Tuesday, May 31, 2011

Sekitar isu kenaikan tarif elektrik.

Assalamualaikum.

Pengguna lega tak terbabit.
KUALA LUMPUR: Orang ramai lega kerana kenaikan tarif elektrik yang diumumkan semalam tidak membabitkan 75 peratus pengguna domestik yang kebanyakannya adalah mereka yang berpendapatan rendah.
Mereka berpendapat ia menunjukkan kerajaan prihatin terhadap kesulitan kebanyakan rakyat yang kini terpaksa menjalani kehidupan dengan kos sara hidup yang tinggi. Pada masa sama, mereka berharap kenaikan tarif elektrik tidak mewujudkan situasi menangguk di air yang keruh oleh pihak industri untuk menaikkan harga barangan dan perkhidmatan sewenang-wenangnya. Berita Harian - 31 Mei 2011.

‘Usah beban orang awam’
KUALA LUMPUR: Golongan peniaga barangan keperluan pengguna dan pengusaha restoran diingatkan supaya mengutamakan kebajikan rakyat dan tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan berikutan pelarasan baru tarif elektrik, semalam.
Pada masa sama, pelbagai pihak yang mewakili pekerja dan pengguna mahu agensi penguatkuasaan turun padang dari semasa ke semasa bagi memastikan tidak berlakunya ‘pesta’ kenaikan harga. Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Khalid Atan, berkata MTUC bimbang pelarasan tarif elektrik akan dijadikan sebagai alasan oleh sesetengah pihak untuk menaikkan harga barangan atau perkhidmatan. Berita Harian - 31 Mei 2011.

Jangan politik tarif baru elektrik.
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan, berkata kerajaan sentiasa mengutamakan rakyat dan ia terbukti apabila semakan baru tarif elektrik yang diumumkan semalam tidak menjejaskan 75 peratus pengguna domestik yang menggunakan kurang daripada 300 kwj sebulan.
Beliau berkata, selain itu kerajaan terus membantu golongan berpendapatan rendah dengan memberikan bekalan elektrik percuma kepada pengguna domestik yang bil elektrik mereka berjumlah kurang RM20 sebulan sehingga 31 Disember ini. “Walaupun semakan baru tarif elektrik itu tidak dapat dielakkan, kerajaan tetap melindungi kepentingan rakyat dan kita harus melihat perkara itu secara positif. Berita Harian - 31 Mei 2011.


Memang benar kenaikan tarif elektrik yang diumumkan semalam ini tidak membabitkan sebahagian besar pengguna yang menggunakan elektrik kurang 300 watt sebulan. Tetapi mereka harus ingat kenaikan-kenaikan inilah yang turut melonjakkan harga barangan keperluan pengguna yang akhirnya golongan berpendapatan rendah juga menjadi mangsa.

Setiap kali harga minyak atau tarif elektrik dinaikkan memang inilah yang akan berlaku. Peniaga menaikkan harga barangan. Kerajaan kata sahaja beri amaran kepada peniaga tetapi harga tetap juga naik. Dahulu ketika harga milo ais RM 1.50 heboh diperkatakan akhbar dan media. Kerajaan pun sibuk hendak memberi amaran. Sekarang ini harganya sudah menjadi RM 1.80. Apa kerajaan boleh buat?

Sebenarnya nak salahkan peniaga pun tak boleh juga kerana penggunaan bahan api dan elektrik melibatkan kos pengeluaran. Margin keuntungan yang mereka perolehi dari kenaikan itu pun sebenatnya tidak berubah. Tetapi ada juga peniaga-peniaga tamak yang mengambil kesempatan menaikkan harga untuk mendapatkan keuntungan jangka singkat. Sentuh tentang peringatan Presiden MTUC kepada peniaga di atas ini. Kalau kerajaan sendiri pun tidak mahu mengutamakan kebajikan rakyat, bagaimana peniaga mahu ikut?

Memang nampak macam kerajaan prihatin kepada rakyat apabila kenaikan tarif itu untuk 300 watt sahaja dan penggunaan di bawah RM 20 diberi percuma tetapi pusing-pusing rakyat juga yang merana, menteri-menteri terus duduk senang lenang.

Kepada Datuk Ahmad Maslan, kita nak bagitahu politik adalah alat untuk kita memperjuangkan nasib rakyat dan jika kerajaan Barisan Nasional terus menindas dan menyusahkan rakyat maka senjata politik iaitu pilihanraya jugalah yang kita akan guna untuk menumbangkan mereka.

posted by Lidah Penghunus @ 12:58 PM   0 comments

Monday, May 30, 2011

Belia sedia pertahan Putrajaya daripada terus dihuni penzalim.

Assalamualaikum.

Najib silap baca golongan muda, kata Anwar.
Tindakan Datuk Seri Najib Razak menghimpunan belia-belia di Putrajaya dan merayu undi mereka memperlihatkan rasa gusar perdana menteri terhadap kebangkitan golongan itu yang kini menuntut perubahan, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Najib semalam mendakwa sejuta belia yang hadir di Putrajaya untuk sambutan Hari Belia Negara selama tiga hari, kononnya untuk “mempertahankan” pusat pentadbiran negara dari diambil alih oleh Pakatan Rakyat.

TV Selangor memetik Anwar berkata, hakikatnya ialah persatuan-persatuan belia itu dibawa untuk mengisi pelbagai program riadah yang dianjurkan bersama oleh agensi-agensi persekutuan dan badan-badan koperat sempena Hari Belia Negara.

“Dia kata di Mesir satu juta orang muda tuntut perubahan. Jadi di sini dia minta orang muda sokong Barisan Nasional. http://malaysiakini.com - 29 Mei 2011.

Teringat dahulu konsert sempena sambutan hari kebangsaan yang diadakan di stadium Jalil yang hadiri oleh ribuan yang rata-ratanya anak muda. Program tersebut turut dihadiri oleh Tun Dr Mahathir, Perdana Menteri ketika itu. Antara pengisian program pada malam itu ialah sidang video dengan semua Menteri Besar dan Ketua Menteri seluruh Malaysia.

Apa yang menariknya diceritakan kepada saya apabila tiba sahaja giliran Menteri Besar Kelantan, hadirin dalam Stadium Bukit Jalil bersorak apabila tertera wajah Tok Guru Nik Aziz pada skrin stadium yang membuatkan Tun Dr Mahathir tergamam. Begitulah Dr Mahathir menyangka bahawa dengan menghidangkan anak-anak muda ini konsert dan hiburan mereka akan terus dilekakan daripada mengambil berat tentang isu-isu semasa seperti kezaliman Umno dan Barisan Nasional. Ternyata Tun Dr Mahathir dan kini Datuk Seri Najib silap.

Anak muda atau golangan belia terdiri daripada pelbagai latar belakang dan termasuk dalam kumpulan ini ialah mahasiswa, golongan intelek yang mampu untuk mengungkap suatu isu secara kritis berdasarkan ilmu yang mereka perolehi. Mereka adalah golongan yang terdedah dengan teknologi maklumat yang tidak terkongkong dengan media-media lapuk kawalan Umno dan Barisan Nasional. Golongan belia juga tidak terlepas daripada dihimpit dengan kenaikan kos hidup ekoran kenaikan harga minyak dan tarif elektrik. Tambah mengharukan lagi kepada mereka yang terpaksa menganggur akibat tiada peluang pekerjaan.

