memetik kenyataan Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am Pas bahawa Pas tidak akan memilih ahlinya yang merokok sebagai calon pilihanraya;

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sebaliknya parti itu akan memberi keutamaan kepada mereka yang tidak merokok agar mampu memperlihatkan keperibadian yang baik dan menjadi teladan kepada masyarakat.
“Merokok disebut haram dan juga makruh. Bagi saya di bumi Kelantan yang sudah lama kita perjuangkan Islam, ia dah jadi haram.
“Kalau saya tahu dia merokok, kita tak perlu ambil dia jika ada calon lain. Pembinaan Islam di Kelantan semakin meningkat dan dalam keadaan sedemikian, kita tak perlu cari (calon pilihan raya) yang tidak mendengar kata,” Utusan Malaysia – 13 Julai 2007.

Di sini kita amat-amat bersetujulah dengan ketetapan yang dibuat oleh ketua bagi majlis syura ulama’ itu kerana Pas adalah sebuah parti yang memperjuangkan Islam maka calon yang diamanahkan untuk memimpin masyarakat juga bertanggungjawab untuk membawa agenda Islam yang diperjuangkan oleh Pas. Maka sepatutnyalah mereka menjadi contoh yang terbaik kepada masyarakat dalam pengamalan Islam yang menyeluruh dalam diri dan keluarga.

Di sini kita tidak nafikan bahawa Pas sebagai parti politik disertai oleh pelbagai latar belakang sesuai dengan slogan Pas untuk semua maka ada antara ahli-ahli gerakan Islam ini yang merokok. Ini mungkin kerana hukum tentang merokok itu masih lagi terdapat khilaf antara ulama’. Namun begitu untuk menjadi pemimpin maka Pas mesti memilih di kalangan mereka yang meninggalkan yang haram dan makruh.

Seperti kebiasaannya kenyataan Menteri Besar Kelantan ini akan mendapat ulasan yang sinis daripada pihak media itu sendiri. Ini kita dapat lihat menerusi ruangan kartun senyum kambing di bawah ini;



Bagi saya bukan sahaja undi perokok, malahan undi peminum arak pun kita alu-alukan. Ini kerana matlamat kita menyertai pilihanraya adalah untuk melaksanakan Islam dan amal maaruf nahi mungkar. Maka apabila diberi mandat untuk memerintah kelak, melalui pendekatan Islam kita akan berusaha untuk menghindari gejala dan tabiat yang buruk ini di kalangan masyarakat.

posted by Lidah Penghunus @ 4:50 PM   0 comments

Wednesday, July 11, 2007

Akademi Fikah Islam Antarabangsa sokong Islam Hadhari?

Assalamualaikum.

Dalam akhbar hari ini melaporkan tentang Anggota Akademi Fikah Islam Antarabangsa yang (IIFA) menyokong Islam Hadhari yang mereka anggap mampu membuka mata dunia tentang keterbukaan Islam.

Sehubungan itu, Malaysia sebagai pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) disaran memperkenalkan Islam Hadhari di seluruh dunia sebagai pendekatan terbaik dan ideal dalam pentadbiran negara Islam, selain mengubah persepsi negatif barat terhadap Islam.
Timbalan Pengerusi IIFA, Prof Dr Sano Koutoub Moustapha, berkata OIC boleh melaksanakan projek bersama bagi menjelaskan konsep Islam Hadhari dunia sebagai projek praktikal dan intelek.
"Kita bercakap mengenai banyak projek intelek, tetapi timbul persoalan di mana aspek intelektual dan di mana pula aspek praktikal. Berita Harian - 11 Julai 2007.

Walaupun mereka IIFA terpesona dan terpengaruh dengan Islam Hadhari yang dibawa oleh Pak Lah tetapi kita di sini lebih tahu bagaimana praktikal dan perlaksanaannya yang dilihat bukan sahaja lari daripada Islam malahan menyimpang daripada gagasan Islam Hadhari itu sendiri.
Ini samalah ketika era Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri dahulu. Ketika itu ulama' dan tok Arab yang datang ke negara ini juga pernah mengiktiraf negara ini sebagai negara Islam sedangkan ulama' dan tok-tok arab ini tidak pun dibawa melawat dua kilang arak yang terbesar dan pusat judi kasino yang terhebat di negara ini.

