Friday, November 29, 2013

Cuti hari jumaat sepatutnya tidak menjadi halangan kepada semua pihak.

       Assalamualaikum.

Sempena hari jumaat yang diberkati, penghulu segala hari saya berminat untuk mengulas sedikit tentang keputusan negeri Johor untuk menukar hari cuti kepada hari jumaat. Bagi saya pelaksanaan cuti hari jumaat di Johor ini sepatutnya tidak menjadi halangan kepada mana-mana pihak tidak kira sektor awam, swasta, yang bekerja sendiri, golongan pelajar, pesara dan siapa sahaja yang menjadi rakyat sultan Johor tanpa mengira kaum atau agama.

Waktu pejabat atau waktu berurusan dengan pejabat kerajaan atau swasta pada hari jumaat adalah yang paling singkat sekali iaitu enam jam berbanding lapan jam pada hari yang lain kerana untuk memberi laluan kepada kakitangan khususnya lelaki untuk menunaikan solat fardhu jumaat. Jadi orang awam mempunyai masa yang terhad untuk berurusan di pejabat kerajaan dan swasta khususnya perkhidmatan kaunter.

Oleh itu adalah lebih baik hari jumaat dijadikan hari cuti untuk memberikan keselesaan kepada orang awam untuk berurusan dan dalam masa yang sama umat Islam khususnya lelaki dapat menunaikan solat fardhu jumaat dengan selesa.

posted by Lidah Penghunus @ 8:44 AM   5 comments

Monday, November 18, 2013

Hudud di Kelantan - Annuar Musa kena ada semangat federalisme.

   Assalamualaikum.

Hudud: Annuar Musa tetap syarat untuk kerjasama.
MP BN Tan Sri Annuar Musa menetapkan syarat kepada PAS untuk meyakinkan parti lain dalam Pakatan Rakyat untuk menerima hudud sebelum beliau dapat memberi kerjasama untuk melaksana undang-undang tersebut.
Annuar berkata PAS perlu menyelesaikan isu berkenaan terlebih dahulu sebelum mendapatkan sokongan beliau.
"PAS bersama dengan parti gabungan lain perlu selesaikan dahulu (pertikaian tentang hudud).
"Aneh hendak bawa ke Parlimen hendak ajak BN yang merupakan lawan politik tetapi rakan separti tak setuju," katanya kepada pemberita di bangungan Parlimen hari ini.
Kenyataannya itu timbul susulan saranan dari naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar yang berkata, Annuar perlu menunjukkan kesungguhan untuk melihat pelaksanaan undang-undang berkenaan.
Mahfuz dalam kenyatannya hari ini berkata, Annuar perlu berbuat demikian dengan meyakinkan kerajaan Persekutuan untuk memberi kebenaran kepada Kelantan untuk melaksanakan undang-undang itu.
"Saya mengharapkan beliau akan memainkan peranan penting di antara kerajaan Pusat dan kerajaan negeri," kata MP Pokok Sena itu kepada pemberita di lobi Parlimen tengah hari tadi.  http://www.malaysiakini.com - 18 November 2013.

Beberapa hari sebelum ini kita berasa amat bersyukur atas sokongan yang diluahkan oleh Tan Sri Annuar Musa terhadap hasrat Kerajaan PAS Kelantan untuk melaksanakan hukum Hudud di negeri itu. Alih-alih hari ini bekas Menteri luar bandar ini menetapkan syarat kepada PAS agar meyakinkan parti lain dalam Pakatan Rakyat untuk menerima hudud terlebih dahulu. Kenyataan ini keluar ekoran kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang meminta Annuar Musa meyakinkan kerajaan persekutuan agar memberi kebenaran kepada kerajaan negeri untuk melaksanakan hudud.  

Di sini sepatutnya Annuar Musa perlu faham bahawa permintaan Mahfuz itu bersandarkan semangat federalisme iaitu Annuar Musa sebagai seorang ahli Umno yang memegang kerajaan pusat dan beliau sebagai bekas menteri kabinet oleh itu Mahfuz memohon jasa baik Annuar Musa agar memberi keyakinan kepada pusat untuk memudahkan kerajaan negeri melaksanakan hukum yang termaktub dalam al-Quran itu.

Bila timbul isu ini, timbul persoalan di fakulti minda kita, adakah sokongan Annuar Musa terhadap pelaksanaan hukum hudud di Kelantan ini muslihat untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat?

posted by Lidah Penghunus @ 7:57 PM   1 comments


Free Hit Counter