Thursday, May 31, 2007

Najib kata persekitaran tidak mempengaruhi pembelajaran?

Assalamualaikum.

Persekitaran bukan satu faktor yang menjadi penghalang kepada seseorang pelajar untuk meraih kejayaan ke peringkat tertinggi, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Timbalan Perdana Menteri berkata, ini kerana beliau percaya keinginan kuat dalam diri seseorang untuk maju dalam pelajaran turut memainkan peranan utama dalam memastikan kejayaan. Utusan Malaysia - 31 Mei 2007.


Memang benar tekad serta keinginan yang kuat dalam diri untuk maju boleh membantu seseorang itu cemerlang dalam pelajaran. Namun jika dari kecil lagi anak-anak muda kita sudah terdedah dengan hiburan yang keterlaluan di media-media yang pelbagai, disogokkan dengan rancangan reliti hiburan yang siapa sahaja boleh menyertainya. Bagaimana mungkin ianya boleh menanamkan tekad serta keinginan yang kuat kedalam diri anak-anak muda kita untuk berjaya dalam pelajaran. Malahan pelajar yang sudah sedia tertanam dengan keazaman yang kuat ini pun akan terganggu dengan kehadiran pelbagai jenis hiburan yang melampau ini dan akhirnya akan melunturkan semangat mereka untuk terus belajar.

Sekarang ini sudah ada pula rancangan mencari bakat nyanyian khas untuk kanak-kanak. Nampaknya benarlah seperti yang digambarkan pada lakaran di bawah ini tentang Pelan Pendidikan Nasional.





Kita tidak nafikan bahawa di kala ini pun negara tetap melahirkan tokoh-tokoh intelek dan ramai pelajar kita yang masuk ke universiti. Namun walaupun mereka ini telah melangkah ke menara gading namun ramai di antara mereka ini telah diresapi dengan budaya hedonisme yang akhirnya akan melahirkan mahasiswa yang beku yang hanya mampu membiacarakan persoalan yang hanya berlegar di sekitar kampus dan dunia artis sahaja.

Bagi saya kenyataan Najib ini sebenarnya bertujuan menutup kesalahan kerajaan Barisan Nasional yang bertanggungjawab menyemaikan suasana persekitaran yang tidak sihat kepada rakyat terutama sekali yang berkaitan dengan hiburan. Seperti yang telah saya sebutkan sebelum ini mereka lebih suka mahasiswa yang sebegini kerana dengan itu survival politik mereka terjamin.

posted by Lidah Penghunus @ 1:06 PM   0 comments

Wednesday, May 30, 2007

Penolakan permohonan Lina Joy bukanlah kemenangan mutlak bagi kita.

Assalamualaikum.

Dengan keputusan mahkamah siang tadi menolak permohonan Lina Joy untuk membuang perkataan Islam pada kad pngenalan telah melegakan kita umat Islam di negara ini. Ianya bermakna cubaan pihak tertentu untuk memperkotak-katikkan umat Islam melalui undang-undang civil gagal dan kewibawaan mahkamah syariah itu masih lagi terpelihara.

Namun apa yang ingin saya sebut di sini memang Lina Joy gagal untuk menukarkan agamanya pada Mykad melalui mahkamah civil tetapi secara realitinya mengikut hukum Islam beliau telah pun murtad atau terkeluar daripada agama Islam dan telah sekian lama mengamalkan agama barunya dengan bebas tanpa mendapat hukuman yang sepatutnya mengikut undang-undang Islam, jika ada pun ianya mungkinlah hanya sekadar denda atau penjara.

Maka ianya sebenarnya bukanlah kemenangan yang sepenuhnya bagi kita umat Islam di negara ini. Maka oleh sebab itulah kita mesti terus berusaha agar Islam itu memerintah, hukum Islam itu dilaksanakan sepenuhnya agar mereka-mereka yang murtad dan riddah ini boleh dikendalikan mengikut keadah Islam dan seterusnya tiada lagi mereka yang biadab hingga berani mengisytiharkan kemurtadan mereka di mahkamah.

posted by Lidah Penghunus @ 9:18 PM   3 comments

Bajet 2008 bajet tiada duit?

Assalamualaikum.

Gaji kakitangan awam baru sahaja diumumkan dan ada kira-kira tiga bulan lagi untuk dibentangkan bajet atau belanjawan negara bagi tahun 2008. Dalam akhbar hari ini Perdana Menteri sudah pun memberi gambarannya tentang bajet yang akan dibentangkannya di Parlimen pada September kelak.

Bajet 2008 yang akan dibentangkan pada 7 September ini, dijangka beralih daripada pendekatan pemberian insentif percukaian seperti diamalkan sebelum ini, kepada langkah yang lebih kreatif dan inovatif untuk membantu membangunkan ekonomi negara.
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika berucap pada Majlis Konsultasi Bajet 2008 bertemakan ‘Meningkatkan Daya Saing dan Berkongsi Kemakmuran Ekonomi’ semalam, membayangkan kerajaan perlu berbuat demikian kerana insentif cukai dan pemotongan kos boleh memberi tekanan kepada beban kewangannya.
Sehubungan itu, Perdana Menteri meminta semua semua pihak termasuk sektor swasta, perlu lebih kreatif dan inovatif dalam cadangan mereka untuk membantu kerajaan merumuskan bajet menerusi sesi konsultasi yang diadakan. Berita Harian - 30 Mei 2007.

Daripada ucapan Perdana Menteri yang dipetik dalam akhbar hari ini apa yang dapat kita lihat kerajaan dijangka akan mengalami masalah beban kewangan yang besar setelah keputusan mereka menaikan gaji kakitangan awam yang akan bermula Julai ini. Maka dengan itu Pak Lah telah memberi gambaran awal pada bajet kali ini bahawa sebarang insentif serta pemotongan cukai tidak lagi akan diberikan bertujuan untuk mengurangkan tekanan beban kewangan.

Kesian kerajaan Pak Lah, duit yang sepatutnya boleh dibuat untuk pelbagai jenis perbelanjaan seperti membayar gaji pekerja, memberi subsidi, terbuang begitu sahaja akibat daripada rasuah, penyelewengan, pembaziran, bocor sana bocor sini dan runtuh sana runtuh sini. Akibatnya kerajaan berada dalam situasi kewangan yang tertekan ketika ini dan ditakuti pada pembentangan Bajet 2008 nanti bukan sahaja insensif serta pemotongan cukai tidak lagi akan diberikan, malahan beberapa jenis cukai pula akan dinaikkan yang akhirnya beban-beban ini akan kembali kepada rakyat yang telah sedia terbeban dengan pelbagai kenaikan khususnya harga barangan keperluan.

posted by Lidah Penghunus @ 12:59 PM   0 comments

Tuesday, May 29, 2007

Jangan tidur semasa muktamar.

Assalamualaikum.

Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat telah pun berlalu dan meninggalkan pelbagai cerita, keazaman dan tekad untuk menghadapi pilihanraya umum serta tidak ketinggalan pelbagai kontroversi kepada kita. Selepas ini beberapa hari lagi kita akan mengikuti satu lagi perhimpunan tahunan parti politik pembangkang terbesar di negara ini iaitu Muktamar Tahunan Pas Pusat kali ke-53 yang akan diadakan di negeri yang ditadbir oleh Pas itu iaitu Kelantan.

Muktamar Pas kali ke-53 ini dijangka akan mendapat perhatian daripada pelbagai pihak termasuk daripada parti rakan dan lawan serta penganalisis politik daripada dalam dan luar negara. Ini kerana pada muktamar pada kali ini terdapatnya pemilihan bagi memilih pucuk pimpinan parti di peringkat pusat dan juga Muktamar Pas pada kali ini diadakan pada hampir menjelang Pilihanraya Umum ke-12.

Maka apa yang ingin saya perkatakan kepada perwakilan-perwakilan muktamar nanti, percayalah bahawa parti yang anda sertai ini adalah Parti Islam yang dasarnya adalah Islam, panduannya adalah Quran, Sunnah dan Ijmak Ulama’, badan pembuat keputusan yang tertinggi dalamnya ialah Majlis Syura Ulama’ dan cita-cita Pas adalah mewujudkan sebuah pemerintahan Islam. Oleh kerana itu Pas telah menepati ciri-ciri sebuah Jemaah Islam atau harakah Islam.