Maka mereka anggota IIFA ini juga sudah tentulah tidak dimaklumkan tentang konsert Jom Heboh yang telah berlangsung sehari sebelum berlangsungnya persidangan IIFA. Oleh itu apa juga usaha mereka kita di sini tidak akan berubah pendirian dalam menolak Islam Hadhari yang penuh kepalsuan itu.

posted by Lidah Penghunus @ 1:12 PM   1 comments

Tuesday, July 10, 2007

KLCC, Petronas dan peniaga Melayu.

Assalamualaikum.

Dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini sekurang-kurangnya ada 3 surat yang menyentuh tentang nasib peniaga Melayu di KLCC iaitu sebuah menara berkembar antara tertinggi di dunia yang menjadi kebanggaan negara termasuk bangsa Melayu. Surat-surat tersebut adalah berhubung dengan nasib sebuah restoran milik orang Melayu iaitu Kelantan Delights yang terpaksa dihentikan operasinya akibat kos sewa yang terlalu tinggi. Di bawah ini dipetik salah satu daripada surat daripada pembaca Utusan;

SAYA sungguh terharu membaca surat Juhaidi Abdullah bertajuk Selamatkan Peniaga Melayu yang disiarkan dalam ruangan Forum Utusan Malaysia (semalam).
Kegigihan beliau bertahan 10 tahun di Suria KLCC patut dipuji dan usaha beliau untuk meneruskan perniagaan di sana perlu disokong bukan dibunuh dengan kadar sewa yang terlalu tinggi.
Saya adalah pelanggan Restoran Kelantan Delights sejak 2001. Saya dapati masakan, harga dan mutu perkhidmatan di restoran ini boleh dibanggakan. Tidak banyak restoran Melayu bertaraf lima bintang di Lembah Klang, baik di hotel mahupun kompleks perniagaan berprestij.
Saya tidak terkejut mendapat tahu restoran ini pernah memenangi beberapa anugerah dan dalam proses difrancaiskan oleh Perbadanan Nasional Berhad.
Restoran ini boleh menjadi model dan kecekalan pengusahanya boleh dicontohi pengusaha bumiputera lain. Mesej yang jelas dalam kes Kelantan Delights ialah bumiputera boleh berniaga di tempat berprestij dan berjaya jika diberi peluang.
Saya merasa sedih dan terkejut dengan pendedahan Juhaidi bahawa daripada 325 premis di Suria KLCC, sekitar 10 peratus sahaja yang diusahakan pemilik Melayu dan antara dua, tiga unit terpaksa ditutup setiap tahun. Ini bermakna dalam tempoh 10 tahun, tidak ada lagi peniaga Melayu di Suria KLCC. Utusan Malaysia - 10 Julai 2007.


Sebelum ini juga kita telah mendengar bagaimana seorang peniaga Melayu yang mengusahakan kedai pakaian jenama Levi's dan Dockers telah di'halau' oleh pengurusan KLCC kerana tunggakan sewa. Sebenarnya inilah realiti disebalik bangunan KLCC milik Petronas yang tersergam indah yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia dan juga keuntungan Petronas yang mencecah 76 bilion. Masyarakat Melayu masih lagi terpinggir oleh arus pembangunan yang pesat ini. Bangunan yang tersergam indah itu mereka hanya mampu pandang dan lihat dengan rasa kagum sahaja.

Di sini juga saya percaya bukan sahaja untuk menjalankan perniagaan, malahan untuk membeli belah pun tidak ramai orang Melayu yang mampu di pusat membeli-belah yang berprestij itu. Akhirnya jadilah KLCC hanya sebagai tempat peleseran dan membuang masa bagi anak-anak muda Melayu.

posted by Lidah Penghunus @ 1:03 PM   0 comments

Monday, July 09, 2007

Najib sudah marah dan merapu.

Assalamualaikum.

