Thursday, July 29, 2010

Umno dan logo haram.


posted by Lidah Penghunus @ 5:59 PM   0 comments

Wednesday, July 28, 2010

Guru sudah boleh berpolitik, mahasiswa bila lagi?

Assalamualaikum.

Guru boleh aktif politik.
KUALA LUMPUR: Selepas 17 tahun dilarang aktif dalam politik, pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah Gred DG41 hingga DG48 dibenarkan semula bertanding, dilantik atau memegang sebarang jawatan dalam parti politik, berkuat kuasa 1 Ogos ini.
Keputusan itu yang diumumkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, semalam, membabitkan 140,000 guru. Bagaimanapun, CUEPACS berharap kebenaran itu turut diperluaskan kepada semua 350,000 pegawai Gred DG41 hingga DG48 dan tidak terhad untuk guru saja. Berita Harian - 28 Julai 2010.

Saya ada terbaca satu artikel yang mengatakan bahawa langkah membenarkan guru berpolitik ini memandangkan ketika sebelum merdeka dan sekitar 60-an dahulu golongan gurulah yang menjadi peyumbang tenaga kepada kegiatan parti politik yang memerintah ketika itu (sebut Umno).

Mungkin pemimpin-pemimpin Umno sekarang ini masih bermimpi bahawa guru-guru sekarang ini seperti guru tahun 50 dan 60-an dulu yang menyokong mereka. Golongan guru ketika itu aktif dalam Umno semata-mata untuk mendapatkan kemerdekaan kerana Umno ketika itu memang benar-benar untuk memperjuangkan kemerdekaan.

Sedangkan Umno (sebut Umno Baru) sekarang ini sudah diselaputi oleh kepentingan diri. Maka tidak hairanlah kebanyakan guru-guru sekarang ini cenderung kepada Pakatan Rakyat. Berbalik kepada keputusan untuk membenarkan guru berpolitik itu tadi, kita harap keputusan untuk membenarkan guru berpolitik ini bukan untuk mereka menyertai Umno dan Barisan Nasional sahajalah. Jika ramai antara mereka yang menyertai Pas, PKR atau DAP pihak kementerian kenalah berlapang dada dan menerimanya sebagai amalan demokrasi.


MAKLUMAN PENTING - BLOG LINDUNGANBULAN INI TIDAK PERNAH MENDAFTAR DALAM LAMAN WEB SOSIAL FACEBOOK ATAS NAMA LIDAH PENGHUNUS. JIKA ADA IANYA BUKAN DARIPADA BLOG INI DAN ADALAH PALSU. HARAP MAKLUM.

posted by Lidah Penghunus @ 9:33 AM   0 comments

Wednesday, July 21, 2010

Kenyataan Harussani seolah-olah Islam bergantung kepada Melayu.

Assalamualaikum.

Harussani berkata beliau bercakap untuk kepentingan orang Melayu dan Islam kerana jika orang Melayu berpecah, Islam juga akan hancur. http://malaysiakini.com - 21 Julai 2010.

Pelik, seorang mufti boleh mengeluarkan kenyataan seolah-olah Islam itu bergantung kepada Melayu. Sepatutnya Melayu yang harus bergantung kepada Islam jika tidak mahu hancur.

MAKLUMAN PENTING - BLOG LINDUNGANBULAN INI TIDAK PERNAH MENDAFTAR DALAM LAMAN WEB SOSIAL FACEBOOK ATAS NAMA LIDAH PENGHUNUS. JIKA ADA IANYA BUKAN DARIPADA BLOG INI DAN ADALAH PALSU. HARAP MAKLUM.

posted by Lidah Penghunus @ 12:25 PM   0 comments

Monday, July 19, 2010

Perpaduan Pas-Umno - Mana dia konsep 1Malaysia?

Assalamualaikum.

Hairan, mengapa hanya Pas sahaja yang diajak untuk berbincang dengan Umno? Mengapa tidak diajak sekali PKR dan DAP? Adakah PKR dan DAP tiada ahli orang Melayu? Jika alasan bahawa PKR bukan keanggotaan orang Melayu sepenuhnya, Pas juga tidak dianggotai oleh orang Melayu sepenuhnya kerana parti itu adalah parti Islam yang tidak menyempitkan keanggotaan kepada orang Melayu sahaja. Tambahan lagi parti ini baru sahaja membuka keanggotaanya kepada orang bukan Islam melalui Dewan Himpunan Penyokong Pas.

Jadi seperti yang diperkatakan isu perpaduan ini hanya timbul kerana Umno sudah terdesak untuk mendapatkan sokongan politik. Melayu tidak terjejas pun dengan kemenangan Pakatan Rakyat ini kerana setakat ini tiada pun negeri yang bertukar Menteri Besar daripada orang Melayu kepada bukan Melayu dan negeri-negeri seperti Kelantan, Kedah tetap dikuasai oleh orang Melayu.

Di sini kita ingin bertanya kepada Umno, adakah mereka sanggup untuk menendang keluar sekutu mereka MCA dan MIC untuk memberikan kerusi-kerusi yang diperuntukkan kepada parti-parti komponen itu kepada Pas yang bergabung dengan Umno atas nama perpaduan Melayu?