Maka mereka yang menyertai Pas dan aktif menerusinya juga sudah tentu mempunyai cita-cita yang sama iaitu mewujudkan sebuah masyarakat dan negara yang mengamalkan Islam secara keseluruhannya tidak kira sama ada mereka itu dari latarbelakang pendidikan agama atau tidak yang pentingnya sudah tertanam di hati mereka bahawa Islam adalah agenda perjuangan.

Sebagaimana yang kita maklum bahawa Pas juga adalah sebuah parti politik kontemporari yang berubah mengikut edaran masa namun dasarnya tidak sedikit pun berubah. Maka oleh sebab itulah pada masa kini Pas semakin diminati oleh golongan profesional dan mendapat penyertaan yang agak ramai daripada golongan yang bukan berlatarkan pendidikan agama ini.

Sebenarnya penyertaan daripada golongan profesional ini bukanlah perkara baru dalam Pas, jika kita singkap kembali sejarah, Pas telah disertai oleh ramai golongan profesional pada masa itu dan golongan-golongan ini menyertai Pas atas kesedaran mereka bahawa Islam itu wajib diperjuangkan dalam pelbagai cara sekalipun.

Oleh itu pinta saya janganlah lagi timbul soal golongan ulama’ dan profesional dalam hierarki kepimpinan Pas kerana siapa pun yang memegang amanah mereka tetap terikat dengan dasar dan perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas dan mereka juga tetap terikat dengan keputusan Majlis Syura Ulama’. Selama Pas disertai dan dipimpin oleh golongan profesional ini belum pernah lagi kita dengar Pas melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariat Islam.

Di sini janganlah kita risau tentang ketandusan golongan ustaz atau ulama’ dalam Pas kerana selagi wujudnya Pas sebagai gerakan Islam, pendidikan Islam itu akan terus dititikberatkan dan ianya akan terus melahirkan golongan ulama’ yang menjadi waris para nabi. Malahan melalui penekanan pendidikan Islam ini jugalah golongan profesional itu tadi akan terus diterapkan dengan pendidikan Islam secara lebih mendalam. Ini bertepatan dengan apa yang disebut oleh al Marhum Ustaz Fadhil Noor iaitu “Memprofesionalkan ulama’ dan mengulamakan professional.”

Maka kepada perwakilan muktamar nanti, anda adalah delegasi yang dipilih oleh kawasan masing-masing untuk membawa hasrat dan harapan mereka ke muktamar yang menjadi medan untuk bermuhasabah serta memperbaiki kelemahan yang timbul, maka pikullah amanah ini dengan sebaik-baiknya, pilihlah mereka yang boleh merealisasikan agenda Islam yang dibawa oleh Pas tidak kira sama ada mereka itu golongan ulama’ atau professional.

Akhir sekali suka juga saya peringatkan kepada sidang muktamar sekalian agar tidak tidur sepanjang berlangsungnya muktamar kerana anda dihantar bukan untuk tidur. Semasa perhimpunan agung Umno tahun lepas kita telah menyaksikan para perwakilan termasuk pemimpin mereka tidur dan ianya telah dijadikan isu oleh kita. Maka janganlah hendaknya kita pun sama seperti mereka.

-=: Selamat Bermuktamar :=-

posted by Lidah Penghunus @ 1:00 PM   0 comments

Monday, May 28, 2007

Khairy dan orang Umno sendiri perosak Umno

Assalamualaikum.

Semalam hari terakhir Kongress Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat salah seorang perwakilannya menyatakan bahawa Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin adalah perosak parti pembangkang dan harus di halang. Dalam akhbar hari ini pula Khairy dengan bangganya menyatakan bahawa sememangnya beliau melemah dan merosakkan parti pembangkang.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, memang menjadi tugasnya untuk melemah dan merosakkan parti pembangkang.
‘‘Memanglah kerana saya orang UMNO dan tugas saya adalah untuk merosak dan membunuh pembangkang,’’ Utusan Malaysia - 28 Mei 2007.


Bagi saya peranan yang dimainkan oleh parti lawan untuk merosak serta melemahkan parti lawan itu adalah biasa dan memang sudah menjadi adat dalam politik kepartian. Malahan setiap kita dalam parti pembangkang khususnya Pas juga mempunyai peranan dalam usaha untuk melemah serta merosakkan parti pemerintah Umno dan Barisan Nasional.

Cuma bezanya kita pembangkang berusaha melemah serta merosakkan parti pemerintah bertujuan untuk menumbangkan pemerintah yang zalim serta mendaulatkan Islam sedangkan mereka dalam parti pemerintah berusaha untuk melemahkan pembangkang adalah untuk memastikan mereka terus kekal berkuasa dan menindas rakyat.

Dalam pada Khairy bercakap tentang peranannya melemahkan parti pembangkang, dalam tajuk akhbar yang sama beliau menyatakan kekesalannya dengan sikap ahli Umno yang menjadi alat kepada parti pembangkang untuk melemahkan parti dan barisan kepimpinan.

Beliau menasihatkan mereka supaya menumpukan perhatian kepada agenda untuk menguat dan mengukuhkan parti dan bukannya menjadi perosak kepada UMNO.
Menurutnya, jika berasa tidak puas hati terhadap parti, mereka disaran menggunakan saluran yang sepatutnya dan bukan menyuarakannya kepada pihak pembangkang.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai sikap sesetengah ahli UMNO yang menggunakan akhbar pembangkang untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap parti dan pemimpin Utusan Malaysia - 28 Mei 2007.


Dalam akhbar perdana yang lain pula mendedahkan bahawa kenyataan Khairy ini berhubung tindakan beberapa ahli Umno yang mengkritik beliau serta beberapa pimpinan dalam mesyuarat agung yang diadakan. Maka jelaslah di sini bahawa bukan sahaja pembangkang yang berperanan untuk merosak serta melemahkan Umno, malahan mereka yang dalam Umno sendiri juga menjadi perosak kepada Umno dan ianya termasuk Khairy sendiri.

Kita telah lihat bagaimana ahli-ahli Umno sendiri telah menjadi perosak serta melemahkan parti melalui tindak-tanduk mereka mereka sendiri dan ianya hingga ke peringkat pimpinan tertinggi termasuklah Presiden Umno. Malahan bekas presiden Umno sendiri kini telah menambahkan lagi kepada kelemahan Umno itu sendiri dengan kritikannya terhadap kelemahan Pak Lah sebagai Presiden Umno.

posted by Lidah Penghunus @ 3:37 PM   0 comments

Sunday, May 27, 2007

Najib kata "boikot!"

Assalamualaikum.

Mungkin kerana sudah penat menangani kenaikan harga yang tidak terkawal, dalam akhbar hari ini Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyarankan kepada rakyat agar boikot atau memulaukan peniaga yang menaikkan harga barang sesuka hati.

Boikot peniaga yang sengaja menaikkan harga barang atau perkhidmatan sesuka hati. Itu nasihat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada orang ramai bagi menangani tindakan sesetengah peniaga mengambil kesempatan terhadap pembeli.
Beliau berkata, tindakan itu pengajaran paling berkesan terhadap peniaga tidak bertanggungjawab dan menyusahkan orang ramai. Berita Harian - 27 Mei 2007


Seperti yang telah saya sebutkan sebelum ini antara punca kenaikan harga barangan keperluan ini adalah kerana kenaikan harga minyak diikuti dengan beberapa kenaikan yang lain. Sebenarnya margin keuntungan seseorang peniaga itu masih lagi lagi tidak berubah apabila mereka menaikan harga barang, mereka tidak pun mendapat keuntungan yang lebih daripada kenaikan tersebut kerana kenaikan berkenaan pun bertujuan untuk menampung beban kenaikan harga daripada pengeluar.

Golongan pengeluar atau pengilang juga berbuat demikian kerana kos pengeluaran yang meningkat akibat daripada kenaikan harga barangan mentah yang berkaitan. Jadi kerajaan perlu melihatkan kembali punca kepada kenaikan-kenaikan yang berlaku iaitu harga minyak kerana kerana sudah maklum bahawa minyak adalah bahan yang mempunyai kaitan dengan kegiatan pengeluaran semua jenis barangan.

