Sunday, December 21, 2008

Umno juga eksploitasi kanak-kanak untuk kepentingan politik.

Assalamualaikum.

Baginda sedih perbuatan eksploitasi kanak-kanak.
SUBANG JAYA: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dukacita dengan tindakan segelintir pihak yang mengeksploitasikan kanak-kanak dalam kempen yang melanggar undang-undang untuk kepentingan mereka.
Kenyataan baginda itu disampaikan kepada Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar sebelum berangkat ke luar negeri pada petang Khamis, selain meminta polis mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terbabit
Khalid berkata, baginda mengarahkan polis mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menggunakan kanak-kanak dalam aktiviti yang melanggar undang-undang.
Katanya, tindakan penganjur mempengaruhi kanak-kanak untuk memberontak dan melanggar undang-undang sedangkan pada usia sedemikian mereka sewajarnya diberi didikan berguna dan ditanam dengan nilai sayang dan cintakan negara. Berita Harian - 21 Disember 2008.








Gambar ini diambil semasa hari pengundian pada Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu di Dun Seri Setia, Parlimen Kelana Jaya. Ini jelas membuktikan bahawa Umno dan Barisan Nasional juga menggunakan kanak-kanak untuk kempen pilihanraya mereka.

posted by Lidah Penghunus @ 11:13 AM   11 comments

Monday, December 08, 2008

Tragedi Bukit Antarabangsa - Jangan ada lagi pesta tahun baru.

Assalamualaikum.

Melihatkan kepada peristiwa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa yang dianggap peristiwa yang menyayat hati bagi negara sekarang ini, saya cadangkan agar tiada lagi sambutan pesta tahun baru pada tahun ini. Dahulu semasa tragedi tsunami yang juga berlaku pada penghujung tahun, kerajaan telah mengambil keputusan untuk tidak mengadakan pesta tahun baru, namun begitu ianya hanya setakat tahun itu sahaja. Maka saya harap sambutan tahun baru yang penuh dengan pesta melalaikan ini tidak lagi diadakan untuk tahun-tahun yang seterusnya.

posted by Lidah Penghunus @ 10:32 PM   4 comments

Wednesday, December 03, 2008

Tidak setuju PPSMI - Mungkinkah Rais juga akan letak jawatan?

Assalamualaikum.

Rais tidak setuju PPSMI.
KUALA TERENGGANU 2 Dis. - Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim hari ini tidak bersetuju dengan langkah kerajaan meneruskan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) kerana ia mendatangkan kerugian dalam usaha pembinaan negara bangsa.
Beliau berkata, dalam tempoh persekolahan peringkat rendah, asas-asas budaya bangsa harus tertanam pada diri kanak-kanak dan bukannya penekanan terhadap aspek-aspek lain.
Katanya, walaupun kanak-kanak Melayu belajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris, tetapi yang mendukacitakan, pelajaran yang sama tetap diajar dalam bahasa Mandarin di sekolah Cina.
"Pada prinsipnya saya tidak bersetuju, tetapi saya mahu melihat ia diteruskan bagi melihat keberkesanannya," katanya.
Rais berucap merasmikan Seminar Bahasa Melayu: Isu dan Cabaran Pelestarian Bahasa Melayu Dalam Era Globalisasi di Perbadanan Perpustakaan Negeri di sini hari ini. Utusan Malaysia - 3 Disember 2008.


Sebelum ini bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim telah meletakkan jawatannya dalam kabinet kerana tidak setuju dengan ISA yang diguna pakai oleh kerajaan BN dan hari ini bekas menteri ini telah pun dipecat daripada Umno kerana menghadiri kongres Parti Keadilan Rakyat.

Mungkinkah selepas ini Datuk Seri Rais Yatim pula akan meletakkan jawatan sebagai Menteri Luar kerana tidak setuju dengan perlaksanaan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris?
Apapun kita tabik kepada mereka yang sanggup melepaskan jawatan menteri semata-mata tidak setuju dengan sesuatu yang tidak betul.

Datuk Seri Rais sebelum ini amat kritis terhadap gejala politik wang dalam Umno, maka apalah lagi gunanya beliau berada dalam Umno yang penuh dengan kerosakan itu.

posted by Lidah Penghunus @ 11:30 PM   0 comments

Tuesday, December 02, 2008

Sekolah satu sistem yang akan membunuh sekolah agama.

Assalamualaikum.