Jika dalam akhbar semalam Datuk Seri Najib tidak cakap banyak berkenaan rekaan gambar super impose yang berkaitan dengan beliau, dalam akhbar hari ini pula Timbalan Perdana Menteri itu begitu marah serta berang terutama sekali terhadap PKR dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mungkin tindakan Najib ini akibat di'cucuk' oleh Pemuda Umno yang berslogankan "gempur" itu. Namun begitu beliau bukannya menjawab persoalan yang berkaitan dengan diri beliau sebaliknya menyerang pembangkang iaitu Pas dan PKR dan diri Datuk Seri Anwar sendiri.

Dalam pada itu, Najib mempersoalkan tindakan pemimpin tertinggi PKR yang sentiasa melihat segala tindakan kerajaan sebagai tidak betul sedangkan rakyat tahu apa yang pemimpin berkenaan lakukan ketika masih berada dalam UMNO dan kerajaan.
Tanpa menyebut nama, Najib berkata, pemimpin berkenaan disingkirkan daripada UMNO disebabkan masalah peribadi dan bukannya berpunca daripada soal dasar dan prinsip.
‘‘Jangan kita kata orang lain tidak betul, tetapi kita sendiri buat angkara yang sebaliknya yang lambat laun orang akan tahu, saya percaya orang kampung pun sudah tahu segala-galanya, tidak payahlah hendak cakap, dahulu buat apa dalam UMNO.
‘‘Bila keluar semuanya tidak betul, dasar tidak betul, padahal dalam UMNO kita tahu cerita dia, orang Pulau Pinang pun tahu cerita dia, dalam politik kena ada prinsip dan moral, jangan dahulu cakap lain, sekarang lain, semuanya tidak betul sedangkan dunia mengiktiraf UMNO sebagai parti paling berjaya dalam sistem demokrasi berparlimen,”

‘‘Hendak gabungkan Pas dengan Haji Hadi dan Nik Aziz, satu yang ekstremis, Kit Siang dan Guan Eng ekstremis, saya tidak tahu macam mana hendak bergabung, akhirnya dia (PKR) akan terjongkang di tengah-tengah, tidak boleh, jangan main silap mata, kalau tidak ada kredibeliti, tidak payahlah, akhirnya orang tidak akan yakin,” Utusan Malaysia - 9 Julai 2007.

Walaupun Najib tidak mahu memberitahu individu yang maksudkannya namun kita tahu bahawa beliau adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tidak cukup dengan serangan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemimpin Pas pun turut diserang oleh Najib dengan melabelkan mursyidul am dan presiden Pas sebagai ekstremis. Jelas di sini bahawa Najib membuat serangan membabi buta tanpa fakta yang jelas dan terlalu dipengaruhi emosi. Kita tidak perlu jawab pun rakyat boleh menilai kebenaran kata-kata Najib itu. Rakyat sudah tahu siapa sebenarnya yang memfitnah dan siapa sebenarnya yang ekstremis dan melampau.

Seperti yang saya sebutkan semalam dan seperti yang disarankan oleh dewan ulama' sepatutnya Najib harus menjawab segala persoalan yang timbul terutama sekali tentang kewujudan gambar beliau bersama Altantuya agar riak-riak fitnah dapat dihentikan, bukannya terus merapu dan menyerang membabi buta parti pembangkang.

posted by Lidah Penghunus @ 1:16 PM   1 comments

Sunday, July 08, 2007

Isu gambar - Pemuda Umno melenting, Najib tiada apa.

Assalamualaikum.

Menyentuh tentang gambar yang dikatakan gambar palsu Datuk Seri Najib Tun Razak dan Altantuya, dalam akhbar hari ini tiba-tiba sahaja Pemuda Umno melenting dan marah terhadap Tian Chua yang menghasilkan rekaan grafik gambar tersebut. Mereka Pemuda Umno menganggap bahawa Tian Chua menghasilkan gambar tersebut untuk memfitnah Datuk Seri Najib dan bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Tian Chua. Hairan! sedangkan Datuk Seri Najib sendiri pun tidak terkata apa tentang gambar tersebut sama seperti sikap beliau berkenaan kenyataan saksi berhubung gambar beliau dan mangsa.

