Monday, March 29, 2010

Bermulanya MCA era Chua Soi Lex

Assalamualaikum.

Ini semua tidak hairan kerana orang yang mempunyai masalah moral yang dipilih mereka untuk jadi calon pilihanraya juga boleh menang dipilih oleh rakyat. Apatah lagi pemilihan di kalangan mereka. Sudah tentu moral sudah lagi tidak menjadi isu. Asalkan ada banyak wang.

posted by Lidah Penghunus @ 1:27 PM   0 comments

Friday, March 26, 2010

Selamat Hari Polis (Untuk Polis yang baik sahaja)

Assalamualaikum.







Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Polis kepada anggota Polis di seluruh negara. Tetapi hanya untuk polis-polis yang baik iaitu yang tidak mengamalkan rasuah, yang tidak mudah diperalatkan oleh parti pemerintah, yang tidak redha dipergunakan untuk menzalimi rakyat dan yang benar-benar menjalankan tugas sebagai anggota polis yang baik.

Sempena hari polis ini juga selepas Solat Jumaat tadi Dewan Pemuda Pas dan beberapa NGO yang lain telah mengadakan demonstrasi aman di depan Kedutaan Sweden bagi membantah karikatur menghina Nabi Muhammad SAW dalam akhbar negara berkenaan. Di sini kita menghargai peranan dan pengorbanan anggota polis dalam mengawal dan menjaga keselamatan penunjuk perasaan serta orang awam pada demontrasi yang dianjurkan tadi. Hinggakan ada seorang anggota polis wanita yang hampir pitam oleh kerana cuaca yang agak panas.

Namun begitu kita harap sangat-sangat agar pendekatan yang sama digunakan dalam siri-siri demonstrasi yang menyentuh tentang parti pemerintah seperti demontrasi Protes, Bersih, Mansuh ISA dan sebagainya.

posted by Lidah Penghunus @ 4:23 PM   0 comments

Thursday, March 25, 2010

Gunakan Insentif Jalur Lebar untuk tumbangkan Najib.

Assalamualaikum.

Empat insentif Jalur Lebar Negara.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak malam tadi mengumumkan empat insentif dalam Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) untuk mentransformasikan Malaysia daripada negara berpendapatan sederhana kepada negara maju.
Perdana Menteri berkata, langkah itu mampu menjadikan Malaysia negara abad ke-21 kerana perkhidmatan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) mampu menjadi pemangkin kepada peningkatan ekonomi negara. Insentif yang diumumkan sempena majlis pelancaran NBI dan HSBB di Dataran Merdeka adalah:
Pelaksanaan pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) ke rumah yang akan menyediakan perkhidmatan jalur lebar kepada 615,000 isi rumah di 246 lokasi membabitkan peruntukan RM60 juta;
Penubuhan pusat internet rakyat di 138 premis Jabatan Penerangan di seluruh negara yang memberikan liputan jalur lebar kepada 400,000 pengguna;
e-kiosk yang akan disediakan di pusat kemasyarakatan dan pejabat mukim di 1,105 mukim di seluruh negara membabitkan peruntukan RM40 juta dan
Liputan selular awam di 873 menara baru telekomunikasi yang akan dibina di seluruh negara termasuk 278 di Sabah dan 257 di Sarawak. Selain itu, katanya, sebagai tambahan kepada insentif berkenaan, RM1 bilion akan digunakan daripada Dana Khidmat Sejagat (UPS) dengan persetujuan penyedia perkhidmatan untuk digunakan bagi mengagihkan komputer riba kepada pelajar kurang berkemampuan di seluruh negara. Katanya, pembahagian komputer riba itu akan dirunding dengan Kementerian Pelajaran dan menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas ini. “Telekom Malaysia (TM) juga bersetuju memperkenalkan pakej jalur lebar berserta rangkaian dengan bayaran dikurangkan daripada RM50 kepada RM38 manakala kawasan Penyedia Perkhidmatan Universal (USP), jumlahnya dikurangkan lagi kepada RM20,” Berita Harian - 25 Mac 2010.


