Sunday, March 30, 2008

Nostalgia himpunan BERSIH ketika kemenangan dalam genggaman.

Assalamualaikum.

Semalam ketika ke Kuala Lumpur untuk suatu urusan saya melalui Dataran Merdeka dan Jalan Masjid India. Setiap kali melalui jalan-jalan berkenaan saya pasti akan teringat kembali kepada peristiwa yang boleh dianggap bersejarah iaitu Himpunan BERSIH yang berjayta menghimpunkan lebih 100,000 rakyat bagi menuntut pilihanraya yang adil dan bersih.

Apabila sudah mencapai kemenangan, terutamanya apabila dapat menawan beberapa negeri khususnya Selangor berbaloi rasanya apabila terkena tembakan gas pemedih mata dan air kimia semasa berhimpun 10 September tahun lalu, hilang rasa pedih dan perit angkara pasukan yang dipergunakan oleh Umno dan Barisan Nasional itu. Namun begitu perjuangan BERSIH belum berakhir sebenarnya, banyak lagi penipuan yang telah berlaku semasa pilihanraya umum ke-12 yang lalu.

Cumanya seperti yang saya perkatakan dahulu kebangkitan rakyat telah berjaya menewaskan penipuan BN dan SPR. Oleh itu perjuangan akan diteruskan untuk memastikan pilihanraya umum di negara ini benar-benar BERSIH.

posted by Lidah Penghunus @ 11:59 PM   0 comments

Saturday, March 29, 2008

Maaf sebab lama tidak kemaskini.

Assalamualaikum.

Saya memohon maaf kepada para pembaca kerana lama tidak kemaskini blog lindungan bulan ini. Buat masa ini mungkin saya tidak akan kemaskini blog ini hingga masa yang akan ditetapkan. Untuk itu saya jemput tuan-tuan ke blog ini http://meowsoleh.multiply.com/

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

HIMPUNAN RAKYAT DAN MUNAJAT PERDANA.

31 Mac 2008, 8 Malam.
Stadium Melawati, Shah Alam.
.
YB Tuan Guru Abddul Hadi Awang.
YAB Tan Sri Khaled Ibrahim.
YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa.
YB Dato' Dr Hasan Mohd Ali.
.
Semua dijemput hadir.

posted by Lidah Penghunus @ 1:39 AM   0 comments

Monday, March 24, 2008

Padah mandat haram.

Assalamualaikum.

Tetap sokong Idris -- 23 ADUN buat pengakuan dalam pertemuan dengan PM. Utusan Malaysia - 24 Mac 2008.

PM pertahan lantik Idris. Utusan Malaysia - 24 Mac 2008.

Ahmad terima watikah pelantikan.
KUALA TERENGGANU 23 Mac – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Ahmad Said, 51, hari ini menerima watikah pengisytiharan pelantikan sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru dalam satu istiadat tertutup di Istana Tetamu di sini.
Watikah itu diserahkan kepada Ahmad oleh Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman di bilik tamu istana berkenaan. Utusan Malaysia - 24 Mac 2008.


Akan dipecat sejurus angkat sumpah.
KUALA TERENGGANU 23 Mac – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Ahmad Said, 51, yang menerima watikah perisytiharan pelantikan sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru hari ini, akan dipecat keahliannya dalam UMNO sebaik sahaja mengangkat sumpah jawatan tersebut. Utusan Malaysia - 24 Mac 2008.


Terima keputusan MPPR – Rakyat
KUALA TERENGGANU 23 Mac – Rakyat Terengganu mahu semua pihak menerima dan menghormati keputusan Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) yang melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Ahmad Said, 51, sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru.
Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar bandar raya ini mendapati, rakyat berpendapat, keputusan yang dibuat oleh MPPR perlu diterima bagi mengelak dituduh menderhaka kepada istana.
Peniaga kedai runcit, Shukri Long, 38, percaya pemilihan calon Menteri Besar yang dibuat oleh pihak istana dibuat selepas mengambil kira kepentingan rakyat.
“MPPR telah berkenan melantik ADUN Kijal sebagai Menteri Besar yang baru, maka semua pihak perlu menerimanya,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Katanya, jika pihak tertentu tidak mahu menerima keputusan itu, mereka boleh dituduh menderhaka.
Pandangan itu turut disokong oleh peniaga buah, Arra Sidek, 40, yang berkata, keputusan MPPR tidak harus dipertikaikan sebaliknya perlu dihormati oleh semua pihak.
“MPPR telah membuat keputusan yang terbaik dalam perkara ini dan saya berharap Menteri Besar yang baru akan berusaha membawa pembangunan yang lebih menumpu kepada kepentingan rakyat,” katanya.
Seorang lagi peniaga buah, Zainal Abidin, 48, berkata, peluang perlu diberikan kepada Ahmad untuk meneraju negeri ini kerana MPPR berpendapat, beliau merupakan calon terbaik untuk jawatan itu.
“Kita sebagai rakyat Terengganu perlu menerima keputusan yang dibuat oleh MPPR kerana jika tidak ikut, kita seperti menderhaka kepada sultan,” ujarnya.
Penarik beca yang hanya mahu dikenali sebagai Awang, 70, berkata, dia tidak kisah siapa yang dilantik untuk menerajui negeri ini asalkan pemimpin itu membawa kebaikan kepada rakyat.
“Saya hanya seorang penarik beca, tidak tahu apa-apa tapi jika orang yang dilantik boleh. Utusan Malaysia - 24 Mac 2008.


Hormat keputusan istana.
KUALA LUMPUR 23 Mac – Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu perlu menghormati keputusan yang dibuat oleh Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) dan tidak seharusnya menolak pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar secara terbuka.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Al- Habshee berkata, tindakan UMNO Terengganu yang menentang secara terang-terangan pilihan MPPR itu secara tidak langsung mencerminkan sikap biadap mereka yang tidak menghormati kedaulatan kesultanan Melayu. Utusan Malaysia - 24 Mac 2008.


Semua Umno bahagian sokong Ahmad MB baru.
KUALA TERENGGANU: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang mendakwa semua Ketua Umno Bahagian di Terengganu, kecuali Besut, menyokong pelantikan Ahmad sebagai Menteri Besar. Tengku Putera berkata, mereka sebulat suara menyokong pemilihan Ahmad kerana percaya beliau mampu menerajui kepemimpinan negeri itu.
Selain Tengku Putera selaku Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu, turut menyokong pelantikan Ahmad yang juga Ketua Umno Bahagian Kemaman, ialah Datuk Dr Rosli Mat Hassan (Dungun), Datuk Abdul Rahman Bakar (Marang), Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri (Kuala Nerus) dan Datuk Mohd Jidin Shafee (Setiu). Berita Harian - 24 Mac 2008.