Sebenarnya saya sendiri pun sudah melihat gambar berkenaan di Blog yang lain. Sekali pandang sahaja kita sudah tahu bahawa gambar itu adalah teknik super impose yang nampak jelas bahawa ianya direka untuk tujuan gurauan bukannya secara serius kerana hasil kerjanya yang tidak sempurna yang terlalu menampakkan teknik tampalan. Jadi tidak perlulah Pemuda Umno hendak melenting sebegitu rupa hanya kerana perbuatan nakal Sdr Tian Chua itu? Sepatutnya mereka sendiri yang harus mendesak agar Datuk Seri Najib menjawab segala kemusykilan yang timbul agar tidak lagi timbul lagi riak-riak fitnah.

posted by Lidah Penghunus @ 10:37 PM   0 comments

Umno dan sekularismenya punca Melayu berpecah.

Assalamualaikum.

Dalam akhbar hari ini, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo semasa merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Kepala Batas menunjukkan kerisauan beliau tentang apa yang dipanggil sebagai perpecahan Melayu.

Orang Melayu akan menjadi ‘bangsa gelandangan’ di negara sendiri jika berpecah dan tidak berusaha untuk bersatu, kata Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.
"Orang Melayu kini berpecah kepada tiga kumpulan iaitu Umno, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)."Jika Melayu tidak berusaha bersatu semula seperti pada masa awal penubuhan Umno pada 1946, kita akan menjadi bangsa gelandangan – ada tidak menambah, tidak ada pun tidak mengurangkan," Berita Minggu - 8 Julai 2007.

Di sini Datuk Seri Khir Toyo harus sedar bahawa punca perpecahan Umno selama ini adalah kerana dasar sekularisme yang diamalkan oleh Umno sendiri dan menolak Islam. Oleh sebab itulah seawal sebelum merdeka lagi sudah wujud 'perpecahan' yang pertama iaitu keluarnya kumpulan yangt pro-Islam dalam Umno dan menubuhkan Parti Islam Se-Tanah Melayu dan perpecahan dalam Umno ini sama ada yang besar atau yang kecil sehingga kini tidak pernah berhenti. Ini terjadi kerana bukan sahaja kerana Sekularisme yang mereka pegang malahan ianya ditambah pula dengan dasar-dasar mereka yang tidak adil, zalim, menindas, korupsi dan pelbagai lagi keburukan yang didatangkan bersama-sama sikap mereka yang menolak Islam itu.

Jadi saranan Datuk Seri Khir agar Melayu kembali bersatu seperti ketika penubuhan Umno tahun 1946 adalah amat-amat tidak tepat kerana penubuhan Umno bukanlah penyelesai masalah. Yang sepatutnya dilakukan ialaha dengan kembali kepada al quran serta ajaran Rasulullah SAW yang tetap relevan dari dahulu hingga kini. Kerana hanya dengan Islamlah sesuatu bangsa itu akan dimuliakan oleh Allah. Tentang kenyataan Datuk Khir di bawah ini pula;

Mohamad Khir berkata, beliau amat berharap orang Melayu, terutama ahli parti pembangkang khasnya PKR supaya bersatu kembali dan memberi sokongan ke arah penyatuan bangsa Melayu di bawah Umno.
"Saya minta ahli PKR, termasuk Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim utamakan kepentingan agama dan bangsa,"
Beliau berkata, bekas ahli parti itu boleh menjadi penyokong Umno terlebih dulu kerana Umno adalah sebuah parti yang mengamalkan sikap terbuka.
"Dulu ketika Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah) keluar Umno dan tubuhkan Semangat 46, kemudian parti itu bubar, Umno terima semula mereka.
"Kita tak mahu mereka (bekas ahli PKR) balik (kepada Umno) hanya untuk jawatan. Mereka kena tunjuk kesungguhan untuk bersatu padu dan menjadi penyokong yang setia membantu memperjuangkan nasib Melayu," Berita Minggu - 8 Julai 2007.

Di sini Khir Toyolah yang harus meninggalkan Umno, melepaskan jawatannya dalam kerajaan serta parti dan seterusnya menyertai parti yang memperjuangkan Islam sebagai membuktinya kesungguhan beliau memperjuangkan agama dan bangsa. Datuk Seri Anwar sudah pun membuktikannya apabila beliau ketika dahulu sanggup dicemuh oleh rakan-rakan seperjuangannya dalam percubaan beliau untuk bersatu dengan Umno untuk membersihkannya dari dalam.

posted by Lidah Penghunus @ 10:02 PM   0 comments

Friday, July 06, 2007

Pelatih PLKN siri ketiga paling bermasalah.