Faedah-faedah yang terdapat di negeri Pakatan Rakyat khususnya Selangor juga banyak diperolehi oleh golongan belia. Antara hadiah masuk ke universiti dan air 20 meter padu percuma. Air 20 meter padu percuma umpamanya, melalui skim ini ramai pasangan muda yang baru berkahwin bil air rumah mereka berjumlah RM 0.00. Ini adalah satu rahmat kepada pasangan baru berkahwin yang ingin memulakan hidup baru yang masih belum stabil kedudukan ekonomi mereka. Ini tidak terhad kepada pembangunan kebendaan semata-mata. Belia di negeri Pakatan Rakyat juga turut dibangunkan akhlak dan sakhsiyah mereka melalui program-program yang bermanfaat. Buku Jingga yang dilancar oleh Pakatan Rakyat. Apabila Pakatan Rakyat memerintah nanti manfaatnya juga akan banyak dinikmati oleh golongan belia.

Melalui pengalaman saya sendiri ramai yang saya jumpa anak-anak muda yang sekali kita lihat kita tidak sangka bahawa mereka ini sebenarnya mengambil berat tentang isu semasa dan nampak tentang kezaliman Umno dan Barisan Nasional. Maka saya percaya golongan belia memang bersedia mempertahankan Putrajaya. Tetapi bukan untuk terus dihuni oleh Datuk Seri Najib dan mereka yang zalim, untuk diambil alih oleh Pakatan Rakyat yang akan memerintah secara adil dan saksama.

posted by Lidah Penghunus @ 1:36 PM   0 comments

Friday, May 27, 2011

Prihatinnya kerajaan BN.

Assalamualaikum.

Kekal harga bahan api bukti kerajaan prihatin.
Jumlah subsidi langsung tahun ini hampir RM20b
KEPUTUSAN mengekalkan harga petrol RON95, diesel dan petroleum gas cecair (LPG) kerana kerajaan amat prihatin terhadap beban yang ditanggung rakyat, walaupun terpaksa menanggung beban kewangan yang besar berikutan peningkatan jumlah subsidi, kata Datuk Seri Najib Razak. Perdana Menteri berkata, berikutan kenaikan harga minyak global, kerajaan terpaksa menanggung subsidi langsung hampir RM20 bilion tahun ini, sedangkan peruntukan sebenar hanya RM11 bilion. Berita Harian - 27 Mei 2011

K'jaan luluskan kenaikan tarif elektrik.
Majlis Ekonomi Negara (NEC) hari ini meluluskan kenaikan dalam tarif elektrik tetapi butirannya hanya akan diumumkan Isnin depan.
NEC yang bermesyuarat di Putrajaya hari ini dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan dihadiri oleh beberapa anggota jemaah menteri.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin dijadualkan mengadakan sidang media pada jam 4 petang Isnin bagi membuat pengumuman rasmi.
Sejak beberapa minggu lalu, anggota jemaah menteri berulang-kali mengingatkan rakyat supaya bersedia menghadapi kenaikan tarif elektrik dalam usaha. http://malaysiakini.com - 27 Mei 2011.


Kerajaan BN asyik kira beban kewangan mereka yang besar sahaja akibat pemberian subsidi. Sedangkan rakyat lebih merana dengan kenaikan harga ini. Perdana Menteri dan menteri-menteri tidak merasa semua itu. Berapa tinggi pun kenaikan harga barangan mereka tidak merasa terkesan.

posted by Lidah Penghunus @ 6:30 PM   0 comments

Thursday, May 26, 2011

Dahulukan rakyat, turunkan lagi harga minyak.

Assalamualaikum.

Harga kekal
PUTRAJAYA: Kerajaan semalam mengekalkan harga petrol RON95, diesel dan gas memasak LPG buat masa ini selepas mengambil kira pandangan semua pihak dan kepentingan rakyat.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan yang dibuat dalam mesyuarat Kabinet semalam, membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap masalah rakyat. Keputusan itu juga menolak spekulasi sebelum ini bahawa kerajaan akan menaikkan harga produk petroleum sehingga 30 sen seperti tersebar dalam laman blog dan Facebook. Berita Harian - 26 Mei 2011.

Kita menyambut baiklah pengumuman kerajaan bahawa harga RON95, diesel dan gas tidak dinaikkan. Kerana rakyat sekarang ini sudah terbeban dengan kenaikan harga barang ekoran daripada kenaikan bahan-bahan berkenaan.

Bagi saya RON97 juga perlu diturunkan ke harga yang lebih munasabah. Ini bukan kerana saya pengguna RON97, kenderaan saya hanya menggunakan RON95. Ini adalah untuk mereka yang kenderaannya terpaksa menggunakan RON97. Harga 2.90 seliter itu adalah amat membebankan bagi mereka.

Malahan jika kerajaan benar-benar prihatin akan masalah rakyat harga RON95 dan diesel juga harus diturunkan lagi supaya ribut kenaikan harga barangan ini dapat diredakan kerana kenaikan harga bahan api ini yang memberikan kesan kepada harga barangan dan keperluan melalui kos pengeluaran.

posted by Lidah Penghunus @ 5:07 PM   0 comments

Wednesday, May 25, 2011

PDAM benarkan ke harga minyak berbeza di negeri Pakatan Rakyat?

Assalamualaikum.

Cabar negeri pembangkang turunkan harga barang.
KUALA LUMPUR 24 Mei – Empat kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang dicabar menurunkan harga barang-barang keperluan terutama petrol berikutan tindakan mereka yang sering menjadikan isu harga barang sebagai modal politik.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, perkara itu bukan sesuatu yang mustahil kerana mereka boleh memberi subsidi sama seperti yang dilakukan Kerajaan Persekutuan ketika ini.
Jika itu tidak mampu dilakukan, katanya, pembangkang sewajarnya tidak memanipulasi isu tersebut kerana ia seakan-akan membohongi rakyat kononnya mereka mampu menurunkan harga barang-barang tersebut.
“Ketika ini, modal paling hangat bagi pembangkang adalah kenaikan harga barang di mana BN diertikan sebagai ‘Barang Naik’.
“Saya cabar mereka berikan subsidi sama seperti Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Parti keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang didakwa kaya-raya mungkin boleh memulakan langkah itu melalui Penasihat Ekonomi negeri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bersama setiausaha akhbar serta pegawai perhubungan awam 35 kementerian, di sini hari ini.
Ahmad Maslan menambah, keprihatinan kerajaan mengawal harga barang terbukti menerusi beberapa mekanisme kawalan harga yang tidak terdapat di negara lain.
“Hanya kerajaan Malaysia yang ada barang kawalan berjadual, Skim Kawalan Harga Musim Perayaan serta pemberian subsidi yang berjumlah lebih RM10 bilion.
“Itu pun pembangkang mahu minta turun lagi. Kalau mampu, mereka tambahlah subsidi Kerajaan Persekutuan di negeri masing-masing untuk jual kepada rakyat dengan harga murah. Kalau tidak, tak payah gunakan isu itu sebagai modal ceramah politik mereka,” katanya. Utusan Malaysia - 25 Mei 2011

Saya nasihatkan Datuk Ahmad Maslan agar tidak memperbodohkan rakyat dan belajar ekonomi sebelum mencabar negeri Pakatan Rakyat supaya menurunkan harga minyak. Yang pertamanya yang seringkali disebut oleh pemimpin Pakatan Rakyat, kuasa menurunkan harga minyak dan subsidi adalah kuasa kerajaan persekutuan.

Yang keduanya yang Datuk Ahmad Maslan harus faham, penjualan minyak di negara kita walaupun tidak sepenuhnya mempunyai ciri-ciri Pasaran Persaingan Sempurna yang mana penjual hanya penerima harga dan tiada persaingan harga, mereka bersaing dari segi kualiti dan perkara yang selain daripada harga.