2 Adun dipanggil BPR.
KUALA TERENGGANU: Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Terengganu semalam dipanggil Badan Pencegah Rasuah (BPR) negeri untuk memberi keterangan berhubung dakwaan kononnya mereka ditawarkan wang dan jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri (Exco) oleh pihak tertentu jika menyokong Adun Kijal, Datuk Ahmad Said sebagai menteri besar yang baru.
Dua Adun terbabit tiba di pejabat BPR di Wisma Persekutuan di sini, kira-kira jam 12 tengah hari semalam untuk memberi keterangan berhubung dakwaan masing-masing.
Tindakan itu diambil selepas salah seorang Adun terbabit mendakwa dia ditawarkan wang tunai RM300,000 oleh seorang lelaki yang menghubunginya ketika dalam perjalanan bertemu dengan Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) Terengganu di Kuala Lumpur pada 14 Mac lalu.
Seorang lagi Adun pula, mendakwa dihubungi seorang bekas Ahli Parlimen di Terengganu menawarkan wang tunai dan jawatan sebagai Exco jika bersetuju menyokong Ahmad sebagai menteri besar. Harian Metro - 24 Mac 2008.

Bagi saya kemelut yang berlaku pada Umno dan BN negeri pada hari ini adalah padah akibat kemenangan yang diperolehi oleh mereka secara penipuan pada pilihanraya umum ke-12 baru-baru ini. Sebelum ini mereka umumnya Umno Pusat mengatakan bahawa Barisan Alternatif yang memenangi beberapa negeri tidak sepakat dalam perlantikan Menteri Besar, kini setelah semua negeri bawah Barisan Alternatif mempunya Menteri Besar, Terengganu masih lagi belum memperolehi Menteri Besar. Sebelum ini Juga mereka membidas DAP yang bercadang untuk memulaukan majlis angkat sumpah Menteri Besar Perak sebagai penderhaka. Kini siapa sebenarnya yang menderhaka? Ini baru di Terengganu, kita belum sentuh lagi kemelut Umno di peringkat pusat.

posted by Lidah Penghunus @ 6:35 PM   0 comments

Friday, March 21, 2008

BBPM diwujudkan untuk selamatkan survival politik Umno.

Assalamualaikum.

Satukan Melayu -- Deklarasi 25 NGO sepakat tubuh Barisan Bertindak Perpaduan.
KUALA LUMPUR 20 Mac – Sebanyak 25 pertubuhan dan badan amal Melayu/Islam sepakat menubuhkan Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) yang akan memainkan peranan menyatukan orang Melayu tanpa mengira fahaman politik demi menjaga kepentingan bangsa dan memelihara kesucian agama Islam.
Penubuhan itu adalah pelan bertindak utama Deklarasi Maulidur Rasul yang diisytiharkan dalam satu mesyuarat dihadiri wakil pertubuhan terbabit, di sini hari ini.
Ketua Umum BBPM, Osman Abu Bakar berkata, bagi merealisasikan hasrat penubuhan badan bertindak itu, pihaknya akan mengadakan satu perhimpunan orang Melayu dan Islam bersandarkan roh sambutan Maulidur Rasul di Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Sebagai orang tengah, kami akan jemput wakil dua parti terbesar yang menaungi orang Melayu dan Islam di negara ini iaitu UMNO dan Pas,” katanya yang dihubungi Utusan Malaysia di sini malam ini.
Antara pertubuhan amal Melayu dan Islam yang mendukung penubuhan BBPM ialah Gabungan Penulis Nasional (Gapena), Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Persatuan Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Mengenai penyertaan wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula, beliau berkata, jemputan akan dibuat kepada para pemimpin Melayu dan Islam dalam parti itu selepas mereka mengisytiharkan komitmen terhadap perjuangan bangsa. Utusan Malaysia - 21 Mac 2008.


Bagi saya Pas tidak perlulah menerima pelawaan Gabungan Bertindak Perpaduan Melayu yang kononnya untuk membela kepentingan Melayu dan Islam itu. Kerana ianya berbangkit hanya setelah Umno dihimpit dengan kemerosotan dalam pilihanraya umum baru-baru ini. Sedangkan sebelum ini semasa Islam dibantai oleh golongan liberal seperti IFC dan sekutu-sekutunya, semasa Rasulullah SAW dihina oleh barat melalui karikatur dan pelbagai medium dan menularnya masalah murtad mana NGO-NGO ini untuk mempertahankan Islam? Jadi tidak perlulah mereka cuba hendak menjadi juara pembela Islam kerana selama ini pun sudah ada gabungan NGO dan Parti politik yang bertujuan untuk mempertahankan kesucian Islam di negara ini.

Dalam soal DEB pula bagi saya ianya tidak menjadi isu kerana sudah jelas Umno yang telah mengkhianati DEB dengan mengumpul kekayaan segelintir pemimpin mereka melaluinya. Sebenarnya timbulnya masalah orang Melayu ketika ini bukan kerana angkara pemimpin-pemimpin DAP atau orang-orang cina, tetapi kerana pemimpin Melayu iaitu dalam Umno sendiri yang mengkhianati orang Melayu. Boleh dikatakan bahawa segelintir orang Umno yang marah dan berdemonstrasi kononnya untuk mempertahankan DEB adalah terdiri daripada kroni-kroni yang sebelum ini banyak membolot projek-projek ketika di bawah pentadbiran Umno dan Barisan Nasional. Di sini BBPM tidak perlulah mempersoalkan komitmen PKR terhadap perjuangan bangsa kerana dasar PKR bukanlah perjuangan kebangsaan yang sempit yang akhirnya diselewengkan kepada hanya kepentingan kroni-kroni pemerintah, lebih daripada itu PKR berjuang untuk membebaskan Malaysia ini daripada korupsi dan ketidakadilan yang di amalkan oleh Umno yang berselindung di sebalik DEB.

Tidak mustahil di sebalik kewujudan BBPM ini terselindung rancangan oleh Umno agar Pas meninggalkan PKR dan menyertai Umno dan Barisan Nasional supaya mereka dapat memperolehi kembali kuasa politik mereka yang telah hilang di beberapa negeri dan seterusnya mengembalikan kuasa dua pertiga di Dewan Rakyat.

posted by Lidah Penghunus @ 6:21 PM   2 comments

Thursday, March 20, 2008

Demonstrasi Umno dan sekutunya adalah kerja sia-sia.

Assalamualaikum.



Kira-kira 1,000 penyokong gabungan 12 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu berhimpun secara aman di Dataran Shah Alam di sini, semalam, bagi mendesak kerajaan negeri yang diterajui Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak mewujudkan jawatan Timbalan Menteri Besar.
Kumpulan itu juga mengemukakan menolak pelantikan wakil rakyat dari kalangan bukan Melayu untuk jawatan Timbalan Menteri Besar, mengekalkan komposisi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) sebanyak 60 peratus daripada orang Melayu dan bakinya kaum lain.
Tuntutan lain adalah menyelar kenyataan Penasihat DAP, Lim kit Siang baru-baru ini yang mengarahkan semua 18 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti itu memulaukan majlis angkat sumpah pelantikan Menteri Besar baru di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak sebagai membantah pelantikan wakil rakyat Pas sebagai Menteri Besar negeri itu. Berita Harian - 20 Mac 2008.


Demonstrasi aman memanglah suatu amalan demokrasi yang dibenarkan selagi ianya tidak membawa kepada huru-hara. Lebih-lebih lagi di pihak pembangkang yang sekian lama menggunakan kaedah demontrasi ini dalam menyatakan pandangan. Sudah tentulah mereka tidak akan menghalang pihak Umno untuk menggunakan kaedah berkenaan, biar pun sebelum ini Umno mengaitkan demonstrasi dengan sesuatu yang negatif.