Assalamualaikum.

Dalam sebuah akhbar perdana hari ini disiarkan rungutan daripada pengusaha kem PLKN yang menyifatkan pelatih PLKN siri ketiga paling bermasalah dari segi disiplin dan banyak melakukan vandalisme dalam kem mereka.

Pemangku Presidennya, Datuk Mohd. Noh Rajab berkata, banyak peralatan dan kemudahan kem PLKN rosak setiap kali pelatih terbabit menjalani latihan.
“Banyak katil, pintu dan almari pecah akibat perbuatan vandalisme malah paip air juga dicabut oleh para pelatih tanpa sebarang tujuan.
“Hal ini amat menyedihkan dan pihak kami mendapati masalah tersebut paling banyak berlaku pada latihan siri ketiga berbanding siri yang lain,” Utusan Malaysia - 6 Julai 2007.


Jika sebelum ini kerajaan mengatakan bahawa PLKN yang mereka anjurkan semakin baik, ini adalah satu lagi bukti bahawa PLKN semakin bermasalah dan ianya diakui sendiri oleh pengusaha kem latihan. Sepatutnya PLKN ini mampu untuk mendidik anak-anak muda untuk berdisiplin, tetapi jika inilah yang berlaku baik dimansuh dan ditutup sahaja PLKN dan kem PLKN sama seperti kita menuntut untuk menutup kem tahanan ISA Kemunting.

posted by Lidah Penghunus @ 4:02 PM   1 comments

Iklan tidak berwajah Malaysia dihenti, iklan yang tidak Islamik tidak mengapa.

Assalamualaikum.

Dalam akhbar hari ini Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata bahawa kabinet telah mengambil keputusan untuk menghentikan semua penyiaran iklan televisyen yang menggunakan seratus peratus khidmat produksi dan pelakon dari luar negara dan menetapkan agar 70 peratus kandungan iklan televisyen wajib berwajah Malaysia.

Beliau berkata, Kabinet bertindak demikian kerana kira-kira 80 peratus iklan yang disiarkan di televisyen ketika ini tidak menggambarkan langsung identiti negara ini.
‘‘Keadaan ini amat merugikan negara dan kesan paling ketara ialah ia telah menutup peluang rakyat kita untuk maju dalam industri tersebut. Pendapatan industri ini dianggarkan sebanyak RM4.7 bilion tetapi malangnya rakyat langsung tidak mendapat manfaatnya.
‘‘Oleh itu, Kabinet memutuskan semua iklan perlu lebih berwajah Malaysia iaitu pembikinan iklan perlu dilakukan oleh pengarah serta pelakon tempatan. Begitu juga pemilihan lokasi juga perlu dilakukan di negara ini,’’

‘‘Seperti Indonesia, negara tersebut telah mewajibkan seratus peratus kandungan iklan harus berwajah Indonesia. Berbanding Malaysia kita hanya mewajibkan 70 peratus sahaja,’’ Utusan Malaysia - 6 Julai 2007.

Sebenarnya masalah penyiaran iklan di negara kita ini bukan sahaja berkaitan dengan dominasi daripada negara asing. Malahan yang lebih membimbangkan kita ialah iklan di negara ini yang memaparkan unsur-unsur negatif yang bercanggah dengan Islam sekalipun ianya dilakonkan oleh orang tempatan. Antaranya penonjolan pelakon wanitan yang berpakaian dan berkelakuan tidak sopan yang sekaligus menunjukkan unsur eksploitasi terhadap golongan wanita dan terdapat juga iklan yang menonjolkan pergaulan bebas antara lelaki dan wanita. Iklan-iklan yang berbentuk negatif ini diselang-seli pula dengan rancangan-rancangan yang berunsur positif.

Sepatutnya perkara-perkara sebegini yang perlu diambil perhatian oleh kementerian dalam memantau iklan-iklan televisyen di negara ini. Apa gunanya iklan yang hanya beridentitikan Malaysia tetapi tiada langsung beridentitikan Islam. Tetapi kerajaan kita nampaknya tidak memandang semua itu, yang lebih mereka pandang ialah keduniaan semata-mata sesuai denga pegangan Islam Hadhari mereka

posted by Lidah Penghunus @ 3:30 PM   1 comments

Thursday, July 05, 2007

Minggu suaikenal UM yang dikendalikan oleh mahasiswa Islam Hadhari.