Sebagai sebuah kerajaan dan pentadbir sesebuah negara menyarankan untuk memboikot bukanlah sesuatu langkah yang baik. Tindakan boikot ini jika untuk pembangkang atau NGO memang sesuailah kerana mereka tiada kuasa atau mandat untuk bertindak seperti kerajaan. Tambahan lagi kebanyakan barangan yang harganya naik ini adalah barangan keperluan yang mahu atau tidak rakyat mesti membelinya.

Cerita juga tentang saranan untuk boikot barang yang harganya naik ini, kita juga ingin bertanya kepada Najib serta menteri-menteri yang lain adakah mereka juga sudah memboikot barang-barang yang mewah, barangan import yang memang tinggi harganya di pasaran? Bak kata Najib ketika pengumuman kenaikan harga minyak dahulu, "ubah cara hidup."

posted by Lidah Penghunus @ 2:22 PM   0 comments

Friday, May 25, 2007

Mengapa mahasiswa kita tidak agresif seperti mahasiswa di negara lain?

Assalamualaikum.

Pelajar tempatan di institut pengajian tinggi (IPT) dikesan tidak berani bertanya, tidak agresif serta tidak memiliki pemikiran analitikal berbanding luar negara.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed, berkata ia adalah antara pandangan mengenai ciri dan tingkah laku pelajar tempatan yang dibangkitkan anggota Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) Koridor Raya Multimedia (MSC Malaysia) minggu lalu.

Beliau berkata, banyak isu mengenai sektor pengajian tinggi dibangkitkan pada Mesyuarat IAP-MSC Malaysia Ke-10 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi itu, termasuk gambaran ahli panel terhadap pelajar tempatan.
"Banyak isu mengenai pengajian tinggi dibangkitkan dan antara pandangan ialah pelajar kita kurang bertanya... dalam kelas tidak berapa aktif.
"Di sini kita juga terima (rombongan) pelajar Universiti Harvard dan setiap seorang bertanya soalan. Mereka aktif dan kritikal," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan amanat kepada sekumpulan pelajar IPTA yang akan menyertai lawatan sambil belajar ke United Kingdom, Perancis dan Belanda, di sini, semalam. Berita Harian - 25 Mei 2007.

Rasanya semua dah tahu jawapannya mengapa pelajar atau mahasiswa di negara kita tidak agresif seperti pelajar di negara luar. Kerana di negara kita ada Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) sedangkan di negara luar tiada. Beberapa peruntukan dalam AUKU inilah sebenarnya yang telah melahirkan budaya takut di kalangan mahasiswa pada hari ini, mereka yang agak lantang akan dilabel sebagai anti kerajaan dan akan dikenakan pelbagai tindakan. Sedangkan pada masa yang sama budaya hedonisme, budaya berhibur yang melalaikan terus subur di kampus seluruh negara dan direstui oleh pentadbiran universiti. Akibatnya lahirlah mahasiswa yang hanya mampu memperkatakan soal-soal sekitar dalam kampus, dewan kuliah, dewan makan dan dunia artis sahaja.

Budaya takut di kalangan mahasiswa ini juga hingga terbawa-bawa hingga ke dewan kuliah, mereka telah diresapi oleh budaya menerima sahaja apa jua yang diberikan oleh pensyarah tanpa mahu mempersoalkan sesuatu itu dalam ruang lingkup ilmiah. Ramai di antara mereka yang belajar hanya semata-mata untuk mengejar graduasi kelas pertama dan akibatnya apabila memasuki alam pekerjaan mereka tidak tahu nak buat kerja. Tidak setakat itu ancaman AUKU ini juga telah mengancam aktivisme pelajar-pelajar kita yang belajar di luar negara yang tiada AUKU sedangkan apa yang dikesalkan persatuan yang pro kepada mereka boleh pula bergerak.

Jadi tidak hairanlah jika timbul anggapan bahawa pelajar di negara ini tidak agresif seperti pelajar di negara luar kerana itulah sebenarnya yang dikehendaki oleh kerajaan Barisan Nasional. Kerana telah terbukti melalui sejarah bahawa mahasiswa adalah antara pencetus kepada sesuatu kebangkitan rakyat menentang pemerintah yang zalim.

posted by Lidah Penghunus @ 4:41 PM   0 comments

Thursday, May 24, 2007

Angkuhnya Najib

Assalamualaikum.

Melihatkan pada akhbar hari ini, betapa angkuhnya Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak apabila menyentuh tentang kejayaan BN dalam pilihanraya kecil yang dianjurkan.

Najib berkata, pada lima pilihan raya kecil itu iaitu Kuala Berang (Terengganu), Pengkalan Pasir (Kelantan), Batu Talam (Pahang), Machap (Melaka) dan di Ijok, Selangor BN telah mencapai kemenangan besar.
‘‘Dari kelima-lima pilihan raya ini, sudah jelas pembangkang sudah tiada di hati rakyat. Parti pembangkang sudah tidak releven lagi. Kalau boleh, kita boleh sebut selamat tinggal parti pembangkang,” kata beliau yang kemudian mendapat sorakan padu dari 5,000 orang yang hadir.
Timbalan Perdana Menteri berkata, penolakan rakyat terhadap pembangkang jelas ditunjukkan apabila BN mampu mencatat kemenangan cemerlang di kelima-lima pilihan raya kecil itu, walaupun dari parti pembangkang mana sekalipun baik Pas, DAP mahupun Parti Keadilan Rakyat (PKR) Utusan Malaysia - 24 Mei 2007.


Di sini cuba kita renungkan sejenak terutama sekali untuk 5000 orang yang bersorak gemuruh dengan ucapan Najib itu dan juga untuk para penyokong BN. Bayangkan jika parti pembangkang tiada di negara ini, adakah mungkin kakitangan awam akan dapat menikmati 'durian runtuh' seperti sekarang ini? Sedangkan kita tahu bahawa kerajaan Barisan Nasional menaikkan gaji kakitangan awam pada hujung-hujung penggal pilihanraya kerana sekarang mereka sudah gelabah untuk mencari sokongan rakyat dalam pilihanraya. Mereka sendiri sudah tahu bahawa kemenangan besar mereka dalam siri-siri pilihanraya kecil yang telah diadakan adalah kerana penipuan bukan kerana sokongan rakyat.

Maka kepada penyokong-penyokong Umno dan Barisan Nasional tidak perlulah anda semua ikut angkuh sama dengan pemimpin anda itu kerana kita sudah lihat sekarang ini ada pembangkang pun mereka boleh buat sesuatu yang menyusahkan rakyat sesuka hati apatah lagi jika tiada pembangkang.

posted by Lidah Penghunus @ 1:09 PM   0 comments

Wednesday, May 23, 2007

Pak Lah kata bukan gaji pilihanraya

Assalamualaikum.

Jika sebelum ini pembangkang memberi komen bahawa tindakan kerajaan menaikkan gaji kakitangan awam sebagai helah pilihanraya, dalam akhbar hari Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menafikan perkara tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kenaikan gaji kakitangan awam yang diumumkan semalam tidak ada kaitan dengan pilihan raya umum.
Menurut beliau, kerajaan telah lama menimbangkan permintaan untuk menaikkan gaji kakitangan awam tetapi tidak dapat membuat keputusan sebelum ini kerana ketika itu kerajaan tidak mempunyai kemampuan kewangan.
“Apa yang kita buat untuk sektor awam adalah sesuatu yang mereka perlukan. Dulu bila mereka minta, kita tidak ada duit nak beri. Sekarang kita mampu, maka kita berilah. Buat apa nak tunggu lagi,” kata Abdullah pada sidang akhbar dengan wartawan Malaysia di sini hari ini. Utusan Malaysia - 23 Mei 2007.


Jawapan yang Pak Lah berikan ini sebenarnya tidak ada bezanya dengan jawapan BN berkenaan pembangunan pada Pilihanraya Kecil Ijok yang lalu. Semuanya kebetulan terjadi pada dan hampir-hampir menjelang pilihanraya. Bak kata Samy Vellu semasa pilihanraya kecil Ijok dahulu, "kerajaan ada hak untuk melaksanakan pembangunan bila-bila masa mereka suka."

