Thursday, April 23, 2009

Kerajaan Haram Umno Perak menjual barang curi?

Assalamualaikum.

16 Toyota Camry jadi rebutan.
IPOH 22 April - Umpama 'pisang goreng panas'. Itu sambutan orang ramai sebaik sahaja berita kerajaan negeri akan melelong semua 16 kereta rasmi Toyota Camry diketahui umum sejak semalam.
Walaupun tawaran tender untuk menjual kenderaan berkenaan hanya dibuka pada 4 Mei ini, ramai sudah menyatakan minat untuk membeli kereta itu dengan harga menarik.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, beliau dimaklumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim bahawa banyak pertanyaan mengenai harga kereta tersebut diterima pagi ini.
''Bagaimanapun, kita akan tawarkan kepada pembida tertinggi kerana ini ialah tender terbuka," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan kerajaan negeri Perak akan melelong 16 buah kereta Toyota Camry yang digunakan sebagai kenderaan rasmi kerajaan pakatan pembangkang sebelum ini pada harga rizab RM148,000 sebuah. Utusan Malaysia - 23 April 2009.


Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa ini adalah bukti sokongan rakyat kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak hinggakan kereta yang pernah digunakan mereka menjadi rebutan.

Tidak keterlaluan juga jika saya kata bahawa Kerajaan Haram Umno Perak menjual barang curi kerana pentadbiran Negeri Petak dirampas secara kotor oleh mereka daripada Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat dan kenderaan rasmi yang digunakan exco Pakatan Rakyat ini pula dijual sesukahatinya oleh mereka.

posted by Lidah Penghunus @ 5:06 PM   2 comments

Wednesday, April 22, 2009

Marah betul mereka dengan Dato' Seri Nizar.

Assalamualaikum.

'Mohammad Nizar angkuh tolak kerjasama Umno, Pas'
NGO anggap pembangkang sanggup gadai maruah Melayu, Islam
KUALA LUMPUR: Pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyifatkan kenyataan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bahawa Pas tidak akan bekerjasama dengan Umno sebagai bukti parti itu sanggup mempertikaikan kedudukan orang Melayu dan agama Islam.
Mereka juga berpendapat, kenyataan Mohammad Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang itu mencerminkan keangkuhannya dan sikap sebenar Pas yang tidak berminat berjuang untuk menegakkan perpaduan atau syiar Islam.
Ketua Umum Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar, berkata kenyataan itu menggambarkan bahawa Mohammad Nizar seorang pemimpin yang emosional sehingga mengeluarkan kenyataan bersifat peribadi.
Malah, katanya kenyataan itu mungkin tidak mewakili keseluruhan pemimpin Pas, terutama pada peringkat jawatankuasa perhubungan negeri dan pucuk pimpinan parti termasuk Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Berita Harian - 22 April 2009.


Kita hairan mengapa dalam isu tidak bekerjasama dengan Umno ini Dato' Seri Nizar yang diserang. Seolah-olah ini adalah keputusan Dato' Seri Nizar secara peribadi. Adakah mereka tidak tahu bahawa baru-baru ini pemimpin tertinggi Pas yang diketuai oleh Dato' Seri Abdul Hadi Awang telah membuat keputusan untuk melupakan hasrat bekerjasama dengan Umno.

Keputusan ini dibuat memandangkan Perdana Menteri telah bertukar tangan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak. Datuk Seri Najib sebagaimana yang kita maklum sebelum ini orang yang bertanggungjawab merampas Negeri Perak daripada Pakatan Rakyat secara kotor. Oleh itu adalah mustahil untuk mengadakan kerjasama dengan kepimpinan Datuk Seri Najib yang sanggup melakukan apa sahaja untuk berkuasa. Takut-takut nanti Pas akan dikhianati lagi oleh Umno. Walau bagaimanapun ini tidak bermakna Pas tidak bekerjasama langsung dengan Umno. Selama ini pun dalam hal-hal yang berkaitan dengan kepentingan Melayu dan Islam Pas sedia untuk duduk semeja dengan Umno. Cumanya Pas tidak akan bekerjasama dengan Umno dalam bentuk siasah.