Assalamualaikum.

Dalam ruangan forum akhbar Utusan Malaysia disiarkan kekesalan seorang bapa berkenaan minggu suaikenal untuk pelajar baru UM yang keterlaluan;

SEBAGAI seorang bapa, saya bersyukur dan berbangga apabila anak sulung dalam keluarga saya ditawarkan ke Universiti Malaya (UM) baru-baru ini.
Sehari sebelum pergi ke Kuala Lumpur, saya telah membuat sedikit majlis doa kesyukuran bagi mendoakan semoga anak saya menjadi anak yang berguna dan berjaya di sepanjang pengajiannya di situ.
Dua hari selepas anak saya menjejakkan ke UM, saya telah mendapat khidmat pesanan ringkas daripada anak saya. Dia menceritakan kepada saya berkenaan aktiviti minggu suai kenal di universiti tersebut yang boleh dianggap keterlaluan.
Tidak pernah terlintas di fikiran saya bahawa universiti paling tua itu mendidik anak-anak buahnya dengan aktiviti yang boleh dianggap biadab terhadap budaya negara kita.
Menurut anak saya lagi, mereka diarahkan menari yang dinamakan cheer yang melampau. Cuba kita bayangkan mereka dikerah membuat cheer sehingga lewat pukul 3 pagi. Bercampur lelaki dan perempuan seperti dalam konsert.
Selain itu terdapat juga senior yang menjadi fasilitator tetapi tidak menitikberatkan soal ibadah solat. Anak saya sendiri tidak dapat menunaikan solat Zuhur kerana dihalang oleh seorang fasilitator.
Sebagai pelajar baru, anak saya tidak berani untuk berdepan kerana perwatakan senior tersebut garang dan tidak mesra pelajar.
Cuba bayangkan bagaimana perasaan saya sebagai seorang ayah. Anak yang saya didik selama ini dengan ilmu agama diperlakukan sedemikian rupa oleh fasilitator universiti terkemuka itu. Saya yakin dan percaya, kejatuhan ranking UM pada tahun lalu adalah disebabkan minda mahasiswanya yang dicemari dengan budaya hiburan. Utusan Malaysia - 5 Julai 2007.


Semasa UM diwakili oleh mahasiswa yang hendak laksanakan Islam dahulu tidak pula kedengaran hal-hal sebegini berlaku dalam minggu suaikenal. Saya dahulu juga pernah melalui minggu suaikenal di sebuah Universiti (bukan UM) yang ketika itu juga diwakili oleh mahasiswa yang mahukan Islam. Program suaikenal atau orientasinya walaupun penat namun suasana Islamik dapat dirasai. Mereka para fasilitator yang bertugas begitu menitikberatkan solat terutamanya solat berjemaah dan daripada kampuslah saya mula berjinak-jinak dengan gerakan Islam. Namun kini segala-galanya berubah peralihan kuasa daripada mahasiswa pro Islam kepada mahasiswa pro Islam Hadhari telah menghasilkan suasana seperti yang disebutkan dalam keratan akhbar itu tadi. Mereka yang baru digelar mamahsiswa akan orientasi untuk menjadi seperti mereka yang hanya cintakan hiburan tanpa mahu mengambil tahu hal masyarakat.

Sebut juga tentang dunia kampus ini saya ingin menyentuh sedikit tentang kelulusan tapak Universiti Lim Kok Wing di Kelantan oleh kerajaan negeri. Di sini saya sebenarnya agar risau dengan rancangan untuk meletakkan kampus Lim Kok Wing di negeri Serambi Mekah itu. Sahabat saya ada yang pernah menjadi pelajar dan ada seorang sahabat yang sedang bertugas sebagai sebagai pensyarah di universiti milik Tan Sri Lim Kok Wing itu yang terletak di Kampus Cyberjaya. Apa yang diberitahu kepada saya kehidupan sosial pelajarnya begitu teruk sekali dan malahan ianya seperti digalakkan oleh pentadbiran universiti.