Di sini jika benar Perdana Menteri menyatakan bahawa dahulu kerajaan tiada kemampuan kewangan dan sekarang mereka sudah ada kemampuan kewangan, maka seharusnyalah Pak Lah menunaikan satu lagi perkara yang kita tuntut dari dahulu lagi iaitu menurunkan harga minyak. Kerana jika kita kaji balik, ancaman kenaikan harga barangan yang berlaku pada hari ini adalah berpunca daripada kenaikan kos akibat kenaikan harga minyak dan beberapa kenaikan yang lain seperti kadar tol.

Kerana golongan peniaga juga adalah rakyat dan mereka juga turut merasa terhimpit dengan kenaikan-kenaikan ini. Tidak semua golongan peniaga itu menaikkan harga barang sesuka hati untuk mencari keuntungan lebih, ramai di antara mereka terpaksa menaikan harga barang untuk mengembalikan margin keuntungan yang telah menurun ekoran daripada kenaikan kos pengeluaran. Maka mereka juga berhak untuk mendapat kelegaan seperti yang diperolehi oleh pekerja kerajaan.

posted by Lidah Penghunus @ 1:04 PM   0 comments

Tuesday, May 22, 2007

Tentang kenaikan gaji

Assalamualaikum.

Rasanya belum terlambat untuk saya memperkatakan sedikit tentang pengumuman kenaikan gaji kakitangan awam oleh Pak Lah yang mula heboh diperkatakan semalam semalam kerana kenaikannya pun akan berkuatkuasa pada bulan Julai nanti iaitu satu bulan yang boleh dikatakan sudah hampir dengan pilihanraya umum. Jadi saya juga senada dengan beberapa pemimpin pembangkang yang berpandangan bahawa keputusan Pak Lah itu adalah salah satu usaha untuk menarik sokongan rakyat terutamanya kakitangan awam terhadap kerajaan BN.

Memang sepatutnya kenaikan ini sudah lama berlaku kerana rakyat khususnya kakitangan awam yang berkhidmat untuk rakyat sudah lama terhimpit dengan kenaikan kos hidup akibat beberapa kenaikan yang berlaku. Tidak setakat kepada kakitangan awam sahaja, kakitangan swasta juga sepatutnya menerima kenaikan gaji ini kerana mereka juga turut terasa dengan kenaikan kos hidup ini. Namun begitu apabila naiknya gaji ini timbul pula satu kerisauan iaitu kenaikan harga barang keperluan, sedangkan daripada mula timbul ura-ura untuk menaikkan gaji kakitangan awam pun beberapa barang sudah dinaikkan harganya. Jika ini berlaku taraf hidup kakitangan awam ini akan kembali kepada tahap yang asal, tiada apa pun yang berubah. Akhir sekali mengambil kenyataan Pak Lah di bawah ini;

PUTRAJAYA 21 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini meminta rakyat menggunakan kuasa mereka sebagai pengguna secara bijaksana dengan mendedahkan para peniaga yang menaikkan harga barang. Utusan Malaysia - 22 Mei 2007

Maka saya menyeru kepada kakitangan awam semua agar terus menggunakan kuasa rakyat anda untuk menolak pemimpin serta kerajaan yang korup walaupun mereka terus-menerus menaburkan wang kepada rakyat. Kerana masa hadapan anda dan negara bukan terletak di tangan wang ringgit semata-mata.

posted by Lidah Penghunus @ 11:46 PM   0 comments

Monday, May 21, 2007

Tentang Khairy Jamaludin menantu Pak Lah.

Assalamualaikum.

Dalam sebuah akhbar perdana hari ini menantu Perdana Menteri Malaysia Khairy Jamaluddin cuba melaga-lagakan pemimpin kerajaan Negeri Kelantan apabila mendakwa Datuk Husam Musa menguasai Kerajaan Negeri Kelantan dan mengetepikan pemimpin lain termasuk Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Pas mengalami pergolakan dalaman ekoran pertembungan antara pemimpin muda dengan tua dalam parti itu. Di Kelantan, Husam jelas menguasai kepemimpinan kerajaan negeri. "Dalam isu Lojing misalnya walaupun ada Exco Alam Sekitar (Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman) namun beliau diketepikan Husam yang menjawab pelbagai isu berkaitan alam sekitar yang berbangkit.
"Menteri Besar yang membisu sepanjang masa, Timbalannya pula sekadar bercakap separuh jalan. Namun, pergolakan yang cuba disembunyikan Pas kian disedari umum," Berita Harian - 21 Mei 2007.

Jika kita perhatikan kedua-kedua akhbar perdana hari ini, Khairy Jamaludin mendapat tempat yang agak banyak sekali. Selain daripada serangannya terhadap Kerajaan Negeri Kelantan, pada muka hadapan akhbar Utusan Khairy meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan tentang kaitan diri beliau dengan isu Wolfowitz, selain daripada itu isu Wilayah Pembangunan Iskandar juga turut disentuh oleh Khairy.

Jika Khairy menuduh Dato' Paduka Husam cuba menguasai kerajaan negeri Kelantan. Maka adalah lebih jelas Khairy dari dahulu cuba untuk menguasai pentadbiran negara daripada bapa mertuanya yang serba lemah serta membisu itu. Jika YB Husam maka kita sudah maklum bahawa beliau adalah exco kanan kerajaan negeri yang turut bertanggungjawab terhadap pentadbiran dan jatuh bangun negeri Kelantan. Maka adalah patutlah jika beliau turut memberi penjelasan tentang isu Lojing. Semuanya itu juga adalah untuk kepentingan rakyat di negeri Kelantan bukan untuk kepentingan diri beliau sendiri.

Sedangkan Khairy yang disebut sebagai budak hingusan oleh Tun Dr Mahathir tidak ada apa-apa jawatan pun dalam pentadbiran kerajaan persekutuan, beliau hanyalah sebagai Timbalan Ketua Pemuda dalam Umno. Namun kehadiran beliau di dada-dada akhbar seolah-olah beliau menguasai pentadbiran negara sedangkan keadaan negara yang agak tidak menentu ini salah satu faktornya adalah kerana campur tangan beliau sendiri.

Berkenaan serangan beliau terhadap Kerajaan Negeri Kelantan dan isu Datuk Seri Anwar Ibrahim itu tadi telah di jawab di http://www.harakahdaily.net dan Blog http://jiwokelate.wordpress.com/

posted by Lidah Penghunus @ 1:29 PM   0 comments

Sunday, May 20, 2007

Hunusan hujung minggu.

Tolak BN jika mahu tolak dadah

Dalam berita tv malam semalam saya tertarik dengan usaha Pengasih sebuah NGO yang mengambil berat tentang bekas penagih dan penagih yang ingin berhenti menagih mendaftar para bekas penagih dan juga yang masih menagih dadah sebagai pengundi. Presidennya memberitahu kepada media bahawa walaupun mereka penagih dan bekas penagih namun mereka berhak untuk menentukan tampuk pemerintahan negara

Bagi saya jika seseorang bekas penagih itu benar-benar ingin bertaubat, meninggalkan tabiat buruk mereka, maka sepatutnyalah mereka menolak Barisan Nasional dalam pilihanraya kerana BNlah yang terus mewujudkan pusat-pusat hiburan yang sering saya sebut dahulu sebagai markas kepada pengedaran dan penagihan dadah.

Ini bukan sahaja untuk diri mereka sendiri malahan untuk mengelakkan insan-insan lain daripada terjerumus ke lembah penagihan dadah. BN tidak boleh diharapkan lagi untuk memerangi dadah. Mereka bercakap kononnya untuk memerangi dadah secara besar-besaran tetapi mereka tidak pernah mahu untuk menutup perkara-pekara yang boleh membawa kepadanya dan yang paling nyata BN mengetepikan Islam dalam usaha memerangi dadah. Akibatnya masalah yang membarah daripada dahulu ini tidak pernah selesai


Parlimen yang dipenuhi oleh mereka yang menang dengan mandat haram.

Bermula dengan kerosakan pada bumbung, kemudiannya isu dua orang Ahli Parlimen BN yang membuat lawak bodoh dan lucah yang menghina kaum wanita dan berita tv semalam Samy Vellu mendedahkan wujudnya gejala vandalisme di bangunan Parlimen apabila barang yang terdapat di tandas parlimen hilang.

