Saturday, December 24, 2011

Khir Toyo didapati bersalah - Rakyat Selangor buat pilihan tepat pada 2008.

Assalamualaikum.

Rasuah: Khir Toyo dihukum penjara setahun.
Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mendapati bekas menteri besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo bersalah atas tuduhan rasuah.

Mahkamah menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara berkuatkuasa hari ini, serta memerintahkan harta terbabit dilucuthak kepada kerajaan Malaysia.

Hukuman penjara itu dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan berkuat kuasa mulai hari.

Perintah melucuthak harta tersebut pula dibuat mengikut Seksyen 36(1) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 1997.

Dalam penghakimannya, Hakim Datuk Mohtaruddin Baki berkata hukuman yang berat adalah perlu kerana dalam kes-kes yang melibatkan kepentingan awam dan swasta, kepentingan awam perlu diberi keutamaan.

Bagaimanapun, Mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut.

Sebelum itu, Mohtaruddin berkata pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes terhadap ADUN Sungai Panjang itu tanpa sebarang keraguan yang munasabah. http://malaysiakini.com - 23 Disember 2011.

Bayangkan jika rakyat Selangor pada 8 Mac 2008 terus mengekalkan BN dan Khir Toyo untuk mentadbir negeri Selangor. Alamatnya rakyat akan terus dipimpin oleh Menteri Besar yang korup yang hanya menggunakan jawatan untuk kepentingan peribadi serta mengumpul kekayaan berjuta-juta ringgit.

Oleh itu tidak perlu lagilah rakyat Selangor untuk mengembalikan penguasaan Umno dan Barisan Nasional ke atas negeri Selangor ini. Kekalkanlah pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Kerajaan yang sedia ada di negeri Selangor ini jauh lebih baik daripada kerajaan yang terdahulu kerana semua kekayaan negeri dikembalikan untuk faedah rakyat.

posted by Lidah Penghunus @ 11:40 AM   0 comments


Free Hit Counter