Diharapkan kemudahan-kemudahan yang dianugerahkan oleh Najib ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat khususnya mereka yang berpendapatan rendah untuk membebaskan diri anda semua daripada kongkongan media-media yang dikawal oleh parti pemerintah.

Selama ini rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah yang tinggal di luar bandar hanya dihidangkan dengan berita-berita yang berat sebelah daripada TV1, TV3, Utusan Malaysia dan Berita Harian. Maka dengan kemudahan internet ini bolehlah mereka memperolehi berita-berita yang tepat dan adil melalui portal-portal berita di internet.

Diharapkan juga para penulis blog khususnya blog politik dapat menulis semaksima yang mungkin agar dapat memberikan maklumat yang tepat dan seimbang kepada rakyat. Tulislah dengan penuh etika dan bertanggungjawab agar rakyat dapat menilai sesuatu isu itu dengan bijak.

Jika Pilihanraya Umum ke-12 BN telah kehilangan 5 negeri dan majoriti dua pertiga Dewan Rakyat dan salah satu faktor daripadanya adalah peranan bloggers sendiri. Maka tidak mustahil dengan insentif jalur lebar oleh Najib ini BN akan tumbang pada Pilihanraya Umum ke-13, Insya-Allah.

posted by Lidah Penghunus @ 4:25 PM   0 comments

Tuesday, March 16, 2010

Lagu untuk Najib dan Barisan Nasional.

Assalamualaikum.

Allah binasakan kamu...
Allah binasakan kamu...
Allah binasakan Najib Tun Razak...
Allah binasakan kamu.

Allah binasakan mereka...
Allah binasakan mereka...
Allah binasakan Barisan Nasional...
Allah binasakan mereka.

* Irama ikut lagu Allah selamatkan kamu.

posted by Lidah Penghunus @ 12:57 PM   1 comments

Monday, March 15, 2010

Bagaimana pula wanita yang di'kahwin'kan tanpa nikah?

Assalamualaikum.

Buletin Utama TV3 semalam kelihatan Dato' Shahrizat Jalil begitu sedih dan hiba terhadap berita kanak-kanak perempuan yang dikahwinkan seawal usia 11 tahun. Persoalannya di sini bagaimana pula dengan wanita dan kanak-kanak perempuan yang di'kahwin'kan' tanpa nikah dan yang dieksploitasi batang tubuh mereka oleh pihak tertentu untuk mendapat keuntungan? Saya perhatikan yang benar-benar serius dalam usaha membendung kaum wanita daripada terjerumus ke lembah penzinaan ini ialah Pas dan NGO Islam seperti JIM melalui kempen anti zina, forum dan edaran risalah berbentuk kesedaran kepada remaja yang berpeleseran

Di sini mana peranan Shahrizat sebagai menteri wanita? Mana suara Shahrizat dalam menegur stesyen TV yang menyiarkan tayangan-tayangan yang tidak senonoh yang mengeksploitasi golongan wanita? Pernahkan Shahrizat bersuara agar pusat-pusat hiburan di negara ini ditutup kerana menggunakan sepenuhnya wanita sebagai daya tarikan dan adakah Dato' Shahrizat pernah risau terhadap gejala hiburan melampau yang menjadi penyumbang kepada keruntuhan akhlak remaja khususnya wanita?

posted by Lidah Penghunus @ 1:24 PM   0 comments

Wednesday, March 10, 2010

Rasanya lebih baik tiada Pilihanraya Kerajaan Tempatan.

Assalamualaikum.

Memang tidak dinafikan Pilihanraya Kerajaan Tempatan ini bagus untuk menyuburkan demokrasi negara kita di peringkat kerajaan tempatan. Kita sudah ada Pilihanraya Kampus malahan di peringkat sekolah juga ada pilihanraya bagi memilih ketua pelajar. Maka tidak mustahil ianya boleh diadakan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan tambahan lagi Pilihanraya Kerajaan Tempatan ini pernah diadakan dahulu di negara kita.