Di sini mungkinkah kerana banyaknya Ahli Parlimen yang menang secara penipuan pada pilihanraya umum yang lalu menjadikan situasi Parlimen Malaysia sekarang ini bermasalah serta memalukan?

posted by Lidah Penghunus @ 5:10 PM   0 comments

Wednesday, May 16, 2007

Sempena sambutan hari guru

Assalamualaikum.

Sebelum itu selamat hari guru diucapkan kepada kalangan pembaca blog ini yang daripada profesyen perguruan. Sebagaimana yang kita tahu zaman sekarang ini adalah zaman yang serba mencabar dan para guru juga tidak kurang hebatnya cabaran yang mereka hadapi dalam mendidik anak bangsa yang hidup di zaman yang terdedah dengan pelbagai bentuk negatif yang direstui oleh kerajaan Barisan Nasional. Sempena hari guru ini juga akhbar Utusan Malaysia sempat menemubual bekas guru bahasa Inggeris dan Pengakap kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi;

Bekas guru bahasa Inggeris dan Pengakap Perdana Menteri, Ng Soo Chye, 76, sentiasa terkenang sikap dan nilai murni yang dimiliki oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semasa menjadi pelajarnya sekitar tahun 1950-an.
Soo Chye memberitahu, sikap dan nilai tersebut terutamanya berdisiplin tinggi, berakhlak mulia dan mementingkan perpaduan antara kaum perlu dicontohi oleh bukan sahaja pelajar malah guru-guru zaman ini.
“Sikap beliau sebagai seorang pelajar yang bijak, berdisiplin, sopan santun, berkepimpinan, merendah diri, taat, dedikasi, toleransi dan mudah bergaul dengan pelbagai kaum cukup ketara sehingga menjadikannya dihormati oleh semua orang,”

Menurutnya, disebabkan sikap dan nilai tersebut, Abdullah selaku ketua pengakap menjadi pemimpin yang dihormati dan mendapat kerjasama daripada semua pihak.
“Saya masih ingat suatu ketika kami mengadakan program perkhemahan di Teluk Bahang, beliau selaku ketua cukup bijak membahagikan tugas dengan pantas kepada ahli kumpulan dan hasilnya semua berjalan dengan lancar,” jelasnya. Utusan Malaysia - 16 Mei 2007.


Saya pernah mendengar kata-kata hikmah yang berbunyi "guru kita pada hari ini adalah guru kita untuk selama-lamanya." Bagi saya ada baiknya jika Cikgu Ng Soo Chye turut mengambil kesempatan untuk menasihatkan bekas muridnya itu yang kini telah jauh lari daripada landasan yang benar. Pak Lah yang pernah menjadi anak muridnya dahulu, kini bukan seperti dahulu lagi. Sekarang beliau memimpin negara dengan begitu teruk sekali. Jika menurut cerita Cikgu Ng Soo Chye itu tadi Pak Lah sebenarnya hanya layak untuk memimpin satu perkhemahan pengakap sahaja, bukan sebuah negara kerana apabila Pak Lah memimpin negara, banyak yang naik, banyak yang bocor dan banyak yang merudum.

posted by Lidah Penghunus @ 9:51 PM   0 comments

Tuesday, May 15, 2007

Rakyat peduli apa Pak Lah sakit ke sihat.

Assalamualaikum.

Pengendali laman blog yang melaporkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pengsan ketika menghadiri satu majlis di Lumut, Perak boleh dikenakan tindakan tegas termasuk di bawah Akta Hasutan sekiranya laporan itu mempunyai unsur fitnah.
Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, pihak kementerian akan mengkaji laporan laman blog itu sebelum membuat keputusan mengenai bentuk tindakan yang akan diambil terhadap penulis laman blog berkenaan.
“Saya masih belum berkesempatan membaca laman blog itu tetapi kalau ada unsur fitnah tindakan di bawah Kanun Keseksaan boleh dikenakan di mana ini di bawah bidang kuasa Kementerian Keselamatan Dalam Negeri,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini. Utusan Malaysia - 15 Mei 2007


Saya agak kurang faham mengapa kerajaan marah sangat dengan khabar angin yang mengatakan Perdana Menteri pengsan. Seolah-olah laporan daripada blog tersebut telah menimbul rasa kurang tenteram dan gelisah dan seterusnya huru-hara di kalangan rakyat. Sedangkan apa yang saya perhatikan semalam tidak adapun kesannya kepada rakyat berkenaan berita tersebut, biasa sahaja dan suasana aman seperti biasa. Malahan bila sudah didedahkan dalam akhbar baru kita tahu tentang khabar angin tersebut. Indeks komposit dua hari ini pun tidak menunjukkan kesan dengan khabar angin tersebut malahan ianya makin melonjak.

Apa yang kita nampak insiden ini seolah-olah mengambarkan bahawa rakyat tidak mengambil peduli lagi tentang Pak Lah seorang Perdana Menteri yang telah mendatangkan kesusahan kepada rakyat kerana kelemahannya. Dalam kata yang lain beliau sakit ke, sihat ke rakyat peduli apa. Sekarang ini rakyat tengah sakit dengan kenaikan harga minyak, kadar tol dan barangan keperluan. Baru sahaja diumumkan kenaikan gaji kakitangan awam, akhbar hari ini telah mendedahkan tentang kenaikan beberapa harga barang keperluan oleh para peniaga.

Dalam pada timbulnya khabar angin tentang kesihatan Pak Lah, Tun pula dilaporkan masuk ICU kerana sesak nafas. Sama seperti Pak Lah itu tadi, apa yang terjadi pada bekas Perdana Menteri ini juga tidak memberi apa-apa kesan kepada Indeks Komposit. Tidak seperti semasa Tun menjadi Perdana Menteri dahulu yang mana apabila beliau bersin sahaja indeks saham dan merudum.

posted by Lidah Penghunus @ 1:16 PM   2 comments

Monday, May 14, 2007

Raja Nazrin tak guna duit rakyat untuk belanja kahwin.

Assalamualaikum.

Berhubung penolakkan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah terhadap tawaran peruntukkan kewangan kerajaan negeri untuk perbelanjaan majlis perkahwinan baginda, ramai pihak yang telah memuji langkah baginda ini yang disifatkan sebagai berjiwa rakyat.

Sikap murni Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah menolak dengan hormat peruntukan kerajaan negeri untuk urusan perkahwinan baginda minggu depan, mendapat reaksi positif daripada pelbagai lapisan masyarakat, termasuk anggota parti pembangkang.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata tindakan Raja Nazrin itu adalah langkah yang bertanggungjawab.
“Ini menunjukkan (Raja Muda Perak) rasa bertanggungjawab dan tidak mahu membazirkan wang rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucap tama pada Kolokium Mengantarabangsakan Melayu anjuran Biro Perhubungan Antarabangsa dan Pertubuhan Bukan Kerajaan Pemuda Umno, di Taiping, semalam.
Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin, pula berkata sikap baginda patut disanjung oleh rakyat jelata dan ia adalah sikap murni yang patut dicontohi.
Zainuddin juga berkata, sikap positif itu patut menjadi iktibar kepada masyarakat, termasuk artis yang berbelanja besar untuk menganjurkan majlis perkahwinan sebagai pengesahan kedudukan kewangan mereka. Berita Harian - 14 Mei 2007.

Di sini saya terpanggil untuk mengulas kenyataan Datuk Zainuddin Maidin di atas ini yang meminta rakyat dan juga artis agar mencontohi sikap Raja Muda Perak ini. Bagi saya yang sepatutnya mengambil contoh dan tauladan daripada baginda ini ialah kerajaan BN sendiri kerana selama ini kerajaan BN lah yang mempergunakan duit rakyat untuk kepentingan peribadi dan politik mereka. Ini jelas dalam setiap pilihanraya yang diadakan mereka akan mengambil kesempatan daripada kuasa yang mereka ada untuk menggunakan segala instrumen kerajaan semasa berkempen.