Pas wujud pun kerana Umno yang memiliki kerajaan tidak melaksanakan Islam. Sebab itulah Pas bermatlamatkan perjuangan Islam ini ditubuhkan. Berkenaan kerjasama Pas dengan DAP yang menolak Islam pula, sebab itulah kerjasama dibuat dalam bentuk pakatan parti-parti politik. Dalam erti kata yang lain Pas tetap wujud sebagai sebuah Parti yang tidak berubah dasarnya walaupun bersama dengan Pakatan Rakyat. Perlu diingat di sini bahawa DAP walaupun menolak Islam tetapi menolak kezaliman dan korupsi yang diamalkan oleh Umno dan Barisan Nasional.

posted by Lidah Penghunus @ 1:19 PM   4 comments

Friday, April 17, 2009

Tiada lagi slogan Islam Hadhari.

Assalamualaikum.

Penjelasan lebih menyeluruh.
KUALA LUMPUR 16 April - Masyarakat akar umbi akan diperjelaskan mengenai kepentingan mengamalkan konsep Satu Malaysia yang meletakkan kepentingan keharmonian tanpa mengira pegangan agama, kaum dan politik. Utusan Malaysia – 17 April 2009.

Nik Aziz setuju konsep Satu Malaysia.
KOTA BHARU 16 April - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju dengan konsep Satu Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana ia merupakan satu 'gerakan Islam'.
Beliau berkata, konsep seumpama itu turut diperjuangkan oleh Pas melalui konsep Pas Untuk Semua yang ternyata mulai diterima meluas dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama.''Sebab itulah kita buat Pas For All (Pas Untuk Semua), sudah lama konsep Satu Malaysia ini kita buat.. begitu juga DAP yang sebut Malaysian Malaysia," dakwa beliau. Utusan Malaysia – 17 April 2009.


Semasa mula-mula Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Dr Mahathir dulu, konsep Islam Hadhari telah diperkenalkan kepada rakyat negara ini. Ditambah dengan imej islamik yang ditunjukkan oleh Pak Lah seperti boleh menjadi imam maka rakyat telah terpesona dengan konsep Islam Hadhari Pak Lah ini dan ianya dilihat berjaya apabila BN dalam Pilihanraya Umum ke-12 tahun 2004.

Namun lama-kelamaan rupa-rupanya ianya hanya sekadar retorik apabila pentadbiran Pak Lah dilihat semakin teruk. Selain daripada parti pembangkang khususnya Pas, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir turut mengkritik konsep Islam yang dilihat beliau sebagai bukan ajaran Islam yang sebenar. Akhirnya Pilihanraya Umum ke-12 memperlihatkan kemerosotan dalam prestasi BN apabila hilang 2/3 majoriti Dewan Rakyat dan lima negeri. Sekaligus menunjukkan konsep Islam Hadhari tidak lagi diterima rakyat. Ekoran daripada kemerosotan Bn dalam pilihanraya ini timbul desakan agar Pak Lah melepaskan jawatan sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri.

Akhirnya pada awal April yang lalu Pak Lah telah melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri dan telah digantikan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri yang baru. Naiknya Najib yang menjadi kesukaan Tun Dr Mahathir ini tidak lagi membawa slogan Islam Hadhari yang diilhamkan Pak Lah, sebaliknya beliau telah memperkenalkan slogan baru iaitu 'Satu Malaysia.' Di sini jika kita lihat slogan dan pengisiannya memang baik, malahan dipersetujui oleh Mursyidul Am Pas sendiri. Namun tidak tahulah bagaimana perlaksanaannya nanti. Adakah benar-benar dilaksanakan atau sama juga seperti konsep Islam Hadhari yang hanya tinggal slogan itu. Atau mungkin 'Satu Malaysia' itu bermaksud cengkaman rejim Najib ke atas satu Malaysia.

posted by Lidah Penghunus @ 12:19 PM   2 comments

Monday, April 13, 2009

Najib terajui Umno Selangor?

Assalamualaikum.