Persoalannya adakah Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia akan membenarkan pengusaha stesen minyak di negeri Pakatan Rakyat menjual dengan harga yang berbeza dengan negeri lain?

posted by Lidah Penghunus @ 5:06 PM   0 comments

Dari Arkib Hunusan Lidah - Kembali kepada demonstrasi yang sebenar.

Assalamualaikum.

Kalau demo dalam stadium, baik tengok bola.
KUALA LUMPUR, 24 Mei: Pemuda PAS Pusat menolak cadangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein agar demonstrasi diadakan di dalam stadium atas alasan keselamatan awam.

Ketuanya, Nasrudin Hassan (gambar) berkata, tiada sebab KDN menghalang demonstrasi di tempat terbuka kerana penganjuran himpunan sebelum ini terbukti aman jka tiada gangguan polis.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Hishammudin bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membawa usul demonstrasi tanpa permit di stadium ke Kabinet, bagi mengelakkan penganjurannya oleh pihak-pihak tertentu mengganggu keselamatan dan ketenteraman awam.

"Pemuda memang tak bersetuju untuk (demonstrasi) buat di stadium. Kita bukan nak buat festival, bukan nak buat ekspo tapi kita nak buat himpunan yang berjalan untuk keadilan jadi kita akan bergerak dan tidak berkumpul setempat," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. http://bm.harakahdaily.net - 24 Mei 2011.

Membaca tentang cadangan Hishammuddin Tun Hussein selaku Menteri Dalam Negeri agar demonstrasi diadakan di stadium, saya terpanggil untuk menyelongkar arkib blog hunusan lidah ini bagi memaparkan kembali penulisan saya yang juga cetusan hati ekoran insiden semasa demonstrasi Protes di Stadium MBPJ, Kelana Jaya ketika tahun 2008 dahulu.

http://lindunganbulan.blogspot.com/2008/07/kembali-kepada-demonstrasi-yang-sebenar.html

Monday, July 07, 2008

kembali kepada demonstrasi yang sebenar.

Assalamualaikum.

Pada awalnya selepas berlangsung demontrasi membantah kenaikan harga minyak di ibu negara pada 12 Jun yang lalu. Gabungan yang dinamakan sebagai PROTES telah merancang untuk mengadakan himpunan yang lebih besar bertempat di ibu negara pada tarikh 5 Julai 2008. Namun tempat himpunan ini telah bertukar ke Padang Timur Petaling Jaya dan dianjakkan pada tarikh 6 Julai. Walau bagaimanapun tidak mengapalah kerana ianya masih lagi di tempat terbuka. Namun begitu pada saat-saat akhir tempatnya telah ditukar pula ke Stadium Petaling Jaya di Kelana Jaya.

Apa yang saya kesalkan di sini sudahlah demonstrasi yang sepatutnya diadakan di jalan-jalan di ibu negara ini ditukar lokasinya ke padang. Kemudiannya pihak polis tidak meluluskan pula permit di tempat berkenaan. Namun begitu mengambil kira pandangan pihak polis PROTES sedia untuk memindahkan lokasinya ke Stadium Kelana Jaya. Tetapi amat mengecewakan apabila pihak polis masih lagi enggan mengeluarkan permit dan menganggap perhimpunan itu sebagai perhimpunan haram. Bagi saya jika beginilah kerenahnya baik demonstrasi ini dibuat sahaja di ibu kota seperti di KLCC atau Dataran Merdeka. Di sana sama ada permit keluarkan atau tidak, walaupun pelbagai amaran keras dikeluarkan oleh pihak polis, kita tetap akan keluar berhimpun kerana niat kita untuk berhimpun secara aman, bukan hendak menimbulkan kekacauan.

Apa yang saya kesalkan juga di sini, sudahlah himpunan itu dibuat di stadium tertutup yang dilihat menyembunyikan kemarahan rakyat kepada umum, ianya ditambah pula dengan acara konsert yang bagi saya membunuh terus roh demonstrasi itu. Maka dengan itu saya sokonglah tindakan Pemuda Pas menarik diri daripada himpunan yang lari daripada konsep demonstrasi yang sebenar dan seru saya marilah kita kembali kepada demonstrasi yang sebenar iaitu demonstrasi yang biasa kita anjurkan di ibu kota atau mana-mana tenpat umum yang terbuka kerana demonstrasi sebegitulah yang sebenarnya menggambarkan luahan hati rakyat kepada umum.

posted by Lidah Penghunus @ 2:55 PM 1 comments

posted by Lidah Penghunus @ 1:23 PM   0 comments

Thursday, May 19, 2011

Tiada istilah pro-Anwar dan prokepimpinan ulama' dalam PAS.

Assalamualaikum.

Pertembungan kumpulan pro Anwar, ulama dalam pemilihan Pas.
KUALA LUMPUR 18 Mei - Percaturan pemilihan barisan kepimpinan baru Pas yang dijadual pada bulan depan akan menyaksikan pertembungan antara dua kumpulan dominan di dalam parti itu, pro-Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan prokepimpinan ulama.

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaie Ahmad berkata, pembentukan dua kumpulan sememangnya wujud di dalam Pas kerana ada beberapa pemimpin parti itu kini dilihat begitu liberal serta sealiran dengan pemikiran Anwar walaupun Ketua Pembangkang itu jelas berfahaman pluralisme.

Beliau berkata, tidak dinafikan kepimpinan ulama masih wujud di dalam Pas apabila jawatan Presiden parti dipegang oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi persoalannya bagaimana pula dengan pengisian jawatan nombor dua parti dan ke bawah. Utusan Malaysia - 19 Mei 2011.


Di sini saya suka memetik kembali kata-kata Tuan Guru Presiden PAS yang berbunyi "tiada istilah golongan ulama dan golongan profesional dalam PAS, yang ada ialah 'amilin, murabbi dan mujahidin".

Kalau Datuk Nakhaie berkata tentang pro-Anwar dan prokepimpinan ulama' dalam PAS, kita nak bagitahu Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz seorang tokoh ulama' PAS adalah orang yang paling kuat mahukan PAS terus bekerjasama dengan PKR yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim. Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man yang dijangka bertanding Timbalan Presiden juga adalah seorang ulama' yang tidak asing lagi di negara ini.

Saya rasa Datuk Nakhaie kena studi habis-habis dahulu hierarki dalam kepimpinan PAS. Berapa orang ulama' yang mengisi jawatan AJK PAS pusat dan di mana kedudukan Ahli Majlis Syura Ulama' dalam hierarki tersebut, baru boleh keluarkan kenyataan.

Lagipun apa masalahnya sebab Datuk Seri Anwar Ibrahim juga biasa dengan tokoh ulama yang terkemuka seperti Dr Yusuf Qardhawi dan Dr Wahbah al Zuhaili dan ini yang tidak diwar-warkan oleh media perdana yang selalu menuduh Anwar sebagai agen barat

posted by Lidah Penghunus @ 1:20 PM   0 comments

Utusan Malaysia memperjuangkan nasib umat Islam?

Assalamualaikum.

Utusan Malaysia jangan gentar.
PUTRAJAYA 18 Mei – Akhbar Utusan Malaysia digesa tidak gentar dengan tekanan daripada pihak luar untuk terus mendedahkan laporan-laporan yang memperjuangkan nasib umat Islam dan orang Melayu di negara ini. Utusan Malaysia - 19 Mei 2011.


