Thursday, March 29, 2012

Tok guru, Najib dan pengajaran dari kisah Rasulullah SAW.

Assalamualaikum.



Saya ambil gambar ini daripada Laman Facebook. Turut diulas dalamnya bagaimana Tok Guru Nik Aziz dalam usianya sebegitu masih mampu menggunakan senjata api dan membuktikan kecekapannya apabila kesepuluh das tembakan yang dilepaskan tidak tersasar. Manakala Datuk Seri Najib dalam gambar sebelahnya pula jelas melakukan kesilapan dalam menyusun batu-bata dan malangnya tiada seorang pun disekelilingnya yang memberi teguran.

Di sini saya percaya bahawa Tok Guru Nik Aziz menerima tunjuk ajar daripada mereka yang pakar sebelum mengendalikan senjata yang berbahaya itu. Dalam Sirah Rasulullah SAW diceritakan bagaimana Rasulullah SAW cuba menanam sebuah pokok dan baginda telah ditegur oleh seorang penduduk kampung kerana pokok yang ditanam itu terbalik. Maka Rasulullah bersabda yang bermaksud, "kamu lebih mengetahui tentang hal keduniaan kamu"

Menunjukkan pentingnya seorang pemimpin menerima teguran daripada orang yang lebih pakar tentang sesuatu perkara walaupun orang itu orang bawahannya.

posted by Lidah Penghunus @ 5:14 PM   0 comments

Nak ke cendiakawan dan profesional masuk Umno?

Assalamualaikum.

Dr M gesa Umno buka pintu pada cendiakawan, profesional.
Kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan Umno perlu membuka pintu seluas-luasnya untuk golongan profesional cerdik pandai menyertai parti itu dan seterusnya diketengahkan sebagai calon pada pilihan raya umum.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat parti itu kini mempunyai masalah ketandusan pemimpin gara-gara kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan yang menyekat kemasukan mereka ke dalam Umno.

"Umno dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk Umno, sebab itu kebanyakan doktor masuk PAS. http://malaysiakini.com - 29 Mac 2012.

Ye ke cendiakawan dan profesional tiada dalam Umno sebab Umno cawangan dan bahagian tutup pintu untuk mereka? Mahu ke golongan doktor-doktor masuk dalam parti yang dah rosak ni?

Cendiakawan dan profesional ini adalah golongan intelek yang mampu mengungkap sesuatu isu itu secara kritis. Jadi mereka lebih nampak kepincangan yang berlaku dalam Umno. Malahan daripada pemerhatian saya golongan yang berpendidikan rendah walaupun mereka tidak belajar hingga ke universiti tetapi kerana mereka rajin membaca dan menuntut ilmu, mereka juga menolak Umno.

Maka tidak hairanlah jika Umno banyak kalah di kawasan bandar dan hanya menang di kawasan kampung. Tetapi tidak bermakna orang kampung tidak memiliki tahap kecendiakaan yang tinggi. Kita tunggu PRU 13 nanti!

posted by Lidah Penghunus @ 12:57 PM   0 comments


Free Hit Counter