Monday, October 31, 2011

Konsert Elton John - Tiada satu agama pun yang menghalalkan gay.

Assalamualaikum.

Elton John: PAS jangan tiru Taliban, kata Asri.
Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegur desakan dalam PAS untuk menghalang konsert rock Elton John di Pahang pada bulan depan atas alasan penyanyi gay itu menggalakkan maksiat.
Dr Asri berkata, halangan itu tidak perlu dan cukup sekadar meminta kerajaan tidak membenarkan orang Islam menyertainya."Lagipun itu diadakan di Genting (Highland), tempat arak dan judi (untuk) non-Muslim," katanya.Pada 25 Oktober lalu, agensi berita antarabangsa AFP melaporkan seorang pemimpin Pemuda PAS menggesa kerajaan mengharamkan konsert Elton John pada 22 November kerana ia didakwa akan merosakkan akhlak umat Islam.Ketua Pemuda PAS Pahang Shahril Azman Abdul Halim Al-Hafiz dilapor menegaskan homoseksual haram dalam Islam dan apa yang dilakukan John adalah maksiat.Bercakap kepada Malaysiakini semalam, Dr Asri menasihatkanparti Islam itu "jangan tiru Taliban", sebaliknya mencontohi pendirian Islam yang matang, sederhana dan praktikal."Anggaplah konsert itu untuk non-Muslim. http://malaysiakini.com - 30 Oktober 2011.

Rasanya rasanya tiada satu agama pun di dunia ini yang menghalalkan perlakuan gay dan ianya termasuklah penganut agama bukan Islam di negara ini. Ianya berbeza dengan arak yang dibolehkan kepada penganut agama lain.

Maka bagi saya tindakan Dewan Pemuda PAS membantah konsert artis barat Elton John seorang pengamal gay adalah tepat dan betul. Sepatutnya kerajaan Malaysia harus menyekat artis-artis sebegini sebagai tanda Malaysia menolak tabiat buruk gay.

Di sini juga saya menolak dakwaan bahawa tindakan Dewan Pemuda PAS ini sebagai Taliban. Tidakkah Dr Asri mengikuti perkembangan Pemuda PAS akhir-akhir ini yang turut menyantuni dunia artis? Hasilnya kini ramai golongan artis yang mula mendekati Islam malahan sudah ada yang mengisi borang PAS sebagai tanda komitmen mereka untuk memperjuangkan Islam.

Islam adalah agama yang menjadi rahmat kepada seluruh alam, jadi adalah tanggungjawab PAS untuk membantah perkara-perkara boleh mendatangkan kerosakan kepada masyarakat termasuklah yang bukan Islam.

posted by Lidah Penghunus @ 1:24 PM   0 comments


Free Hit Counter