Di bahagian belakangnya menyiarkan keputusan judi nombor ekor 'halal'. Di bahagian tengahnya menyiarkan berita-berita gosip tentang artis termasuk gambar-gambar mereka yang mendedahkan aurat. Dan muka hadapannya seringkali menyiarkan berita tentang pembohongan dan fitnah. Memperjuangkan nasib umat Islamkah namanya ini?

posted by Lidah Penghunus @ 1:09 PM   0 comments

Wednesday, May 18, 2011

Shahrizat hairan dengan gerakan pindah pengundi? Kita lagi hairan.

Assalamualaikum.

Ada gerakan pindah pengundi Melayu - Shahrizat.
MELAKA 17 Mei - Wanita UMNO hari ini mendedahkan terdapatnya usaha pihak tertentu mengubah daftar pengundi khususnya dari kawasan Parlimen yang majoritinya Melayu ke Parlimen lain tanpa pengetahuan atau kebenaran pengundi.

Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pihaknya menerima banyak laporan mengenai perkara itu yang melanda beberapa kawasan Parlimen termasuk di negeri ini.

Menurutnya, keadaan itu bertujuan mengurangkan dominasi atau majoriti pengundi Melayu di kawasan Parlimen oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Semakin banyak kita menerima maklumat seperti ini daripada Wanita Bahagian di beberapa Parlimen yang mengesan perkara ini ketika membuat pemeriksaan daftar pengundi dan mendapati pengundi sendiri tidak tahu tempat pengundian mereka diubah ke Parlimen lain," katanya. Utusan Malaysia - 18 Mei 2011.

Kalau bab pindah pengundi ni, lebih-lebih lagi dipindahkan tanpa pengetahuan atau kebenaran pengundi, maka pihak yang melakukan ini sudah tentu ianya mempunya akses kepada Jabatan Pendaftaran Negara dan SPR.

Sebagaimana yang kita maklum Jabatan Pendaftaran Negara di bawah kerajaan pusat dan SPR bukan lagi rahsia telah menjadi sebahagian daripada Umno dan Barisan Nasional. Jadi eloklah disiasat hingga ke akar umbi pihak mana yang menjadi dalang memindahkan pengundi secara besar-besaran ini terutama sekali di negeri Selangor.

posted by Lidah Penghunus @ 1:25 PM   0 comments

Sunday, May 15, 2011

Akhbar Utusan dan prinsip kebebasan maklumat.

Assalamualaikum.

Guan Eng amal double standard.
PULAU PINANG 14 Mei - Ketua Menteri, Lim Guan Eng didakwa mengamalkan sikap double standard apabila melarang akhbar Utusan Malaysia daripada membuat liputan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada sesi akan datang.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, jika Setiausaha Agung DAP itu benar-benar mengamalkan dasar kebebasan bermaklumat (FOI), perkara tersebut tidak seharusnya berlaku.

Menurutnya, jika Guan Eng mendakwa Utusan Malaysia sering menyiarkan berita berunsur fitnah, akhbar dan portal propembangkang lebih dahsyat lagi.
"Perkara biasalah kalau akhbar mengkritik. Ia sebahagian daripada amalan FOI, itu normal.
"Cuba baca Roket, Harakah dan Suara Keadilan. Mereka lagi teruk menyiarkan fitnah," katanya. Berita Harian - 15 Mei 2011.

Maksud kebebasan bermaklumat dan kebebasan media yang kita laung-laungkan ialah akhbar memberikan berita yang tepat, benar dan seimbang serta memberikan peluang semua pihak tidak kira kerajaan atau pembangkang untuk akses kepada mereka.

Tetapi akhbar Utusan Malaysia ini sudahlah berat sebelah, tidak memberikan ruang yang luas kepada pembangkang berbanding parti pemerintah. Mereka tabur pula fitnah terhadap Pakatan Rakyat dengan isu-isu sensitif yang boleh menggugat keharmonian kaum dan agama.

Jadi memang patutlah kerajaan negeri Pulau Pinang tidak benarkan wartawan mereka masuk Dewan Undangan Negeri. Datuk Seri Zahrain jangan samakan Utusan dengan Harakah, Suara Keadilan dan Roket. Ketiga-tiga berkenaan akhbar milik parti, untuk ahli sahaja.

Sedangkan Utusan sepatutnya akhbar untuk semua rakyat tetapi sudah diperkudakan oleh Umno. Ini didedahkan sendiri oleh Presiden NUJ yang juga bekas wartawan Utusan yang telah dipecat, Hata Wahari tentang pengawalan berita-berita dalam Utusan oleh pemimpin Umno. Seperti yang saya perkatakan dahulu sepatutnya Umno juga perlu ada akhbar sendiri dan mungkin boleh dinamakan sebagai Serakah.

posted by Lidah Penghunus @ 3:36 PM   0 comments

Ceramah Umi Hafilda yang tak masuk akal.

Assalamualaikum.

Malam Sabtu yang lalu saya berpeluang untuk mendengar dari dekat ceramah Umi Hafilda kerana kebetulan dibuat di tempat saya. Hendak tahu apa sebenarnya yang diceramahkan oleh Umi Hafilda ini yang membuatkan saya sudi untuk ke ceramah Umno. Memang mengarut. Rasanya orang Umno di situ yang boleh berfikir pun tidak akan terima cerita yang direka oleh Umi Hafilda ni.

Salah satu cerita mengarut dia, semasa perbicaraan kes liwat pertama dahulu Datuk Seri Anwar bawa lebih kurang 30 bomoh untuk mandrem Umi. Pada hari tersebut segala garam, taik besi dan tangkal ditaburkan ke lantai mahkamah dan kemenyan di bakar memenuhi ruang kamar perbicaraan hinggakan hakim terpaksa menangguhkan perbicaraan kerana tidak tahan bau kemenyan dan mengarahkan agar mahkamah disapu. Logik ke mahkamah boleh membenarkan perkara sebegini. Sedangkan pemeriksaan keselamatan di mahkamah sungguh ketat. Mana boleh buat sesuka hati.

Itu dah cukup untuk kita tolak semua pembohongan dan fitnah Umi Hafilda yang arwah bapanya sendiri tidak mengaku anak.

posted by Lidah Penghunus @ 3:27 PM   1 comments

Bendung penyeludupan dengan cara menyusahkan rakyat.

Assalamualaikum.

Kenaikan harga gula kurangkan penyeludupan ke negara jiran.
BACHOK: Kenaikan harga gula kepada RM2.30 sekilogram akan melumpuhkan aktiviti penyeludupan bahan subsidi itu ke negara jiran selain dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Beliau berkata, penyeludupan gula menerusi sempadan sehingga sukar dikawal sebelum ini adalah disebabkan perbezaan harga hampir RM1 lebih mahal di negara jiran.
Kerajaan baru-baru ini mengumumkan kenaikan harga gula daripada RM2.10 kepada RM2.30 sekilogram.

Bagaimanapun, ia dilaporkan menimbulkan kegelisahan di kalangan sesetengah penduduk Kelantan kerana gula menjadi bahan penting untuk membuat kuih, perencah masakan dan air minuman.

Awang Adek berkata, kerajaan berharap rakyat, termasuk di Kelantan, dapat mengurangkan penggunaan gula untuk menjaga kesihatan. http://www.bharian.com.my - 14 Mei 2011.


Inilah dia kerajaan Barisan Nasional yang dahulukan rakyat. Nak bendung penyeludupan gula ke negara jiran bukan dengan meningkatkan penguatkuasaan dan rondaan, tetapi menyusahkan rakyat iaitu dengan menaikkan harga gula. Lepas tu senang sahaja nasihatkan rakyat agar kurangkan gula atas alasan kesihatan. Kalau macam ni budak sekolah rendah pun boleh memerintah.

posted by Lidah Penghunus @ 3:17 PM   0 comments

Saturday, May 14, 2011

Pengerusi UNESCO pun tolak PPSMI dan yang sewaktu dengannya.