UMNO Selangor mahu diterajui Najib.
KLANG 12 April - Majoriti UMNO Bahagian di Selangor mahu Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu bagi menggantikan Tan Sri Muhammad Muhd. Taib yang tewas pada pemilihan baru-baru ini.
Ketua Penerangannya, Datuk Abdul Rahman Palil berkata, Perdana Menteri yang juga presiden parti adalah orang yang paling layak mengetuai UMNO Selangor pada masa ini.
Kata beliau, ia akan dapat mengelak timbulnya masalah tidak puas hati di kalangan penyokong pemimpin-pemimpin UMNO lain di Selangor.
Menurut beliau, Najib boleh melepaskan jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak yang dipegangnya ketika negeri itu diperintah pakatan pembangkang dan menyerahkannya kepada Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menang Naib Presiden dengan undi paling tinggi.
''Kita di sini menyerahkan sepenuhnya kepada Najib untuk memilih siapa yang layak menerajui UMNO negeri.
''Bagaimanapun berdasarkan maklumat risikan yang saya peroleh setakat ini, majoriti UMNO Bahagian di negeri ini mahukan Najib menjadi pengerusi kerana beliau lebih arif," Utusan Malaysia - 13 April 2009.


Kita masih ingat lagi selepas Dato' Seri Tajol Rosli melepaskan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini Perdana Menteri yang keenam terus mengambil alih Badan Perhubungan Umno negeri berkenaan. Sebaik sahaja menerajui Umno Perak, Datuk Seri Najib berjaya dalam perancangannya menumbangkan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat di Perak dengan cara yang amat kotor. Ini akibat dendam beliau atas kekalahan BN dalam pilihanraya kecil di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu di tangan Pakatan Rakyat.

Kini Najib diminta pula untuk menerajui Umno Selangor, sebuah lagi negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Sebagaimana yang kita maklum Najib dan Barisan Nasional sekali lagi telah dimalukan apabila kalah dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Maka kita khuatir akibat dendam yang membuak-buak ini Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat di Selangor pula akan menerima nasib yang sama dengan Pakatan Rakyat Negeri Perak.

posted by Lidah Penghunus @ 5:02 PM   3 comments

Friday, April 10, 2009

Teori MAHATHIR?

Assalamualaikum.

Sentuh sedikit tentang barisan kabinet baru yang diumumkan semalam, di sini saya tidak mahu sentuh banyak-banyak. Saya cuma hendak sentuh perlantikan Tan Sri Muhyidin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri, secocok dengan jawatan beliau sebagai Timbalan Presiden dalam parti. Sebagaimana biasa, seorang yang menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri akan menggantikan Perdana Menteri apabila Perdana Menteri yang sekarang bersara. Namun ianya tidak semestinya, seperti yang terjadi kepada mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Dengan perlantikan Najib ini maka sempurnalah sudah teori RAHMAN yang selalu disebut-sebut. Cumanya dengan perlantikan Muhyidin yang dijangka akan menjadi Perdana Menteri ini mungkinkah selepas ini akan ada pula teori MAHATHIR? Ada orang kata barisan kabinet yang bau ini adalah bayangan bekas Perdana Menteri yang keempat itu. Apapun kita lebih mengharapkan agar selepas ini Perdana Menteri bukan lagi di kalangan mereka dalam Barisan Nasional, dalam kata yang lain selepas ini Pakatan Rakyat yang akan mengambil alih pentadbiran kerajaan pusat. Insya-Allah.

posted by Lidah Penghunus @ 4:41 PM   5 comments

Thursday, April 09, 2009

Antara bola dan politik.

Assalamualaikum.

Bercakap tentang insiden rusuhan penyokong bola sepak Kelantan Selasa malam kelmarin, sebagaimana yang kita malam itu juga adalah malam penentuan tiga pilihanraya kecil. Maka bolehlah dikatakan di sini bahawa mereka yang turun ke stadium untuk menyaksikan perlawanan bola sepak malam kelmarin adalah mereka yang tidak minat atau tidak mengambil tahu tentang politik.

Jika mereka itu seorang yang mengambil berat tentang politik negara sudah tentulah pada malam itu dia akan menumpukan perhatian kepada keputusan pilihanraya kecil di dua Dun dan satu Parlimen itu dan tidak ada masa untuk mengikuti perlawanan bola sepak di stadium. Di sini bukanlah bermakna saya menolak bola sepak. Malahan saya percaya ramai diantara penyokong dan aktivis parti politik minat bola sepak. Cuma apa yang hendak saya sebutkan di sini ialah tentang insiden rusuhan yang memeranjatkan pada malam itu hinggakah kenderaan polis sanggup mereka bakar.