Namun apa yang kita lihat demonstrasi yang dianjurkan oleh Umno yang mempergunakan NGO ini adalah atas isu yang tidak wujud sebenarnya. Hanya sangkaan-sangkaan mereka sahaja. Lihatlah pada kain rentang yang mereka paparkan itu. Benarkah orang Melayu akan merempat di bumi Selangor ini sedangkan kita masih ada Sultan dan kita masih ada pemimpin-pemimpin di kalangan orang Melayu termasuk Menteri Besar sendiri?

Mereka masih lagi menggunakan isu Lim Kit Siang memulaukan majlis angkat sumpah Menteri Besar Perak sedangkan perkara itu sudah pun selesai malahan Lim telah pun mengadap sendiri Sultan untuk memohon maaf. Di Pulau Pinang pula dua tiga hari yang lepas kerajaan negeri di bawah DAP itu telah menaikkan elaun guru KAFA sebanyak RM50. Siang tadi pula kita telah menyaksikan sambutan Maulidur Rasul dapat dijalankan dengan sempurna di negeri yang diperintah oleh DAP itu malahan Ketua Menteri Pulau Pinang sendiri, iaitu anak kepada Lim Kit Siang hadir pada majlis berkenaan. Jika tuan-tuan masih ingat, Sdr Lim Guan Eng pernah dipenjarakan kerana membela maruah seorang gadis Melayu.

Jadi bolehlah dikatakan bahawa demonstrasi yang dianjurkan oleh Umno ini hanyalah kerja sia-sia.

posted by Lidah Penghunus @ 11:59 PM   0 comments

Pembangkang hendak beli wakil rakyat BN?

Assalamualaikum.

Pak Lah sedar usaha pembangkang tawar berjuta ringgit untuk jatuhkan kerajaan.
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata beliau sedar mengenai cubaan pakatan parti pembangkang untuk 'membeli' ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dengan menawarkan wang berjuta ringgit dalam usaha menjatuhkan kerajaan.
"Saya sedar... itulah yang saya dengar orang kata," katanya menjawab soalan pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Kabinet barunya di Pejabat Perdana Menteri petang semalam.
Abdullah menegaskan, tidak ada sebab untuk kerajaan yang diterajuinya ditumbangkan kerana kerajaan BN kuat dan mendapat sokongan rakyat.
"Kenapa perlu kerajaan ini ditumbangkan? Kerajaan ini amat kuat dan kita juga mendapat sokongan. Kita tidak keluar membeli orang," katanya pada sidang media yang turut dihadiri Timbalannya, Datuk Seri Najib Razak.
Pakatan pembangkang yang menang 82 kerusi pada pilihan raya umum ke-12 dikatakan sedang berusaha menarik beberapa ahli Parlimen parti komponen BN di Sabah dan Sarawak untuk mencapai majoriti mudah dalam Dewan Rakyat, sekali gus membentuk kerajaan. Berita Harian - 20 Mac 2008.


Adakah mungkin parti pembangkang seperti PKR mampu untuk mengeluarkan jutaan ringgit untuk membeli ahli parlimen BN dalam usaha mereka menumbangkan BN di peringkat pusat seperti yang didakwa oleh Pak Lah ini. Dengan kerusi 82 yang diperolehi pakatan pembangkang ini, mereka memerlukan 30 lagi kerusi untuk membentuk kerajaan pusat dengan majoriti mudah. Di sini bayangkan berapa juta diperlukan oleh pembangkang untuk membeli ahli parlimen BN di Sabah dan Serawak yang sebanyak itu. Jadi tuduhan Pak Lah yang sebenarnya ada masalah kepimpinan ini tidak berasas. Lebih kepada untuk menutup isu desakan ahli Umno agar Pak Lah letak jawatan.

posted by Lidah Penghunus @ 10:24 PM   3 comments

Sunday, March 16, 2008

PRU12 telah seminggu berlalu.

Assalamualaikum.

BN Perlis tolak Pak Lah.

Krisis pilih MB Terengganu, Perlis - ‘8 ADUN sokong saya’
KANGAR 15 Mac – Datuk Dr. Md. Isa Sabu yang mendapat perkenan istana menjadi Menteri Besar Perlis yang baru mendakwa menerima sokongan lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengatasi Datuk Seri Shahidan Kassim yang hanya disokong oleh lima ADUN.
Beliau berkata, sokongan daripada lapan ADUN itu membolehkan beliau dipilih sebagai Menteri Besar mengikut undang-undang pembentukan kerajaan negeri Perlis.
‘‘Ini bermakna saya mendapat undi DUN yang lebih banyak berbanding Shahidan yang hanya mendapat lima.
‘‘Secara rasmi mengikut syarat penubuhan kerajaan negeri Perlis, sokongan yang lebih banyak ini mengesahkan jawatan saya sebagai Menteri Besar,” katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur hari ini.
Md. Isa berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pergolakan pemilihan jawatan Menteri Besar Perlis.
Kelmarin, Shahidan mengumumkan bahawa beliau telah menerima watikah pelantikan sebagai Menteri Besar daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan akan menghadap Raja Perlis dalam masa terdekat. Mingguan Malaysia - 16 Mac 2008.

Jika majoriti Adun BN Perlis menyokong Datuk Dr. Md. Isa Sabu dan menolak Dato' Seri Shahidan Kassim yang menjadi pilihan Pak Lah bagi saya ianya memberikan makna bahawa BN Perlis tidak lagi menyokong kepimpinan Pak Lah sekaligus memberikan isyarat agar Pak Lah berundur daripada jawatan Perdana Menteri.


Kegagalan manifesto BN yang pertama?



Polis kaji maklumat dari kawan kanak-kanak hilang di Mid Valley untuk siasatan.
KUALA LUMPUR: Tiga rakan Muhammad Asmawi Jalaludin (Awi) 11, yang hilang selepas bermain berhampiran rumahnya di jalan Pantai Permai 4, Pantai Dalam Ahad lalu akan diminta meneliti beberapa lagi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Mid Valley bagi mengecam imej murid itu untuk tindakan selanjutnya.
Pengecaman itu berikutan dakwaan salah seorang rakannya, Mohammad Safowan, 12, terserempak dengan Awi di Mid Valley pada petang hari kejadian itu, masih tidak dapat disahkan.
Timbalan Ketua Polis Brickfields, Superintendan Azri Abdul Rahman, berkata polis ketika ini juga sedang mengkaji maklumat yang diperoleh daripada keterangan tiga rakannya itu untuk membantu siasatan.
“Tiga kanak-kanak itu dibawa ke Bukit Aman kelmarin untuk diambil keterangan oleh Unit Perlindungan Kanak-kanak (D11) bagaimanapun setakat ini ia masih pada peringkat awal,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Semalam akhbar melaporkan pihak kawalan keselamatan Mid Valley memberi tiga keping gambar rakaman CCTV yang menunjukkan imej yang seakan-akan sama dengan mangsa sedang berjalan di lokasi yang ditunjukkan rakannya. Berita Minggu - 16 Mac 2008.

Jika BN dan media terus menghentam kerajaan negeri di bawah BA yang belum pun seminggu menjalankan tugas mentadbir. Kita juga boleh mengatakan bahawa manifesto BN yang berslogankan Selamat, Aman dan Makmur itu khususnya dalam aspek membenteras jenayah gagal kerana belum pun adik Sharlini yang hilang dijumpai, adik Asmawi pula hilang.