Assalamualaikum.

Bahasa ibunda cemerlangkan murid.
Pemantauan UNESCO buktikan kanak-kanak lebih mudah kuasai subjek sukar
.
PARIS: Kanak-kanak akan cemerlang jika didedahkan dengan pelajaran menggunakan bahasa ibunda khususnya di peringkat rendah, kata Ketua Pengarah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO), Irina Bokova.

Beliau berkata, penggunaan bahasa ibunda amat penting dalam pendidikan sekolah rendah, terutama untuk subjek sukar.

“Kita menyaksikan bukti kanak-kanak mencapai keputusan lebih baik di sekolah apabila bahasa ibunda mereka digunakan. Kita telah melakukan pemantauan di banyak negara di dunia, termasuk Mexico, Peru dan negara lain.

“Saya tahu ia membabitkan kos tinggi dan sukar dilaksanakan termasuk menyediakan buku teks dan sebagainya, tetapi pelaksanaannya menyebabkan kualiti pendidikan bertambah baik apabila bahasa ibunda diguna pakai berbanding bahasa antarabangsa lain,” katanya kepada wartawan Malaysia di ibu pejabat UNESCO di sini, semalam. Berita Harian – 13 Mei 2011.

Pada penulisan yang terdahulu saya pernah memetik deklarasi daripada laman web UNESCO yang menyentuh tentang penggunaan bahasa ibunda dalam sistem pendidikan di semua peringkat sebagai mengulas angan-angan daripada Hishamudin Tun Hussein, Menteri Pelajaran ketika itu untuk menduduki kerusi Lembaga Eksekutif UNESCO di kala kerajaan menafikan hak Bahasa Melayu melalui PPSMI.

http://lindunganbulan.blogspot.com/2007/10/hishammuddin-nak-jadi-ahli-lembaga.html

Kali ini ianya ditegaskan lagi oleh pengarah UNESCO, Irina Bokova pada wawancara sempena Mesyuarat Lembaga Eksekutif UNESCO kali ke-186 yang menyatakan bahawa kanak-kanak lebih mudah kuasai subjek sukar dengan bahasa ibunda.

Sekarang sudah jelas bahawa PPSMI menyukarkan pelajar untuk memahami sesuatu ilmu terutama sekali yang sukar. Dengan ini saya rasa tidak perlu lagilah kerajaan melayan tuntutan daripada pihak yang inginkan PPSMI.

posted by Lidah Penghunus @ 12:57 AM   0 comments

Thursday, May 12, 2011

Drama "Oh! awangku sayang" dan mahasiswa pada hari ini.

Assalamualaikum

Sisipan akhbar Berita Harian hari ini iaitu Varsiti memaparkan tentang isu yang beri tajuk siswi terlanjur yang membicarakan tentang gejala penzinaan dan kehamilan luar nikah di kalangan pelajar universiti di negara ini yang makin meruncing.

Apabila membaca tentang isu ini saya teringat tentang kisah protes terhadap drama “Oh! Awangku sayang” oleh mahasiswa pada tahun 1965 yang diceritakan oleh Muhammad Abu Bakar dalam buku bertajuk Mahasiswa Menggugat. Pada masa itu mahasiswa daripada Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) telah membantah salah satu siri drama tersebut yang mengisahkan tentang seorang mahasiswa yang dalam kerja lapangan mencabul kehormatan seorang gadis kampung yang menyebabkan gadis tersebut hamil serta mendesak penerbit dan pengarang membatalkan beberapa siri dalam drama tersebut.

Bagi PBMUM pada masa itu penyiaran drama “Oh! Awangku sayang” itu boleh menjatuhkan maruah mahasiswa, menghakis kepercayaan masyarakat terhadap mereka dan merosakkan imej bakal pemimpin negara pada masa hadapan itu. Begitulah tingginya martabat mahasiswa yang diperjuangkan oleh mereka pada masa itu hinggakan hanya sebuah drama rekaan tetapi sebab ianya membawa imej yang buruk kepada mahasiswa pun mereka bantah.

Namun kini isu mahasiswa terlibat dengan penzinaan bukan menjadi rahsia lagi, bukan hanya cerita rekaan pada drama lagi. Realitinya kini gejala pergaulan bebas dan penzinaan sering kita dengar terutamanya di dada-dada akhbar dan kaca televisyen. Apalah nasib negara kita suatu hari nanti jika mahasiswa yang menjadi pelapis kepimpinan negara menjadi seperti ini.

Dahulu ketika timbul isu mahasiswa berpolitk, saya sering mengatakan bahawa mahasiswa ini jika mereka tidak berpolitik mereka akan merempit, melepak membuang masa dan ber’couple’ jadi adalah lebih baik dibiarkan sahaja mereka berpolitik kerana ini sebagai persediaan untuk mereka menghadapi dunia kepemimpinan pada masa akan datang.

Apa yang hendak saya katakan inilah pentingnya perlu ada sesebuah kumpulan yang berperanan untuk menyeru kepada yang maaruf dan mencegah kemungkaran di kalangan warga kampus. Bayangkan ketika saya belajar dahulu adanya Persatuan Mahasiswa Islam yang giat mencegah kemungkaran dan budaya couple pun masih berlaku kes penzinaan dan buang bayi, apatah lagi jika tiada amal maaruf nahi mungkar. Hendak masukkan mereka ke Sekolah Harapan, mereka ini dah dikira golongan intelek. Takkan nak tubuhan Universiti harapan pula.

Tambahan lagi pada zaman saya belajar golongan yang menyeru kepada kebaikan ini yang menguasai Majlis Perwakilan Pelajar. Tidak mustahil semakin mewabaknya gejala sosial di kalangan mahasiswa pada hari ini kerana yang menguasai MPP hari ini golongan yang tidak mahu melaksanakan amal maaruf nahi mungkar malahan menyuburkan budaya mungkar dalam kampus.

Walau bagaimanapun masih ramai lagi sebenarnya mahasiswa yang berakhlak di negara ini yang tahan diuji dengan pelbagai cubaan. Mereka inilah yang seharusnya kita jaga dan gilap bakat kepimpinan mereka, jangan sekat mereka untuk berpolitik kerana merekalah yang sepatutnya mewarisi kepimpinan negara pada masa akan datang.

posted by Lidah Penghunus @ 1:43 PM   0 comments

Wednesday, May 11, 2011

Selamat hari jadi, Umno.

Assalamualaikum.

Ustaz kata kalau orang dah berumur 40 tahun jika tidak berubah juga menjadi baik, maka Allah akan tutup pintu hati mereka untuk berubah. Umno pada tarikh ini sudah pun berumur 65 tahun. Kalau ikut umur bekerja sudah pun bersara dan jika ikut kepada purata jangka hayat rakyat Malaysia, Umno kini menunggu masa untuk pergi.

Mungkinkah parti melayu yang pernah diharamkan ini akan berubah dasar daripada kebangsaan kepada Islam? Hati manusia milik Allah, kita tetap mengharapkan agar mereka berubah daripada memperjuangkan kebangsaan kepada perjuangan Islam dan melaksanakan keadilan.

Apapun selamat hari jadi, Umno. Semoga dipanjangkan umur dalam Islam, tetapi jika masih juga dengan perjuangan kebangsaan dan berlaku zalim, lebih baik sahaja pendek umur.

posted by Lidah Penghunus @ 5:14 PM   0 comments

Sekolah remaja hamil penuh? Sungguh menakutkan!