Mereka merusuh, membakar kenderaan polis pada malam itu adalah kerana taksub mereka kepada bola sepak. Kita khususnya penyokong dan aktivis parti pembangkang juga berdemonstrasi dan turun di jalanraya untuk tunjuk perasaan. Namun tidak pernah dalam siri demonstrasi yang dianjurkan kenderaan polis diterbalikkan dan dibakar sekalipun peserta demonstrasi ini dilayan dengan begitu teruk sekali oleh pasukan polis khususnya FRU.

Inilah bezanya antara mereka yang taksub kepada bola sepak dan mereka yang mengambil berat tentang politik. Kita berdemonstrasi atas sesuatu isu yang kita perjuangkan untuk kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara dan tiada niat langsung untuk menimbulkan kekacauan.

posted by Lidah Penghunus @ 1:35 PM   3 comments

Wednesday, April 08, 2009

21,860 rakyat Perak 'derhaka' di Bukit Gantang.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, keputusan pilihanraya kecil semalam Pas mengekalkan kerusi Parlimen Bukit Gantang dengan dengan pertambahan majoriti yang agak besar iaitu sebanyak 1223 undi. Ini bermakna majoriti rakyat Perak di Bukit Gantang menolak Kerajaan Haram Umno Perak serta tidak merestui kepimpinan Dato’ Zamry Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang baru.

Selain di Bukit Gantang, Barisan Nasional juga tewas di Dun Bukit Selambau dan hanya menang di Dun Batang Ai. Ini juga menunjukkan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri ditolak sekaligus pembaharuan Umno yang diuar-uarkan ternyata gagal. Tun Dr Mahathir yang dilihat akan menjadi penyelamat kepada Umno itu juga ternyata tidak lagi diterima oleh rakyat.

Media-media perkakas Barisan Nasional pula ternyata tidak dapat menerima kekalahan Barisan Nasional ini. Pada muka hadapan akhbar Berita Harian kemenangan BN di Batang Ai menjadi tajuk utama manakala di Utusan Malaysia pula mereka menggambarkan seolah-seolah BN, Pas dan PKR seri satu sama.

Walau bagaimanapun rakyat telah pun bersuara, mereka boleh mengatakan bahawa keputusan pengundi di Bukit Gantang tidak menggambarkan keseluruhan rakyat Perak. Maka kita cabar Umno Perak agar membubarkan Dun Perak. Malahan ini adalah kemenangan yang begitu bermakna bagi Pakatan Rakyat di kala BN menggunakan sepenuhnya kekuatan media, jentera kerajaan dan wang untuk memenangi pilihanraya.

posted by Lidah Penghunus @ 8:25 AM   4 comments

Tuesday, April 07, 2009

Hunusan 7 April.

Assalamualaikum.

Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya, berkata Islam tidak melarang bukan Islam membaca al-Quran kerana kitab itu untuk semua manusia tetapi hendaklah digunakan dalam suasana, niat baik dan bacaan yang betul. Berita Harian - 7 April 2009.

Bagaimana pula mereka yang memperdengarkan bacaan al-Quran pada pertandingan tilawah al-Quran? Adakah ianya juga dikira mempunyai niat yang salah iaitu untuk merebut kejuaraan?

posted by Lidah Penghunus @ 1:18 PM   1 comments

Monday, April 06, 2009

Tun akhirnya memilih untuk kehancuran.

Assalamualaikum.