Apabila PM diminta berundur.

Mukhriz berdepan tindakan Pemuda.
KUALA LUMPUR: Pemuda Umno akan mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir yang menulis surat mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya meletak jawatan selepas mengadakan mesyuarat pergerakan itu yang dijangka minggu ini.
Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang menyifatkan tindakan Mukhriz itu tidak bertanggungjawab, berkata perbuatan itu bukan perkara baru kerana sebelum ini beliau juga pernah menyuarakan rasa tidak puas hati dengan memberikan pandangan peribadi terhadap kepemimpinan Perdana Menteri.
"Pemuda akan membincangkannya secara terperinci untuk mengambil tindakan ke atas Mukhriz yang juga Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Pemuda Umno. Berita Harian - 16 Mac 2008.

Umno Pulau Pinang mahu YB Jerlun dipecat.
BUTTERWORTH: Umno Pulau Pinang mahu Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, memecat Datuk Mukhriz Mahathir daripada menganggotai barisan exco pergerakan itu berikutan sikap celuparnya yang meminta Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan sebagai Perdana Menteri. S
ambil mengutuk sekeras-kerasnya tindakan anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu, Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Azhar Ibrahim berkata, perbuatan itu adalah tidak wajar.
“Umno Pulau Pinang mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Mukhriz dan kita minta Datuk Seri Hishammuddin memecatnya daripada Exco Pemuda Umno,” Berita Harian - 16 Mac 2008.

Jika beginilah sikap dalam Umno dan BN dan jika ianya berterusan saya percaya PRU13 nanti tidak mustahil bahawa BN akan kecundang diperingkat dan tampuk pemerintahan kerajaan persekutuan akan diambil oleh BA.

posted by Lidah Penghunus @ 1:33 PM   0 comments

Saturday, March 15, 2008

Dulu mereka kata demonstrasi bukan budaya kita.

Assalamualaikum.

3,000 bantah hapus DEB di P. Pinang.



PULAU PINANG 14 Mac – Kira-kira 3,000 anggota pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan penyokong UMNO menyertai perhimpunan aman di sini hari ini bagi membantah tindakan kerajaan negeri pimpinan DAP yang mahu menghapuskan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) di negeri ini.
Perhimpunan pada pukul 2.30 petang itu bermula di pekarangan Masjid Simpang Enam berhampiran Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini.
Ia berlangsung selama sejam dan tamat setelah disuraikan oleh Unit Simpanan Persekutuan (FRU) kira-kira pukul 3.30 petang.
Hampir 300 anggota polis berpakaian seragam dan preman ditugaskan mengawal pergerakan orang ramai di situ. Polis merampas beberapa kain pemidang yang dibawa oleh peserta perhimpunan tersebut.
Beberapa pemimpin tertinggi UMNO Pulau Pinang turut serta dalam perhimpunan itu yang pada mulanya dirancang untuk menyerahkan memorandum bantahan berhubung isu DEB kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Antara pemimpin UMNO yang menyertai perhimpunan itu ialah bekas Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga, Datuk Azhar Ibrahim; ADUN Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin; ADUN Permatang Berangan, Shahbudin Yahya; Ketua UMNO Bahagian Tanjong, Datuk Ahmad Ibni Hajar; Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir serta para pemimpin Pemuda UMNO Pulau Pinang, Wanita UMNO dan Puteri UMNO. Utusan Malaysia - 15 Mac 2008.


Dulu mereka kata demonstrasi bukan budaya kita. Sekarang mereka turun berdemonstrasi kononnya takut hak orang melayu tergadai tetapi sebenarnya takut poket mereka terus terancam. Bagi saya demonstrasi oleh Umno semalam bermakna tertunainya janji atau manifesto BA yang pertama iaitu demonstrasi pembangkang tidak akan diganggu. Kelihatannya peserta demonstrasi semalam tidak pun dikasari oleh polis. Namun begitu kita tetap kesal kerana Umno cuba untuk memainkan sentimen perkauman.

posted by Lidah Penghunus @ 6:44 PM   0 comments

Thursday, March 13, 2008

Akhbar dan tv di Malaysia pasca PRU12.

Assalamualaikum.

Amaran kepada Guan Eng -- Jangan buat kenyataan semarakkan ketegangan kaum – PM.
PUTRAJAYA 12 Mac – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini memberi amaran kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng supaya tidak membuat kenyataan yang boleh memarakkan ketegangan kaum.
Lim, selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang semalam, memberitahu pemberita bahawa kerajaan negeri pimpinan DAP itu tidak akan mengamalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Lim juga berkata DEB, yang diperkenalkan pada 1971 selepas rusuhan kaum 13 Mei 1969 untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat, merupakan punca kepada “kronisme, rasuah dan ketidakcekapan.” Utusan Malaysia - 13 Mac 2008.


Sebagai jawapan kepada amaran PM ini dalam berita tv tadi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberikan penjelasan bahawa kenyataan beliau telah diputar belit oleh media arus perdana. Sebagai menyanggah tuduhan Lim itu, tv3 telah menyiarkan kembali kenyataan Ketua Menteri yang dikatakan ingin menghapuskan DEB itu.

Namun didapati memang benar bahawa media seperti tv3 dan sekutu-sekutunya memutarbelitkan kenyataan Lim itu. Dalam kenyataannya sebaik sahaja mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim berkata bahawa beliau dan pentadbirannya bertekad untuk menghapuskan unsur-unsur kronisme dan rasuah dalam DEB. Namun ianya telah ditafsirkan sebagai menghapuskan terus DEB.

Nampaknya dulu, kini dan selamanya media-media sebegini akan terus menjadi haiwan politik kepada Barisan Nasional yang semakin tidak relevan itu.

posted by Lidah Penghunus @ 10:54 PM   0 comments

Wednesday, March 12, 2008

Empat hari selepas kekalahan BN.

Assalamualaikum.

Tiada lagi DEB - Antara langkah awal kerajaan DAP, PKR Pulau Pinang.
PULAU PINANG 11 Mac – Kerajaan negeri yang baru ditubuhkan hasil gabungan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan membebaskan pentadbiran Pulau Pinang daripada pelaksanaan amalan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam kenyataan pertamanya selepas mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang mendakwa, DEB menjadi punca kronisme, rasuah dan tidak efisien.
Beliau berkata, kerajaan negeri akan melaksanakan sistem baru yang memberikan keutamaan kepada semua kaum.
Menurut Guan Eng, buat permulaan, kerajaan negeri akan melaksanakan sistem pemberian tender secara terbuka untuk semua kontrak dan pemerolehan kerajaan.
“Kita akan mengamalkan pentadbiran telus. Selain memudahkan orang awam mendapat maklumat mengenai tender-tender tersebut, satu portal Internet akan diwujudkan. Utusan Malaysia - 12 Mac 2008.