Namun begitu bagi saya Pilihanraya Kerajaan tempatan ini tidak perlulah diadakan buat masa ini selagi ianya diuruskan oleh SPR yang kita maklum tidak adil dan memihak kepada BN. Kita tidak mahu oleh kerana penipuan Umno dan Barisan Nasional ini kita kehilangan penguasaan kerajaan tempatan di negeri-negeri yang kita perintah dan ini akan lebih menyulitkan lagi pentadbiran di peringkat kerajaan negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

posted by Lidah Penghunus @ 1:22 PM   0 comments

Friday, March 05, 2010

Siapa sebenarnya yang angkuh?

Assalamualaikum.

Harussani dedah keangkuhan Pas.
BANGI 4 Mac - Setelah berdiam diri hampir dua tahun selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini meluahkan apa yang terbuku di hati.
Beliau menceritakan keangkuhan Pas Perak yang menolak mentah-mentah cadangan penubuhan kerajaan perpaduan di negeri itu, walaupun secara dasarnya ia diperkenan oleh Sultan Perak, Raja Azlan Shah dan juga dipersetujui oleh kepimpinan tertinggi parti itu.
"Apabila dikemukakan cadangan penubuhan kerajaan campuran antara Pas dan Barisan Nasional (BN), Pesuruhjaya Pas Perak, Ahmad Awang terus berkata, kita tidak akan bersekongkol dengan orang Islam (UMNO) yang zalim, lebih baik berkawan dengan kafir (DAP).
"Saya tanya hadis dan ayat mana yang dipakai kerana setahu saya ada hadis mengatakan tolonglah saudara kamu yang zalim dan dizalimi. Saya kata jika BN ini zalim, saya tawarkan wakil rakyat Pas menjadi Menteri Besar dan yang lain akan jadi Exco bersama BN.
"Sultan secara dasarnya berkenan dengan cadangan ini, tetapi dia (Ahmad) masih berkeras menolaknya. Saya kata al-Quran menyebut jika sayang kepada kafir maka kita adalah kafir, beliau (Ahmad) kata dia menggunakan kaedah fikah dalam perkara itu.
"Kemudian saya kata mana boleh kaedah fikah digunakan apabila ia bertentangan dengan nas al-Quran, ia tidak boleh dipakai," katanya. Utusan Malaysia - 5 Mac 2010.


Ketika tempoh berkempen semasa Pilihanraya Umum ke-12 dahulu kita lihat Umno dan Barisan Nasional ternyata angkuh, menggunakan akhbar serta media dan segala instrumen kerajaan diperalatkan untuk berhadapan dengan pakatan pembangkang (ketika itu Barisan Alternatif).

Kita masih ingat ungkapan 'pade doh' iaitu kempen besar-besaran Umno untuk merampas Kelantan daripada Pas yang ketika hanya lebih satu kerusi Dun sahaja. Bayangkan mereka dengan yakin menggelar Awang Adek sebagai bakal Menteri Besar Kelantan. Begitu angkuh sekali mereka ini.

Akhirnya tanggal 8 Mac 2008 menyaksikan Umno dan Barisan Nasional terduduk apabila kehilangan 5 negeri dan majoriti dua pertiga Dewan Rakyat. Bila sudah hilang 5 negeri boleh pula hendak minta kita Pas mengkhianati rakan-rakan dalam PKR dan DAP? Sepatutnya merekalah yang kena tinggalkan Umno dan bersama-sama PAS, PKR dan DAP.

Kita hairan mengapa Harussani beriya-iya mahu Pas bergabung dengan BN, siap boleh tawar jawatan MB dan exco kepada Pas. Sebanarnya pendedahan Harussani ini menjelaskan lagi kepada kita bahawa beliau adalah Ulama' Umno.

posted by Lidah Penghunus @ 5:08 PM   0 comments


Free Hit Counter