Mahathir tidak lupa Anwar di Bkt Gantang.
Tun Dr Mahathir Mohamad mencecahkan kaki di kawasan parlimen Bukit Gantang pada hari akhir kempen pilihanraya kecil di situ dengan membidas bekas timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Tidak ada orang yang saya angkat (begitu tinggi), angkat sehingga dia sampai ke langit, tinggal sikit lagi sahaja (untuk jawatan perdana menteri), tapi (dia) tidak tahan, tidak boleh tunggu, nak juga bagi saya jatuh cepat-cepat," katanya. "Jadi, orang yang semacam ini kalau kita angkat, kita akan dapat nasib macam sayalah. Sampai dia naik atas, dia tendang jatuh semua tangga-tangga."
"(Mengajuk kata-kata Mohammad Nizar:) 'saya pohon derhaka'. Cukup special. Tidak pernah dengar perkataan ini sejak (peristiwa) Sultan Mahmud mangkat dijulang, inilah kali pertama kita dengar," katanya di depan kira 2,000 orang. "Mujurlah dia tidak ada tombak nak sula. Inikah orang nak jadi pemimpin kita?
Dalam perhimpunan tersebut, beliau juga menyeru kepada ahli dan penyokong Umno yang telah meninggalkan parti itu agar kembali bersama parti itu.
Dr Mahathir juga menyatakan keyakinan kepada kepemimpinan Datuk Seri Najib Abdul Razak sebagai perdana menteri baru, sambil menceritakan bagaimana bapa presiden Umno itu pernah menerima borang keahliannya pada awal 1970-an selepas dipecat oleh Tunku Abdul Rahman. http://www.malaysiakini.com - 6 April 2009.

Tun Dr Mahathir sebagaimana yang kita tahu adalah seorang pemimpin yang zalim dan keras terhadap musuh politiknya. Apa yang tidak pernah dilakukannya terhadap Islam dan musuh politiknya. Sehinggakan orang menggelar dirinya Mahazalim dan Mahafiraun. Namun begitu kita tetap memberikan harapan agar beliau berubah dan bertaubat daripada kesilapannya itu.

Akhirnya setelah beliau melepaskan jawatan Perdana Menteri dan menyerahkannya kepada Datuk Seri Abdullah Badawi segalanya telah berubah, Tun telah mula mengkritik amalan-amalan buruk dalam pentadbiran Pak Lah seperti kronisme, rasuah dan segala amalan yang tidak menguntungkan rakyat. Pada masa itu kita mula menaruh harapan bahawa Tun akan berubah dan tidak mustahil akan menyertai pembangkang.

Parti-parti pembangkang turut meraikan pandangan Tun yang kritis itu. Malahan ada yang antara pemimpin parti pembangkang hadir ke majlis ucapan Tun itu pernah dipenjarakan ketika Tun berkuasa. Akibatnya mantan Perdana Menteri ini telah diserang bertubi-tubi oleh pemimpin Umno khususnya mereka yang mengampu Pak Lah. Akhirnya pada tanggal 19 Mei Tun telah isytihar keluar daripada Umno dan menyeru kepada ahli Umno yang lain agar berbuat demikian. Ekoran daripada tindakan Tun ini Pas melalui pimpinan tertingginya telah membuka pintu keahlian kepada Tun.

Namun Dr Mahathir rupa-rupanya memilih untuk kehancuran apabila menyertai semula parti itu baru-baru ini. Sebelum ini beliaulah yang sibuk mendesak ahli Umno agar menolak pemimpin yang rasuah dalam Perhimpunan Agong Umno namun mereka yang disabitkan dengan politik wang juga yang dipilih. Tambahan lagi kemasukan semula Mahathir dalam Umno ini ketika Datuk Seri Najib Tun Razak yang penuh dengan isu moral ini naik sebagai Perdana Menteri. Maka tidak ada apa lagi yang boleh diharapkan kepada Tun yang di penghujung usia ini. Hanya Allah sahajalah yang boleh menolongnya.

posted by Lidah Penghunus @ 4:56 PM   3 comments

Kalau orang Islam sendiri tidak mahu baca Quran.

Assalamualaikum.


Kor Ming dituduh persenda Islam.
Satu laporan polis dibuat terhadap setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming kerana didakwa mempersendakan Islam dalam ceramah politiknya dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang.