Melayu menang sorak? -- Surat 1.
SAYA sangat bersetuju dengan semua pandangan dalam ruangan Forum sejak kelmarin berkaitan nasib orang Melayu dan bumiputera hasil daripada keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12.
Pada mulanya saya rasa gembira kerana seolah-olah kematangan politik telah tercapai. Tetapi kemudian setelah menganalisis dengan lebih terperinci, timbul rasa sedih.
Ini kerana, negeri yang dahulunya didominasi oleh Melayu dan Islam kini telah berada di bawah kuasa DAP iaitu Perak dan Selangor.
Manakala negeri yang berada dalam genggaman komponen Barisan Nasional (BN) juga jatuh sepenuhnya di tangan DAP.
DAP sejak dahulu telah menyatakan dengan terbuka yang parti itu tidak mengiktiraf dan menerima Islam. Utusan Malaysia - 12 Mac 2008.


Survival Melayu tergugat -- Surat 1.
KEPUTUSAN Pilihan Raya Ke-12 baru-baru ini mempunyai seribu erti yang perlu difikirkan dengan sedalam-dalamnya oleh orang Melayu khususnya. Kita sudah kehilangan Singapura 43 tahun dahulu, dan dalam tempoh itu orang-orang Melayu secara tidak langsung tertindas tanpa disedari.
Tidak ada kuota menteri penuh Melayu, azan tidak boleh dilaungkan di luar masjid, bahasa Melayu menjadi bahasa ketiga, orang Melayu tidak dibenarkan memegang jawatan tertinggi dalam tentera dan polis, mereka menuntut Pulau Batu Putih sebagai milik mereka dan pelbagai lagi ketuanan bangsa Melayu yang sudah lenyap di tanah Singapura.
Apabila sudah hilang, tiada harapan lagi untuk kita mendapatkannya semula.
Saya teringat keluhan isteri saya, saya bertanya kepadanya supaya kami berpindah ke Kota Kinabalu supaya berdekatan dengan orang tua dan keluarga. Utusan Malaysia - 12 Mac 2008.


Saya agak kesal apabila akhbar di atas ini membenarkan surat-surat yang sebegini dalam usaha mereka untuk meniupkan sentimen Melayu di kalangan rakyat yang berketurunan Melayu. Bagi saya kenyataan di atas ini adalah satu yang jahat apabila cuba menyamakan situasi di Pulau Pinang dengan di Singapura. Adakah mereka lupa bahawa di Pulau Pinang orang Melayu dan Islam masih ada suara lagi di Dun negeri berkenaan manakala di Perak pula DAP memerlukan PKR dan Pas untuk membentuk kerajaan campuran.

Jadi ianya adalah berbeza dengan Singapura. Mereka lupa bahawa di bawah BN dan Umno juga Melayu terpinggir malahan bukan sahaja Melayu, kaum-kaum lain juga terpinggir. Ini kerana DEB diambil kesempatan oleh mereka untuk memperkayakan diri-sendiri. Sepatutnya Umno dan BN tidak perlu hendak menyalahkan pengundi dan DAP sendiri dalam hal ini kerana mereka sendiri yang gagal melaksanakan tanggungjawab semasa diberi peluang untuk mentadbir.

Apa yang saya perhatikan juga di akhbar-akhbar selepas pilihanraya ini mereka seolah-olah berasa kurang yakin dengan kemampuan parti yang baru mendapat mandat mentadbir negeri untuk melaksanakan manifesti mereka di peringkat negeri. Sedangkan mereka tidak pernah pula mempersoalkan kemampuan kabinet Pak Lah untuk melaksanakan manifesto mereka yang berslogankan selamat, aman dan makmur itu. Sedangkan apa yang dimanisfestokan itu telah terbukti gagal semasa BN mendapat mandat pada pilihanraya umum ke-11.

posted by Lidah Penghunus @ 6:41 PM   1 comments

Monday, March 10, 2008

Kurang 48 jam selepas BA perintah negeri.

Assalamualaikum.

BENTONG 9 Mac - Pembangkang yang berjaya membentuk kerajaan di Perak, Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan perlu menunaikan janji-janji mereka seperti terkandung dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-12.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, antara janji tersebut ialah menghapuskan beberapa kutipan cukai, menurunkan harga minyak, barang dan kadar caj tempat letak kereta.
''Elok juga beri peluang pembangkang menang dalam pilihan raya kali ini supaya mereka boleh membuktikan janji-janji mereka. Utusan Malaysia - 10 Mac 2008.


Menteri Besar Pahang daripada bukan pembangkang ini tidak dapat membezakan antara kuasa kerajaan negeri dan persekutuan. Dalam hal menurunkan harga minyak ianya adalah bidang kuasa kerajaan persekutuan dan ianya pun terdapat dalam manifesto Barisan Alternatif di peringkat pusat. Sedangkan keputusan pilihanraya baru-baru ini BA hanya membentuk kerajaan di lima negeri dan kerajaan pusat masih lagi dipegang oleh BN walaupun hilang majoriti dua pertiga. Namun kita percaya, insya-Allah BA tetap akan menunaikan janji yang ditawarnya di peringkat negeri.

Nampaknya apabila BA berjaya memerintah negeri ada sahaja usaha daripada BN yang dibantu oleh media ini untuk memburukkan kerajaan BA yang baru dibentuk terutama sekali yang membabitkan Pas. Antaranya tuduhan bahawa kerajaan Pas mengarahkan Tadika Kemas mengosongkan premis sedang Menteri Besar Kedah sendiri mengarahkan agar semua Tadika Kemas di negeri itu menjalankan sesi persekolahan seperti biasa.

Selain daripada itu di kedah dipaparkan berita kononnya orang Pas atau PKR memecah masuk premis atau dewan orang ramai yang digunakan BN sebagai bilik gerakan manakala di Selangor pula bilik gerakan Umno dan MIC terbakar kononnya angkara Pas atau PKR. Di sini cuba kita fikir, BA telah pun menguasai kerajaan negeri. Oleh itu bila-bila masa sahaja mereka boleh minta untuk masuk ke premis milik orang ramai ini dan tidak perlu untuk menceroboh seperti pencuri.

Begitu juga dengan dewan yang terbakar itu. Adakah orang-orang BA begitu bodoh hendak membakar dewan milik orang ramai yang boleh dimanfaatkan untuk kepentingan umum? Jika di bakar siapa yang rugi kalau tidak kerajaan negeri sendiri. Umno dan MIC tidak rugi kerana mereka harus mengosongkan dewan milik orang ramai itu.

posted by Lidah Penghunus @ 11:59 PM   1 comments

Sunday, March 09, 2008

BA tewaskan BN dan SPR.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Bangun sahaja saya pada pagi Subuh tadi negeri Selangor sudah pun berada bawah pemerintahan Barisan Alternatif dan tumbangnya kerajaan yang angkuh dan zalim iaitu Barisan Nasional di negeri ini. Malahan kita berjaya membentuk kerajaan di Pulau Pinang, Kedah, perak, mengekalkan mandat di Kelantan dan kita berjaya menafikan dua pertiga BN di Parlimen.

Semalam dalam radio seorang DJ mengulaskan ini sebagai bukti demokrasi di negara ini subur. Bagi saya tidak, memang benar masih ada demokrasi tetapi amat-amat tempang. Bagi saya BA menang bukan kerana proses demokrasi dijalankan secara adil, tetapi kerana rakyat bangkit secara besar-besaran menumbangkan kerajaan BN yang mempergunakan SPR. Dalam erti kata yang lain BA dan rakyat telah menewaskan BN dan SPR. Di sini juga saya percaya bahawa kakitangan SPR juga sudah muak dengan kepimpinan Rashid yang sedia dipergunakan oleh BN ini.