Sebenarnya kalau diikutkan komposisi kaum dalam Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional adalah hampir sama sebenarnya kerana mereka akan meletakkan calon mengikut majoriti kaum sesuatu kawasan. Cumanya komposisi ini akan menjadi tidak seimbang apabila salah satu parti yang bergabung itu gagal memenangi semua kerusi yang diperuntukkan.

Contohnya di Selangor pada Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu bilangan calon Melayu dan bukan Melayu yang diletakkan oleh PR dan BN adalah sama iaitu 35 untuk calon Melayu dan 21 untuk calon bukan Melayu. Oleh itu andaikata Pas bergabung dengan Umno atas nama perpaduan Melayu sekali pun tidak mungkin Umno akan sanggup mengambil 21 kerusi milik MCA dan MIC untuk diberikan kepada Pas.

Maka tidak timbul soal untuk Pas bekerjasama dengan Umno dari segi politik, melainkan Umno mengubah dasarnya kepada Islam terlebih dahulu seperti yang diperkatakan oleh Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Aziz. Pas mungkin boleh bersama dengan Umno dalam isu yang menyentuh kepentingan bersama, sama ada peringkat nasional atau antarabangsa.

Yang penting gabungan Pas dengan PKR dan DAP adalah berbeza daripada gabungan Umno dengan MCA dan MIC kerana Pas bergabung dengan PKR dan DAP untuk sama-sama menentang kezaliman sedangkan gabungan Umno, MCA dan MIC dalam BN adalah untuk melakukan kezaliman dan penyelewengan. Malahan setelah sekian lama bergabung dengan MCA dan MIC, Umno tiada usaha untuk memahamkan mereka dengan Islam yang sebenar seperti yang diusahakan oleh Pas.

posted by Lidah Penghunus @ 1:18 PM   0 comments

Saturday, July 17, 2010

Hunusan pagi Sabtu.

Assalamualaikum.

Editor diarah elakkan perkataan 'barang naik'.
Dalam usaha mengelakkan kecaman rakyat terhadap pengumuman kenaikan 5-dalam-1 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam, semua media yang dikawal kerajaan diingatkan supaya tidak menggunakan perkatan 'barang naik' dalam laporan mereka.
Ketika taklimat di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, petang semalam, pengarang berkali-kali diingatkan agar perkataan "barang naik" itu perlu dielakkan.Sebaliknya, mereka diberitahu supaya menggunakan “pelarasan harga” atau “rasionalisasi subsidi”.

Taklimat berkenaan dikendalikan oleh penasihat media perdana menteri dan editor berkenaan memberitahu Malaysiakini ia dijalankan dalam suasana yang mesra.
"Mereka secara hormat memohon kita supaya bekerjasama tetapi permintaan seperti itu sukar jika tidak dilayan,” kata seorang daripada editor itu.
Media juga digalakkan oleh penasihat berkenaan supaya menjelaskan “rasional pengurangan subsidi" dalam laporan berita mereka dan juga menekankan bahawa harga gula dan bahanapi di Malaysia masih yang terendah di rantau ini. http://malaysiakini.com - 16 Julai 2010.

Mungkin selepas ini kita para penulis blog juga tidak harus menggunakan ungkapan yang tidak sedap didengar seperti 'tumbangkan Barisan Nasional', 'tolak BN' dan seumpama dengannya.
Kita gunakan ungkapan seperti 'peralihan kuasa inter-parti'.

Untuk demonstrasi atau perhimpunan aman pula mungkin boleh ditukar dengan nama 'rapat muhibbah' atau 'ekspresi rasa'.

Mereka juga diingatkan supaya tidak membuat tinjauan rambang di kalangan rakyat berhubung kenaikkan harga itu dan beberapa media 'diminta' mendapatkan pandangan daripada NGO dan persatuan pengguna yang mesra dengan kerajaan. http://malaysiakini.com - 16 Julai 2010.

Pilihanraya Umum nanti tak payahlah nak rayu undi daripada rakyat. Minta sahaja NGO dan Persatuan Pengguna yang mesra BN undi mereka.

posted by Lidah Penghunus @ 11:59 AM   0 comments

Friday, July 16, 2010

Harga petrol, gas dan gula yang naik.

Assalamualaikum.

Hari ini kita rakyat 1 Malaysia bersama-sama menikmati kenaikan harga petrol, gula dan gas yang dihadiahkan kepada kita oleh Datuk Seri Najib Tun Razak selaku pemimpin Barisan Nasional.

Semalam kelihatannya rakyat Malaysia berpusu-pusu ke stesyen minyak untuk menikmati buat kali terakhirnya harga minyak RON 95 sebelum ianya dinaikkan tepat jam 12 malam.

Begitulah pasrahnya kebanyakan rakyat Malaysia kita dengan kenaikan tersebut. Macamlah minyak yang dibeli banyak-banyak itu boleh tahan 5 tahun!

Saya tidak bermaksud untuk menafikan langkah mereka itu. Tetapi berapa kalikah kita hendak dipermain-mainkan oleh kerajaan Barisan Nasional pimpinan Najib?

Kerajaan kata kenaikan ini tidak membebankan, sedangkan termasuk ini sudah beberapa kali kenaikan. Dan kenaikan yang terdahulu pun sudah cukup membebankan rakyat dengan kenaikan harga barangan keperluan.

posted by Lidah Penghunus @ 9:00 AM   0 comments

Thursday, July 08, 2010


posted by Lidah Penghunus @ 1:51 PM   0 comments


Free Hit Counter