Oleh itu kerajaan BN ini sepatutnya berasa malu dengan Raja Nazrin walaupun seorang kerabat diraja namun menolak keistimewaan yang diberikan kerajaan negeri untuk urusan perkahwinan baginda, malahan menasihatkan kerajaan negeri agar duit itu digunakan untuk kepentingan rakyat.

posted by Lidah Penghunus @ 1:15 PM   1 comments

Sunday, May 13, 2007

Selesaikan isu tempatan – Najib

Assalamualaikum.

Selesaikan segera semua isu-isu tempatan di kawasan masing-masing tanpa perlu menunggu pilihan raya umum akan datang.
Begitulah amaran Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada semua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) kerana ia dapat membantu memperkukuhkan kekuatan kerajaan dan parti untuk menang dalam pilihan raya.
Sehubungan itu kata beliau, wakil-wakil rakyat perlu meneliti setiap rungutan pengundi di kawasan masing-masing dan menyelesaikannya seberapa segera kerana ia juga membantu parti semasa menghadapi kempen.
“Jika dilihat sekali imbas tanpa kajian ilmiah dan mendalam dalam lima pilihan raya kecil yang lalu, isu tempatan agak penting bila sampai pilihan raya kecil atau besar.
“Sebahagian besar politik sebenarnya adalah soal tempatan. Tidak payah tunggu pilihan raya umum, kalau boleh selesai segera permasalahan di kawasan kerana inilah yang menjadi rungutan pengundi. Utusan Malaysia - 13 Mei 2007.


Kenyataan Najib di atas ini sekaligus membayangkan pengakuan beliau bahawa memang perangai BN yang akan hanya terkial-kial membuat pembangunan apabila tiba pilihanraya seperti yang terjadi pada Pilihanraya Kecik Ijok penghujung April yang lepas. Semalam semasa dalam perjalanan ke Tanjung Karang, saya melalui Ijok. Apa yang saya dapati pembangunan sudah mula terhenti dan yang paling menyakitkan hati jalan yang sudah diturap tidak ditandakan dengan garisan putih, ini mendatangkan bahawa kepada pemandu. Apabila diajukan kepada seorang sahabat, komennya "tunggu datang pilihanraya lagi baru mereka cat garisan putih."

Kembali kepada teguran Najib itu tadi, jika kita teliti kembali kenyataan beliau, ianya lebih diberi penekanan kepada pilihanraya umum iaitu tidak mahu wakil rakyat BN tunggu sehingga pilihanraya umum baru hendak buat pembangunan. Di sini kita pun sudah maklum bahawa semasa pilihanraya umum setiap bahagian dan Umno negeri akan tertumpu segalanya di tempat masing-masing dan tiada masa untuk mengambil tahu tentang bahagian atau negeri yang lain. Oleh itu mereka tidak boleh melakukan seperti yang dibuat dalam piliharaya kecil yang mana hinggakan jentera penurap jalan dari negeri lain juga boleh digerakkan ke kawasan berlaku pilihanraya kecil. Oleh itu tidak hairanlah jika Najib mahu wakil rakyat semua jaga kawasan masing sebelum tibanya pilihanraya umum yang ke-12.

posted by Lidah Penghunus @ 5:56 PM   0 comments

Friday, May 11, 2007

Sempena hari ulang tahun penubuhan Umno

Assalamualaikum.

Hari ini 11 Mei 2007 adalah tarikh ulang tahun kelahiran sebuah parti melayu terbesar di dunia yang hingga kini menerajui pentadbiran negara iaitu Umno. Di sini saya tidaklah bermaksud untuk bercerita tentang sejarah Umno tetapi saya ingin mengajak ahli-ahli Umno semua bermuhasabah dan merenung sejenak. Yang pertamanya adakah Umno yang mereka sertai ini benar-benar Umno yang asal ketika ditubuhkan pada tarikh 11 Mei 1946 dahulu? Sedangkan kita telah maklum bahawa Umno pernah diharamkan oleh Ketua Hakim Negara pada tahun 1987 ekoran daripada perpecahan yang dahsyat dalam Umno pada masa itu. Maka Umno yang mereka sertai sekarang ini adalah Umno baru yang ditubuhkan oleh Tun Dr Mahathir pada tahun 1987 setelah Umno yang ditubuhkan oleh Dato’ Onn diharamkan.

Yang keduanya adakah Umno yang sekarang ini bertukar tangan daripada Tun Dr Mahathir ke Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi benar-benar berjuang seperti mana Umno yang ditubuhkan Dato’ Onn dahulu yang benar-benar berjuang untuk menentang Malayan Union dan seterusnya kemerdekaan? Adakah Umno sekarang ini benar-benar memperjuangkan kepentingan Bangsa Melayu? Sedangkan apa yang kita lihat sekarang ini perjuangan Melayu mereka pun tidak kemana, jauh sekali perjuangan Islam. Saya sendiri pun telah banyak kali mendengar rintihan daripada ahli Umno sendiri yang tidak mendapat pembelaan daripada pemimpin mereka. Saya teringat kata seorang sahabat bahawa mereka menganggap Umno itu Melayu, Melayu itu Umno maka ianya diambil kesempatan oleh mereka sebagai orang Melayu untuk mengkayakan diri mereka sendiri.

Jadi sempena ulang tahun penubuhan Umno yang kononnya ke-61 ini apa yang dapat diceritakan ialah Umnolah penindas Bangsa Melayu, perosak anak-anak muda Melayu, penghakis ketuanan Islam. Mereka mendapatkan mandat pentadbiran negara melalui penipuan dan taktik kotor maka tidak hairanlah berlaku suasana korup dalam pentadbiran negara yang diterajui Umno ini. Sekarang ini pun pengasas Umno Baru sendiri iaitu Tun Dr Mahathir melalui ceramah-ceramahnya sudah mula meluat dengan parti yang ditubuhkannya 20 tahun yang lalu. Tidak mustahil Tun juga akan mengikut jejak Dato’ Onn yang mati bukan dalam Umno? Maka kesimpulannya jika Tun yang bertahun-tahun mengaut kekayaan ketika dalam Umno itu sendiri pun sudah meluat dengan Umno, adakah ahli-ahli bawahan Umno sendiri mahu terus kekal dalam Umno? Untuk itu kepada mereka yang masih berada dalam Umno sempena ulang tahun penubuhan Umno (lama) pada hari ini, keluarlah daripada Umno (baru) dan sertai Pas kerana Pas juga mempunyai hubungan sejarah dengan Umno lama. Yang penting apabila kita menyertai Pas bukan sahaja Islam itu akan diperjuangkan, tidak secara langsung kaum melayu juga akan turut terbela kerana Islam yang diperjuangkan Pas itu adalah rahmat kepada seluruh alam.

posted by Lidah Penghunus @ 11:37 AM   0 comments

Hunusan pagi Jumaat.

Assalamualaikum

Kebelakangan ini banyak sekali kita dengar cerita tentang kebocoran pada atap atau siling bangunan milik kerajaan. Bukannya bangunan milik kerajaan tempatan bahkan ada antaranya milik kerajaan persekutuan di Putrajaya sana.

Apa yang ingin saya sebutkan berkaitan isu ini, jika terdapat banyak sekali bangunan kerajaan yang bocor atapnya, maka lebih banyak lagi rumah rakyat miskin yang bocor atapnya di seluruh negara. Dan yang pasti kedua-duanya kebocoran ini adalah berpunca daripada gejala ketirisan. Ketirisan dalam pengagihan kontrak dan juga ketirisan dalam pengagihan peruntukkan pembangunan terutamanya untuk golongan miskin.

Namun begitu yang lebih malang lagi ialah rakyat miskin itu tadi kerana kebocoran pada atap mereka kurang diambil perhatian oleh media, sedangkan kebocoran pada bangunan milik kerajaan yang menjadi pejabat para menteri mendapat perhatian yang lebih daripada media-media perdana. Akhirnya duit rakyat yang sepatutnya boleh disalurkan untuk membaikpulih atap-atap rumah rakyat yang bocor juga yang menjadi mangsa untuk membaikpulih ketirisan yang berlaku pada bangunan kerajaan.

posted by Lidah Penghunus @ 7:50 AM   0 comments

Wednesday, May 09, 2007

Tarikan ekonomi punca ramai hijrah ke bandar?

Assalamualaikum.