Harapan saya kepada mereka yang diberi mandat agar dapat melaksanakan manifesto yang dijanjikan dan yang penting mereka mestilah berbeza dengan BN. Kepada penyokong dan pendokong Barisan Alternatif, janganlah kemenangan ini membuatkan kita bongkak dan angkuh dan janganlah ada sifat dendam di hati kita. Khususnya kepada mereka yang beragama Islam ingatlah bahawa kemenangan ini adalah kurniaan Allah maka seperti yang disebut dalam surah an-nasr raikanlah kemenangan ini dengan bertasbih dan beristighfar kepada-Nya. Semoga Allah perihara kemenangan ini.

posted by Lidah Penghunus @ 12:19 PM   1 comments

Friday, March 07, 2008

Kurang 24 jam lagi hari pembuangan undi.

Assalamualaikum.

Kurang 24 jam lagi rakyat Malaysia 21 tahun dan ke atas yang berdaftar sebagai pengundi akan membuang undi bagi memilih parti yang akan mewakili mereka sebagai kerajaan. Esok juga adalah hari penentu nasib bagi parti-parti yang bertanding selama 13 hari (Walaupun sebenarnya ada yang lebih 13 hari) Maka nasihat saya kepada tuan-tuan sebelum membuat keputusan pada hari esok, fikirlah perkara-perkara ini sebelum membuang undi;

1. Ketuanan Islam - Adakah kita hendak memilih parti yang menolak hukum Islam.

2. Masa depan anak dan cucu anda - Adakah anda rela anak-anak dan cucu anda dibesarkan dalam persekitaran yang subur dengan penyakit sosial

3. Keselamatan anda - Adakah anda berasa selamat hidup di bawah pemerintahan Barisan Nasional yang kadar jenayahnya semakin meningkat.

4. Wang anda - Adakah anda berasa puas hati dengan taraf hidup anda sekarang yang dibebani oleh kenaikan harga barang sedangkan sekelompok kecik manusia terus membolot hasil kekayaan negara.

Mudah-mudahan apabila kita bangun pada pagi subuh 9 Mac 2008 nanti, kita berada di negara yang pemerintahnya seorang yang beriman, bertaqwa, adil dan berkebajikan. Kita jumpa lagi pada 9 Mac 2008. Insya-Allah.

posted by Lidah Penghunus @ 6:35 PM   0 comments

Thursday, March 06, 2008

Jangan beri peluang kepada BN di Kelantan.

Assalamualaikum.

Pada pilihanraya umum ke-12 ini dalam usaha menawan Kelantan Dato' Seri Najib meminta rakyat Kelantan agar memberi peluang BN mentadbir negeri itu selama sepenggal untuk parti itu membuktikan perubahan yang akan dibawa oleh mereka dan jika didapati BN gagal menepati janji maka rakyat Kelantan ujar beliau boleh kembali kepada Pas.

Di sini saya teringat kisah tawaran pemimpin musyrikin Quraisy kepada Nabi Muhammad saw. Dalam tawaran itu pemimpin Quraisy mencadangkan mereka kedua-dua belah pihak sama-sama menyembah agama masing. Rasulullah menyembah agama nenek moyang kaum Quraisy iaitu menyembah berhala dan musyrikin Quraisy pula ikut agama Islam kemudian mereka akan melihat mana yang lebih baik.

Mendengar tawaran pemimpin Quraisy yang kafir itu Rasulullah terus menolaknya kerana ianya adalah soal akidah dan tiada tolak ansur untuknya. Kembali kepada tawaran Najib itu tadi, walaupun kita tahu Umno bukanlah sama seperti kaum musyrikin Quraisy itu tadi namun mereka ini adalah jelas zalim apabila tidak melaksanakan hukum Allah secara keseluruhannya, melaksanakan akta yang zalim seperti ISA, menggunakan amanah untuk memperkayakan diri dan menindas rakyat dengan beberapa kenaikan.

Allah berfirman dalam surah hud ayat 113 yang bermaksud "Janganlah kamu cenderung kepada orang zalim, nanti kamu akan disambar oleh api neraka." Oleh itu adalah tidak patut untuk rakyat Kelantan memilih Umno yang zalim itu untuk dijadikan pemimpin dan menolak parti yang terbukti berusaha untuk melaksanakan Islam semata-mata untuk mencuba perubahan yang ingin mereka bawa.

Tambahan lagi sudah terbukti di Terengganu apabila BN kembali memerintah maksiat dan pembaziran yang dibawa oleh mereka ke negeri itu dan pembangunan hanya untuk golongan tertentu sahaja.

posted by Lidah Penghunus @ 5:52 PM   0 comments

Wednesday, March 05, 2008

SPR terus menjadi haiwan politik BN.

Assalamualaikum.

Guna dakwat dibatal -- Ada pihak beli dari luar negara rancang calit kuku pengundi – SPR.
PUTRAJAYA 4 Mac – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini membatalkan cadangan penggunaan dakwat kekal pada kuku dalam pilihan raya umum 8 Mac ini.
Pengerusi SPR, Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman berkata, laporan keselamatan yang diterima SPR mendedahkan terdapat pihak tertentu di Malaysia telah membeli dakwat itu dari luar negara.
Pihak itu dikatakan merancang untuk mencalitkan dakwat itu pada kuku pengundi di kawasan luar bandar bagi menimbulkan kekeliruan dan syak wasangka mengenai status pengundi berkenaan.
Menurut Ab. Rashid, jika pengundi-pengundi itu hadir untuk mengundi pada hari pilihan raya, sudah tentu ia akan menimbulkan keraguan di kalangan ejen calon dan petugas SPR mengenai status pengundi itu.
Ekoran terbongkarnya komplot tersebut dan selepas mendapat nasihat dari segi perundangan dan ketenteraman awam, SPR dalam mesyuarat hari ini memutuskan untuk membatalkan cadangan penggunaan dakwat kekal itu.
Keputusan SPR itu juga selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang melindungi hak asasi rakyat untuk mengundi dalam pilihan raya. Utusan Malaysia - 5 Mac 2008.


Hanya kerana alasan takut ada pihak tertentu calit kuku pengundi yang belum mengundi, SPR telah membatalkan penggunaan dakwat khas telah pun dibeli dengan kos jutaan ringgit duit rakyat! Nampaknya SPR yang ditunggang oleh Barisan Nasional ini cuba memperbodohkan rakyat demi kepentingan politik mereka. Adakah SPR fikir bahawa pengundi yang berumur 21 tahun ke atas ini budak-budak yang mudah diambil tangan mereka dan dicalit dengan dakwat oleh orang yang tidak dikenali? Jika benar pun perkara ini adakah SPR tidak boleh membuat hebahan di akhbar dan tv agar para pengundi berjaga-jaga dengan komplot ini.