Assalamualaikum.

Sekolah remaja hamil penuh.
15 diletakkan dalam senarai menunggu Sekolah Harapan dan Rumah Harapan
JASIN: Sejak ditubuhkan pada awal September 2010, Sekolah Harapan dan Rumah Harapan (SHRH) Melaka sudah menerima 49 remaja hamil dan bilangannya dijangka meningkat kerana permohonan terus bertambah.
Pengerusi Lembaga SHRH, Datuk Ab Rahaman Ab Karim berkata, sepanjang tempoh itu, 28 bayi dilahirkan dengan semua diambil oleh keluarga ibu mereka.
Katanya, sehingga kini, 35 remaja menghuni rumah kebajikan berkenaan dengan sebahagiannya sudah melahirkan anak, manakala bakinya sedang menunggu masa untuk bersalin.
Mereka datang dari seluruh negara dan berusia antara 14 hingga 18 tahun, iaitu 14 dari Johor, masing-masing lapan dari Melaka dan Pahang, masing-masing lima dari Negeri Sembilan dan Kelantan, Terengganu (3), Kuala Lumpur (2) dan masing-masing seorang dari Selangor; Perak dan Sarawak.
Ab Rahaman berkata, setakat ini, 15 orang dalam senarai menunggu untuk memasuki rumah kebajikan berkenaan berikutan jumlah penghuni pada masa ini sudah mencapai bilangan maksimum.
“Kita minta mereka bersabar kerana kerajaan negeri mungkin menimbang untuk menambah kapasiti dan kemudahan sekolah itu, selain bercadang meningkatkan penerimaan penghuni sehingga 50 orang pada satu masa,” katanya.
Ab Rahaman berkata, tahun ini, kos mengurus dan pembangunan sekolah itu dijangka membabitkan kira-kira RM1.1 juta berbanding RM547,171 tahun lalu. Berita Harian - 11 Mei 2011.


Penuhnya sekolah remaja hamil ini adalah petanda betapa keruntuhan akhlak remaja kita ditahap yang membimbangkan. Kerajaan tidak kiralah kerajaan pusat atau kerajaan mana-mana negeri perlu mengambil langkah yang lebih serius untuk membendung gejala keruntuhan akhlak di kalangan remaja ini.

Kalau tidak silap-silap sekolah remaja hamil inilah yang akan meningkatkan lagi gejala penzinaan dan kehamilan di luar nikah. Lagi diperbesarkan sekolah ini makin ramai lagi yang akan hamil di luar nikah dan ianya tidak akan ada penyelesaian selagi kita tidak kembali kepada Islam.

posted by Lidah Penghunus @ 1:03 PM   0 comments

Tuesday, May 10, 2011

Umno parti olok-olok.

Assalamualaikum.

UMNO adakan pilihan raya olok-olok Julai depan.
KUALA LUMPUR: UMNO dijadual mengadakan pilihan raya olok-olok bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang pada Julai depan, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, semalam.
Katanya Barisan Nasional (BN) juga akan berbuat demikian tetapi tarikhnya dijangka dibincangkan pada mesyuarat Dewan Tertinggi BN, Jumaat ini.
Beliau berkata, soal bilakah pilihan raya umum akan diadakan terserah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tetapi UMNO tetap bersedia untuk mengadakan ‘dry run’.
“UMNO sudah mempunyai tarikhnya, mungkin pada bulan Julai tapi BN belum putuskan sehingga mesyuarat Dewan Tertinggi BN Jumaat ini,” katanya pada sidang akhbar di Menara Datuk Onn di sini, semalam. Berita Harian - 10 Mei 2011.


Nampaknya bolehlah Umno dan Barisan Nasional digelar sebagai parti olok-olok kerana buat pilihanraya olok-olok, buat video seks olok-olok, tuduhan liwat pun olok-olok kemudian buat sumpah olok-olok. Akhbar dan media kawalan mereka suka memperolokkan pembaca. Bayangkan jika pilihanraya yang betul-betul ni pun mereka menipu dan sanggup memperolokkan rakyat dengan pelbagai cara. Apatah lagi pilihanraya olok-olok.

Apa yang penting untuk saya sampaikan di sini apabila Umno dan BN sudah buat pilihanraya olok-olok berkemungkinan Pilihanraya Umum sudah tidak lama lagi, tidak mustahil dua atau tiga bulan sahaja lagi selepas tarikh berlangsungnya pilihanraya olok-olok yang mereka rancang. Kerana jika kita lihat kembali sebelum Pilihanraya Umum ke-12 tahun 2008 lalu Umno dan BN telah mengadakan pilihanraya olok-olok pada 5 Januari 2008. Dua bulan selepas itu iaitu 8 Mac 2008 berlangsungnya Pilihanraya Umum ke-12.

Jadi kita Pakatan Rakyat sudah semestinya dalam keadaan bersedia bukan sahaja untuk berhadapan dengan Barisan Nasional, malahan dengan jentera kerajaan pusat termasuk SPR, PDRM, TV3, RTM Utusan dan Berita Harian yang bertindak sebagai parti komponen mereka.

posted by Lidah Penghunus @ 1:06 PM   0 comments

Saturday, May 07, 2011

Antara PAS - UMNO dan Hamas - Fatah.

Assalamualaikum.

Mukhriz: Perdamaian Hamas-Fatah wajar jadi iktibar penyatuan Pas-UMNO.
BESUT 6 Mei - Perjanjian damai dua pihak yang bertelagah di Palestin, Hamas dan Fatah wajar dijadikan iktibar kepada Pas agar parti itu bersedia untuk berbaik-baik dengan UMNO.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, peristiwa bersejarah penyatuan Hamas dengan Fatah itu adalah contoh terbaik sebagai ukuran kepada kerjasama Pas-UMNO untuk menyatukan seluruh umat Islam.

Malah jelasnya, sudah tiba masanya bagi Pas untuk bersama-sama UMNO demi kepentingan bangsa, agama dan negara.

"Kalau Hamas dan Fatah yang sekian lama bersengketa sesama sendiri boleh berdamai, kita (Pas dan UMNO) bila lagi. "Kenapa Pas dan UMNO tak boleh (bersatu), dah tiba masa bagi Pas dan UMNO bersatu untuk perpaduan umat Islam di negara ini," katanya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Besut di sini, hari ini. Utusan Malaysia - 7 Mei 2011.

Apabila membaca tentang perjanjian damai antara Hamas dan Fatah di Palestin, saya menjangkakan bahawa isu ini akan dijadikan modal oleh Umno untuk membenarkan apa yang mereka sebut sebagai penyatuan Umno dan PAS di negara ini. Jangkaan saya itu ternyata benar apabila anak Tun Dr Mahathir, Datuk Mukhriz menyebutkan isu ini.

Di sini mudah sahaja. Kita lihat balik kaedah Fiqh Aulawiyah atau Fiqh Keutamaan oleh Dr Yusuf al-Qardhawi. Di Palestin musuh Hamas dan umat Islam di sana adalah rejim Zionis. Hamas mustahil untuk berpakat dengan Zionis, Fatah sebagaimana yang kita maklum cenderung kepada perjanjian damai dengan Israel atau Yahudi, tetapi perjanjian damai Hamas - Fatah ini telah dikecam hebat oleh Israel dan akan membuatkan Fatah menjauhi Israel. Maka keutamaan di sini ialah Hamas perlu berpakat dengan Fatah untuk berhadapan dengan Zionis bukan sahaja musuh negara mereka tetapi musuh kita seluruh umat Islam.