Akhbar hari ini menyatakan bahawa tarikan ekonomi adalah antara punca penduduk luar bandar lebih suka berhijrah ke bandar secara besar-besaran. Dalam erti kata yang lain mereka yang daripada kampung dan desa ini membayangkan bahawa kota adalah syurga mencari rezeki dan seterusnya mencari kemewahan dan terbayang juga di minda mereka bahawa di kota ini semua indah.

Namun begitu hakikatnya bagi kita yang sudah merasai hidup di bandar besar ini ianya tidaklah seperti yang diimpikan oleh mereka yang duduk di desa. Kos hidup yang melampau-lampau tingginya, segala-galanya perlu didahului dengan wang ringgit dan persaingan yang sengit untuk mendapatkan pekerjaan dan perkara-perkara yang disebutkan ini jugalah yang mewabakkan penyakit sosial, jenayah dan keruntuhan akhlak yang menimbulkan rasa kurang tenteram di kalangan penduduk.

Dalam akhbar semalam diumumkan kenaikan gaji bagi 1.2 juta kakitangan awam oleh Perdana Menteri sendiri. Bagi saya dengan kenaikan-kenaikan yang berlaku dan terbaru ancaman kenaikan harga minyak masak akibat kekurangan bekalan, maka kenaikan gaji ini tidaklah menjanjikan kenaikan kepada taraf hidup rakyat. Sebenarnya ianya hanya mengekalkan atau mengambalikan taraf kuasa beli rakyat kepada yang seperti dahulu. Itu pun jika kos hidup atau harga barangan keperluan tidak naik lagi kerana kebiasaannya apabila gaji naik maka ada pula yang hendak menaikkan harga barang.

posted by Lidah Penghunus @ 1:06 PM   0 comments

Monday, May 07, 2007

Penubuhan Unit bendung gejala buang bayi oleh JKM.

Assalamualaikum.

Akhbar hari ini memaparkan berkenaan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menubuhkan sebuah unit khas bagi menyelesaikan masalah pembuangan bayi yang semakin membimbangkan.

Unit itu, yang ditubuhkan baru-baru ini sebagai sebuah pusat sehenti, beroperasi secara bergerak dan mempunyai pelbagai kaedah bagi membantu ibu bermasalah serta bayi yang mereka lahirkan, termasuk bantuan kewangan jika perlu. Jurucakap JKM berkata, unit khas itu turut membantu ‘melindungi’ ibu dan bayi terbabit daripada dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa, manakala semua butiran mengenai kedua-duanya dikendalikan secara sulit.
Malah, selepas bayi terbabit selamat dilahirkan, JKM akan menyediakan khidmat kaunseling kepada si ibu yang memerlukan dan semua maklumat mengenainya dirahsiakan. Berita Harian - 7 Mei 2007.

Turut dimuatkan dalam laporan berkenaan adalah pandangan daripada pelbagai pihak termasuk seorang mufti berkenaan penubuhan unit khas tersebut, cumanya saya agak tertarik dengan pandangan yang telah diberikan oleh Presiden Pergerakan Kebangsaan Sikh Malaysia;

Presiden Pergerakan Kebangsaan Sikh Malaysia (Geraksikh), Tan Sri G Darshan Singh, turut menyokong usaha JKM itu dan menyifatkannya sebagai langkah terbaik menyelamatkan nyawa bayi luar nikah daripada dibuang.Bagaimanapun beliau mahu JKM lebih berhati-hati dalam pelaksanaannya supaya tidak menjadi alasan untuk menggalakkan remaja melakukan seks luar nikah dan menyumbang kepada pelbagai gejala sosial negatif lain. Berita Harian - 7 Mei 2007.

Di sini saya juga turut menyambut baik langkah JKM itu sebagai satu langkah untuk menyelamatkan nyawa-nyawa yang tidak berdosa. Namun begitu seorang yang telah melahirkan anak luar nikah akibat daripada penzinaan tetap bersalah dan harus dihukum mengikut undang-undang Islam.

Cumanya dalam perkara ini Islam masih lagi mengambil kira tentang kebajikan bayi yang dilahirkan. Maka oleh itu si wanita berkenaan akan dibiarkan sehingga dia bersalin dan selepas bersalin dia berikan tempoh pula untuk menyusukan bayinya dan selepas itulah baru wanita itu akan dihukum mengikut undang-undang Islam.

Namun apa yang dimusykilkan di sini JKM melalui unit ini seolah-oleh ingin melindungi si ibu berkenaan daripada dikenakan tindakan undang-undang. Kita takut jika terjadi seperti yang disebut oleh Presiden Geraksikh itu tadi iaitu perkara ini akan menggalakkan lagi penzinaan dalam masyarakat. Maka di sinilah pentingnya perlaksanaan hukum Islam secara menyeluruh dalam usaha membendung gejala penzinaan dan dalam masa yang sama menyelamatkan nyawa yang tidak berdosa.

posted by Lidah Penghunus @ 1:05 PM   0 comments

Sunday, May 06, 2007

Penulis blog perlu diklasifikasikan - Zainuddin Maidin

Assalamualaikum.

Menyentuh sedikit tentang cadangan Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin dalam akhbar hari ini;

Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin berkata, Malaysia perlu mengklasifikasikan antara penulis blog profesional dan bukan profesional sebagai satu mekanisme untuk mengawal laman blog daripada disalahgunakan.
Ini kerana bagi beliau penulis blog yang profesional adalah mereka yang berasa lebih bertanggungjawab memastikan bahan yang mereka siarkan adalah bahan yang benar dan bukan sekadar khabar angin.
“Pengklasifikasian ini juga akan memudahkan untuk tindakan diambil terhadap mereka yang didapati melanggar undang-undang negara,”

Zainuddin berkata, jelas berlaku di negara ini bahawa ada pihak tertentu yang telah menyalahgunakan laman blog untuk kepentingan individu dan kumpulan mereka. Utusan Malaysia - 6 Mei 2007.

Apa yang ingin kita tanya kepada Menteri Penerangan di sini bagaimana pula dengan media-media perdana seperti RTM, TV3 dan dua buah akhbar utama yang jelas tidak profesional apabila memberi laporan yang berat sebelah dan tidak tepat terhadap parti pembangkang seterusnya dipergunakan dan disalahgunakan oleh parti pemerintah untuk kepentingan parti mereka? Adakah mereka juga harus diklasifikasikan seperti mana yang dicadangkan terhadap penulis blog?

Namun begitu kita percaya rakyat di negara ini bijak dan mereka sendiri tahu bagaimana hendak menilai maklumat yang dikeluarkan oleh media-media daripada pelbagai jenis ini. Maka biarlah rakyat sahaja yang memberi klasifikasi. Kerajaan tidak layak untuk memberi klasifikasi kerana jelas mereka mengambil kesempatan ke atas media-media ini untuk kepentingan politik mereka.

posted by Lidah Penghunus @ 4:20 PM   0 comments

Kalau tidak suka, jangan tengok Astro – Keng Yaik.

Assalamualaikum.

Berhubung dengan tindakan menaikkan yuran langganan Astro yang diumumkan baru-baru ini ianya tidaklah menjadi perhatian saya kerana bagi saya Astro bukanlah suatu keperluan bagi rakyat seperti petrol, gas, pengangkutan, air dan sebagainya. Tambahan lagi rancangan-rancangan yang disiarkan dalam Astro lebih banyak negatif daripada yang positif. Cumanya saya agar terpanggil untuk menyentuh isu ini apabila Menteri yang berkenaan memberi ulasannya berkenaan tersebut dalam akhbar hari ini;

Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi yang bertanggungjawab terhadap stesen televisyen swasta juga tidak dapat berbuat apa-apa dalam soal ini kerana kerajaan tidak boleh menanggung sebarang kerugian yang dihadapi oleh Astro.
“Kalau tidak suka, jangan tengok Astro,” tegas menterinya, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik sambil mencadangkan pelanggan yang tidak puas hati menghentikan langganan dan menonton stesen televisyen percuma sahaja.
“Kalau rasa harganya mahal, saya nasihatkan berhenti tengok Astro, tengok sahaja TV1, TV2, TV3, ntv7 atau Channel 9, kita tidak pernah paksa orang tengok Astro, apa menteri boleh buat kalau Astro hendak naikkan harga, nak tutup semua, mana boleh,” Utusan Malaysia - 6 Mei 2007.