Sekolah satu sistem
KUALA LUMPUR 1 Dis. – Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan hanya satu sistem pendidikan yang berteraskan semangat kebangsaan bagi menyatupadukan rakyat dan mengelak polarisasi kaum di negara ini.
Menurutnya, menerusi sistem pendidikan sedemikian semua sekolah pelbagai jenis diserapkan di bawah satu sistem pendidikan kebangsaan dengan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan kecuali bagi subjek Sains dan Matematik yang diajar dalam bahasa Inggeris.
“Sudah tentunya murid-murid diwajibkan belajar bahasa ibunda mereka iaitu Mandarin bagi kaum Cina dan Tamil bagi kaum India.
“Malah di bawah sistem ini, pelajar Melayu diberi pilihan untuk mempelajari bahasa lain seperti Mandarin dan Tamil,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini. Utusan Malaysia - 2 Disember 2008.


Secara dasarnya di sini saya tidak setuju dengan cadangan calon Ketua Pemuda Umno ini kerana jika semuanya dijadikan satu sistem maka sudah tentulah sekolah agama juga akan turut terlibat.
Walau apa jua alasan dan matlamat, sistem sekolah agama tidak boleh dihapuskan, mesti ada sekolah agama kerana ianya telah wujud sebelum adanya penjajah di negara ini dan telah terbukti banyak melahirkan para ulama' dan ilmuan Islam yang banyak berbakti kepada masyarakat khusus maysrakat Islam.
Maka jika dilaksanakan sekolah satu sistem kita khuatir bahawa pendidikan agama akan terpinggir dan generasi muda tidak akan kenal apa itu sekolah agama, sekolah pondok dan sebagainya.

posted by Lidah Penghunus @ 11:59 PM   3 comments

Monday, December 01, 2008

Jangan hanya haramkan konsert pada bulan Ramadan sahaja.

Assalamualaikum.

Hari Kebangsaan tanpa konsert.
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu sambutan Hari Kebangsaan tahun depan tidak membabitkan penganjuran konsert kerana tidak mahu mencemarkan kemuliaan Ramadan.
Katanya, konsert menyebabkan gejala negatif terutama di kalangan remaja yang sudah tentu mencemar kemuliaan Ramadan.
"Lebih baik jika kegiatan berkenaan, khususnya konsert besar-besaran di tempat terbuka tidak dianjurkan pada Ramadan atau tidak dianjurkan terus kerana kegiatan itu menyebabkan gejala negatif. Berita Harian - 1 Disember 2008.

Di sini kita sambut baiklah jika Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak mahu konsert Hari Kebangsaan diadakan pada bulan Ramadan atau ianya tidak diadakan terus atau kesedaran beliau bahawa konsert sebegini membawa gejala negatif.

Memang benar bahawa pencegahan kemungkaran ini tidak hanya terhad pada bulan Ramadan sahaja. Pencegahan kemungkaran ini haruslah setiap masa kerana keruntuhan moral tidak mengira masa dan tempat.

Adalah suatu yang pelik sekiranya kerajaan menyedari konsert itu penyumbang kepada keruntuhan moral tetapi hanya menyekatnya pada bulan Ramadan sahaja dan bila bukan bulan Ramadan ruang kepada keruntuhan moral ini dibuka sepenuhnya.

posted by Lidah Penghunus @ 10:18 PM   2 comments

Cadangan menubuhkan SPR Umno.

Assalamualaikum.

Cadang tubuh SPR Umno.
KUALA LUMPUR: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mencadangkan Suruhanjaya Pilihan Raya Umno (SPR Umno) ditubuhkan supaya kuasa pemilihan parti boleh diserahkan kepada 3.4 juta ahlinya di seluruh negara.
Beliau yang juga Ketua Menteri Melaka berkata, proses mengembalikan kuasa menentukan barisan pucuk pimpinan kepada ahli pada peringkat akar umbi boleh menghapuskan gejala politik wang yang melanda parti itu. Berita Harian - 1 Disember 2008.

Sedangkan SPR yang mengendalikan pilihanraya di negara ini pun dilihat tidak telus, penipu, berat sebelah dan mengikut telunjuk Umno dan Barisan Nasional. Maka kita tidak yakin SPR Umno yang ditubuhkan untuk mengendalikan pemilihan pucuk pimpinan Umno itu akan telus.

Tidak mustahil SPR Umno ini juga akan diperalatkan oleh mereka yang gilakan jawatan.
Jika cadangan ini diterima siapakah agaknya yang akan menjadi pengerusinya? Mungkinkah Tan Sri Rashid yang tamat kontraknya pada tahun ini yang akan menjadi pengerusi SPR Umno yang pertama?

posted by Lidah Penghunus @ 9:54 PM   0 comments


Free Hit Counter