Pembatalan ini dibuat setelah pendedahan demi pendedahan dibuat oleh parti pembangkang berkenaan pengundi hantu terutama sekali kes individu yang boleh mengundi di dua tempat. Maka ini jelas bahawa ianya adalah arahan daripada Barisan Nasional sendiri yang takut rancangan penipuan mereka gagal. Di sini SPR terutamanya Rashid harus ingat bahawa dia dan konco-konco tidak akan selama-lamanya hidup dunia ini. Mereka akhirnya akan dihadapkan juga kehadapan Allah penguasa sekalian alam dan kita percaya perancangan Allah adalah sebaik-baiknya. Maka marilah kita sama-sama bermunajat, bermohon kepada Allah agar menggagalkan segala rancangan jahat mereka yang terdesak ini.

posted by Lidah Penghunus @ 6:16 PM   0 comments

Tuesday, March 04, 2008

Di bawah BN bekas ustazah pun boleh murtad, bagaimana anak-anak anda?

Assalamualaikum.

Tuan-tuan saksikan klip video propaganda BN yang memaparkan pandangan seorang ibu terhadap Barisan Nasional melalui pautan di bawah ini.

http://www.youtube.com/watch?v=kgydUH_BeEo

Nampaknya ibu ini lupa bahawa di bawah pemerintahan BN anaknya dalam keadaan bahaya, bila-bila masa sahaja anak yang dididiknya itu menjadi sama ada penagih dadah, mat rempit, kaki arak, kaki judi atau yang lebih dahsyat lagi murtad. Jika tuan-tuan ikuti perkembangan semasa dalam akhbar hari ini seorang pesalah murtad hanya dihukum penjara dua tahun sahaja. Sedangkan Allah memerintahkan agar pesalah jenayah murtad yang tidak kembali bertaubat setelah diberi masa agar dihukum bunuh. Akibatnya lihatlah paparan akhbar di bawah ini yang menunjukkan pesalah murtad yang berkenaan tidak menunjukkan rasa insaf atas hukuman yang tidak menurut hukum Allah itu.

‘Kamariah tidak tunjuk tanda insaf’
KUALA TERENGGANU: Bekas ustazah yang pernah menggemparkan negara apabila mengaku bukan Islam, Kamariah Ali, 57, dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam.
Tertuduh yang juga pengikut kumpulan ajaran sesat `Ayah Pin’ atau Ariffin Mohamad yang mendakwa memiliki kerajaan langit didapati bersalah mengikut Seksyen 7, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah negeri (Takzir) 2001.
Selepas membacakan hukuman, Hakim Mohamad Abdullah berkata, beliau tidak berpuas hati dan sangsi dengan Kamariah walaupun tertuduh mendakwa sudah insaf dengan perbuatannya.
“Saya masih tidak puas hati kerana Kamariah tidak menjawab salam yang saya berikan dan ia menggambarkan tiada keikhlasan kepada Kamariah dan keinsafannya sebelum ini seperti terdesak bagi meringankan hukuman.
“Alasan tertuduh meminta diringankan hukuman juga tidak kukuh untuk dipertimbangkan, malah tertuduh masih tidak berubah dan mengulangi kesalahan sama seperti pernah dilakukannya pada 1992 apabila membuat surat pengakuan bukan Islam di Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu, Kelantan.
Pada 17 Februari lalu, Mohamad menangguhkan hukuman bagi memberi peluang kepada tertuduh, lulusan Universiti Al-Azhar, Mesir itu bertaubat dan menginsafi kesilapannya secara ikhlas dan sukarela, bukan arahan mahkamah. Bagaimanapun, sehingga semalam, Mohamad masih sangsi melihat tertuduh yang tidak menunjukkan keikhlasan dan keinsafan. Harian Metro - 4 Mac 2004

Bayangkan pesalah murtad yang dipaparkan ini adalah seorang bekas ustazah, lulusan Universiti al Azhar, sudah tentulah ilmu agama yang diperolehinya begitu mencukupi. Jadi kepada ibu bapa sekalian jika seorang yang belajar agama juga boleh murtad adakah anda pasti bahawa anak-anak anda tidak akan terlepas daripada bencana ini? Maka rayu saya, sama-samalah kita menolak terus Barisan Nasional agar bala ini tidak terus terkena kepada kita.

Kepada ibu yang di dalam video itu, andaikata ditakdirkan anak kesayangan anda terjebak dengan gejala sosial seperti arak, dadah, pergaulan bebas, judi dan murtad, apakah yang akan anda perkatakan tentang Barisan Nasional pada masa itu? Seterusnya saksikanlah klip video melalui pautan di bawah ini dan Fikir-fikirkanlah.

http://www.youtube.com/watch?v=_5iuni845ko&eurl=http://www.harakahdaily.net/vid/hd_youtube_src.php

posted by Lidah Penghunus @ 6:19 PM   0 comments

Media menyesatkan rakyat.

Assalamualaikum.

Jaminan syurga jika undi Pas ajaran sesat.
KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa agama negeri perlu mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin Pas yang memberi jaminan syurga kepada pengundi yang memangkah calon parti itu, Sabtu ini kerana cubaan menyebarkan ajaran sesat.
Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Mohd Nakhaie Ahmad, berkata ajaran yang dibawa pemimpin Pas termasuk Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat boleh merosakkan akidah umat Islam jika tidak dibendung lebih awal.
“Tindakan Pas menjanjikan syurga kepada mereka yang mengundi parti itu adalah ajaran sesat dan kerajaan wajar bertindak, manakala umat Islam perlu berhati-hati kerana janji itu boleh merosakkan akidah.
“Sama ada (ajaran) untuk politik atau tidak, ajaran sesat tidak boleh disebarkan, saya rasa Nik Abdul Aziz sudah terbabas dalam perjuangan sehingga sanggup menyebarkan ajaran sesat bagi mendapat pengaruh dan kuasa,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar semalam bahawa Nik Abdul Aziz terus mengaitkan parti itu dengan syurga dalam usaha meraih sokongan pengundi anak jati Kelantan yang tinggal di perantauan. Berita Harian - 4 Mac 2008.

Siapa sebenarnya yang menyesatkan rakyat khususnya pembaca kalau tidak media dan pemimpin Umno. Pemimpin Pas tidak pernah memberikan jaminan syurga kepada orang yang mengundi mereka. Siapa kita hendak memberikan jaminan kepada sesuatu yang menjadi hak Allah. Pemimpin Pas khususnya ulama' dalam parti itu hanya menyebutkan ganjaran pahala yang diperolehi oleh mereka yang berniat untuk menaikkan pemimpin yang ingin melaksanakan Islam dan melaksanakan amal maaruf nahi mungkar. Tetapi kuda tunggangan Umno dan Barisan Nasional ini terus memberikan kesimpulan bahawa pemimpin Pas jamin syurga kepada pengundi mereka.

Ini samalah juga dengan tuduhan kafir-mengkafir. Ulama' dalam Pas hanya memberi peringatan melalui al Quran dan Hadis tentang perkara-perkara yang memboleh membatalkan akidah untuk memberikan peringatan kepada rakyat agar menjauhi perkara yang boleh membatalkan akidah. Tetapi mereka media yang di kawal oleh BN terus memberi kesimpulan bahawa Pas mengatakan Umno kafir. Ini adalah jelas sesuatu yang tidak beretika bagi media yang sepatutnya bebas ini.

posted by Lidah Penghunus @ 5:53 PM   0 comments

Sunday, March 02, 2008

Adakah apabila anak-anak anda menjadi kaki arak, kaki judi dan murtad baru anda menyesal memilih BN?

Assalamualaikum.