Laporan tersebut dibuat oleh presiden Badan Bertindak Perpaduan Melayu, Osman Abu Bakar, di ibupejabat polis Taiping pada jam 5.45 petang ini.Nga juga merupakan Ahli Parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remas.
Dia juga mendakwa Nga membuat ucapan dalam satu ceramah di Changkat Jering dua hari lepas dan turut disiarkan dalam blog anwaribrahimdotcom.blogspot.com.
Dalam laporannya itu, Osman mendakwa Nga mempersendakan Islam dengan menyebut ayat al-Quran daripada Surah Al-A' raf untuk tujuan kempen dan menyebutkan secara tidak betul.
Beliau mendakwa Nga - yang juga ahli Parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remis - menyebut Surah Al-A'raf sebagai Al-Aurah dalam satu ceramah dua hari lalu. http://www.malaysiakini.com/ - 5 April 2009.


Jika kebanyakan orang Islam sendiri yang tidak mahu baca quran, malahan tidak mahu mengambil al-Quran sebagai panduan dan diamalkan, mengapa mesti marah apabila orang bukan Islam memetik ayat al-Quran? Adakah benar tindakan Nga itu mempersendakan al-Quran sedangkan beliau memetik ayat Quran ketika membicarakan tentang keadilan.

Ketika Tun Dr Mahathir dan sekutu-sekutu melakukan penghinaan terhadap al-Quran dan Sunah Rasulullah saw dahulu BBPM belum ditubuhkan lagi, mungkin sebab itu perkakas Umno dan Barisan Nasional ini tidak membuat laporan polis terhadap orang-orang Umno dan Barisan Nasional yang menghina Islam ini.

Di sini adakah Osman tidak pernah lihat cina muslim baca al-Quran. Bacaan Quran mereka yang pelat mengikut kebiasaan lidah mereka yang bertutur dalam bahasa mandarin. Maka apatah lagi Nga yang bukan Islam itu.

posted by Lidah Penghunus @ 1:13 PM   1 comments

Thursday, April 02, 2009

Antara Negara Haram Yahudi dan Kerajaan Haram Umno Perak.

Assalamualaikum.

Di sini saya tidak bermaksud untuk menyamakan Umno dengan Yahudi atau Israel, malahan saya ingin menunjukkan berbezanya Umno dan Yahudi. Yahudi sebagaimana yang kita maklum adalah bangsa yang dilaknat oleh Allah kerana keengkarannya dan keangkuhannya daripada zaman nabi dan rasul yang terdahulu lagi. Antara jenayah yang terbesar yang dilakukan oleh bangsa yang merempat ini ialah merampas sebahagian besar tanah umat Islam Palestin dan dijadikan Negara Israel.

Maka hingga kini dan selamanya kita tidak sekali-kali akan mengiktiraf Negara Israel ini dan mengganggapnya sebagai negara haram Israel. Sekaligus sebarang bentuk hubungan diplomatik tidak akan dilakukan. Walau bagaimanapun kita akui bahawa wujudnya Kerajaan Israel yang pilih oleh rakyat Negara haram itu melalui pilihanraya.

Ini berbeza dengan Umno, sebuah parti Melayu yang mengetepikan Islam sebagai dasar perjuangan utama. Parti Melayu yang memperjuangkan kebangsaan ini pula memiliki sebuah kerajaan haram di Perak yang dirampas secara sogokan dan ugutan daripada kerajaan Pakatan Rakyat yang dipilih secara sah oleh rakyat melalui pilihanraya. Maka hingga kini kita akan menganggapnya sebagai Kerajaan Haram Umno Perak meskipun Negeri Perak itu sendiri adalah sah.

Berbalik pula kepada Negara Haram Yahudi itu tadi, cara untuk merampas dan mengembalikannya kepada rakyat Palestin tidak lain tidak bukan hanya melalui perperangan sahaja, bukan melalui perundingan kerana bangsa Yahudi adalah bangsa yang tidak boleh dibawa berunding dan berjanji.

Manakala di Perak pula ianya mestilah dikembalikan kepada rakyat Perak yang mempunyai hak untuk memilih kerajaan mereka. Namun begitu tidak mungkin Kerajaan Haram Umno Perak ini berani untuk membubarkan Dun Perak dan mengadakan pilihanraya negeri.
Maka pada Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gantang inilah medan untuk rakyat Perak menafikan restu mereka kepada Kerajaan Haram Umno Perak ini.

posted by Lidah Penghunus @ 8:53 AM   1 comments


Free Hit Counter