Kerajaan Haram Umno Perak menjual barang curi?
Assalamualaikum.
16 Toyota Camry jadi rebutan.
IPOH 22 April - Umpama 'pisang goreng panas'. Itu sambutan orang ramai sebaik sahaja berita kerajaan negeri akan melelong semua 16 kereta rasmi Toyota Camry diketahui umum sejak semalam.
Walaupun tawaran tender untuk menjual kenderaan berkenaan hanya dibuka pada 4 Mei ini, ramai sudah menyatakan minat untuk membeli kereta itu dengan harga menarik.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, beliau dimaklumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim bahawa banyak pertanyaan mengenai harga kereta tersebut diterima pagi ini.
''Bagaimanapun, kita akan tawarkan kepada pembida tertinggi kerana ini ialah tender terbuka," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan kerajaan negeri Perak akan melelong 16 buah kereta Toyota Camry yang digunakan sebagai kenderaan rasmi kerajaan pakatan pembangkang sebelum ini pada harga rizab RM148,000 sebuah. Utusan Malaysia - 23 April 2009.
Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa ini adalah bukti sokongan rakyat kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak hinggakan kereta yang pernah digunakan mereka menjadi rebutan.
Tidak keterlaluan juga jika saya kata bahawa Kerajaan Haram Umno Perak menjual barang curi kerana pentadbiran Negeri Petak dirampas secara kotor oleh mereka daripada Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat dan kenderaan rasmi yang digunakan exco Pakatan Rakyat ini pula dijual sesukahatinya oleh mereka.