Bagi saya sebagai seorang Menteri tidak patutlah beliau memberi jawapan yang sebegitu mudah lagi menyakitkan hati. Penonton Astro juga adalah rakyat dan pengundi jadi mereka hendak penjelasan yang konkrit daripada seorang menteri yang diamanahkan menjaga hal-hal yang berkaitan dengan penyiaran. Beliau mahu rakyat menonton siaran televisyen tidak berbayar seperti RTM sedangkan tindakan stesyen-stesyen tv berkenaan jelas menyakitkan hati apabila berat sebelah dalam menyampaikan maklumat. Jika beginilah jawapan yang diberikan apa gunanya beliau dipilih menjadi wakil rakyat dalam pilihanraya. Mengambil sedikit kata-kata beliau tadi, kalau tidak suka janganlah lagi undi BN. Itu sahaja cara untuk ajar mereka yang angkuh ini.

Menyentuh lagi tentang peranan menteri ini dalam akhbar yang lain didedahkan tentang 3 individu berprofil tinggi antara yang siasat berkaitan dengan kegiatan kumpulan haram di Sarawak;

Seorang timbalan menteri Kerajaan Persekutuan dan seorang menteri Kabinet negeri dipercayai antara tiga individu profil tinggi yang disiasat pasukan khas polis Bukit Aman berhubung kegiatan kumpulan haram di Sarawak.
Turut disiasat, seorang bekas Ahli Parlimen yang juga bekas pemimpin kanan sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN).Menurut sumber, siasatan terhadap mereka sudah dimulakan sejak sebulan lalu termasuk menyemak semua fail kegiatan perniagaan dan rekod kesalahan yang dilakukan. Berita Harian - 6 Mei 2007.


Ini adalah suatu yang amat membimbangkan apabila menteri atau wakil rakyat yang dipilih rakyat melalui pilihanraya dengan harapan agar mereka dapat berkhidmat membela rakyat termasuk melindungi rakyat dengan bidang kuasa yang ada, sebalik mereka mengkhianati kepercayaan yang diberikan dengan bersekongkol dengan kumpulan penjenayah, mereka pula yang menjadi penyangak yang mengancam kehidupan rakyat. Maka di sini timbul persoalan, adakah ini semua terjadi hasil daripada mandat haram yang mereka perolehi dalam pilihanraya umum yang lepas?

posted by Lidah Penghunus @ 3:43 PM   1 comments

Friday, May 04, 2007

Angkuhnya Mr Samy

Assalamualaikum.

MIC president Datuk Seri S. Samy Vellu has dared Datuk Seri Anwar Ibrahim to stand against him in the next general election.
“We can fight in any constituency. He can come to Sungai Siput. I'm not scared,” he told reporters after the MIC central working committee meeting here yesterday.
He said that the Parti Keadilan Rakyat should accept the fact that MIC had won the recent Ijok by-election by a bigger majority and asked the opposition party to accept its defeat. The Star - 4 Mei 2007.


Melihatkan petikan akhbar ini betapa angkuhnya Menteri Kerjaraya dan juga Presiden MIC yang bernama Samy Vellu ini hingga mendakwa tidak gentar andaikata dicabar oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihanraya umum akan datang. Kita maklum bahawa keangkuhan beliau ini semakin menjadi-jadi apabila calon parti beliau dikatakan menang Pilihanraya Ijok baru-baru ini.

Sedangkan kita tahu, rakyat semua tahu bahawa kemenangan BN dan MIC ini adalah kemenangan tidak bermaruah yang dibantu oleh pengundi hantu. Samy Vellu merasakan beliau tidak takut dicabar hatta oleh bekas Timbalan Perdana Menteri sekalipun kerana beliau tahu bahawa budak yang berumur bawah 21 tahun, nenek atau datuk yang paling tua di dunia, orang yang telah mati akan mengundi BN dan jentera kerajaan, SPR, polis dan samseng-samseng akan bertugas untuk BN sepanjang pilihanraya. Sebab itulah Mr Samy tidak takut dan angkuh.

Sedangkan Mr Samy tidak sedar bahawa beliau dan BN sebenarnya tidak layak untuk bertanding dalam pilihanraya, apatah lagi hendak mencabar tokoh seperti Anwar Ibrahim. Sepatutnya mereka ini tidak dibenarkan menyertai pilihanraya kerana jelas mencabul demokrasi dan kebebasan rakyat menentukan kepimpinan negara dengan bertanding secara bacul demi mendapatkan kuasa pemerintahan.

posted by Lidah Penghunus @ 3:42 PM   0 comments

Thursday, May 03, 2007

Sempena Hari Kebebasan Akhbar esok

Assalamualaikum.

Tiga hari lamanya saya tidak menulis di blog ini mungkin ada yang menyangka bahawa saya telah kecewa yang teramat sangat dengan keputusan pilihanraya kecil baru-baru ini. Kebetulan juga minggu ini cuti sempena Hari Buruh dan Hari Wesak, mungkin ada juga menyangka bahawa saya pergi bercuti untuk meredakan kekecawaan di hati. Sebenarnya tidak, kerana bagi saya kemenangan demokrasi bukanlah kemenangan mutlak terutama bagi kita umat Islam. Dua tiga hari ini saya terlalu sibuk dengan pelbagai urusan hinggakan tiada masa untuk mengadap skrin komputer.

Namun begitu sempena Hari Kebebasan Akhbar Antarabangsa yang akan disambut esok saya tertarik dengan permintaan Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) agar kerajaan mengiktiraf kewujudan laporan dalam Internet dan blog sebagai media baru bagi menyebarkan maklumat.

Presiden NUJ, Norila Mohd. Daud berkata, fenomena mendapatkan maklumat menerusi Internet memberi kesan yang amat besar dan ini menjadi sumber maklumat alternatif isu-isu semasa yang menyentuh masyarakat di negara ini.
“Penggunaan Internet dan konsep dunia tanpa sempadan yang tidak ditapis telah menjadikan maklumat lebih mudah diperoleh oleh sesiapa jua. Demikian halnya, apa jua penyalahgunaan oleh penjawat awam boleh didedahkan segera dalam internet” Utusan Malaysia - 3 Mei 2007.


Di sini saya juga turut senada dengan NUJ agar blog-blog yang berorientasikan maklumat ini diiktiraf sebagai media yang menjadi sumber maklumat mutakhir. Walau bagaimanapun saya tetap menolak jika ada percubaan agar laman-laman blog ini didaftarkan. Memang saya tidak nafikan bahawa ada sesetengah laman blog jenis ini yang memaparkan maklumat yang tidak benar. Namun dalam media-media perdana seperti surat khabar dan televisyen juga banyak melakukan pembohongan.

Pilihanraya Kecil Ijok yang telah berlangsung baru-baru ini juga telah memperlihatkan kepada kita betapa tidak beretikanya media-media perdana apabila memberi laporan berat sebelah yang melebihkan pihak parti pemerintah. Dalam akhbar yang sama hari ini Setiausaha Politik Perdana Menteri menyarankan agar PKR dibubarkan atas sebab kononnya parti berkenaan menggunakan kempen secara keganasan. Ini adalah satu lagi bukti betapa tidak beretikanya media perdana apabila menyembunyikan insiden petugas Pas dipukul teruk oleh pemuda Umno pada hari pengundian di Ijok. Perkara ini telah pun dilaporkan kepada polis oleh mangsa keganasan pemuda Umno. Namun ianya tidak sedikit pun disebut oleh mana-mana media yang dikawal oleh BN ini. Yang sering mereka sebutkan ialah kononnya pembangkang berkempen secara ganas dan memulakan provokasi.

Sepatutnya Umno yang harus dibubarkan bukan sahaja kerana melakukan tindakan ganas dan provokasi malahan kerana memperalatkan media, agensi kerajaan, polis dan SPR sekaligus tidak bersedia untuk menyertai pilihanraya secara 'anak jantan'. Akhir sekali Hari Kebebasan Akhbar Antarabangsa esok tidak ada ertinya jika akhbar-akhbar perdana di negara ini belum dibebaskan daripada penguasaan oleh parti pemerintah.

posted by Lidah Penghunus @ 12:49 PM   0 comments


Free Hit Counter