Maka disini kita bimbang jika kewujudan Universiti Lim Kok Wing di Kelantan akan membawa bersamanya unsur-unsur yang tidak baik ke negeri berkenaan. Di sini kita tidak nafikan kebaikannya kepada perkembangan pendidikan di Kelantan. Oleh itu saya berharap sangat kepada kerajaan negeri agar gunakan kuasa pemerintahan yang ada untuk mengekang segala unsur-unsur yang tidak sihat daripada masuk ke negeri berkenaan. Di sini juga saya percaya di bawah pemerintahan Tok Guru Nik Aziz segala apa yang masuk ke negeri pentadbirannya mestilah mematuhi kehendak syarak.

posted by Lidah Penghunus @ 10:56 PM   0 comments

Anggota UTK bebas ambil bom?

Assalamualaikum.

Kita amat-amat terkejut mendengar kenyataan Timbalan Komander UTK Asisten Komisioner Mastor Mohd Ariff semasa perbicaraan kes pembunuhan Altantuya yang disiarkan dalam akhbar hari ini.

Pegawai dan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) bebas membawa pulang bahan letupan yang tidak habis digunakan sewaktu latihan asas kerana tiada catatan berhubung kuantiti penggunaannya
Perbicaraan hari ke-13 kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu juga diberitahu, anggota UTK dilatih untuk melaksanakan tugas yang diarah pegawai atasan tanpa sebarang soal, seperti robot.
Saksi ke-11 pihak pendakwa, Timbalan Komander UTK, Asisten Komisioner Mastor Mohd Ariff (gambar), 45, juga mengakui tiada prosedur dalam UTK bagi membuat pemeriksaan bahan letupan, peluru dan senjata api di kuarters atau kediaman peribadi pegawai dan anggotanya.
Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Tun Abdul Majid Tun Hamzah, beliau berkata, mengikut prosedur UTK, bahan letupan yang tidak habis digunakan sepatutnya dipulangkan semula ke stor senjata.
Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan bahan letupan yang tidak habis digunakan, tidak dipulangkan ke stor senjata kerana tiada catatan mengenai kuantiti yang digunakan sewaktu latihan.Beliau bersetuju dengan Tun Abdul Majid proses pemulangan lebihan bahan letupan itu hanya berasaskan prinsip kepercayaan.
Mastor yang sudah 25 tahun berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM), berkata beliau juga tidak tahu jika ada pegawai atau anggota UTK yang menyimpan peluru, senjata atau bahan letupan di rumah masing-masing. Berita Harian - 5 Julai 2007.

Kita hairan bagaimana bom jenis C4 atau PE yang begitu bahaya kepada keselamatan negara boleh tiada sistem rekod berkenaan pengeluaran dan kuantitinya? Dan yang lebih menghairankan lagi dalam mengendalikan bahan-bahan sensitif dan merbahaya ini bagaimana mereka boleh hanya bersandarkan kepada prinsip kepercayaan kepada anggota mereka? Adakah kerana mereka itu angota unit khas maka mereka diberi keistimewaan untuk sesuka hati membawa pulang bahan letupan?

Di sini juga kita berasa amat bimbang dengan kenyataan bahawa anggota UTK dilatih untuk melaksanakan tugas yang diarah pegawai atasan tanpa sebarang soal, seperti robot. Kita takut jika ianya disalahgunakan untuk kepentingan tertentu. Jadi perkara-perkara yang disebutkan ini boleh menimbulkan keresahan di kalangan kita sebagai rakyat lebih-lebih lagi kita telah melihat apa yang terjadi kepada Altantuya. Maka kepada KPN, Tan Sri Musa Hasan yang baru sahaja disambung perkhidmatan sepatutnya tugas pertama beliau adalah memastikan agar perkara sebegini tidak berlaku dalam PDRM yang kita harap untuk menjaga keamanan.

posted by Lidah Penghunus @ 1:15 PM   1 comments

Tuesday, July 03, 2007

Hujah pembangkang di dewan rakyat dibenarkan untuk disiarkan.

Assalamualaikum.