Di Malaysia tiada ancaman daripada rejim Israel secara fizikal tetapi umat Islam di negara ini terancam dengan agenda zionis yang meracuni pemikiran umat Islam negara ini secara senyap-senyap. Salah satunya adalah hiburan melampau yang diberi ruang yang luas oleh Umno demi survival politik mereka (Baru sahaja diberitakan Najib menjadi tamu Hot FM). Jangan lupa Umno juga menggunakan khidmat musuh Hamas dan Fatah iaitu APCO sebagai penasihat.

Di negara kita ada DAP yang turut menentang keterlibatan Umno dalam APCO. Ketika dahulu DAP bersama-sama dengan PAS menentang rancangan Umno untuk melesenkan judi perlawanan bola sepak sempena Piala Dunia. DAP juga adalah parti bersama-sama dengan PAS dan PKR menentang segala bentuk kezaliman dan salah guna kuasa yang diamalkan oleh Umno dan Barisan Nasional. Jadi keutamaannya PAS perlu berpakat dengan DAP untuk menentang Umno dan Barisan Nasional dalam matlamat mewujudkan sebuah negara yang adil dan berkebajikan.

posted by Lidah Penghunus @ 5:36 PM   0 comments

Thursday, May 05, 2011

Amerika namakan Ayman untuk mereka terus menceroboh negara umat Islam.

Assalamualaikum.

Kini giliran Ayman.
Amerika jadikan pengganti Osama musuh nombor satu negara
WASHINGTON: Amerika Syarikat memberi amaran bahawa pengganti Osama bin Laden sebagai pemimpin al-Qaeda bakal menjadi musuh nombor satu negara itu selepas pengasas pergerakan berkenaan dibunuh di kediaman sulitnya di Abbotabad oleh komando SEAL.

Pengarah Agensi Perisikan Pusat, Leon Panetta, merujuk kepada pemimpin nombor dua al-Qaeda, Ayman al-Zawahiri sebagai sasaran baru, walaupun belum ada kenyataan bila Ayman akan mengambil alih.
“Beliau (Ayman) semakin berada di senarai atas (sebagai musuh nombor satu Amerika) dengan pantas,” kata Panetta dalam rancangan televisyen CBS, Evening News with Katie Couric. Berita Harian – 5 Mei 2011.

Benarlah firman Allah dalam Surah al-baqarah ayat 120 yang bermaksud “orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan sekali-kali redha (senang) kepada kamu sehinggalah kamu mengikuti mereka”. Walaupun Osama Bin Laden yang Amerika tuduh sebagai pengganas berjaya mereka bunuh namun ianya tidak akan membuat mereka, Amerika dan yahudi menghentikan salah anggap mereka terhadap dunia Islam.

Kini mereka menggunakan nama Ayman al-Zawahiri sebagai tiket untuk meneruskan permusuhan mereka terhadap dunia Islam khususnya para pejuang Islam. Dan tidak mustahil ini juga sebagai alasan untuk mereka meneruskan pencerobohan mereka ke atas negara umat Islam seperti Afghanistan dan Iraq.

posted by Lidah Penghunus @ 5:38 PM   0 comments

Wednesday, May 04, 2011

Harga RON 97 dinaikkan sebagai hadiah Hari Pekerja.

Assalamualaikum.

Petrol RON 97 naik 20 sen lagi menjadi RM2.90.

Bermula tengah malam ini, petrol RON 97 akan dijual pada harga baru, iaitu RM2.90 seliter.
Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.
RON 95 kekal pada harga RM1.90 seliter.
Kenaikkan RON 97 ini adalah yang tertinggi dalam sejarah negara dan dipercayai berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran. http://malaysiakini.com - 4 Mei 2011.

Tiga hari yang lepas sempena hari pekerja rakyat telah berhimpun untuk menyatakan bantahan mereka tentang kenaikan harga barangan yang menghimpit golongan rakyat yang rata-ratanya adalah golongan pekerja. Namun ianya bukan mendapat simpati daripada kerajaan tetapi kerajaan melalui pihak polis telah menangkap mereka yang berhimpun secara aman itu.

Malahan hari ini kerajaan Barisan Nasional telah menaikkan harga pula petrol RON 97 kepada RM 2.90 seliter. Walaupun ianya adalah petrol yang berprestasi tinggi tetapi bagi saya harga RM 2.90 itu adalah terlalu tinggi dan amat membebankan bagi rakyat sebuah negara pengeluar minyak seperti Malaysia ini.

Memang benar kebanyakan rakyat menggunakan RON 95 dan harga petrol jenis masih ini lagi kekal. Tetapi kerajaan BN menzalimi mereka yang terpaksa menggunakan RON 97 untuk kenderaan mereka dan menafikan hak rakyat untuk menikmati petrol yang berkualiti pada harga yang rendah.


posted by Lidah Penghunus @ 11:22 PM   0 comments

Menentang bergabung dengan orang zalim dikira pengkhianat Islam?

Assalamualaikum.

Pengkhianat Islam.
KUALA LUMPUR 3 Mei – Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya menyifatkan pihak-pihak yang menentang penyatuan antara UMNO dan Pas sebagai pengkhianat Islam.
Selain itu beliau berkata, mereka juga boleh dianggap pendukung fikrah puak Khawarij iaitu sebuah kumpulan yang amat bencikan kesatuan di dalam Islam.
“Penyatuan (UMNO dan Pas) sebenarnya adalah wajib khususnya untuk kekuatan Islam dan Malaysia amnya. Semua pihak wajib berusaha ke arah itu,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Isu penyatuan serta kerjasama antara UMNO dan Pas bukan satu perkara baru malah ia telah dibincang serta dibahaskan sejak sekian lama sama ada di media mahu pun di kalangan rakyat.
Kerjasama yang dimaksudkan berkaitan dengan perkara membabitkan kepentingan Islam dan Melayu, bagaimanapun usaha itu sering terbantut ekoran keengganan Pas untuk berbuat demikian.
Berbeza dengan Pas, pucuk pimpinan UMNO termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat lebih terbuka dan positif dalam usaha tersebut.
Terbaharu Perdana Menteri berkata, sudah tiba masanya Pas meninggalkan pakatan pembangkang khususnya DAP yang ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.
Juanda berkata, al-Quran sendiri telah memerintahkan supaya umat Islam bersatu padu dan Islam perlu ditegakkan. Utusan Malaysia – 4 Mei 2011.


Yang pertamanya kita sendiri kurang yakin bahawa ini adalah kenyataan sebenar daripada mufti Perlis kerana faham-faham sahajalah sifat munafik Utusan Malaysia ini yang suka memputarbelitkan kenyataan orang terutama terutama sekali yang akan menguntungkan bos mereka iaitu Umno dan Barisan Nasional.

Tetapi jika ianya benar kenyataan daripada Dr Juanda Jaya sendiri, kita tidak tolak perpaduan, apatah lagi apabila ianya menguntung Islam dan menegakkan amal maaruf nahi mungkar. Namun saya nak tanya adakah dikira pengkhianat Islam orang yang menentang penggabungan dengan parti yang menolak hukum Islam? Adakah dikira pengkhianat Islam orang yang tidak mahu PAS berkawan dengan parti yang tidak melaksanakan amal maaruf nahi mungkar malahan menyuburkan kemungkaran di dalam negara?