Mungkin ada segelintir tuan-tuan pembaca blog ini yang terdiri di kalangan mereka yang tinggi pendapatannya hingga tiada rasa terkesan dengan kenaikan harga minyak, tol dan seterusnya harga barangan keperluan di negara ini. Oleh itu mungkin tuan-tuan yang berkenaan akan berkata tidak ada sebab untuk menolak BN atas kenaikan harga minyak dan barang keperluan.

Namun di sini saya percaya tuan-tuan semua ada anak sama ada anak lelaki atau anak perempuan. Maka saya ingin bertanya, adakah tuan-tuan tidak terfikir bahawa tidak mustahil di bawah kerajaan BN ini ada antara anak-anak tuan-tuan akan menjadi kaki arak, kaki judi, kaki disko, pengamal seks bebas, menjadi mat atau minah rempit dan lebih dahsyat lagi bertukar agama atau murtad? Tuan-tuan kena ingat bahawa keruntuhan akhlak anak muda di negara ini di tahap yang amat-amat membimbangkan. Adakah tuan-tuan fikir bahawa ianya tidak akan terjadi pada anak tuan-tuan.

Cuba tuan-tuan luangkan masa untuk setengah atau sehari di pusat-pusat bandar serta pusat membeli belah. Lihatlah gelagat anak-anak muda yang ada antaranya sebaya dengan anak-anak tuan. Memang benar tuan-tuan boleh mendidik anak-anak ini dengan sepenuhnya, cukup dengan pendidikan agamanya. Tetapi adakah tuan-tuan dapat bersama mereka sepanjang masa? Anak-anak ini juga perlu bersekolah dan mereka akan keluar rumah dan dari situlah pengaruh persekitaran yang tidak baik akan membuatkan mereka hanyut. Jika yang kuat imannya, alhamdulillah. Tetapi jika yang tidak tahan godaan maka rosaklah sebuah kain putih yang dididik oleh ibu bapa mereka dengan penuh sabar. Sebenarnya dirumah adalah tanggungjawan ibu bapa untuk mendidik anak tetapi di luar rumah adalah tanggungjawab kerajaan menyediakan suasana persekitaran yang baik yang bebas daripada pengaruh jahat untuk anak-anak ini.

Tuan-tuan. Saya dibesarkan di bandar yang diperintah kerajaan Barisan Nasional. Saya sudah lihat keruntuhan akhlak remaja sejak zaman sekolah lagi. Bayangkan budak sekolah menengah sudah pandai minum arak, hisap ganja, terlibat dengan seks bebas, rokok jangan ceritalah. Rakan sekelas saya sendiri yang dahulu pernah menjadi ketua darjah, beberapa tahun selepas saya meninggalkan sekolah saya diberitahu bahawa dia telah meninggal dunia akibat HIV angkara dadah. Saya tidak pernah terfikir orang yang sama-sama belajar dengan saya, pernah menjadi ketua kelas akhirnya mati akibat dadah. Adakah tuan-tua ingat benda ini tidak akan terjadi kepada anak-anak tuan? Adakah tuan-tuan pasti bahawa anak-anak tuan itu akan terus menjadi anak yang baik?

Tuan-tuan. Mahu tidak mahu kita kena akui bahawa semua punca kepada gejala ini adalah kerana dasar kerajaan Umno dan Barisan Nasional sendiri yang mengabaikan penjagaan akhlak kepada anak-anak muda. Kerajaan BNlah yang mengeluarkan lesen judi, lesen arak dan pusat-pusat hiburan di negara ini. Segala konsert hiburan yang melampau daripada artis dalam dan luar negara, pesta tahun baru dan pesta malam kemerdekaan yang menjadi penyebab kepada keruntuhan akhlak remaja secara besar-besaran dibenarkan oleh kerajaan. Adakah tuan-tuan pasti bahawa anak-anak tuan akan terselamat daripada tempat-tempat maksiat ini? Mereka berkempen untuk memerangi dadah secara besar-besaran tetapi mereka lupa bahawa pusat hiburan seperti disko adalah markas bagi pengedar dan penagihan dadah ini. Oleh itu tidak hairanlah setiap kali serbuan ke pusat hiburan akan ada kes yang membabitkan penyalahgunaan dadah.

Ini ditambah lagi dengan dasar mereka yang menolak hukum Islam dan menggunapakai undang-undang ciptaan manusia warisan penjajah. Orang Islam yang murtad hanya didenda atau dihukum penjara sahaja. Akibatnya ramai orang Melayu Islam yang tidak takut untuk keluar agama Islam malahan boleh secara terang-terangan mengisytiharkannya. Adakah tuan-tuan pasti bahawa anak-anak tuan tidak akan murtad? Akibat menolak hukum Islam dan tidak melaksanakan amal maaruf nahi mungkar inilah yang menyebabkan hilangnya keberkatan dalam sesebuah pemerintahan negara dan akhirnya menyebabkan gejala keruntuhan akhlak di negara ini semakin serius. Ianya tidak mengenal sama ada orang itu anak orang Pas atau anak orang Umno, anak anggota polis atau anak YB.

Mungkin tuan-tuan akan mengatakan bahawa Kelantan juga berlaku gejala sosial, jika kerajaan Pas Kelantan mengawal premis arak, rakyat Kelantan akan minum arak di negeri lain. Yang pertamanya bandingkan angkanya dengan negeri Selangor. Yang keduanya kerajaan negeri Kelantan telah melakukan usaha sedaya upaya melalui pendidikan, pencegahan dan penguatkuasaan untuk memastikan akhlak rakyat negeri itu terpelihara. Tetapi jika ada juga rakyatnya yang berkelakuan sumbang, minum arak di negeri lain adakah Menteri Besar Kelantan akan dipertanggungjawabkan lagi sedangkan beliau sudah berusaha untuk mengawal akhlak rakyatnya?

Ini beza dengan negeri Selangor yang Menteri Besarnya luluskan lesen premis arak, disko dan premis judi dan jika rakyat Selangor minum arak sudah tentulah Menteri besar Selangor turut mendapat sahamnya. Tambahan lagi Kelantan hanyalah pentadbiran negeri yang masih terhad bidang kuasanya. Sedangkan di peringkat persekutuan kerajaannya masih lagi tidak mengamalkan amal maaruf nahi mungkar. Maka sebab itulah Pas perlu mendapatkan mandat di peringkat persekutuan untuk membolehkan mereka melaksanakan Islam secara menyeluruh.

Di sini kita jangan hanya fikir logik sahaja. Kerana kita hanya manusia yang lemah yang dijadikan Allah. Segalanya adalah atas kekuasaan Allah. Jika kita berniat untuk melaksanakan suruhanNya, meninggalkan laranganNya sudah tentulah akan datang keberkatan dan Allah akan permudahkan urusan kita. Akhir sekali saya hendak bagitahu, jika tuan-tuan hendak anak-anak tuan jadi kaki arak, penagih dadah, kaki judi, kaki disko, pengamal seks bebas maka undilah BN kerana dengan mengundi BN bermakna tuan-tuan ibu bapa sekalian membenarkan mereka untuk terus memberikan lesen kepada pelbagai bentuk kemungkaran di negara ini.

posted by Lidah Penghunus @ 11:59 PM   1 comments


Free Hit Counter