Dalam berita tv pukul 8 malam tadi saya tertarik dengan satu berita yang menyatakan bahawa Menteri tenaga, air dan komunikasi, Dato' Seri Dr. Lim Keng Yaik akan menarik balik larangan untuk menyiarkan hujah atau perbahasan ahli dewan rakyat daripada pembangkang di televisyen.

Di sini kita menyambut baiklah keputusan Kementerian tenaga, air dan komunikasi ini kerana rakyat mahu mendengar suara wakil rakyat yang mereka pilih membela hak mereka di parlimen. Cumanya ada tiga perkara yang ingin saya sebut berkenaan keputusan ini, yang pertamanya ianya dibuat dalam masa penggal ahli parlimen dan Adun sudah di penghujung, sekarang ini semua orang sudah mula bercakap tentang pilihanraya umum yang akan diadakan seawal bulan lapan tahun ini atau bulan empat tahun hadapan.

Yang keduanya keputusan ini dibuat di era Parlimen kita hanya dipenuhi oleh beberapa kerat wakil pembangkang, tidak seperti penggal 1999-2003 dahulu yang dipenuhi oleh ramai wakil pembangkang yang bijak berpidato dan yang ketiga adakah benar mereka akan memaparkan hujah-hujah wakil pembangkang secara keseluruhannya? Atau ianya sama sahaja seperti mana mereka mengambil kenyataan pemimpin parti pembangkang secara separuh-separuh dan diputarbelitkan oleh mereka untuk kepentingan parti pemerintah.

Apapun kita tetap mengalu-alukan keputusan kerajaan ini kerana jika dengan izin Allah pilihanraya umum akan datang pembangkang dapat kembali meramaikan dewan rakyat, maka kita akan berpeluang melihat hujah-hujah yang bertenaga daripada dewan rakyat.

posted by Lidah Penghunus @ 10:17 PM   0 comments

Monday, July 02, 2007

Umno lantik penulis khas untuk hadapi bloggers.

Assalamualaikum.

Dalam menghadapi kebanjiran penulis laman blog atau blogger yang dianggap Umno sebagai penyebar fitnah dan boleh membahayakan survival politik mereka, sebuah kumpulan penulis khas telah dibentuk yang diketuai oleh Datuk Seri Azalina Othman Said.

Majlis Tertinggi (MT) UMNO akan melantik penulis khas bagi menangkis semua fitnah terhadap pemimpin negara yang disiarkan melalui laman blog di Internet sebagai strategi parti menghadapi perang siber.
Ahli MT, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melantik beliau mengetuai gerakan membendung fitnah itu pada mesyuarat MT, baru-baru ini.
Menurutnya, langkah itu adalah antara dua strategi utama UMNO dalam menghadapi pilihan raya akan datang selain mendaftarkan secara aktif ahli-ahlinya sebagai pengundi.
Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut mengenai blog yang dimaksudkan itu dan cara ia dilaksanakan nanti.
‘‘Setakat ini, kita mempunyai ramai penulis bagi menjalankan perang siber ini. Saya akan berjumpa dengan pengerusi dan ketua bahagian di seluruh negara dalam siri jelajah nanti. Utusan Malaysia - 2 Julai 2007.


Selama ini kita di pihak pembangkang telah menerima pelbagai bentuk serangan media yang begitu dahsyat daripada Umno dan Barisan Nasional melalui televisyen, radio dan akhbar yang dikuasai oleh mereka dan untuk menghadapi serangan-serangan tersebut pelbagai kaedah telah diusahakan antaranya ialah melalui laman blog dan web tv. Maka di sini kita alu-alukanlah jika Umno dan Barisan Nasional berhasrat untuk menghantar penulis jagohan mereka terjun ke arena siber berhadapan dengan penulis blog propembangkang.

Kita mahu lihat apakah jawapan balas mereka terhadap persoalan-persoalan yang kita bangkitkan terutama yang menyentuh pentadbiran negara. Jika selama ini serangan mereka melalui akhbar dan televisyen yang dibuat dalam bentuk harian itu pun kita tidak gentar maka insya-Allah dengan kehadiran penulis khas mereka di alam siber ini pun tidak akan menggugat kita sebagai penulis yang menyampaikan kebenaran.

posted by Lidah Penghunus @ 3:45 PM   1 comments


Free Hit Counter