Adakah seseorang itu mengkhianati Islam apabila dia menentang penyatuan dengan parti yang mengamalkan akta zalim yang bertentangan dengan Islam iaitu ISA, malahan pemimpinnya sendiri senada dengan Amerika apabila menuduh suatu kumpulan Islam sebagai pengganas? Dan adakah pengkhianatan terhadap Islam apabila seseorang itu menolak bergabung dengan Umno yang selama ini mengamalkan korupsi, kronisme dan nepotisme yang menindas ekonomi rakyat.

Memang benar DAP tidak memperjuangkan Islam, tetapi dalam beberapa perkara parti ini senada dengan Islam yang diperjuangkan PAS apabila menentang kezaliman, penindasan, dan ketidakadilan ekonomi yang diamalkan oleh Umno dan Barisan Nasional. Tambahan lagi melalui penerangan yang dibuat oleh PAS sedikit demi sedikit DAP sudah mula terima perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. Ini berbeza dengan sikap MCA terhadap Islam apabila awal-awal lagi mensyaratkan PAS meninggalkan perjuangan Islam untuk parti itu menyertai Barisan Nasional.

Lihat sahaja negeri-negeri yang diperintah oleh PAS yang bergabung dalam Pakatan Rakyat berbanding dengan negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional. Walaupun tidak dapat melaksanakan Islam sepenuhnya tetapi masjid-masjid dapat diimarahkan dengan program-program yang bermanfaat untuk perkembangan Islam. Ustaz-ustaz tidak lagi disekat untuk menyampaikan Islam yang sebenar. Penerangan tentang hukum hudud dan negara Islam diberi ruang yang seluas-luasnya, institusi pendidikan Islam diperkasakan dan penguatkuasaan enakmen Islam dapat dipertingakatkan dalam usaha mencegah kemungkaran.

Ini berbeza dengan Umno yang bukan sahaja tidak mahu melaksanakan Islam, tiada usaha untuk mendidik rakyat tentang pelaksanaan undang-undang Islam, malahan disekat mereka yang ingin memberi penerangan tentang Islam yang sebenar. Sepatutnya Dr Juanda kena nasihatkan juga Umno agar tinggalkan MCA kerana penggabungan Umno dengan MCA yang membuatkan Umno dulu, kini dan selamanya tidak melaksanakan hukum Islam dalam pemerintahan mereka.

posted by Lidah Penghunus @ 9:30 AM   0 comments

Tuesday, May 03, 2011

Mengapa Najib hendak keluarkan kenyataan yang senada dengan Amerika?

Assalamualaikum.

PM: Dapat pulih imej Islam.
KUALA LUMPUR 2 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak berharap kematian pengasas al-Qaeda, Osama bin Laden yang terbunuh dalam satu serangan tentera Amerika Syarikat (AS) hari ini akan membuatkan dunia menjadi lebih aman, selamat dan adil.
Perdana Menteri juga berharap kematian Osama akan dapat memulihkan semula nama baik Islam yang tercalar ekoran imej negatif dibawa oleh pengasas al-Qaeda itu.
Beliau bagaimanapun mengingatkan kepada semua pihak bahawa meskipun kematian Osama memberi tamparan hebat kepada al-Qaeda, namun itu tidak bermakna pergerakan tersebut akan terkubur sama sekali sebaliknya ia tetap boleh disusun serta digerakkan semula.
“Kita tidak boleh anggap segala-galanya telah tamat ekoran kematian Osama tetapi jelas kehilangannya merupakan satu kehilangan bagi pihak al-Qaeda terutama dari segi kekuatan kepada pergerakan itu.
“Di peringkat negara pula tiada tanda pergerakan al-Qaeda wujud. Namun begitu pihak polis akan terus berada dalam keadaan berjaga-jaga termasuk mengesan jika ada apa-apa tindakan daripada mana-mana pihak untuk menunjukkan simpati kepada kematian Osama,’’ katanya. Utusan Malaysia – 3 Mei 2011.

Di sini saya ingin mempersoalkan kenyataan daripada Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri Malaysia yang menyambut baik kematian Osama Bin Laden yang dituduh sebagai pengganas oleh Amerika Syarikat. Kenyataan Najib ini seolah-olah menampakkan bahawa beliau senada dengan Amerika yang melabelkan Islam sebagai pengganas sedangkan kita maklum Amerika Syarikat sudah lama menunjukkan permusuhan mereka dengan orang Islam dan sentiasa akan melabelkan orang Islam sebagai pengganas walaupun mereka sebenarnya mempertahan diri. Adakah kenyataan Najib ini atas nasihat APCO? APCO yang kita sedia maklum dimiliki oleh Zionis yang sentiasa memusuhi Islam dan di belakang mereka adalah Amerika.

Apa yang hendak kita nyatakan di sini, method perjuangan PAS dan al-Qaeda adalah berbeza kerana PAS memperjuangkan Islam melalui jalan demokrasi dan pilihanraya. Tetapi kita menentang tindakan menuduh sesuatu kumpulan Islam sebagai pengganas yang terlibat dengan aktiviti keganasan tanpa sebarang bukti yang kukuh. Ini termasuklah di Malaysia yang menuduh sesuatu pihak sebagai pengganas lalu disumbat mereka ke kem tahanan Kemunting tanpa melalui proses perbicaraan yang adil. Semua ini dilakukan bagi mengampu Amerika dan Zionis yang tidak mahu lihat Islam itu bangkit dan seterusnya memadamkan roh jihad di dalam jiwa umat Islam.

posted by Lidah Penghunus @ 11:06 AM   1 comments

Monday, May 02, 2011

MCA suruh PAS tinggalkan perjuangan Islam sebelum masuk BN!

Assalamualaikum.

MCA beri syarat PAS sertai BN.
AYER KEROH: MCA tidak membantah jika PAS mahu menyertai Barisan Nasional (BN) dengan syarat parti itu perlu bersedia mengetepikan dasar menubuhkan negara Islam.
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, berkata pendirian MCA yang menolak penubuhan negara Islam adalah jelas dan diketahui parti komponen Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO.
“Saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya PAS keluar pakatan pembangkang adalah baik bagi perpaduan Melayu dan masyarakat Islam. “Jika mereka (PAS dan UMNO) ingin bertemu dan berbincang, kita tiada masalah. Dalam negara demokrasi, pelbagai pihak bebas mengadakan pertemuan dari masa ke masa bagi membincangkan isu bersama,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Kem Sumbang Saran Pemimpin MCA Nasional di sini semalam.
Soi Lek diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri supaya PAS keluar daripada pakatan pembangkang yang jelas tidak memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara. Hadir sama Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong. Berita Harian - 2 Mei 2011.


Apa cerita ni Najib, Muhyidin? Kamu suruh PAS keluar Pakatan Rakyat, tinggalkan DAP kerana kononnya sejak PAS berkawan dengan DAP parti Islam ni makin lari daripada perjuangan Islam. Alih-alih PAS belum pun nyatakan hasrat mereka untuk sertai BN tetapi MCA rakan sebantal kamu tu dah syaratkan PAS tinggalkan perjuangan menubuhkan negara Islam sebelum masuk BN.

DAP tidak pernah suruh PAS tinggalkan dasar perjuangan Islam untuk parti-parti itu bergabung dalam Pakatan Rakyat, malahan hingga kini pun DAP tahu bahawa prinsip perjuangan PAS tidak pernah berubah iaitu penubuhan negara Islam. Jadi kita tahulah sekarang siapa sebenarnya yang gadaikan perjuangan agama dan bangsa demi Pakatan dan pemuafakatan politik.

posted by Lidah Penghunus @ 10:34 PM   0 comments


Free Hit Counter