Thursday, October 11, 2012

Insiden yang menjadi salah satu sebab mengapa harga kenderaan perlu diturunkan.

         Assalamualaikum.

Kemalangan jam 4.30 pagi itu berlaku ketika ibu Nursyamira bersama lima adik tirinya serta dua kenalan dalam perjalanan dari rumah mereka di Kampung Gong Pauh, di sini, ke rumah Nursyamira di Kampung Bukit Tunggal, Kuala Terengganu.

Bagaimanapun, Perodua Viva yang dinaiki lapan penumpang itu terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung sebuah bas ekspres membawa 23 penumpang dari Kota Bharu dalam perjalanan ke Kuantan. Harian Metro – 11 Oktober 2012.

Bagi saya insiden kemalangan yang meragut nyawa lapan penumpang dalam satu kereta yang dilaporkan oleh tabloid Harian Metro hari ini adalah salah satu sebab mengapa harga kenderaan perlu diturunkan. Bayangkan kereta Perodua Viva terpaksa dinaiki oleh lapan orang, bagai manakah agaknya keadaan penumpang di dalamnya pada masa itu.

Di negara kita memang tidak dapat dinafikan masih terdapat kereta yang harganya murah, tetapi kapasitinya seperti harganya jugalah. Sesebuah keluarga yang semakin besar dan bertambah ahli keluarga maka mereka memerlukan kenderaan yang boleh menampung penumpang yang ramai.

Namun oleh kerana kenderaan jenis ini agak mahal maka mereka tidak mampu untuk memiliki kenderaan tersebut dan mahu tidak mahu terpaksa jugalah mereka berhimpit dalam satu kenderaan dan perkara inilah yang membawa kepada risiko kemalangan.

Oleh itu saya sokong hasrat Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga kenderaan apabila mengambil alih Putrajaya nanti kerana dunia moden sekarang ini kenderaan khususnya kereta bukan lagi satu kehendak, tetapi adalah keperluan.

posted by Lidah Penghunus @ 11:37 AM   0 comments


Free Hit Counter