Wednesday, November 03, 2010

Hunusan PRK Dun Galas Bil. 4

Assalamualaikum.

SPR: Bayaran RM20 bukan rasuah.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin bahawa bayaran RM20 yang ditaburkan kepada orang ramai sebelum majlis jamuan makan malam anjuran Wanita Umno di Batu Sapi, Sabah bukan bertujuan membeli undi.
Ketika dihubungi hari ini, pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata dakwaan seumpama itu sukar dibuktikan.
“Kita banyak dengar perkara ini, ada orang bagi basikal dan makanan. Mereka boleh beri pelbagai alasan. Lihat contoh PAS, kata mereka bayaran RM250 untuk pengundi luar supaya pulang mengundi di Galas bukan rasuah tetapi sebagai elaun pengangkutan,” katanya dengan panjang lebar melalui telefon.
Lagipun, kata Aziz kesalahan seumpama itu sukar dibuktikan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana mereka perlu menunjukkan bahawa penerima habuan berkenaan telah mengundi parti yang memberi.
“Undi kita rahsia, jadi bagaimana kita nak tahu parti mana yang dipangkah oleh orang yang menerima wang itu? Saya tidak dapat melihat hubungan itu. http://malaysiakini.com - 2 November 2010.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyifatkan tindakan PAS menawarkan bayaran sehingga RM250 kepada setiap pengundi luar yang tinggal di Lembah Klang dan Johor supaya pulang mengundi pada 4 November ini sebagai cubaan membeli pengundi, sekali gus menyalahi Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
“Walaupun parti itu mendakwa mereka berniat baik bagi mengurang beban pengundi untuk balik mengundi, tindakan itu boleh ditafsirkan kaedah memancing undi dengan cara membeli undi. Berita Harian - 1 November 2010.

Inilah dia perangai SPR yang menjadi haiwan politik Umno dan Barisan Nasional. Apabila terkena pada bos mereka sendiri terus mereka keluarkan kenyataan yang membela bos mereka. Berlainan sekali dengan kenyataan yang telah mereka keluarkan terhadap Pas berkenaan bayaran untuk pulang mengundi.

posted by Lidah Penghunus @ 12:12 PM   0 comments

Monday, November 01, 2010

Hunusan PRK Dun Galas Bil. 3.

Assalamualaikum.

SPR anggap PAS cuba beli undi.
Tindakan tawar RM250 setiap pengundi di luar supaya pulang langgar akta.
GUA MUSANG: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyifatkan tindakan PAS menawarkan bayaran sehingga RM250 kepada setiap pengundi luar yang tinggal di Lembah Klang dan Johor supaya pulang mengundi pada 4 November ini sebagai cubaan membeli pengundi, sekali gus menyalahi Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, jika terbukti menyalahi akta berkenaan, kemenangan calon parti berkenaan pada pilihan raya kecil itu boleh dibatalkan menerusi petisyen pilihan raya.
“Walaupun parti itu mendakwa mereka berniat baik bagi mengurang beban pengundi untuk balik mengundi, tindakan itu boleh ditafsirkan kaedah memancing undi dengan cara membeli undi. Berita Harian - 1 November 2010.

Saya rasa SPR kena teliti betul-betul kenyataan daripada Pas itu. Pas menawarkan untuk membiayai perjalanan mereka di perantauan untuk pulang mengundi di Dun galas. Bukannya membiayai perjalanan pulang mereka untuk mengundi Pas di Galas.

Ini dikira sebagai sumbangan Pas kepada pengundi-pengundi berdaftar bagi melaksanakan kewajipan mereka sebagai rakyat Malaysia. Samalah juga dengan perkhidmatan kenderaan untuk menghantar pengundi oleh parti politik yang bertanding setiap kali pilihanraya. Mereka akan menghantar sesiapa sahaja untuk pergi mengundi tanpa mengira yang dibawa itu mengundi parti mana.

Kalau SPR boleh menganggap Pas membeli undi atau rasuah, SPR juga boleh menganggap Umno dan Barisan Nasional rasuah atau membeli undi kerana tiba-tiba sahaja meluluskan peruntukkan kewangan untuk projek pembangunan di kawasan yang terlibat dengan pilihanraya.

Jadi SPR tak perlulah sibuk-sibuk membuat anggapan. Serahkan sahaja kepada SPRM untuk menafsirkannya. Adalah lebih baik SPR memperbaiki diri mereka yang dilihat menjadi parti komponen kepada Barisan Nasional.

posted by Lidah Penghunus @ 6:44 PM   0 comments


Free Hit Counter